KUALA LUMPUR – Gara-gara hanya meluluskan empat daripada 157 pelajar jurusan undang-undang, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendakwa ‘dipaksa’ meletakkan jawatan demi menjaga reputasi universiti.
Nor (bukan nama sebenar) memberitahu, punca peletakan jawatannya adalah kerana tidak tahan lagi menerima tekanan supaya mengikut kehendak universiti dalam pemberian ‘markah kasihan’.
“Bagaimana hendak memberi markah jika itu merupakan markah sebenar yang mereka peroleh. Malah saya sudah memberi markah yang boleh diberikan meskipun mereka (pelajar) tidak layak mendapatnya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam.
Menurut Nor, 35, pemberian markah itu melibatkan pelajar dua kursus berlainan semester dua sesi akademik 2007/2008 lepas.
Menceritakan apa yang dilaluinya, Nor berkata, ia bermula apabila dia diberikan surat penjelasan mengenai kegagalan pelajarnya pada Jun lalu melalui dekan fakulti terlibat.
Kerana kegagalan para pelajar itu, dia kemudian dikritik hebat oleh pihak atasan dan mereka mahu dia menambah markah termasuk memberikannya berdasarkan kehadiran pelajar ke kelas sepanjang tahun semata-mata mahu mengurangkan jumlah pelajar yang gagal.
“Tapi saya berkeras. Mana boleh saya beri markah cara demikian sedangkan itu memang tanggungjawab wajib mereka untuk hadir ke kelas,” ujarnya yang menjadi pensyarah di universiti itu sejak Disember 2007.
Tambah Nor, pelajar terlibat bukan sahaja tidak menjawab soalan tetapi turut gagal mengarang esei dalam bahasa Inggeris.
KOSMO Online


49 comments
Comments feed for this article
April 15, 2009 pada 12:53 pm
Upin adik Ipin
Satu je aku nak komen isu ni.
Tolak tepi bab markah kesian, tapi kalau hanya 4 dari 157 yang lulus, benarkah pelajar tu tak bagus, atau pensyarahnya yang tak bagus?
Kat UTHM ni memang ada kes2 macam tu. Bila di semak semula secara adil dan mengikut lunas-lunas yang betul, memang ada bukti pensyarah tersebut tak perform dalam kuliah. Nak kata ajaran songsang pun ye jugak. Kalau dah ajar bab falsafah hidup dalam kuliah kejuruteraaan, macam mana tu? Bayangkan bila pelajar tanya soalan, dia jawab awak kena fikir kenapa Iraq kena serang dengan Amerika. Apa ke jadah jawab gitu. Kalau tak tahu jawab, mengaku sahaja tak tahu.
Kekadang ada pensyarah jenis macam ni..perasan diri tu bagus sangat, dia aje yang pandai. Semoga dihindarkan sikap sedemikian dari berjangkit ke pensyarah UTHM yang lain.
April 15, 2009 pada 3:58 pm
Anak PA
betoi betoi betoi ipin….
Kita lihat.. pensyarah mana yang biasanya dapat cemerlang ketika penilaian pensyarah oleh pelajar. biasanya yang beri markah tinggi dan baik dengan student.. yang garang-garang dan kedekut markah… result penilaian sure sikit… Aper pun dalam kes diatas jika 4 dari 157 sahaja yang lulus mesti ada yang tak kena. Ini lah keburukan bila markah penilaian pelajar hanya berdasarkan peperiksaan , yang diajar lain dan ditanya dalam exam lain.
April 16, 2009 pada 6:50 am
John winchester
Kalau garang dan kedekut markah tu bukannya saja2 nak buat macam tu, ada reasonnya…..dia sayang anak bangsa dia….kalau dia tak sayang…dia buat cencai2….janji gaji riban2 masuk tiap2 bulan weiiii…………..tapi mutu yang dihasilkan tak ada…………atau macam sampah….
Orang kita Melayu ni bangsa yang manja, bangsa subsidi, tak boleh susah dan tak boleh payah…..nak mudah2 je……(kang lebih2 kang orang ingat aku ni non Malay yang racist)….
Kalau tak diajar macam tu, macamana bangsa kita nak maju???? Kalau belajar senang, apanya senang…tak adalah nikmat ilmu tu……benda senang dapat, tak ada kepayahan…orang dulu2 pun susah2 datang belajar…naik unta, berjalan kaki, tak cukup duit, kita sekarang ni dah terlalu senang dan mudah…….time belajar pun dah ada kereta sebijik, kat Desasiswa Perwira (blok pompuan) ada yang dah pasang ASTRO (tak tahulah tu felo ke apa ke, tapi pasangnya kat tingkat 3)………………
Kadang2 ada sesetengah student, yang meremehkan urusan disiplin, datang lewat untuk PSM dsb, sedangkan disiplin tu ada markah yang mungkin membantu……tapi bila di’failed’kan, yang jantan pun boleh menangis…….silap sendiri tu….
