Nota penterjemah: Gejala penarafan universiti (university ranking) semakin menghantui warga akademik institut pengajian tinggi di Malaysia kebelakangan ini, terutamanya empat buah universiti awam yang dinobatkan sebagai universiti penyelidikan (RU). Demi mengejar apa yang dikatakan kecemerlangan akademik, staf akademik disasar menerbitkan makalah dalam terbitan CIJ (Citation Indexed Journal) ataupun jurnal yang tersenarai dalam ISI Web of Science/Scopus kononnya ia memberi Impact Factor (IF) / Research Perfomance Index (RPI) yang tinggi tanpa memikirkan gerhana yang lebih besar ke atas etika penyelidikan serta tujuan hakiki penyelidikan itu sendiri.
Berikut disajikan terjemahan kenyataan terbuka Ketua Majlis Sains Negara, Taiwan, dalam akhbar China Times pada 25 Jun 2012 berkaitan isu yang sama. Sama-sama kita renungi apakah tidak pengalaman teman kita di seberang sana bisa dijadikan iktibar dan peringatan?
Baca baki entri ini »
Komen Terbaru