Assalamulaikum dan Salam Sejahtera…

Pihak UTHMdeHati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung kerana sudi memberikan komen-komen terhadap isu-isu yang diutarakan. Kami meminta maaf kerana tidak membuat posting baru. Ini kerana kesibukan Hari Raya dan juga isu sediada masih releven dan hangat dibincangkan. Walaubagaimanapun, pihak kami akan mengemukakan isu baru dalam sedikit masa lagi.

Weblog ini juga khabarnya telah mendapat perhatian pihak tertinggi UTHM. Pelbagai andaian telah kami dengar mengenai UTHMdeHati dan kami harapkan agar kewujudan Weblog ini menjadi wadah yang berguna kepada staf UTHM untuk meluahkan pendapat dan komen-komen. Kami di UTHMdeHati akan cuba sedaya upaya menapis komen-komen yang dianggap kurang sesuai untuk dipaparkan.

Akhir sekali kami berharap weblog ini mendapat sokongan dan akan diteruskan dengan isu-isu yang terkini sedikit masa lagi…