Bila markah tak cukup, macamana nak top up kalau ‘markah syafaat’nya tak ada? Bial dibagi ‘markah kesian’ dalam kuantiti yang berlebihan, maka lahirlah graduan yang tidak berkualiti atau kualitinya setara kualiti ADTEC, Giatmara dsb……………………
Lagi satu, pensyarah tersebut dah jalankan tanggung jawabnya sebagai seorang guru yang ikhlas dalam tugasnya, cuma dia ditekan oleh pihak atasan yang mahu menjaga nama….
Bukan sahaja di USIM, bahkan di sini ada, tapi tak didedahkan ceritanya pada umum…..
Supernatural kan??? Okeylah, wa bukan Dean Winchester, dan wa tak nak ulas panjang2….nanti wanted nama wa, dan orang Malaysia pun bukannya terbuka sangat…kritik lebey2…masuklah ke’ISA’…….
Bukan ISA Kemunting je, kat mana2 pun ada sistem ISA ni……
April 16, 2009 pada 10:28 am
Jawe
Betul to John, aku setuju dgn ko.
Kalu mcm ni mindset umum rakyat malaysia, kalu aku sebagai pensyarah aku ikut jer angin dia org macm mana yg dia org nak. Kalu org atasan nak semua pelajar dapat markah 100% pun kita bagi jer…maklumlah…tu je la kot jln nak tarik minat budak2 masuk U tsbt, atau nak jaga maruah…
Esok lusa bila dah student2 lulusan U berkenaan semua tak dpt kerje sbb syarikat tak nak ambik kerja, sbb mmg terkenal dgn hempehnye……masa tu baru la depa tau #####.
Senang betul depa nak solve problem kan. Kalu sblm ni kursus2 problem solving ada menyatakan kita selesai masalah dgn cara hapuskan punca masalah …tapi depa ni bila dah jadi org besar, problem boleh diselesai dgn cara ‘tampal lubang’. Sepatutnya bila dah tau pensyarah lemah, kena le bagi special coz kat pensyarah tsbt, bg dia tau cara ajar subjek tu mcm tu. Takkan tak der langsung pakar dlm bidang tu kat U tsbt, so pakar tu ler yg jd cikgu kpd pensyarah yg lemah tu. Sapa suruh ambik org lemah sbg pensyarah?.
Atau kalu tak nak buat special coz, awal2 lagi masa sblm lantik dia jadi pensyarah pastikan dia tu mmg kompetent utk jawatan dia tu. Jgn main tangkap muat jer, mentang2 dah ada master/phd…main sebat jer.
April 16, 2009 pada 10:37 am
John winchester
Itulah, kalau pensyarah tu lemah, maka kenalah TAHAN dia untuk ke kanan, ke Prof Madya etc……Dia perlu improve segala2nya, jangan selesa dalam kepompong dia….
Tapi yang wa tengok pensyarah2 kita, ramai yang berkebolehan, mungkin yang teruk hanya segelintir…….
Lama mana problem nak solve kalau ‘tampal lubang’?
April 16, 2009 pada 10:57 am
sayer
Hmmm…ssh nak comment klu x tau citer sebenar..
April 16, 2009 pada 1:06 pm
an2blur
pensyarah tu ada tekanan perasaan sebenarnya. dia ada sakit mental sebab bercerai dgn suami.
ok sila ke blog saye.
April 16, 2009 pada 4:39 pm
john bugis
ntahlah… pd pendapat aku la pensyarah tu ada integriti yg tinggi dlm menjalankan tugas. Subjek undang2 bro…. mana leh bg markah sembarang atau markah kesian kat student cam2 jer…. nnti rosak profesion perundangan….. apa pendapat kwn2 yg lain2?
April 16, 2009 pada 9:09 pm
John winchester
Sama dengan bro John bugis, contoh yang lain macam medical, kalau doktor pelatihnya tak cekap, salah jahitlah dsb, takkannya boleh nak dilepaskan menjadi doktor penuh…..???
silap2 kang ada yang jadsi cyborg sebab salah jahit……..
April 16, 2009 pada 11:31 pm
Motor BARU
aku nak respon sikit pasal masalah penilaian terhadap pelajar dan juga penilaian terhadap pensyarah.
Penilaian terhadap pelajar.
