Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Berhubung perkara di atas, iaitu surat terbuka kepada Unit Cuti Belajar dan/atau Bendahari UTHM maka saya mewakili mereka-mereka yang sedang bercuti belajar terutama di luar negara ingin memohon jasa baik pihak Bendahari dan/atau Unit Cuti Belajar untuk memberikan perhatian terhadap beberapa perkara yang sering mendatangkan masalah kepada staf.

Masalah sering timbul apabila staf gagal mendapatkan butiran mengenai pembayaran elaun, tuntutan dan notis makluman pembayaran. Ini penting bagi setiap staf menyemak semua pembayaran yang dilakukan Selain daripada itu, masalah perhubungan yang jauh diluar Negara tidak perlu dijadikan alasan sebagai payah untuk dihubungi. Jadi kami memohon kepada pihak terbabit dapat memberikan balasan terhadap setiap email yang diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu. Penggunaan email adalah dirasakan cara yang terbaik kerana menjimat masa dan banyak perkara dapat diselesaikan dengan cepat. Jika balasan dari pihak UTHM adalah lambat maka banyak urusan akan terbantut.

Apa yang menarik, pihak KPT melalui kedutaan Malaysia dapat memberikan semua makluman kepada semua pelajar mengenai elaun dan tuntutan yang dibuat oleh pelajar dengan begitu baik sekali. Bukan setakat itu sahaja, terdapat universiti di malaysia telah menggunapakai kaedah ini bagi memaklumkan kepada staf staf yang menyambung pengajian di luar negara. Universiti-universiti memaklumkan menerusi email dan juga menghantar salinan baucher pembayaran kepada staf. Diharapkan pihak UTHM dapat mengadaptasi sistem atau cara yang mereka guna. Ini bukan sahaja untuk kemudahan pelajar malah kemudahan mereka juga.

Olehitu, diharapan agar pihak yang terbabit dapat menambahbaik sistem penyampaian  bagi mewujudkan suasana harmoni antara kedua-dua belah pihak.

Akhir kata, segala yang baik datangnya daripada Allah yang buruk datangnya daripada kejahilan kami. Kami memohon maaf sekiranya terdapat perkara yang tidak menyenangkan pihak tertentu.

Daripada pelajar UTHM luar negara