You are currently browsing the category archive for the ‘Artikel’ category.

Nota penterjemah: Gejala penarafan universiti (university ranking) semakin menghantui warga akademik institut pengajian tinggi di Malaysia kebelakangan ini, terutamanya empat buah universiti awam yang dinobatkan sebagai universiti penyelidikan (RU).  Demi mengejar apa yang dikatakan kecemerlangan akademik, staf akademik disasar menerbitkan makalah dalam terbitan CIJ (Citation Indexed Journal) ataupun jurnal yang tersenarai dalam ISI Web of Science/Scopus kononnya ia memberi Impact Factor (IF) / Research Perfomance Index (RPI) yang tinggi tanpa memikirkan gerhana yang lebih besar ke atas etika penyelidikan serta tujuan hakiki penyelidikan itu sendiri.

Berikut disajikan terjemahan kenyataan terbuka Ketua Majlis Sains Negara, Taiwan, dalam akhbar China Times pada 25 Jun 2012 berkaitan isu yang sama.  Sama-sama kita renungi apakah tidak pengalaman teman kita di seberang sana bisa dijadikan iktibar dan peringatan?
Baca baki entri ini »

Advertisements

Ahli-ahli akademik di IPTA tempatan memang perlu dinaikan gaji sebab KPI yang telah kementerian tetapkan berkedudukan setaraf dengan ahli-ahli akademik di negara maju. Kenaikan pangkat ahli-ahli akademik IPTA tempatan yang berkelayakan PhD misalnya, dinilai dan disahkan oleh professor-profesor terkemuka di dalam bidang masing-masing. Sudah tentu ahli-ahli akademik ini telah menerbitkan artikel jurnal yang berimpak dan nilai h-index yang tinggi. Artikel-artikel mereka akan sentiasa dirujuk oleh penyelidik2 lain diserata dunia ini. Adalah tidak adil kiranya skim gaji mereka masih lagi setaraf dengan staf-staf di agensi-agensi kerajaan yang lain, hanya berkelulusan ijazah sarjana muda dan kecemerlangan mereka hanya sekitar peringkat kebangsaan sahaja. Kita boleh samakan gaji mereka dengan Pengetua cemerlang, hatta PTD, tetapi kayu pengukur kecemerlangan mereka hendaklah sama seperti mereka, dan bukannya perlu dibandingkan dengan pensyarah di negara maju yang gaji dan kemudahan mereka yang jauh lebih tinggi dari Malaysia.
Baca baki entri ini »

Siaran iklan di panggung wayang sebelum mulanya filem untuk sebuah universiti swasta yang menawarkan huruf-huruf azimat atas selembar kertas – BA, MA, PhD – ialah sesuatu yang sangat membimbangkan. Dahulu kala, iklan yang mempromosikan minuman keras sering disajikan buat penonton/konsumer. Kini, pengajian tinggi didagangkan seperti kereta dan telefon bimbit. Penuntut IPT (dan ibu bapa) kononnya adalah “pelanggan”, kecuali hak-hak konsumer pendidikan tidak mungkin wujud kerana pendidikan tidak boleh diukur atau ditaksir. Jika penuntut tidak puas hati dengan mutu pengajian, apakah mereka dibayar kembali ganti rugi? Apakah semua penuntut IPT (dan ibu bapa) tahu langsung akan kriteria sebuah pusat pengajaran tinggi yang bermutu dan bertaraf antarabangsa? Baca baki entri ini »

Angkatan Muda Keadilan Selangor mempertikaikan agenda perjuangan PERKASA yang kononnya berjuang untuk orang Melayu. Motif yang diperjuangkan kononnya untuk membela nasib orang Melayu dengan mengadakan demontrasi jalanan dan menyemai sentimen perkauman secara melampau mengundang pelbagai persoalan. Malahan sasaran terpilih PERKASA yang hanya dilihat vokal dan lantang hanya di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menjadi suatu misteri. Baca baki entri ini »

Amuk merujuk kepada tingkah laku seseorang yang, ketika dipengaruhi oleh perasaan yang kuat, memperoleh sebilah senjata dan memulakan serangan sembarangan, seringnya dengan pembunuhan berbilang. Sebagai contoh, perkataan ini boleh digunakan untuk memerihalkan Pembunuhan Beramai-ramai Politeknik Ecole. Pihak polis Amerika Syarikat memerihalkan perbuatan ini sebagai “pembunuhan beria-ia”. ‘Amuk’ juga bermaksud “mudah tersinggung”. Baca baki entri ini »

Subhanallah.

Sesungguhnya semua kejadian itu ada hikmah disebaliknya. Jika kita lihat waktu terjadinya gempabumi di Padang Indonesia adalah dicatatan waktu kejadian bahawa gempa pertama terjadi pada pukul 17.16 dan gempa susulan terjadi pada pukul 17.58.

Saudara, marilah sejenak kita lihat dalam Al Qur’an Surah Al Israa’. Jam menunjukkan nama surat, dan minit menunjukkan ayat.  Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Waktu gempa pertama (QS. 17:16) dan waktu gempa susulan (QS. 17:58).

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

Marilah kita renungkan pesan Illahi tersebut. Mengapa Padang? kita yakin, mereka para korban baik yang meninggal maupun keluarga yang ditinggalkan adalah pihak-pihak yang dipilih Allah. Mereka adalah orang-orang yang kuat, tabah dan sabar. Allah tidak akan menimpakan cubaan melebihi kemampuan umat-Nya.

Sumber : Eramuslim

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat semua muslimin dan muslimat. Syukur alhamdulillah, kita dipanjangkan umur untuk terus diizinkan Allah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat pada tahun  ini. Kami memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika terdapah salah dan silap kami selama ini.

Fadhilat Menunaikan Solat Terawikh Sepanjang Ramadhan diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:

Baca baki entri ini »

SALAH satu tradisi Melayu yang masih subur dalam masyarakat Malaysia, tanpa pengecualian kaum dan agama, ialah penggunaan gelaran. Semakin tinggi kedudukan seseorang dalam masyarakat, maka semakin tinggi pula gelarannya, bermula ‘Datuk’ sehingga ‘Tun’ dianugerahkan pihak istana. Baca baki entri ini »

Tekan *#06#
Maka, terkeluarlah nombor identiti henset korang. Rujuk pada digit yang ke-7 dan ke-8.
1 2 3 4 5 6 <7> <8> 9 10 11 12 13 14 15
Nombor siri hp korang : x x x x x x ? ? x x x x x x x Baca baki entri ini »

Beberapa hari lagi akan menyusul tarikh 1 April, biasanya banyak diantara kita akan begitu sibuk dan bersiap siap untuk perancangan bagi MENIPU orang lain / sahabat / saudara terdekat teman wanita bahkan orang tua sendiri. Budaya sebegini telah mula melekat, seakannya tarikh 1 April tersebut, kita boleh berbuat DOSA. Baca baki entri ini »

uthmdehati1.jpg

Blog Stats

  • 288,303 hits

Arkib