Pertikaian mengenai Gaza, Palestin turut dirasai sehingga Davos, Swiss. Tempat dimana pemimpin dunia dan ahli perniagaan bertemu dalam Forum Ekonomi Dunia. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel Shimon Peres terlibat didalam pertikaian semasa berdialog.

Semasa dialog itu, Peres dengan keras membela negaranya dan mempersoalkan tindakan Hamas yang melepaskan roket ke wilayah Israel. Para hadirin telah memberikan tepukan gemuruh kepada kenyataan Peres. Tetapi, komentar itu dikritik Erdogan yang menyalahkan tindakan Israel yang menutup Jalur Gaza selama beberapa bulan.

Jelas dan nyata, masih ramai yang tidak mengetahui isu sebenar di Palestin kerana dengan mudah diperdaya oleh puak Yahudi. Hamas telah dicap sebagai pengganas dan pencetus kisah perang sedangkan hakikatnya berbeza. Ini adalah kerana media-media barat dkuasai oleh Yahudi dan gambaran palsu dan negatif telah dicipta.

Perdebatan menjadi panas dan seterusnya Erdogan meninggalkan forum tersebut. Tindakan ini memberi tamparan hebat kepada penganjur dan peserta forum. Erdogan menyatakan kecewaannya dengan moderator yang merupakan seorang penyokong kuat Yahudi di Washington Post, David Ignatius. Mana adil, Erdogan hanya diberi waktu 12 minit untuk berbicara sementara Peres 25 minit. Jika dipentas forum sebegini sudah berlaku ketidakadilan, maka apatah lagi di Palestin. Oleh itu, tindakan  Erdogan adalah dianggap kena pada tempatnya.

Diberitakan nama Erdogan telah dijulang sebagai perwira sekembalinya ke Istanbul dan juga di seluruh pelusuk Gaza telah mengangkatnya sebagai hero.

Disunting  dari http://saifulazrul.wordpress.com/