Pensyarah sepatutnya tahu bentuk aras soalan bagi pelajar yang di ajarnya. sebagai contoh, pelajar tahun satu aras soalannya adalah rendah. bagi soalan pelajar tahun 3 dah 4 perlulah menggunakan aras yang tinggi.
Penilaian terhadap pensyarah.
Pensyarah yang ada maruah perlu berfikir panjang, sama ada markah yang diterima tinggi atau rendah. Jika pengajarannya betul dan mengikut kesesuian semasa, masalah penilaian tidak antan timbul.
Fikirkan: ingat prof yang ada di UTHM tu semuanya ada kualiti ke? Aku malas nak kutuk, tapi hakikatnya ada diantaranya masih mengajar di tahap lama dan ilmu yang disampaikannya masih dizaman 90 an. Sodar lah prof dan pensyarah yang ada. sekarang ni dah tahun 2009, soalan mesti update, ilmu pengetahuan pelajar perlu yang terkini.
Sedor lah pensyarah….! dan Prof UTHM. Markah yang tinggi tu boleh membinasakan generasi muda jika mereka tak layak dengan apa yang mereka dapat.
April 17, 2009 pada 2:03 am
Tanpa nama
mdm nor tu banyak sangat problem….suruh ngajar family law,dia salah topik plak.ada ke patut ngajar nyanyi.klau suruh student nyanyi x per ler tp ye plak yg tunjuk bakat.time exam suka dia je bg kosong.mental tul ler.
April 17, 2009 pada 2:07 am
Tanpa nama
macam knal jer cik nor ni.x silp aku ye pernah ngjar aku…. x heran ler ye wat hal lagi.bukan student yg masalah,tp dia tu yg bermasalah…
April 17, 2009 pada 1:12 pm
Upin adik Ipin
Tak dinafikan kena betul2 jaga kualiti bila mengajar perubatan, undang-undang waimma apa ilmu sekalipun.
Tapi kalau gaji riban-riban, pangkat tinggi, tapi bila masuk kelas ngajar ikut sedap anak tekak, tak ikut sukatan kursus, lepas tu bila final exam keluar soalan yang tak pernah di ajar dalam kelas, itu salah siapa? Itu pedajal pelajar namanya. Amanah ke kalau gitu?
Soal garang, strict atau kedekut markah, kalau ngajarnye betul, ikut peraturan dan kena pada caranya, takde masalah.
April 17, 2009 pada 2:11 pm
Upin adik Ipin
Sekarang ni kan era outcome based learning. Student patut tahu apa hasil pembelajaran mereka. Sebab tu sekarang ni dah ada sistem pemantauan yang telus dan adil. Pensyarah patut mengajar mengikut sukatan yang diberi dan setiap soalan yang direka mesti ada dalam silibus. Soalan juga seharusnya ada 3 peringkat, iaitu susah, sedang-sedang dan senang. Soalan juga mestilah membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran mereka.
Pucuk pangkal kalau pensyarah itu ikhlas hati nak menyampaikan ilmu, sepatutnya tidak ada masalah. Kalau terdapat 3-4 pelajar yang gagal, itu menunjukkan pelajar yang bermasalah. Tapi kalau 3-4 pelajar sahaja yang lulus, sendiri mau ingat la.
April 17, 2009 pada 11:28 pm
bro86
sila buka blog ini untuk maklumat lanjut>> http://bro86.wordpress.com/
April 18, 2009 pada 11:07 pm
momok
adus….aku lah mangsa bekas lecture tu…pada aku..dier yg bermasalah..ade ke patut..carry mark 4/40….gile ape…patut sgt la ktrng gagal…semoga bahagia yer puan nor…elok kahwen jer lecture ni…tp ade ke lelaki nk jd husband dier….hehehe…
April 18, 2009 pada 11:11 pm
momok
better klu u all sume nk tahu citer sebenar…tnye la aku…aku ade sume rahsia dier…maklumlah..aku ni mangsa puan nor tu…xpasal2 jer aku kene repeat paper dier sem ni…pening beb byk paper..tp aku redha jer…huhu..pasrah segalanya
April 19, 2009 pada 10:02 am
Lecturer Nor
Adusssss gitu rupanyaa citer nie… patutlah semua nie berlaku.. Tapi tak semua pensyarah macam gini… Apapun pelajar sebenarnya mempunyai saluran untuk membuat aduan kepada pihak atasan.
April 20, 2009 pada 9:08 am
john bugis
owh, itu macam ka momok? dasatnya…..
