Hari ni waktu lunch,aku dengan kawan-kawan berborak la pasal isu-isu semasa.Banyak jugak topik yang keluar,antaranya isu nama Allah,isu lelaki Malaysia carik gadis Thailand dan isu pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Aku cukup suka baca apa yang A.Samad Said cakap pasal hal ni,bagaimana dia mengajak orang mengelakkan pihak-pihak yang tidak memperjuangkan Bahasa Kebangsaan kita.

Dalam hal English dalam Sains dan Math ni,terlalu banyak bertukar-tukar akta.Kejap jalan,kejap tak,kejap mansuh,kejap jalan,terlalu flip flop.Mungkin kajian ada dibuat tapi adakah kajian yang dibuat tu benar-benar menunjukkan masyarakat kita khasnya orang Melayu benar-benar dapat menguasai pembelajaran Sains dan Math (SnM) dalam English?

Aku terus terang,walaupun aku bersekolah di sekolah yang agak ok dulu dan aku boleh kata lepas la tulis English, tapi aku sedar,semenjak aku bekerja kat tempat aku sekarang ni la aku jadi fluent sikit cakap English.Bercakap English dengan menulis English lain benar!Ada orang boleh menulis essay-essay English yang berjela-jela panjangnya dengan grammar yang betul dan ayat-ayat yang mantap bunyi penulisannya.Tapi cuba suruh dia speaking sikit…besar kemungkinan berterabur percakapannya.

Sama jugak macam cikgu2 SnM ni,besar kemungkinan cikgu-cikgu ni kebanyakannya bangsa Melayu dan bangsa Melayu tidak ramai yang melatih diri sendiri dan anak-anak di rumah untuk bertutur Bahasa Inggeris ni.Jadi,majoritinya lidah kita keras nak sebut dan otak kena berfikir baru boleh bercakap.Tengok menteri-menteri kita pun kita dah tau,ramai yang cakap English lintang pukang walaupun ada PHd dan sebagainya.

Jadi,apa persediaan yang dibuat sebelum pelaksanaan dasar pengajaran dalam Bahasa Inggeris ni dilakukan?Adakah cukup dengan menghantar guru-guru ni pergi berkursus English selama seminggu?Habis kursus sure tak ramai yang teruskan penggunaaan English kat rumah.Paling kuat pun “Daddy,Mommy,Go Sleep dan Good Boy.”Belum masuk cerita student-student nya lagi yang memang haru biru English mereka.

Sukatan pelajaran English kita pada peringkat menengah dan rendah adalah sukatan pelajaran yang terlalu bergantung kepada penilaian penulisan,jadi kita melahirkan manusia yang tau pasal grammar,boleh cerita pasal verbs,nounces tapi kita tak dilatih bertutur.Paling kuat aku kena test dulu pun masa ujian oral English,kena baca teks satu paragraph lepas tu examiner tanya sket2 soalan nak tengok aku boleh jawab ke tidak.

Pada aku,English aku berterabur,kadang-kadang bila nak bercakap kena berfikir dulu.Kadang2 tersalah gak sebutan.Itu cerita aku yang hari-hari memang kena bercakap English.Apa pulak cerita dekat cikgu sekolah yang hanya bercakap English pada waktu Sains dan Matematik dan pada hari English Day?Murid-murid pulak bila masa diorang nak praktis,belajar bercakap dan belajar faham perkataan diucapkan on the spot?

Jadi,daripada ambik risiko merosakkan masa depan budak-budak yang tak paham apa cikgu diorang cakap dan tak reti nak tanya sebab diorang tak tau macam mana nak cakap,lebih baik kita stick dengan bahasa yang kita biasa dulu.Kemudian kerajaan boleh try ubah sukatan matapelajaran English tu supaya lebih kepada praktikal test,bukan sekadar bergantung kepada written exam.Benda ni kena biasakan,kena jadi kan dia sesuatu yang normal baru kita implement sket2 mula kecil-kecilan.

Selagi menteri-menteri khasnya menteri pelajaran sendiri berbahasa English berterabur,lebih baik kita stick dengan bahasa yang kita kenal dan kita cintai iaitu Bahasa Malaysia/Melayu.Selagi orang yang genius sangat nak implement benda ni English mereka berterabur,selagi tu lah kita hanya berdolak-dalih menyalahkan orang lain kalau akta tu tak berfungsi.Cuba dengar Hishamuddin cakap English,nampak benar kena berfikir.”Errmm..errr..ermmm..errr.”Cakap English kejap je.Bile cakap Bahasa Melayu hilang terus gagap. Aku expect Menteri Pelajaran kita punya English sangat-sangat fluent dan lancar,rupanya…biasa-biasa aje.

Tu menteri pelajaran kita yang nak laksanakan benda-benda ni.Cikgu-cikgu kita macam mana pulak?Murid-murid?

Baik kekalkan bahasa Melayu/Malaysia tapi push lagi penggunaan pertuturan English dalam sukatan pelajaran,pertuturan harian,di rumah dan juga di sekolah.Sebab English itu penting dan kita kena tahu.Tak rugi kita pandai English,yang penting kita jangan lupa “mother tongue kita.”

daripada Cursing Malay