Penyelidikan bolehlah ditakrifkan sebagai:

Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru. (Ahmad Mahzan Ayob, 1983)

In carrying out research the purpose is to try to make some claim to knowledge; to try to show something that was not known before. However small, however modest the hoped for claim to knowledge is, provided it is carried out systematically, critically and self-critically, the search for knowledge is research. (Bassey, 1990)

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam Pelan Strategik, nya telah menekankan betapa pentingnya  “Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi”. Di dalam ucapan oleh Yg Bhg. Menteri Pengajian Tinggi, Dato Mohamed Khaled bin Nordin di 4th International Conference of the Minister of Higher Education and Scientific Studies of Islamic Countries,

The main objective of the research universities is to develop human capital and R & D capabilities to international standards. These research universities also serve as capacity and intellectual property developers in specialized niche knowledge aimed at commercial use; hence economically benefiting of the nation. This strategy in the long term will also ensure the revitalization and continuous improvement of our national research and innovation framework through continuous human and  intellectual capital development.

Ini menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia telah sedaya upaya untuk memartabatkan aktiviti penyelidikan dikalangan ahli-ahli akademik di universiti tempatan.

Sejak kebelakangan ini, banyak universiti-universiti tempatan cenderung menyertai pertandingan-pertandingan rekacipta sama ada diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Hasilnya, banyaklah pingat-pingat yang telah berjaya dibawa pulang dan menjadi kebanggaan kepada penyelidik dan juga universiti terbabit. Hasil kemenangan ini berjaya membuka mata masyarakat dan menyedari kepentingan rekacipta, penyelidikan dan inovasi kepada pembangunan manusia dan juga Negara. Berita-berita kemenangan ini telah banyak digembar-gemburkan di dada-dada akhbar. Akan tetapi, adakah dengan kemenangan pingat-pingat ini menunjukkan universiti terutamanya UTHM telah berjaya memartabatkan aktiviti-aktiviti penyelidikan.

Bagi menyertai pertandingan, pihak universiti terutamanya PPI perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak bagi membiayai kos membuat booth yang tersergam indah dengan harapan berjaya memenangi anugerah booth tercantik. Selain daripada itu, kos yang tinggi juga perlu diperuntukkan bagi membiayai kos penerbangan untuk pertandingan di luar Negara. Adakah perbelanjaan ini berbaloi dengan jumlah pingat yang dimenangi? Adakah produk-produk yang memenangi pingat mampu diketengahkan dan dikomersilkan supaya pihak universiti mendapat pulangan daripada hasil penyelidikan tersebut? Boleh dikatakan, memenangi pingat merupakan satu faktor penentu kejayaan penyelidikan bagi penyelidikan di universiti dan menjadi aspek penilai bagi kenaikan pangkat. Bagaimana pula dengan penyelidik yang membuat kajian yang tidak berteraskan inovasi? Adakah mereka ini terpinggir dengan penyelidik yang berteraskan inovasi?

Ada sebilangan penyelidik di UTHM tidak menyertai pertandingan kerana penyelidikan mereka tidak berteraskan inovasi. Akan tetapi hasil penyelidikan mereka berjaya dibentangkan di persidangan antarabangsa dan juga berjaya diterbitkan di jurnal-jurnal antarabangsa. Ada diantaranya diterbitkan dijurnal-jurnal berwasit dan mempunyai impact factor. Tetapi mengapa hasil-hasil penerbitan yang sedemikian tidak digembar-gemburkan oleh pihak universiti? Adakah hasil penerbitan ini dianggap sebagai second class berbanding dengan kejayaan memenangi pingat? Pada hari penganugerahan Khidmat Cemerlang ada juga pingat yang diberikan bagi  penyelidik yang sedemikian. Mujurlah baru-baru ini ada dianjurkan anugerah penerbitan oleh Pejabat Penerbit. Setidak-tidaknya berjaya memartabatkan kejayaan-kejayaan para penyelidak yang membuat penerbitan di jurnal-jurnal.

Pihak universiti harus meneliti semula hala tuju penyelidikan diperingkat universiti supaya ianya tidak hanay berteraskan memenangi pingat di pertandingan yang disertai yang mana secara langsung disitu berlakunya pembaziran . Tingkatkan lagi penyelidikan dan menggalakkan penyelidik menerbitkan hasil kajian mereka dijurnal-jurnal antarabangsa. Usaha yang dilakukan oleh pihak Pejabat Penerbit menganjurkan bengkel penulisan jurnal amatlah berfaedah terutamanya bagi pensyarah muda yang baru hendak belajar menerbitkan kertas kerja ilmiah. Gunakan lah peluang yang disediakan oleh pihak universiti terutamanya memohon geran bagi pensyarah muda sebagai platform untuk terus maju di dalam penyelidikan. Jangan pulak menyeleweng duit peruntukan tersebut.

Wassalam.