Ahli-ahli akademik di IPTA tempatan memang perlu dinaikan gaji sebab KPI yang telah kementerian tetapkan berkedudukan setaraf dengan ahli-ahli akademik di negara maju. Kenaikan pangkat ahli-ahli akademik IPTA tempatan yang berkelayakan PhD misalnya, dinilai dan disahkan oleh professor-profesor terkemuka di dalam bidang masing-masing. Sudah tentu ahli-ahli akademik ini telah menerbitkan artikel jurnal yang berimpak dan nilai h-index yang tinggi. Artikel-artikel mereka akan sentiasa dirujuk oleh penyelidik2 lain diserata dunia ini. Adalah tidak adil kiranya skim gaji mereka masih lagi setaraf dengan staf-staf di agensi-agensi kerajaan yang lain, hanya berkelulusan ijazah sarjana muda dan kecemerlangan mereka hanya sekitar peringkat kebangsaan sahaja. Kita boleh samakan gaji mereka dengan Pengetua cemerlang, hatta PTD, tetapi kayu pengukur kecemerlangan mereka hendaklah sama seperti mereka, dan bukannya perlu dibandingkan dengan pensyarah di negara maju yang gaji dan kemudahan mereka yang jauh lebih tinggi dari Malaysia.

Untuk pengetahuan kepada mereka yang bukan datangnya dari golongan ahli-ahli akademik IPTA, mereka ini sekarang bukan hanya setakat mengajar seperti mana yangg difikirkan oleh kebanyakan golongan sebelum ini. Mereka diamanahkan untuk melaksanakan dan prestasi dinilai daripada elemen-elemen berikut: 1:Pengajaran dan Pembelajaran, 2: Penulisan (journal, conference paper, buku dll), 3: Perundingan (kerajaan @ swasta) 4:Pentadbiran 5:Perkhidmatan professional dan khidmat masyarakat.

Memang penat menjadi pensyarah di IPTA tempatan, ramai yang dah letih sebenarnya malah sesetengah sudah meletak jawatan dan bekerja di sektor. Untuk pengetahuan semua, menjadi pensyarah bukan setakat mengajar atau bersyarah, tapi banyak lagi. Contohnya seperti melakukan penyelidikan, di mana geran (research grant, bukannya geran tanah atau geran kereta) seperti FRGS, ERGS, Science Fund dsb diperlukan dan perlu memohon kepada kerajaan. Bukan semua geran yang dimohon itu mendapat kelulusan, kalau ditolak sudah tentu tiada pembiayaan dan macam mana hendak menjalankan penyelidikan. Kalau tidak membuat penyelidikan, bagaimana pula hendak bagi new knowledge pada pelajar. Pensyarah juga perlu mengikut peredaran zaman dan teknologi, tak boleh mengajar hal yang sama setiap tahun dan semester kepada pelajar.

Pelajar undergraduate dan postgraduate juga perlu diselia (menjadi supervisor). Dalam menjadi supervisor tanggungjawab banyak, perlu semak tajuk, thesis dan draf journal yang terkini agar kajian yang dilakukan pelajar tidak ketinggalan. Pensyarah juga perlu menjadi AJK untuk jabatan, fakulti mahupun university yang sudah tentu menambahkan lagi beban kerja. Ini belum termasuk menjadi AJK conference, bengkel, seminar, lawatan, etc.

Pensyarah perlu mempunyai idea dan kreativiti yang tinggi untuk menulis journal mahupun buku-buku ilmiah.  Kementerian sangat-sangat memerlukan penerbitan yang diiktiraf dunia dan bukan penerbitan biasa. Untuk menerbitan artikel atau buku yang bertaraf dunia bukan senang untuk dihasilkan. Hantar tahun ini, belum tentu tahun depan boleh diterbitkan dan belum kira yang ditolak atau perlu pembetulan yang entah berapa kali. Untuk menulis artikel yang berkualiti bukannya senang. Susahnya diibaratkan seperti susahnya untuk naik pangkat. Kalau dulu golongan pentadbiran contohnya, baca buku, ambil PTK, lulus PTK, naik pangkat.  Pensyarah pula kena ambil PTK, kemudian kena penuhi kriteria-kriteria yang disenaraikan di bawah. Sebagai contoh, kenaikan pangkat dari DS 45 ke 52 memerlukan :

1) Cukup % mengajar
2) Cukup % penyeliaan
3) Ada Penerbitan terutama International Journal berimpak
4) Ada penyelidikan – Dgn grant lagi tinggi markah
5) Ada khidmat kpd masyarat – spt buat seminar kpd public, etc
6) Ada AJK peringkat fakulti dan universiti
7) Ada kolaborasi dgn organisasi luar
dan pelbagai lagi.

