rasulullahSetiap tahun umat Islam akan menyambut meriah kehadiran 12 Rabiul Awal, iaitu tarikh yang dikaitkan dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai upacara diatur sempena hari tersebut yang juga dikenali sebagai maulidul rasul seperti perarakan besar-besaran, upacara marhaban dengan membaca kitab berzanji, mengadakan jamuan-jamuan makan dan ceramah-ceramah agama. Semuanya ini dilaksanakan demi untuk menggambarkan perasaan kasih dan sayang terhadap junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.