KUALA LUMPUR – Semua penjawat awam di negara ini dilarang melakukan sebarang aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan Internet termasuk aktiviti sembang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi-Agensi Kerajaan dan ia boleh dicapai di laman web www.mampu.gov.my.
“(Langkah) ini sebagai panduan kepada penjawat awam terhadap penggunaan kemudahan Internet,” kata Najib dalam jawatan bertulis bagi menjawab pertanyaan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat semalam.
Antara larangan tatacara penggunaan Internet yang dijelaskan oleh Perdana Menteri itu merangkumi memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen.
Selain itu, katanya, penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board.
Perdana Menteri juga melarang penjawat awam menggunakan kemudahan sembang, menggunakan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersial dan politik.
Kosmo Online


3 comments
Comments feed for this article
Jun 17, 2009 pada 10:56 am
munawir jambul
Hello BRO!
Zaman sekarang ini, zaman internet….bukannya zaman toK KADUK. Generasi sekarang perlu mahir dan pandai menggunakan sistem teknologi maklumat yang sedia ada bagi tjuan penyebaran maklumat.
Awat hang takut sangat noo!
Hang takut orang menyebarkan berita yang hang TAK BERKRNAN KE?
Negara Malaysia tak mampun untuk maju selagi ada pemimpin yang berfikiran ke belakang? Siapa ye????
……….
Jun 17, 2009 pada 11:53 am
John Winchester
Perlu jugak, manalah tahu ada e-mel2 puaka yang memburukkan peribadi orang…….kan ke la ni musin nai naik kanan….hahahahahhahaaaaaaaaaaa
Julai 6, 2009 pada 9:26 pm
Tanpa nama
sasasaas