Assalamualaikum,

Perkataan ini membawa maksud lambat untuk menangkap sesuatu perkara yang memerlukan usaha pemikiran. Apa definisi Kamus Dewan saya tak peduli, tetapi itulah definisi yang saya cipta. Biasanya orang yang bengap ni setara atau seangkatan dengan orang bodoh, atau bebal atau yang sama keupayaannya, cuma bengap ini lebih menjurus kepada keupayaan mental.

Biasanya orang yang masuk universiti, samada sebagai pelajar atau tenaga akademik dikategorikan sebagai bijak. Lawan kepada bengap. Tetapi ada juga orang yang bengap masuk universiti, seperti agaknya buruh yang dikontrak untuk memungut sampah. Tetapi rata rata orang universiti dipersepsikan sebagai bijak.

Alangkah malunya dan ‘aibnya kalau orang yang dipersepsikan sebagai bijak ini sebenarnya adalah bengap! Dan perkara ini tidak dapat disorokkan kerana ia terdedah kepada penglihatan dan penilaian umum. Kalau pensyarah universiti itu dipersepsikan sebagai bijak, maka tentulah naib cancelor univeriti sepatutnya maha bijak. Dalam episod debat Shabery-Anwar, tertonjol satu kelondehan seorang yang sepatutnya maha bijak sebenarnya maha bengap.

Rupanya rentetan ini tidak terhenti di situ sahaja. Dalam sibuk sibuk pelajar sebuah IPTA berdemonstrasi mempertahankan ketuanan Melayu kerana kononya diurakan institusi itu dibuka sekian banyak peratusnya kepada etnik yang kelihatan tidak punyai ketuanan, maka terlondeh satu lagi kebengapan.

Bila MRSM dibuka kepada etnik bukan Melayu, tiada demo. Bila Chedet cadang buka intake IPTA tersebut kepada etnik lain, tiada demo. Bila Khalid cakap, turun mereka berdemo.
Kalau yang sepatutnya bijak dah terlondeh jadi bengap, tentulah yang maha bijak sebenarnya adalah maha bengap.

Dari blog Prof. Dr. Hj. Hamirdin B. Ithnin