7.30 pagi- terlihat sekumpulan pelajar sekolah menengah melayu terkemut2 menghabiskan rokok di tepi pagar sekolah sebelum tergesa2 masuk apabila loceng berbunyi.

12.30tgh- pesta merokok di 7E, kedai runcit dan restoran mamak di kawasan berhampiran sekolah waktu balik. Kelihatan pelajar2 seperti baru lepas diseksa berpuasa di sekolah. Bebudak merokok macam esok tiada lagi..

WAHAI KEMENTERIAN KESIHATAN!
Sila mansuhkan undang2 menghalang bebudak bawah 18 tahun membeli rokok kerana takde sapa nak halang mereka. Tokey kedai pun jual, pegawai kesihatan pun tak kisah, polis tak peduli..MANSUHKAN!

WAHAI KEMENTERIAN PELAJARAN!
Legakan sakit hati cikgu2 dengan menguatkuasakan peraturan membenarkan kawasan kantin sekolah kawasan bebas merokok agar pelajar2 ni boleh melepaskan gian. Cikgu2 dah penat tangkap, silap cekup mak bapak bawak pi court!

SILA HALALKAN demi anak bangsa kita! eleh! RASUAH pun boleh halal inikan rokok ye tak?

Sumber LabunKulupSakah