Adalah dimaklumkan bahawa  UTHM mahu membuat perubahan terhadap nama singkatan “UTHM” sebagai nama panggilan untuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Walaubagaimanapun pihak pengurusan Universiti merasakan nama singkatan tersebut perlu dilihat semula supaya ianya dilihat lebih sesuai, mudah diingati, mudah disebut dan boleh memberikan impak yang lebih baik kepada Universiti.

Sehubungan dengan itu dipohonkan kerjasama semua untuk mencadangkan nama singkatan yang boleh memenuhi ciri yang disebutkan di atas dan sebarang cadangan bolehlah di emelkan kepada eaddy@uthm.edu.my atau di hantar terus ke pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).