Banyak maklumat yang diterima daripada sekelian usahawan-usahawan tempatan ialah mengenai satu syarikat yang menjadi orang tengah keatas sebahagian besar projek-projek yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. Ini amat menghairankan, kenapa perlu ada orang tengah pula bagi menguruskan pembekalan dan perkhidmatan kepada kementerian? Sedangkan selama ini, mana-mana jabatan, agensi-agensi dan kementerian-kementerian berurusan terus dengan pihak pembekal dan kontraktor. Kenapa mesti ada pihak ketiga?


Dikatakan, syarikat bumiputera ini yang telah ditawarkan kontrak terpaksa membuat tawaran harga melalui sebuah syarikat yang bernama Central Management Catalogue Agency Sdn Bhd (CMCA). Syarikat CMCA ini pula akan membuat tawaran yang baru kepada Kementerian Kewangan dengan harga yang lebih tinggi. Margin atau pendapatan daripada perbezaan harga tadi dinikmati oleh CMCA tanpa mengerah keringat sedikit pun.

Disini apa yang dipertikaikan oleh syarikat bumiputera yang mendapat kerja daripada kementerian terpaksa bertungkus-lumus siang malam untuk menyiapkan kerja masing-masing. Manakala, setelah kerja-kerja telah disiapkan terpaksa pula syarikat ini membuat tindakan susulan beberapa kali ke Putrajaya bagi menuntut pembayaran. Satu-satu tuntutan tidak hanya memadai dengan satu perjalanan sahaja, tetapi dengan beberapa trip yang tidak sepatutnya berlaku. Kelewatan pembayaran dan beberapa kali tindakan susulan ini amat merugikan syarikat IKS yang terlibat. Dengan keuntungan yang diambil hanyalah cukup-cukup makan, semacam tiada pilihan lain bagi syarikat Melayu ini.

Manakala, bagi sebuah syarikat seperti CMCA yang tidak merasa penat jerih,  senang-senang membuat keuntungan dan menghimpun kekayaan. Kebanyakkan syarikat bumiputera terpaksa melobi dan memberi penerangan kesana-kesini untuk mendapatkan sesuatu projek. Begitu banyak kos telah dihabiskan untuk memastikan projek dalam gengaman. Di penghujung hari, hanya syarikat kaum kerabat juga merasai kesenangan dan kemewahan tanpa bersusah payah sedikit pun.

Isu yang ingin aku bangkitkan di sini, mengapa mesti syarikat Melayu ini terpaksa melalui CMCA, kenapa tidak terus kepada pihak kementerian? Perkara yang paling menghairankan ialah kontrak diberi terus kepada syarikat IKS daripada kementerian, tetapi kenapa CMCA dibenarkan membuat tawaran kedua yang lebih tinggi harganya? Mengapa dan kenapa? Sindrom CMCA ini juga seakan menjangkiti  disemua kementerian kerajaan kini. Monopoli..monopoli… monopoli…

Setelah disiasat dan diselidiki oleh golongan usahawan yang terlibat maka dapatlah kita mengetahui jawapan yang sebenarnya. Untuk makluman semua, pemegang syer yang terbesar dalam CMCA ini ialah Pelasari Sdn Bhd. Dikatakan Pelasari memegang sebanyak 85% saham dalam CMCA. Kenalkah sidang pembaca kepada Dato’ Haji Mahamad Fathil bin Dato’ Mahmood? Dia merupakan pemilik syarikat Pelasari dan sila cari diinternet siapakah sebenarnya beliau ini.

Kesimpulannya, tak mungkin CMCA dapat mengawal segala tawaran daripada syarikat bumiputera tanpa persetujuan dan kebenaran pihak atasan. Kenapa syarikat CMCA diberi segala kemudahan dan faedah yang berlipat kali ganda sedangkan syarikat bumiputera terpaksa menitis keringat dan airmata untuk mendapatkan satu-satu kontrak hanya sekadar untuk terus hidup dan kekal dalam industri. Ini belum diceritakan tentang hutang-hutang yang dihadapi oleh mereka. Seperti dikejar oleh bank, KWSP dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Cubalah saudara-saudara berfikir sendiri, bagaimana agaknya syarikat bumiputera di kawasan Batu Pahat khasnya dalam menghadapi situasi ini. Berapa lama lagikah mereka dapat bertahan. Kedengaran juga, rezeki sudah hampir dijamah tetapi terpaksa di tarik balik. Hati mana yang tak sedih kalau ini terjadi. Jadi siapakah agaknya yang dapat membantu syarikat-syarikat bumiputera. Berita terbaru semua sebutharga dibawah 10K boleh tidak melalui CMCA, Apa komen anda…