Kini sebilangan besar Pegawai Yang Dinilai (PYD) sedang bertungkus lumus untuk mengisi ruangan kosong di dalam http://eprestasi.uthm.edu.my/eprestasi08 bagi segala aktiviti yang dilakukan sepanjang tahun 2007.

Untuk pengetahuan umum, Penilaian Prestasi Tahunan adalah bertujuan untuk mengukur prestasi dan mengekalkan serta mempertingkatkan keupayaan dan produktiviti kakitangan serta memberikan pencapaian organisasi keseluruhannya.

Penilaian Prestasi adalah digunakan sebagai asas di dalam pelaksanaan beberapa aspek pengurusan kakitangan seperti berikut:-

(i) Menentukan penempatan dan bidang kerjaya yang sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan kakitangan;

(ii) Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, pinjaman dan pertukaran sementara;

(iii) Menentukan kelayakan dan kesesuaian untuk pergerakan dan anjakan gaji;

(iv) Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat dan bintang kebesaran serta pemberian surat penghargaan;

(v) Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan; dan

(vi) Memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkat prestasi serta motivasi pegawai.

Selepas itu, PPP dan PPK pula akan bertungkus lumus menyemak apa yang telah diisi oleh PYD. Ada yang musykil tentang bagaimana kaedah PPP dan PPK menilai PYD. Ada yang mengeluh kerana ada pegawai yang bekerja tungkus lumus siang malam (24/7), tapi hasil keputusan penilaian sama jugak dengan pegawai yang tak bertungkus lumus. Markahnya 80% juga. Ada pegawai yang mana kualiti kerja tidak seberapa tetapi layak dianugerahkan Anugerah Khidmat Cemerlang.

Walau apa pun, selamat mengisi laporan tersebut.