Beberapa hari lagi akan menyusul tarikh 1 April, biasanya banyak diantara kita akan begitu sibuk dan bersiap siap untuk perancangan bagi MENIPU orang lain / sahabat / saudara terdekat teman wanita bahkan orang tua sendiri. Budaya sebegini telah mula melekat, seakannya tarikh 1 April tersebut, kita boleh berbuat DOSA.

Pemikiran kita penuh dengan rencana mencari mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kita akan mencari cara dan membuat ‘penganiayaan’ ini. Yang penting kita ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Mop mereka merah padam karena dipermain-mainkan. Ini adalah bertentangan dengan Aqidah dan tidak membawa manfaat sedikitpun.

Sewaktu masa sekolah dahulu, pernah terbaca tentang suatu tragedi yang terjadi pada tanggal 1 April ini. Seorang suami yang suka jahil tentang agama, telah mengucapkan, ‘Aku ceraikan kamu dengan talak 3’ pada isterinya dengan niat untuk bergurau. Isterinya yang pada mulanya tercengang-cengang terus meraung, kemudian si suami dengan muka tanpa dosa kemudian mengucapkan ‘April’s Fool!!’. Setelah itu, giliran si suami pula untuk meraung saat diberitahu bahwa talak yang dilafazkan tersebut telah jatuh!!!.

Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini….. hindari diri kita dari berbuat zalim apalagi April’s Fool bukanlah budaya Islam.

Tetapi tahukah anda berapa banyak diantara kita yang tidak mengetahui kenyataan pahit Sejarah yang menimpa umat Islam Spanyol di belakang perayaan April’s Fool ??
Tragedi Pemusnahan Umat Islam Spanyol

Dahulu kala, Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam namun mengamalkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk hiburan, untuk arak dan juga segala hal yang diharamkan dalam Islam. Jika mereka membaca tentang hijab di Al-Qur’an, mereka mempraktikan nya tidak seperti kebanyakan kita.

Kaum Kafir mencuba membersihkan Islam dari kekuasaan Spanyol, mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Lantas mereka menghantar pengintip ke Spanyol untuk mempelajari Islam dan mendapati bahawa kekuatan yang dimiliki kaum Muslim adalah taqwa. Jadi mereka mencari strategi untuk menghancurkannya.

Strategi dimulakan dengan mengirim alkohol kepada mereka. Taktik ini cukup berhasil dan melemahkan keyakinan umat Islam terutama kaum mudanya. Hasil dari usaha ini adalah jatuhnya Spanyol dari kekuasaan umat Islam dan mengakhiri penguasaan umat Islam seluruhnya terhadap Sepanyol selama lapan ratus tahun.

Daerah terakhir yang jatuh kepada kekuasaan kaum Kristian adalah Grenada (Ghornata) pada tarikh 1 April

Dibalik perayaan April’s Fool ini, sangat dipercayai bahwa April’s Fool mula mula dirayakan pada ketika kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah sekian lama berkuasa di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentea Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian tidak puas dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslimin kuatir dan curiga atas tawaran tersebut, dikuatirkan tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, kemudian mereka pergi kepelabuhan untuk melihat apakah ada kapal yang dimaksud oleh tentara Kristian dan setelah dilihat kewujudan kapal kapal dipelabuhan, merekapun membuat persiapan untuk berlayar.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada saat itulah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Bahkan mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal karana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya dirayakan oleh tentara Kristian. Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April’s Fool Day.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil pun turut memperingati April’s Fool tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara se-Islam mereka sendiri.

Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini….. hindari diri kita dari berbuat zalim. Ingatkanlah saudara saudara kita sesama muslim.
– Ingatlah bahwa tanggal 1 April adalah hari pemusnahan umat Islam Spanyol
– Dan yang penting dalam Al Quran & Hadis tidak ada perintah dimana boleh menipu orang lain sebagai bahan gurauan.