Persatuan Pensyarah dan Pengajar UTHM (PERKASA) telah ditubuhkan secara rasmi mulai 12 November 2007 dengan nombor pendaftaran 2201-07-JHR. Persatuan ini diilhamkan oleh pengurusan tertinggi universiti dan ditubuhkan atas kesedaran betapa pentingnya sebuah persatuan yang dapat menjaga kebajikan dan memperjuangkan hak staf akademik universiti.

Untuk makluman, di antara matlamat penubuhan persatuan ini adalah seperti berikut:

(a) Menjaga kebajikan pensyarah dan pengajar yang berdaftar sebagai ahli-ahli Persatuan.
(b) Menjadi saluran komunikasi pensyarah dan pengajar dengan pihak pengurusan tertinggi Universiti.
(c) Menyuarakan pandangan pensyarah dan pengajar bagi membantu pembangunan Universiti.
(d) Menyampaikan maklumat dan visi Universiti kepada pensyarah dan pengajar.
(e) Menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan perkhidmatan akademik Universiti.
(f) Menjadi badan perunding bagi semua perkara yang berkaitan dengan ahli-ahli Persatuan.
(j) Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa Universiti, agensi dan kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli Persatuan, dan
(k) Bekerjasama dengan pihak berkuasa Universiti dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli Persatuan.

Sokongan padu semua staf akademik adalah dihargai dan dialu-alukan demi kecemerlangan staf akademik UTHM.

* Maaf kerana huruf P pada Logo PERKASA tidak menyamai loga asal. Logo tersebut hanya untuk paparan dilaman blog ini sahaja dan kami tidak membenarkan ia diambil dari sini.