KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah berusia 27 tahun terpaksa menunda penerbangan ke United Kingdom (UK) serta-merta dan membayar denda RM1,050 kepada syarikat penerbangan, akibat kegagalan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan pihak Imigresen namanya sudah dikeluarkan daripada senarai hitam.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Omar, sepatutnya bertolak ke UK untuk meneruskan pengajian Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Nottingham pada 11.55 malam, Jumaat lalu, namun terpaksa menunda penerbangan itu esok pada waktu sama.

Omar berkata, beliau amat kecewa dengan pengurusan PTPTN yang disifatkannya amat lemah dan tidak efisien.

“Saya sudah menghubungi PTPTN dua minggu sebelum bertolak. Mereka kata nama saya dah ‘clear’.

“Tetapi apabila saya nak daftar masuk di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) Jumaat lalu, pihak Imigresen menahan saya dan beritahu nama saya masih dalam senarai hitam,” katanya.

KosmoOnline