Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi

Baru-baru ini kami mendapat berita dimana ada PTJ yang tidak berpuashati berkaitan komen-komen yang telah diutarakan terhadap PTJ tersebut. Mana tidaknya, komen telah ditujukan tepat mengenai muka mereka-mereka itu. Walau bagaimanapun, berani kerana benar, pihak kami yakin bahawa komen-komen yang diutarakan itu adalah fakta yang benar dan bukanlah gossip semata-mata. Oleh yang demikian, PTJ tersebut telah melancarkan serangan balas dengan cuba menjejak siapa tuan punya blog UTHM de Hati dan juga dari mana asal usul komen-komen tersebut dihantar. Ini dikuatkan lagi dengan permintaan salah seorang pengunjung uthmdehati agar komen beliau dikeluarkan kerana beliau telah dipanggil oleh pihak atasan. Kami dengan rela hati telah mengeluarkan komen tersebut kerana tidak mahu rakan kita dikenakan tindakan.

Terdapat juga saranan daripada pihak lain yang mahu akses ke weblog ini dihadkan kepada golongan tertentu sahaja. Oleh kerana kami menggunakan domain wordpress (percuma) maka ianya sukar diprogramkan mengikut kehendak kita melainkan mengikut template yang diberikan. Jadi disini kami memohon maaf kepada pihak yang memberikan cadangan agar weblog ini di hadkan eksesnya. Kami akan sedaya upaya memantau komen-komen mengikut kelapangan masa yang kami ada. Kami juga berharap agar pihak tertentu tidak lagi dengan aktif cuba mengesan kami. Apa sangat dengan weblog ini jika dibandingkan dengan blog lain seperti Malaysia Today, Malaysia Kini, Tranungkite, Penarikbeca, Tukartiub, Kickdefella dan macam-macam lagi.

Jadi kami berpendapat adalah tidak wajar pihak terbabit melakukan tindakan yang sedemikian rupa. Apa yang lebih penting ialah perbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dinyatakan didalam komen. Sepatutnya PTJ seperti Pendaftar,  selaku ketua kepada PTJ-PTJ yang lain menunjukkan contoh dan tahap kerja yang murni dan produktif.

Apa kata anda sekelian?