Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima surat dari Jabatan Penuntut Malaysia London mengenai bekas pelajar Malaysia yang menggunakan gelaran Doktor Falsafah PALSU (PhD) sekembalinya ke tanah air selepas GAGAL dalam pengajiannya di University. Berita ini mengingatkan saya kepada kisah PhD yang dibeli oleh sesetengah pihak atau kisah PhD yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Walaupun tidak diiktiraf kerajaan tetapi ilmu yang disampaikan tetap betul.

Apa respon isteri apabila tahu suami berkahwin lebih satu. Suami merahsiakan perkahwinan keduanya. Sudah tentu si isteri marah, kerana kepercayaan dia dikhianati. Dia tidak diberitahu hal sebenar dan rasa tertipu. Meskipun si suami berkahwin secara sah? kerana kepercayaan itu adalah perkara penting suami-isteri. Samalah ceritanya dengan klien-klien. Mereka memilih perunding berdasarkan kepercayaan. Mereka percaya latar belakang pendidikan itu dapat membantu organisasi mereka. Jika ia disembunyikan status sebenar, maka adakah masih layak klien menaruh kepercayaan?

Salah satu persepsi yang dipegang oleh kita ialah latar akademik yang dimiliki seseorang adalah diiktiraf oleh kerajaan. Jika ia terkeluar daripada sistem, menjadi tanggungjawab seseorang untuk memaklumkan status tersebut bagi memperbetulkan persepsi itu. Peranan pengiktirafan kerajaan terhadap sijil akademik bukan sekadar bertujuan bagi sebarang proses pengambilan kerja. Akreditasi dan pengikitirafan tersebut menjadi tanda aras bagi mana-mana organisasi bagi meyakini tahap akademik.

Terdapat beberapa anugerah yang berbeza untuk mendapat gelaran doctorate. Contohnya mendapat honorary doctorate. CDBA = Certificate Doctorate in Business Administration dan bukan PhD. Ia adalah “honorary doctorate” atau “doktor kehormat”. Jadi, kita tidak boleh mendakwa semua doctorate adalah hanya lulusan PhD. DBA dan PhD adalah berbeza. DBA adalah profesional lebih relevan untuk perniagaan dan berdasarkan skill praktikal. Thesis bertulis masih perlu dilakukan. Manakala PHD adalah akademik dan banyak kepada penyelidikan. Untuk menjadi ahli perniagaaan, DBA menjadi pilihan mereka dan bukannya PhD. PhD kebiasannya untuk menjadi penyelidik, pesyarah university, dsb.

Ketahui bahawa Doctorate, bukan untuk PHD sahaja (masyarakat kita sering didedahkan kepada PHD). Ada banyak lagi termasuk: PhD, EdD, DEng, EngD, DBA, DD, JCD, SSD, JUD, DSc, DLitt, DA, DMH, MD (Doctor yang di hospital ), DMA, DMus, DCL, ThD, DrPH, DPT, DPhil, PsyD, DSW, LLD, LHD, JSD, SJD, Ju STD, DMin kesemuanya adalah kelayakan doctorate.
Selalunya masyarakat tidak mahu berguru dengan mereka yang tidak jujur lalu mencari kebenaran. Mereka yang ada Ph.D yang betul dan bertungkus lumus mendapatkannya hingga mengambil masa bertahun-tahun tidak akan puas hati apabila ada segelintir yang dengan begitu mudah membeli gelaran. Saya bersetuju dengan mereka ini sebab Ph.D dan DBA mesti berkredibiliti.

Sekian.