KUALA LUMPUR 17 Mac – Kira-kira 4,800 pelajar gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) setiap tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata jumlah itu merupakan 1.5 peratus daripada jumlah enrolmen setiap tahun sejak 2005.
Bagaimanapun, kadar peratusan itu tidak membimbangkan dan berada pada tahap lazim, katanya menjawab soalan Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai).
Kepada soalan Mohd Firdaus tentang kajian punca kegagalan pelajar dan berkemungkinan disebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Hou berkata Kementerian tidak menganggap AUKU sebagai salah satu faktor pelajar gagal ataupun diberhentikan.
Beliau berkata secara umumnya kegagalan pelajar menamatkan pengajian atau diberhentikan adalah kerana pencapaian akademik tidak memuaskan, gagal mendaftar kursus, menyambung pengajian di tempat lain, menipu kelayakan dan masalah disiplin. – Bernama


25 comments
Comments feed for this article
Mac 18, 2009 pada 2:27 pm
Upin adik Ipin
Kepada soalan Mohd Firdaus tentang kajian punca kegagalan pelajar dan berkemungkinan disebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) ——-> apa kena mengena pulak AUKU dengan kes ni? Adehh
Mengikut pengalaman aku , ramai pelajar yang terkandas ni sebab masalah kewangan yang serius. Mereka teruk terjejas, dan kesan berangkai akan menjelma.
Cuba tengok contoh kes :
1) Tak dapat asrama-duduk luar-belanja tinggi-masalah kewangan-sakit misteri-tangguh semester-gagal banyak paper-gagal semuanya.
2)Ayah meninggal dunia-tak dapat asrama-duduk luar-belanja tinggi-masalah kewangan-sakit misteri-tangguh semester-gagal banyak paper-gagal semuanya.
Mac 18, 2009 pada 2:50 pm
John winchester
NAk tambah Upin….
1) dapat awek-bercinta macam nak rak-habis duit-takde duit-putus cinta-frust menonggeng-sakit miteri-ganggu kosentrasi-gagal banyak paper-bye..bye…..
MUakakakakakakakkaaaaa
Mac 18, 2009 pada 3:23 pm
Upin adik Ipin
Hahaha betul betul betul aku suka nasi tambah ko John.
Tapikan aku dulu gitu jugak LOL nasib baik ok tak kena sakit misteri. Jadi flownya sampai frust menonggeng je la : )
Mac 18, 2009 pada 3:29 pm
PA
Aku pernah nak tolong student yang dah final year masalah kewangan. Budaknya memang slow, mak ayah dah bercerai pastu dia nak kawin pulak dengan pekerja kantin… Adus puas aku nasihat. nasib baik akhirnya dier grad jugak tapi kelas 3 laaaa..
Mac 18, 2009 pada 3:54 pm
John winchester
Satu lagi nasik tambah……..
1) Aktif berpersatuan- rasa dirinya islamik, orang lain kafir- mengkafirkan orang- buat benda2 yang melanggar AUKU- kena tindakan-buang terus…………………(hakikatnya pasal kena sumpah dengan orang yang dituduh tak Islamik……)
2) Masuk MLM- aktif gila- pergi sana sini- rupanya MLM tu tipuuu je- duit habis- frust menonggeng- sakit mesteri- mengganggu konsterasi- gagal banyak paper- bye..bye……
Mac 19, 2009 pada 10:31 am
PA2
aku pun nak sokong upin & john… tapi yg aku peliknya, pergerakan mahasiswa (tak kira lah pro kerajaan ke pro pembangkang ke) sibuk ngan politik kat luar. pasal masalah diri sendiri tak pikir, camne nak tolong member-member yang kantoi, member yang putus cinta, camne nak naikkan pointer esp budak melayu… ni sibuk dok hantar memo benda-benda yang berkaitan ahli politik ‘dewasa’. kalau baca blog pergerakan diaorg, semua isu berkaitan negara… pastu gagal salahkan AUKU.
aku dulu ada anak PA sorang, aktif MPP. Fuhh cakap macam wakil rakyat, berdegang-degang tapi sekadar berdegang macam kita goncang tin bubuh duit syiling dalam tu. Aku pernah cakap, cuba korang perjuangkan kasi harga makanan kat aked etc murah ke, pastu jalan depan universiti ni kasi lagi selamat ke.. kan lebih banyak faedahnya. ni buat fardhu ‘kifayah’ yang jauh-jauh… fardhu kifayah depan mata tak buat…
Mac 19, 2009 pada 10:58 am
Upin adik Ipin
Itu le pasal… Aku dulu didedahkan juga dengan perkara-perkara macam ni. Dari satu segi ianya bagus agar mahasiswa ada ketrampilan, berani berhujah dan berfikiran di luar kotak.
Akan tetapi seorang mahasiswa juga harus mempunyai keupayaan untuk menilai yang mana penting/mustahak (important) dan yang mana perlu didahulukan (urgent). Pertimbangan important-urgent ini adalah kemahiran insaniyah yang sangat penting supaya setiap pekerjaan/aktiviti yang dilakukan ada pemeriksaaan dan keseimbangan (check & balance).
Aku kesian dengan kawan yang sebaya aku, pernah kena buang universiti sebab aktif yang melampaui batas (kes AUKU). Kesian masa depan dia dah sedikit tergugat. Aku tak nafikan rezeki di tangan Allah SWT, bukan AUKU atau kerajaan yang menentukan, akan tetapi seorang manusia dikurniakan akal untuk menilai apa punca dan akibat sesuatu perkara. Dah tahu pisau itu tajam, mengapa perlu menghiris diri? Mestilah akibatnya luka, cuma persoalannya kenapa perlu menghiris diri?
