Salam sejahtera

Di sini pihak dehati mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah diatas kewujudan satu weblog khas untuk pelajar UTHM yang dikenali sebagai UTHMbloggers dengan tagline “Suara Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM”.  Dinyatakan tujuan utama blog ini diwujudkan adalah untuk menjadikan ia sebagai medium untuk semua blogger dan penuntut dari UTHM untuk berhimpun dan seterusnya mewujudkan komuniti yang kukuh. Oleh itu Segala idea, komen dan permasalahan bolehlah dihantar untuk di bincangkan bersama. Kepada yang berminat untuk menulis didalam blog UTHMbloggers dipersilakan hubungi e-mail uthmbloggers.

Semoga segala permasalahan bersama dapat diselesaikan dengan baik dan secara ilmiah samada di UTHMdehati mahupun di UTHMbloggers….. Sekian