Assalamualiakum dan salam sejahtera..

Pihak UTHMdehati mendapati semakin banyak komen yang telah diberikan, dilihat memfokuskan kepada individu tertentu dan PTJ tertentu. Kami berharap agar anda semua dapat mengawal emosi semasa memberikan komen dan tidak menyertakan nama individu yang dikomen secara terus. Komen-komen juga semakin lari daripada isu sebenar yang dikeluarkan. Oleh itu diharapkan agar semua pengunjung UTHMdehati dapat memberikan kerjasama agar komen yang diberikan benar-benar sesuai dengan isu. Jika anda memerlukan isu baru, maka sila hubungi moderator untuk tindakan lanjut. Kami juga membuat keputusan sebarang komen yang dianggap tidak sesuai akan dispam.

Sekian