…budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat…
Pendahuluan
Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan adalah melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”. Di samping itu, jika kita tinjau persiapan yang dilakukan oleh golongan yang meraikannya, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapan Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Namun, apa yang membimbangkan sejak kebelakangan ini ialah pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.
Sejarah Permulaan Valentine’s Day
Kebanyakan masyarakat khususnya generasi muda pada hari ini, hanya mengikut apa sahaja yang datang dari barat tanpa mahu mempersoalkan sama ada Valentine’s Day wajar disambut ataupun tidak. Sebenarnya, Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day :
i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
ii. Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St.Valentine sendiri.
Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :
Bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Oleh : Ustazah Norzila Bt. Mohd Nor BULETIN AT-TAQWA • BIL. 9
13 comments
Comments feed for this article
Februari 11, 2009 pada 11:02 am
rulza
masalah sekarang ni..walaupun sudah dicanang Valentines day tu tak wajar disambut tapi MEDIA bukan main lagi wat program untuk meraikannya sempena bulan Cinta kononnya….
Februari 12, 2009 pada 3:56 am
yoyo
Tak payahlah buang-buang masa nyambut mende2 nih..kalau kita sayang kat seseorang tu cukuplah sekadarnya…yang lebih minta pd Allah swt pelihara hubungan kita demi kebaikan bersama dunia dan akhirat………aminnnnn…..sebelom terlupa…Selamat Datang kepada TNC A & A baru……….pompuan lah pulak….semoga maju jaya uthm, equally for both lelaki dan pompuan ! hehehehehhe
Februari 12, 2009 pada 9:08 am
rulza
betul yang yoyo cakap tu..tapi dari satu segi secara khas menyambut valentine dengan hiburan yang melalikan, pasangan berdating2 di tengah alam…membudayakan lagi trend bercouple tanpa ada batasan agama sangat merisaukan…
ada wajar juga perkara ni disebut2 supaya timbul pemahaman nak sayang dan cinta memang boleh tapi perlu ada panduan…
isu siapa st valentine dan sewaktu dengan sejarah hari valentine ni yang menggusarkan adalah kebejatan sosial anak muda dan kelahiran anak haram yang hampir 10 orng di hospital setiap hari…..
BOLEHland memang suka mengikut2…..yang tak baik lagi nak diikut..mudahan kita dan anak kita tak mudah terjebak..na’uzubillah….
Februari 12, 2009 pada 9:59 am
yoyo
Hehehhehehehehe……..Malaysia ni dah tenat….bebudak muda hari ni dah tak kisah halal haram dalam pergaulan…..bahaya tullll………….pada akulah…pemimpin yang salah sebab tak kuatkuasakan undang2 dengan tegas….sian sian….ntahlah…..
Februari 12, 2009 pada 10:28 am
rulza
betul !! memang salah BESARRRR tapi ada jugakla pesalah2 sampingan..
ketamadunan manusia bukan hanya diukur dengan tinggi bangunan dan canggih kemudahan…tapi diukur pada tingginya ilmu dan akhlak baik manusia…….
Februari 12, 2009 pada 10:59 am
John Winchester
Jangan cerita jauh sangat…UTHM macamana?
Februari 12, 2009 pada 11:37 am
rulza
uthm pun lebih kurang juga….mana-mana tempat tak lari dengan isu couple trend dan masalah akhlak…
yang datang uthm pun rakyat BOLEHLAND juga….
Februari 12, 2009 pada 12:48 pm
Jawe
Banyak atau sikit rakyat ‘bolehland’ tu kita tengok ler cerita kat TV skg ni..dah terang2 ajar anak2 muda bergaul bebas jantan-bentina, pakai macam ala2 org tak der agama (barat ler konon), minum arak, mabuk, buke sana-buke sini…sama2 kita pikirkan..
Februari 12, 2009 pada 5:26 pm
lightseeker
saya suka baca sejarah.. tetapi setakat ni saya hanya menjumpai fakta yg cuma ada 3 st valentine dlm sejarah kristian.. satu di terni, satu di rom dan satu di north africa.. tiada satu pun ada kiatan dengan kerajaan islam spain.. tiada sejarah menceritakan perkaitannya dengan kejatuhan islam spain dan bla bla bla..
nabi pun menyuruh umatnya berhati-hati dlm menyampaikan berita.. pendapat st valentine di spain cuma berlegar-legar di malaysia.. sambutan valentine sudah disambut sebelum nabi lahir lagi., dlm forum-forum lain org bukan islam mcm tertanya2 dan geli hati sbb ada sejarah yg kita tulis tp tiada information lain yg menyokongnya.. even kita pun kadang2 tertanya sendiri..
MUNGKIN sejarah yg mengaitkan st valentine di spain adalah Vae El Din di Spain lebih tepat lagi di valencia.. tp dia bkn st valentine.. x tahu ler kalau org menggelarkan dia st. valentine..
allah knows the best.. cuma ingin bertanya ada information tak mengenai pendapat ketiga tue.. paling penting sekali: valentine is haram..
Februari 12, 2009 pada 9:38 pm
syukur
kawen cepat2…kan senang..halal semua…
Februari 19, 2009 pada 9:39 am
test!!!
Untuk tambahan bacaan bolehlah baca isu “Hukum Rai Valentine & Jual Bunga” di URL berikut;
http://www.zaharuddin.net/content/view/292/72/
Februari 28, 2009 pada 2:42 pm
John Winchester
Ringkas hukum…HARAM!!!!!!
Kalau betul2 Islam dia takkan pertikai hukumnya….ni jenis Islam Sumpah2….
Mac 4, 2009 pada 1:53 pm
Upin adik Ipin
Siap ada yg plan nak kawen Valentine’s Day tu..
Cuba-cuba le rujuk kitab tajul muluk..