April 20, 2009 pada 12:30 pm
husz
Dah udah, x payah banyak mulut dah. Cik Nor dah reply kat Malaysia today. Memang patut pon fail. No wonder dia ajak korang menyanyi, dah xde makna nak mengajar.
the problem simple je… kursus tue dlm bahasa inggeris tapi korang bahasa inggeris habuk. camne? Memang fail la..
and please la.. Kalau korang object pensyarah tanya balik soklan kenapa Iraq kena serang ngan Amerika, korang memang hasil pendidikan suap! Philosophical questions are valid for any subject. Sebab, philosphy adalah subject memikir. Cause and effect. Dia tengah mengajar korang untuk berfikir sendiri untuk mendapatkan jawapan. Tapi korang xnak buka hati dan minda. Nak minta jawapan bulat2.. nak kena suap.
sedar la sikit wahai mahasiswa. Dunia ini tak berhutang dengan kamu.
April 20, 2009 pada 12:35 pm
john bugis
ye ye betul 2…. student skang mmg suka disuap…. malas bfikir….. last2 makan suap….. hehehe
April 20, 2009 pada 7:49 pm
John winchester
Itulah, pemikiran tak berdikari, pemikiran subsidi, sebab itulah semua nak diharap macam sekolah menengah dulu……………..
Susah sikit, malas belajor, tak de kereta, malas belajor, tak de pakwe, malas belajor….asrama banyak nyamuk, malas belajor………….makan tak sedap, malas belajor……
Orang dulu lagilah susah belajor……tapi berjaya juga akhirnya…………
April 21, 2009 pada 12:33 pm
momok
Aku harap korang semua tak memberi pandangan seperti berikut:
Email 1:
Assalamualaikum.
Minta maaf..saya harap kenyataan2 atau artikel yang berbau politik seperti dibawah ini tidak dihantar ke mel group ini..apa yg nak dibuktikan??..kalaupun ia dibuktikan..apa kebaikan yg dapat dibawa?..tidak lebih dari kebencian terhadap manusia lain..kebencian tidak akan membawa apa2 kebaikan sekalipun ianya ditonjolkan atas nama agama sekalipun..sekiranya tuan moderator tidak setuju..hrp keluarkan nama saya dari list ini..sekian hrp maaf.
p/s: semoga kita terhindar dr sifat benci membenci..kita semua dlm keadaan sukar..kasih mengasihi lah sesama kita.
April 21, 2009 pada 2:00 pm
Upin adik Ipin
Sebagai mahasiswa, bertanya soalan adalah salah satu hak yang mereka ada, dan mendapat jawapan yang dikira munasabah pun adalah hak mereka.
Nak belajar falsafah biar kena pada tempat. Kita nak lahirkan jurutera yang nak bina bangunan, mesin dan perkakasan. Bukan ahli sastera. Kalau mereka salah merekabentuk produk, apa kes?
Kalau bab student yang hampeh tu kita tak payah cerita la. Tapi soal sekarang pensyarah yang hampeh memberi implikasi berantai dan kesan yang lebih teruk. Student hampeh dia gagal, pensyarah hampeh student yang bukan sorang tapi beratus yang gagal.
April 22, 2009 pada 9:29 pm
shahir
[[Dah udah, x payah banyak mulut dah. Cik Nor dah reply kat Malaysia today. Memang patut pon fail. No wonder dia ajak korang menyanyi, dah xde makna nak mengajar.
the problem simple je… kursus tue dlm bahasa inggeris tapi korang bahasa inggeris habuk. camne? Memang fail la.. ]]
Agak2 la klu nk comment gitu, igt masuk U main langkah masuk jer ker?? x lpas band 3 dlm muet x jdik bdk law la FYI. Klu english habuk, x ramai la senior ex usim yg keja skrg kt syarikat koprat asing dan peg atasan menteri..
Lepas 2, klu fikir nk wat jawapan yg difahami, jgn harap nk lepas. Jawab soalan tafsir AlQuran pun x mcm tue. Malas nk futher comment, baik baca buku utk nk hbiskan exam nie.
April 23, 2009 pada 10:09 pm
AkuCintaHusz??!!@#
kt mana je ada je ”idol” aku..oh husz…kalah cik kiah mulut laser yg dok blkang warong kopi Pak Mat..aku rse sesuai benor ko kwin ngn cik kiah tu..
msti sume ank branak ko mulut laserknn..ahaksss….hahahaha..
leh wat team…hmm…tp bro just kt dunia je la…akhirat phm2 sndiri la…
April 23, 2009 pada 11:43 pm
aku lah mangsa'nye'
pk la weh.,ptt ke drpd 157 juz 4 je yg pass..x logik r………
klu ye pn ad yg jwb rojak x kan sume die nk bg fail???
yg rojak die tnjk..yg bgs x nk tnjk plak…..!
tkt ar tu kene sabotaj, kan??
