Semua staf akademik telah dijemput untuk mencalonkan staf akademik yang layak bagi menjawat jawatan pentadbiran. Mekanisma ini dilaksanakan bagi membantu Naib Canselor membuat pilihan untuk melantik staf akademik yang sesuai untuk menjawat jawatan pentadbiran di Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Penialaian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penyertaan staf dalam membuat pemilihan pemimpin di peringkat PTj.

Calon yang berminat menjawat jawatan yang diiklankan hendaklah terdiri daripada staf akademik staf akademik yang sekurang-kurangnya menjawat jawatan Pensyarah Kanan kecuali bagi jawatan Dekan dan Timbalan Dekan di Pusat Pengajian Siswazah; serta Pengarah dan Timbalan Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi mestilah berjawatan Profesor atau Profesor Madya dan mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian. calon-calon hendaklah telah disahkan dalam jawatan masing-masing dan hanya staf akademik dalam kategori skim DG, DS dan J sahaja yang layak membuat pencalonan mana-mana staf akademik untuk menjawat jawatan pentadbiran. Staf dalam kategori DA tidak layak membuat pencalonan.

Pengundian akan diadakan pada hari Isnin, 28 Julai 2008 mulai jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Pengundian boleh dibuat menggunakan komputer masing-masing dengan melayari http://tcis.uthm.edu.my. ID pengguna dan kata laluan adalah seperti emel universiti. Pemilih yang menghadapi masalah mengundi boleh menggunakan kemudahan Makmal PTM 1 pada hari pengundian mulai jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.

Tempoh perlantikan pertama ialah dua ( 2 ) tahun dan boleh dilanjutkan tertakluk kepada Naib Canselor.

Adalah diingatkan bahawa perlantikan tersebut tertakluk kepada kuasa Naib Canselor seperti yang diterangkan dalam Perkara 12, Perlembagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2007.

Petikan diambil dari emial UTHM