SERAMAI 1,566 mahasiswa baru yang mengikuti program sarjana muda dan diploma bagi sesi akademik semester 1 2008/2009, mendaftar di Universiti Tun Hussein Onn Ma laysia (UTHM), Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Mereka bakal mengikuti 12 program ijazah sarjana muda dan tujuh program diploma di enam fakulti.
Dalam kenyataannya, UTHM berkata mahasiswa berkenaan mengikuti Minggu Haluan Siswa selama seminggu bagi memperkenalkan mereka dengan persekitaran dan kehi dupan kampus.

Pada masa sama, mereka mengikuti pelbagai aktiviti yang ditetapkan selain menjalin hubungan mesra bersama pelajar senior.

Pada sesi kemasukan itu juga, UTHM mengumumkan pengambilan 11 mahasiswa antarabangsa dari Somalia serta seorang masing-masing dari Kemboja dan Republic Czech.

Pihak UTHM membuka pendaftaran untuk mahasiswa luar negara dan tempatan hingga 17 Julai ini bagi sesi kedua semester 1 2008/2009.

Mahasiswa baru dari Kangar, Perlis, Ooi Kai Er, berkata dia teruja dipilih melanjutkan pengajian di UTHM dan berazam belajar bersungguh-sungguh.

“Saya berbangga kerana menjadi warga UTHM dan berazam menjadi pelajar terbaik serta mendalami ilmu pengetahuan untuk disumbangkan kepada masyarakat dan negara,” ka tanya yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti secara penye lidikan di Fakulti Pengurusan Teknologi.

Sumber Harian Metro