April 23, 2009 pada 11:46 pm
aku lah mangsa'nye'
sway…one moment in time…if i aint u…
igt lg x ‘mdm nor’???
sdp la voice mdm…
bljr ktne???
london eaaa???
April 27, 2009 pada 10:55 pm
Proud to be FSu stdnt!!
ish2..dasyat sgt la u all nih..
i dh x leh nk diamkn dri lg..
truk sgt korg nye komen tuh!
plz la, cbe kaji dl prkra sbnr..
i ni stdnt FSU..DAK LAW..DAK USIM..p i bknn stdnt yg amek paper die..but, i pnh la smpt blaja dgn PN yasmin nor hazlina bahari ni for just 7 week..tu pn just subjek public speaking..
ok b4 i counter attack blik komen2 x berASAS dr husz n john bugis n yg len2 tu kn..
let me explain something..
i start knl mdm ni kn time i tgh bz ngn one prestigious moot court competition..time tu senior i yg dr course syariah n law and se batch dgn i dr course fiqh fatwa yg amek subjek die..which is Ahwal asy-syaksiyyah..ahwal ni nme len die adalah Islamic Family law!
i dh start dgr cite psl prangai mdm yasmin ni dr mule2 die join FSU lg..p time tu..i bpegang pd satu pndirian..yg mybe, stdnt ni yg lebih2..coz dowg mmg de wat satu joke yg agak mlmpau psl status pkhwinan mdm ni..yg mmg i strongly disagree la..coz i do think, that in whatever circumstances, as a student we are obliged to respect our teacher..indeed it is our responsibility to be kind and obey our teacher kn? but mse tu i xdiam je coz i x blaj ngn die, n i xth duduk prkr sbnr kn..
tp..ble i start je blaja ngn die.. mmg pn de la gak time mdm ni wat prangai pelik2 sket.. but i dont hv any problem with that.. her english level mmg sgt2 la bgs..kre mcm tahap sastera la.. die mcm strict..n ikut mood die tau.. pndk kte unpredictable la..skjp kang die baek sgt2.. caring yg teramat ngn pkai tdg cntik2 la kn.. p time die mcm marah tbe kn..everything x btul kat mata die.. dgn tdg2 die skali x btul gak.. scary gak la cara die pakai tdg tuh..p time tu walopn kwn2 i dh bnyk yg kne bambu ngn die kn..i xkne coz die somehow mcm ske la kot kat i..time tu i respect lg even though my feeling toward her is neutral..walopn time tu kejadian kontroversi ni dh pn blaku..th2 die benti keje..ingtkn abs cmtu je..
p, slps hmpir 6 months, dis issue kuar plak!!
ok, nk wat cite kn, kitowg kat USIM ni mmg akan wat double major..
jdnye, kalo owg len blaja islamic family law je..ktowg ni blaja skali fiqh munakahat..
time tu..student2 yg amek subjek ahwal ni..dh abs pn blaja Munakahat yg dlm bhs arab tu! sume pn lulus je..ingt sng ke bhs arab??? lg stu munakaht lg detail bbanding dgn ahwal..
i leh wat pbndingan dh coz i br je lps amek subjek ni sem lps..br je abs final exam tau x..
dlm ahwal..the content are very much the same mcm yg ktowg blaja dlm munakaht..cumenye, die dlm konteks undg2 kat mlysia je pn..lg satu ahwal ni pn based on syariah..jurist opinion and also authorities from both quran and hadith are given priorities..so mustahil utk stdnt2 die x dpt nk catch up dgn subjek nih..
cbe korg pk.. ktowg kat usim ni..dpt pndedahan psl subjek mcm ni dr skola mngh tau.. lg la ktowg ni sume skola agama…basic things psl islamic marriage ni dh lme de..cme yg mmbezekn ahwal n munakaht adlah.. subjek ni dlm bi..tu je.. p slme ni..senior2 i amek subjeck yg lg tough mcm criminal law, equity ..xde pn smpi fail! plik gle gak la kn..
kalo stkt lulus n xde yg dpt A tu mmg la logik kn..p ble majority failed,..mmg somewthing wrong..
i teringat lak time dowg amek paper die..time tu i tgh jwb paper pe ea..x ingt la plak.. p i ingt lg la..die mnjerit dr blakang dewan..n for ur information.. ktowg wat exam kat stadium nilai..yg berkeluasan bape tah..p muat la nk masuk satu USIM tu.. mdm ni lak..dgn tbe2 angin die kn..mnjerit dr blkg ke dpn..bg information kat stdnt die.. ok, pe persepsi korg? adkh seorg yg educated akn wat mcm die? xke bgs lg, kalo die jln ke dpn and wat announcement gne mic! kn2 ..ni x, dgn thp intelektualnye yg tnggi..die mnjerit dr blkg.. walopn time tu i xde perasaan kat die..p i agk terkesima la gak dgn prbuatan die..