Dari apa yang diceritakan diatas, adakah anda berpendapat bahawa kerjaya sebagai pensyarah ini memenatkan?. Gaji tak berapa tinggi, malah sedih bila gaji pensyarah lebih rendah dari guru sekolah. Kami balik rumah, bila anak2 dah tidur, orang lain nyenyak tidur, pensyarah stay-up, on komputer, buat nota untuk pelajar, semak kertas kuiz, ujian, tugasan dan peperiksaan akhir, atau buat research yang tak sempat buat semasa waktu pejabat. Waktu pejabat pula dipenuhi dengan aktiviti pertemuan/perbincangan dengan pelajar, meeting tak perlu cakap, asyik ada je setiap hari dan minggu. Untuk semak kertas kuiz, ujian, tugasan dan peperiksaan akhir bukan sikit, kalau satu kelas ada 100 orang, boleh habis dakwat sebatang pen merah. Cuti semester bukan tak boleh buat nota, tapi ada macam macam training, bengkel, seminar dan PTK yang perlu dihadiri. Dan cuti semester juga yang pensyarah guna untuk siapkan research. Pensyarah mengajar 15 jam seminggu (ada yang 20 jam seminggu), dicampurkan dengan research, supervision, AJK dan pelbagai. Itu belum termasuk beberapa jam kredit untuk melepak di warung. Cuba anda semua bayangkan kerja2 yang ditanggung oleh pensyarah. Layak atau tidak pensyarah dinaikkan gaji?

Bila kerajaan menilai pensyarah pada kedudukan lebih rendah dari guru, maka bayangkan motivasi mereka yang bergelar ‘pensyarah’. Pensyarah akan ‘demotivate’ untuk bekerja, akan bekerja sambil lewa, mula ambil cuti tanpa gaji ikut husband atau wife ke oversea, dsbgnya. Ini akan menjejaskan kualiti graduan. Pensyarah adalah golongan cerdik pandai yang menggunakan kemahiran intelek mereka untuk mencurah ilmu kepada pelajar yang akan melangkah ke industri dan memajukan agama, bangsa dan negara. Jika peranan pensyarah di anaktirikan, direndah2kan kedudukannya dan kelulusan mereka tidak dipandang langsung di negara kita, maka tidak perlulah kita ambil mereka yang berkelulusan tinggi (Master, PhD) untuk menjadi pensyarah. Setelah ini, tak payahlah kita menggalakkan anak2 kita sambung pengajian ke peringkat Master dan PhD. Sebab nanti gaji sama jer dgn orang yang tidak mempunyai Master dan PhD. Cukup setakat kita ambil yang berkelulusan guru untuk mengajar pelajar2 di IPTA. Dan kita tengok apa akan jadi.

Daripada senario-senario yang telah dinyatakan tadi, adalah difikirkan bahawa gaji pensyarah not worth compared to segala tugas yang mereka perlu lakukan. Fikir2kan lah, jangan suka anggap pensyarah tak berhak naik gaji. Selidik dulu, apa sumbangan kerja-kerja diagensi kerajaan yang lain jika dibandingkan dengan pensyarah? Asyik sibuk nak mintak naik gaji, tapi sumbangan pada negara tak nampak sangat. Rasai dulu kepenatan menjadi pensyarah sebelum nak cerita bukan2. Memang patut kerajaan kaji gaji pensyarah sejak dulu lagi. Kenaikan gaji pensyarah patut dibuat lama dulu diatas segala sumbangan dan kepenatan pensyarah mendidik graduan dan melahirkan tenaga kerja profesional untuk negara. Penat penat sambung sampai ke PhD, takkan nak kasi reward yang tak seberapa setimpal sedangkan expectation terhadap pensyarah sangatlah tinggi. Ranking dunia nak kejar tapi bab gaji rendah pulak. IPTA bukan bisnes. Kalau naik gaji sekalipun, bukan bankrap pun negara berbanding wang rakyat yang mengalir untuk tujuan politik, kronisme dll (tak kira mana2 parti). Pensyarah pun macam orang lain jugak, ada keperluan dan ada kehendak. Saya cabar sesiapa yang mengatan pensyarah kononnya mementingkan duit, cuba kerja setahun sebagai pensyarah, ramai mana sanggup buat? Kita tidak boleh expect pensyarah sambung PhD dengan mengorbankan segala bagai benda dan balik untuk mendapat gaji macam sekarang. Walaupun diakui sebahagian besar pensyarah menerima biasiswa untuk membuat PhD dan membawa kereta besar selepas tamat pengajian, tetapi kepayahan dan pengorbanan yang pensyarah lalui hanya yang bergelar PhD sahaja yang tahu.

Sekian…

Moderator memohan kemaafan kerana tidak mencatatkan sumber kerana ini adalah komentar dari Anonymous , dan link kepada sumber tersebut tidak dapat dicapai semula. Jika anda mendapati teks ini mempunyai kesamaan dengan mana-mana blog sila beritahu moderator untuk kami catatkan sumber.