Saya ingin bawakan anda mengenai sejenis makanan yang dinamakan ‘tempe’. Makanan ini dikatakan berkait rapat dengan makanan tradisi masyarakat Jawa. Oleh itu, bagi sesiapa yang berketurunan Jawa alangkah ruginya jika tidak tahu mengenai makanan istimewa ini.
Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut. Tempe buleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja.
Apa yang saya ingin paparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:
1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)
Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.
Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda.
Sumber : http://mshafie.fotopages.com/?entry=1598453&page=0
Lihat juga
http://freddish.wordpress.com/2007/10/04/khasiat-dan-kandungan-gizi-tempe/
http://satubintang.wordpress.com/2008/01/21/ayo-makan-tempe/
14 comments
Comments feed for this article
Julai 29, 2008 pada 1:04 am
ariefous
tiada tempe di tmpt saya, hanye ade Natto busuk je…
Julai 29, 2008 pada 3:10 pm
To infinity and beyond!!...
Article dari berita harian semalam (28/708) antaranya berbunyi begini:
“Lelaki kena kurang diet bersoya”
BOSTON: Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.
Kajian mendedahkan, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya. Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata.
Benarkah begitu? Apa kata survey?
Julai 29, 2008 pada 3:19 pm
Jawa
Rasanya lelaki patut kurang diet bersoya tetapi bagi perempuan, ia perlu memberikan lebih diet kepada yang berasaskan soya……
Julai 29, 2008 pada 5:38 pm
Melayunet
Makan jangan tak makan, BERAS tengah mahal ni…mari ramai makan TEMPE je…
Julai 30, 2008 pada 5:01 pm
Bercakap bin
Jangan le kutuk tempeh. Kesian dia. Tak ada yang nak tutuk tauhu ke atau papedom?
Ogos 18, 2008 pada 2:15 am
datuk K (kalimuthu padiyamma)
buat semua WAK di parit raja…saper ada resepi buat tempe..nak ler cuba kalu buat sbb kat bumi omputih nie takder tempe..time2 bulan puasa nanti mesti teringat..iyooo..macam mana nie…:(
..memikirkan hari raya tanpa lontong berkuah masak lemak tempe..iskh…iskh..
p/s :tolong ler kasik resepi buat tempe..TQ
Ogos 22, 2008 pada 6:27 pm
Wak tempe
Bahan 1 (digoreng sehingga garing)
3 keping tempe dihiris nipis
1 keping tauhu dihiris nipis
ikan bilis
Bahan 2 (dikisar)
3 ulas bawang putih
1 biji bawanng besar
10 tangkai cili kering
Cara-cara memasak
1. Tumis bahan 2 yg dikisar sehingga naik bau
2. Masukkan bahan 1 yg digoreng
3. Tambah garam/perasa secukupnya
4. Sedia dihidang..yum..yum
Ogos 23, 2008 pada 5:37 am
datuk K (kalimuthu padiyamma)
wak tempe..tue tempe dah siap beli kat kedai…kalu nak buat tempe itu sendiri macam mana yer…
harap bantu..mesti ramai yang tahu..
p/s: sedap nyer sambal tempe goreng …huhuhu..
Oktober 22, 2009 pada 8:53 pm
INDONESIA not INDON
Maaf sbelumnya sdikit menyimpang dr judulny
Tadi di atas di jelaskan kalau tempe itu berasal dari jawa but kenapa I baca di website malay klw itu makanan warisan nenek moyang orang malaysia
Oktober 23, 2009 pada 12:43 pm
Abang Bouncer Pusat Islam
Kebanyakan orang Malaysia datuk nenek moyangnya berasal dari Indonesia seperti suku Banjar, Jawa, Aceh, Mendahiling, Bawean dan Bugis…………………
Kalau betul2 pure….tu haa…Jakun, Semalai, Kintak, Kuala dsb (orang ‘kita’- gantinama orang asli)……………
Aku sendiri pun bukan Melayu asli; mixed jugak……Arab+Melayu (bapak) dan Melayu+Chinese (omak)….
Disember 19, 2010 pada 5:32 pm
auni syahdah
ermm..saye anak jawa juga sih….saye ske makn tempe nie..mmg sdp..kalau dimakan garing
April 24, 2011 pada 5:45 pm
tepung gomok
dlu aku x suka tempe ni..cz terkena yg pahit..serik..ntah camna termakan sekali..lupa kat mana..sedap la plak..tp skunk ni jd hantu
tempe..susah nk stop..sama la bila aku gemarkan cincau dan barli..
Oktober 16, 2013 pada 3:38 pm
I.am.jie
Slm..utk peminat Tempe -> https://www.facebook.com/oritempekicap?ref=ts&fref=ts
November 28, 2013 pada 4:20 pm
bipftwty@gmail.com
[url=http://www.extravirginoilco.com/wp-includes/class-wp-admin-comment.php]Beats By Dr Dre Black Friday[/url] edw [url=http://blog.net-results.com/assets/cheapbeatsbydre2013.html]Beats By Dre Cyber Monday[/url] Fd [url=http://wolverinejazzband.com/images/beatsbydreblackfriday.html]Beats By Dre Cyber Monday[/url] Stdf [url=http://artforkids.net/rss.html]Beats By Dr Dre Black Friday[/url] edfd [url=http://www.fingerprintsmuseum.com/images/monsterbeatsbydre.html]monster beats black friday sale[/url] qse [url=http://www.alton.nh.gov/images/index.html]Beats Black Friday[/url] ywed [url=http://jims-israel.org/images/northfaceblackfriday2013.html]north face cyber monday[/url] ose [url=http://jims-israel.org/images/northfaceblackfriday.html]black friday north face[/url] rir [url=http://paradisophilly.com/images/northfacecybermonday2013.html]North Face Outlet[/url] edk [url=http://wafernet.com/images/northfacecybermonday.html]north face cyber monday sale[/url] ywesd [url=http://sayantanidasgupta.com/images/northfacejackets.html]the north face black friday[/url] uu [url=http://www.heliinc.com/images/northfacesale.html]http://www.heliinc.com/images/northfacesale.html[/url] ywefd [url=http://skynergy.com/images/thenorthfacesale.html]http://skynergy.com/images/thenorthfacesale.html [/url] diw [url=http://stsergiusandbacchus.org/config/cheapnorthface.html]The North Face Cyber Monday[/url] oy [url=http://wolverinejazzband.com/images/northfaceblackfriday.html]north face cyber monday[/url] Du [url=http://jowlercreek.com/images/buynorthfaceblackfriday.html]North Face Black Friday[/url] psy [url=http://flcws.org/sermon_29.htm]cyber monday north face deals[/url] edu [url=http://flcws.org/sermon_28.htm]North Face Black Friday[/url] edy [url=http://choicesforpeoplecenter.org/images/northfaceoutletdeals.html]north face cyber monday[/url] Fu [url=http://choicesforpeoplecenter.org/images/northfacestore2013.html]north face black friday sale[/url] Dy [url=http://www.maritimehydroseed.com/images/uggboots2013.html]http://www.maritimehydroseed.com/images/uggboots2013.html[/url] Dy [url=http://www.mentzermedia.com/uggcybermonday.html]uggs cyber Monday[/url] Sd [url=http://skynergy.com/images/uggscybermonday.html]Uggs Cyber Monday Sales[/url] Fir [url=http://stringimprovisation.org/images/cheapuggs2013.html]http://stringimprovisation.org/images/cheapuggs2013.html[/url] Dir
Moncler Doudoune http://www.radiorgb.net/images/monclerpascher.html