cube la korg pk sndiri..dgn personaliti die n tahap intelektual die..pk la gak kn sume tu..jgn la wat speculation kyg bkn2..
korg xth psl situasi sbnr stdnt2 nih.. so korg xde hak lnsg nk pndg rendah kat dowg..mybe dowg pn de kelmahan..p mdm pn xptt wat smpi thp cmni..
dh la..nnt la i smbg my counter attack u all (^-^)
April 28, 2009 pada 9:02 am
john bugis
kpd Proud to be FSu stdnt!!, apa yg ko cite nih? aku x phm ler?
April 29, 2009 pada 9:52 am
Upin adik Ipin
Ntah aku pun tak faham bila baca. Serabut semacam je. Kalau ni skema jawapan exam, aku pun bagi fail kah kah kah kah
April 29, 2009 pada 2:55 pm
john bugis
aku setuju dgn Upin adik Ipin. Proud to be FSu stdnt!! cam tak reti susun ayat jer? Mcm nih ker student USIM? wat malu jer? (“\(‘~’)
April 29, 2009 pada 7:16 pm
wan
student UM terkejut dengan berita tu…
April 29, 2009 pada 8:28 pm
johny john
Time student dulu, kelas enzimologi kami hanya 1/3 drpd student lulus pd satu semester 2…prof. yg ajar 2 first time klas je xde pop quiz…tiap2 lecture mesti ada quiz 10 minit either masa nak mula kelas or nak habis kelas. N soalan quiz dia biasanya apa yg dia nak ajor hari tu…so, mmg ramai le x bole jawap..lgpn nota dia bagi awal2 pn..just tau tajuk apa yg nak blajar hari tu je…mind u that our class consist of 90% chinese, 7% bumi n 3% indian..go figures…semester pas2, prof 2 x dibenarkan mengajor dah paper 2 ganti dgn lecturer lain…kami 60++ org kene repeat paper..xde pn markah kesian…lg satu lecture dia pn xde nota sangat pn…dia suruh blk baca buku n blajar sendiri je..huhu..
April 29, 2009 pada 9:01 pm
Abe Chik
assalamualaikum wbt…
kenapa gaduh2 nie?xder markah kesian2 nyer..isu tu timbul sbb masalah hati xbersih n ikhlas mendidik anak bangsa..kalau seorang yang ikhlas, xperlu kecoh2 dalam KOSMO..g la berbincang secara akademik..nie la, orang kalau dah rasa dirinyer hebat..undang2 atas tangan dia..etika n sikap sebagai seorang pendidik muslimah dah diketepikan..nie bukan masalah tekanan atau perinsip bodoh nor bukan nama sebenar.. tp,masalah ego,sombong n xberadap..bahasa yang mudahnyer.. ‘kurang ajar’..terang2 kat surat depan halaman KOSMO 2 cakap suruh nilai semula keputusan tersebut..bukan suruh tambah markah..kalau rasa diri tu hebat.. kenapa surat sesimple 2 pun xfaham..bagi budak tadika pun boleh faha..nie pulak nor bukan nama sebenar yang dah jadi peguam n lacturer kat IPT pun bengong lagi nak memahami bahasa melayu yang semudah itu..bertaubat la nor bukan nama sebenar…
April 29, 2009 pada 9:16 pm
johny john
Ssh la org emo ni…spt saya tulis td, moral of the story sy td, tiada penilaian semula(=markah kesian) diberikan wlpn majoriti kami semua fail n yg lulus pn mmg lulus ckp2 mkn jer…ko amik je la paper 2 semula tp bagi org lain yg ngajor…mudahkan..xde la nak emo2 kutuk cikgu sendiri…mgkn student skang kurang ketahanan berbandg dulu..2 je…sy dan rakan merupakan pelajar guinea pig utk KBSR dan KBSM yg adik2 gunakan skrg ni…mmg btul pn ade lecturer yg x ok tp jrg la teruk sgt…sy tau sbb sy bekerja di salah sebuah IPTA tersohor d malaysia ni n dekat sgt2 dgn org akademik (academician).
April 30, 2009 pada 10:39 am
islamic_girlz
ntah la..maner satu btul maner satu salah…
tp slme jd student kat usim ni x pernah plak ktorg tau wujud nyer markah2 kasihan ni….lw la ktorg ni asyik dpt mrkah kshn ni tiap2 sem la dekan….
tp x la plak..lecturer ni plak cam x btul je mcm la x leh bincg elok2 ngan academic….wat care owg bepelajaran la sket,ni smpai nak kcoh2 ape cite…lw stkt nak memalukan tmpat yg dier pnh cari rezeki 2,tggu je la balasan tuhan…………
Mei 1, 2009 pada 7:10 am
Yankee Alpha Skuadron
Markah kesian…..sok kalau jadi peguam,ada markah kesian gak ker dari hakim?
