26 Julai 2008 telah sekali lagi mencatat sejarah gemilang bagi pasukan bolasepak UTHM FC kerana telah berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Ketua Polis Batu Pahat 2008. Pasukan kendalian En Azaruddin Abu Bakar ini telah berjaya menewaskan pasukan Budiman Cergas 2-1. Hasil kemenangan tersebut pasukan UTHM FC telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 3000 , Piala Kejuaraan dan Piala Iringan. Selain itu pemain UTHM FC, Mohd Shaiful Rusdi telah diumumkan sebagai pemenang penjaring gol terbanyak kejohanan.


Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan UTHM FC telah ketinggalan 1-0 sebelum penyerang utama Mohd Shaiful Rusdi menyamakan kedudukan. Separuh masa pertama berkesudahan 1-1. Separuh masa kedua berlangsung dengan sengit dan banyak cubaan kearah gol dilakukan dan 3 minit sebelum perlawanan tamat pemain tengah UTHM FC, Osman Abd Rahman telah memecahkan kebuntuan dengan jaringan gol hasil rembatan jarak jauh untuk kemenangan 2-1.

Pengurus pasukan, En Azaruddin Abu Bakar menyifatkan kemenangan ini adalah hasil usaha gigih para pemain menjalanai latihan dan semoga ianya sebagai pembakar semangat untuk memenangi pelbagai lagi kejuaraan khasnya diperingkat tempatan. Selepas ini pasukan UTHM FC akan meneruskan cabaran dalam Kejohanan Liga Bolasepak Batu Pahat. Pada tahun lalu mereka telah muncul juara dan matlamat kali ini juga ialah untuk mempertahankan kejuaraan yang lalu. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan pasukan dan para pemain serta terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan galakan terhadap pasukan UTHM FC. Sekian, terima kasih.

Dipetik dari : Mohd Hatta B Hj Mohamed Ali @ Md Hani
b/p : Pengurus Pasukan Bolasepak UTHM FC