Mei 5, 2009 pada 2:12 pm
Tanpa nama
buat kekawan..sy adalah mangsa puan nor gak..masa dalam stadium time exam tu,sy lah mangsa yang dia jerit2 tu..sampai sekarang sy masih ingat dia cakap sy bodoh! juz because sy pegang pen masa exam tu da tamat.PEGANG BKAN MENULIS. bagi sy lec mesti seorang yang beretika..tak kira dia bijak grammar atau tidak.dan untuk bloggers yang tidak tahu cerita sebenar, hentilah menghentam kami..hanya kami yang tahu dari awal sehingga akhir betapa perit belajar dengan puan nor. kalau benar kami bodoh tolong ajar kami sampai pandai. bukan ajar kami dengan kata2 BODOH, GO TO HELL, BODOH SOMBONG, RUDE, KURANG AJAR, NOT SMART..dan byak lagi kata2 kurang enak didengar..jgn menilai pd 1 pihak..bkan untuk membela diri apatah lagi mencaci tapi sy ingin menghalang pihak2 tertentu dari menghentam kami..markah kesian v. pensyarah yang tak beretika…dua benda ni boleh dikaitkan, cuma ini semua atas penilaian masing2..kepada warga USIM khususnya FSU, biar apa orang kata, hanya kita yang tahu coz kita yang mengalaminya..bodoh atau tidak kita bukan dinilai atas satu markah..orang yang tidak berfikir panjang dan berrdendam juga dikatakan sebagai BODOH..Sy ngah praktikal sekarang di mahkamah. ada seorang hakim bertanya tentang isu ni. dari penilaian awal sebelum tahu cerita sebenar dia sendiri mengaku, memamg ada tak kena dgn pensyarah ini..so, moralnya di sini, sumenye atas penilaian masing2
Mei 6, 2009 pada 10:12 am
Tanpa nama
SAY NO TO NOR!!!!
Mei 9, 2009 pada 12:33 am
an2blur
pergh, patut la traffic blog gua ramai dtg dari blog ni.
meriah rupanya.
siapa yang klik ke blog saye tu, sori la ye..
isu ni dah hampir basi,
so, entry mengenai isu ini telah lama dilupakan.
untuk itu sila ke blog encik Husz.
beliau seorang yang baik.
http://www.husz.wordpress.com
thanks tuan punya blog ini.
=)
Mei 12, 2009 pada 8:28 pm
joey jordison
husz,lu ckp bnyak je..mcm bi lu perfect..
blaja family law bkn blaja bahasa inggeris
kalo nk grammar 100% perfect baik nor tu ajar bahasa inggeris tinggi mcm blaja bhs arab tinggi kat skola..
Mei 13, 2009 pada 10:37 am
John Winchester
Kalau itulah peribadi dia…memang patut kena……….muakakakkakakakaaaaaaaaaaaaa
Mei 18, 2009 pada 5:47 pm
Pendidik Lama
Salam, maaflah kalau saya mencelah,saya juga pensyarah dan saya juga pernah menjadi pelajar seperti kamu semua. Janganlah dek kerana isu ini dari USIM ada diantara kamu yang merendah2kan kualiti pelajar2nya dan pengurusannya. Objektif kami sebagai pendidik hanya mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna untuk agama,bangsa dan negara. Tidak kira kamu pelajar UTHM ke, USIM ke, UM ke semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing2. Jika hari ini USIM ditimpa kontroversi mengenai seorang pensyarah yang hanya keluarga USIM sahaja yang tahu hal sebenar,sepatutnya kita bersimpati kepada mereka. Bagi pendapat peribadi saya, perkara ini boleh diselesaikan dengan cara baik diantara pensyarah itu dan ppengurusan. Bila menggunakan saluran media, inilah padahnya. Saya kasihan dengan pelajar yang bakal keluar,pensyarah2 lain dan ibubapa pelajar. Mungkin imej mereka sedikit tercalar dimata masyarakat. Tetapi mereka yang berfikiran luas tidak akan terpengaruh dengan berita sebelah pihak seperti ini. Cubalah kamu bayangkan kalau perkara ini berlaku di universiti kamu, apa kamu rasa. Justeru, kepada warga USIM khususnya pelajar2nya, janganlah kamu putus asa atau rasa rendah diri atas perkara ini,kamu semua pelajar berlatarbelakangkan agama Islam, bersabarlah dan teruskan belajar bersunggug2 dan buktikan kepada masyarakat bahawa kamu bukan seperti yang dikatakan. Kamu buktikan kualiti kamu, mungkin ini masa terbaik untuk kamu buktikan kecemerlangan kamu. Bukan sekadar lulus 100% diatas kertas sahaja utk membuktikannya,ada banyak cara kerana kamu pelajar universiti.
Kepada pelajar universiti lain, kamu jadikanlah ini sebagai satu tauladan untuk kamu semua. Allah mentakdirkan sesuatu bukan untuk sahaja2, tetapi untuk kita ambil manfaat daripadanya. Pada saya lebih teruk lagi jika isu2 seperti masalah sosial,seks bebas,jenayah,dadah yang berlaku sebelum ini diIPTA2. Saya mendoakan kamu semua agar tidak terlibat dalam permasalahan ini yang hanya menggangu pelajaran dan masa depan kamu. Wallhualam.
Ikhlas,
Pendidik Lama
Mei 20, 2009 pada 3:10 pm
John Winchester
Takkan sikit punya hal satu Malaya mau kecoh……
Ogos 1, 2009 pada 6:34 am
fiona
teruknyer typig error si “Proud to be FSu stdnt!!” nih.. ntah aper per ntah!!
Ogos 20, 2009 pada 10:17 pm
beetlenutz
Isu markah kesian betul atau tidak? Isu mental pensyarah kalau ada isu
separate. Jawapan yang diberi dalam exam betul ke? Student ada mental
problem sampai tak boleh jawap? Kena ada investigation, tak boleh buat
assumption atau character assassination untuk tutup isu sini. Kalau adanya
markah kesian atau apa apa salah dipihak mana, rectify the matter.
Memang malu di dedah, tapi cuba fikir, kalau betul ada seleweng, adakah kita cuma
rasa malu hanya ia bila didedah? Kalau orang tak tahu, no problem boss!
Macam mana rasuah tak banyak! Macam ni nak martabat orang Melayu?
So isu macam ni akan timbul kalau tak di settle betul betul. Itu saja.
September 11, 2009 pada 4:47 am
serez
isu markah kesian ni dh lama aku dengar. sedar la diri mahasiswa! bangsa melayu tak sampai bila2 nak kena kesian baru nak berjaya. benda hakikat kena terima. sebab tu ramai graduan menganggur sebab belum cukup layak untuk memasuki pasaran pekerjaan. disebabkan benda-benda mcm ini. tak cukup standard untuk jadi engineer, tapi disebabkan markah kesian, semua lulus. apa ni? bangsa lain kalau nak berjaya usaha tu lipat ganda. sedarlah wahai mahasiswa.
tak ada kena mengena dengan professionalism seorang pensyarah. dia sekadar mengajar, bagi laluan untuk mahasiswa memahami subjek yang diajar beliau. takkan sampai nak kena kesian, malas nak suap sendiri, pensyarah kena tolong suap markah. kreatif la sikit. dah pangkat mahasiswa dah. bukan budak sekolah. kena buat sendiri. kalau pensyarah ajar tak faham, belajar sendiri, tanya pensyarah.
kalau pensyarah tu tak reti nak jawab apa soalan yang ditanya pelajar dia, barangkali inilah produk yang terhasil daripada pensyarahnya yang bagi markah kesian dulu.. belum cukup taraf nak jadi pensyarah..
kesian orang melayu kita.. sampai bila nak berjaya kalau semua asyik nak kena kesian..
September 14, 2009 pada 12:53 pm
Wawa
Cik Nor ni dulu pensyarah kitorg kt Matrik sebuah IPTA kt Selangor. Mmg blur belajar ngn dia. Ada sekali tu hal dia naik kat dekan, pastu dia ngamuk dalam kelas kata kitorg gi ngadu dia tak pandai ngajar.
Dia tanya minah sebelah aku, minah ni plak tak reti menipu. Straight-forward dia cakap, “Madam tak ajar kitorg beberapa bab” apa lagi.. hangin tak hengat la beliau….. terus dia halau minah sebelah ni keluar.
Dam disebabkan aku baik ngn minah ni, dgn aku2 pon kena halau. Ada ka patut? Ada ka patut? Menangis air mata darah minah sebelah aku tadi. Trauma!
Nasib baik Dekan kitorg arif lagi bijaksana~~dia tukarkan pensyarah subjek tu.. ala, kalo aku cakap nama lecturer baru aku tu~~ satu malaysia tau sebab dia dah jadi pengacara…
So, aku dpt rumuskan mmg Cik Nor tu yang masalah. Sekian