Mac 19, 2009 pada 11:38 am
PA3
Satu lagi student yang aktif Palapes… selalu benar gagal dalam exam. Nak kata dispilin rendah, mereka dah diajar dengan disiplin yang ketat. Tetapi masih ada SEGELINTIR yang ketinggalan dalam pelajaran. Kalau gagal bermakna pangkat dalam palapes pun tak valid jugak. Jadi pihak palapes kena bagi nasihat sikit pada pelajar ni. Ini pengalaman aku 2-3 tahun lepas budak final year ambik PSM tak lepas… coz bagi tumpuan pada palapes sahaja.
Mac 19, 2009 pada 3:18 pm
Upin adik Ipin
Itu lah waktunya Palapes jadi kuih lapes… mukakakaka
Ade yang aku kena tembak lepas ni : 0
Mac 23, 2009 pada 11:13 am
John winchester
Lagi satu, pasal PALAPES, kenapa solat Subuh berjamaah tak leh nak turun (hanya segelintir)???? Kalau CO panggil, boleh turun siaga dengan beg masing2…..kalau bilal panggil boleh tutup bantal kat telinga???
Agak2 bilal2 kat UTHM ni nak kena serap dalam KAGAT pastu bagi pangkat RSM……lepas azan, pergi gegar bilik memasing dan kasik azan kat telinga diorang…..
Muakakakakakakakkakakaaaa
Mac 23, 2009 pada 11:16 am
John winchester
Lagi satu yang wa peliklah, wa selalu nampak budak2 PALAPES ni jogging siap pakai baju palapes/ atau uniform dengan rack sack…..diorang tu bukannya fully army….kalau UPNM (Universiti Pertahanan) atau MTD takpelah jugak…..
Wa tengok orang yang masuk TA pun taklah over macam diorang tu, agak2lah sikit……kalau wa nih terrorist, memang dah kena aim untuk diserang hendap je…..
terrorist Condition zero…..
muakakkakakakakakkakakkaa
Mac 23, 2009 pada 8:28 pm
PA2
hahaha.. john, bebaik.. nanti kena tembak. Dekan aku dulu di ApexU anti bebenor dengan budak PALAPES ni. Sampai dia cakap, kalau hari ni kamu masuk hutan, esok saya buat test…. dia juga anti ngan geng2 yang beria-ia buat program masa kuliah berjalan, tak boleh tunggu waktu cuti ke? Itu pandangan dia lah… tapi dulu aku ada juga budak PALAPES yang ambil PSM dan kelas, excellent tapi mungkin 2-3 kerat je kot.
aku pun pernah juga suruh calon MPP dalam kelas aku supaya berucap di dalam kelas, tapi hampeh… peluang tak digunakan sepenuhnya. Macam mana nak raih undi kalau macam tu kan? … kecik-kecik sibuk politik, bila tak pass salahkan AUKU & pensyarah tak pandai ajar. Sendiri salah pernah fikir tak ye?
Mac 24, 2009 pada 9:40 am
John winchester
Itulah, nampak matang tapi…………
Cuba bandingkan budak umur 21 tahun yang baru kerja di TUHM dengan student yang sebayanya…mana lagi matang????
Tu yang keluar cerita UTHM kebas duit PTPTN diorang kalau lambat masuk tu………………
NAk tembak aku???? Tembakla…..mari kita masuk Condition Zero………………………
Muakakakakkakakaaaaaaaaaaa
Mei 3, 2009 pada 5:54 pm
Bella
Nasib baik Palapes kt UKM x mcm tu. lain tempat lain orangnya.
Mei 9, 2009 pada 6:16 pm
herooo
xyah la nak sembang kemas wahai PA3,Upin adik Ipin,John winchester…
kejayaan dan kegagalan seseorang tue bukan berdasarkan dia terlalu aktif ngan persatuan,beruniform…
tp pada diri sendiri maju dan berusaha berjaya…
orang yg gagal nie biasanya akan mencari punca kegagalan dengan mengatakan aktif sngt sedangkan xbuat pape pun…
tp cakap cbuk sgt….
mgkin saudar and saudari diatas berkata demikian disebabkan masuk universiti nie hanya utk belajar.,xikut maner2 aktiviti@ kata lain xreti nak bersosial…
itu salah kerana kerana bukan sahaja akademik kita berjaya tapi sahsiah,disiplin @ soft skill perlu ada iaitu dengan cara mengikuti maner2 aktiviti…
Mei 10, 2009 pada 9:28 am
kuku besi
hahaha
korang xpuas hati kat palapes apasal.. sape cakap palapes x fully army.. sesiapa yang telah tamat latihan palapes akan di serap ke dalam rejimen askar wataniah. aku rasa korang pun tahu… dan askar wataniah merupakan askar yang akan berada dihadapan sekiranya berlaku peperangan kat malaysia ni sebab tu kem askar wataniah ade di setiap negeri…… memang ramai yg anti ngan budak2 palapes… kalau sesiapa takut result turun xyah la masuk palapes, lagipun bukan sebab palapes result turun.. nak bandingkan student lain banyak jugak yang pointer jatuh ….. dah la xaktif ape2 persatuan, aku tengok result budak palapes xde la teruk sangat lebih kurang je dengan yg lain2.. cuma ade la 2,3 orang tu yg teruk, tapi bukan sebab palapes, itu atas diri sendiri, untuk pengetahuan korang ade seorang senior palapes yg xdapat drade tapi dengan watikah dari agung n sdiploma die.. dia dapat bekerja denga gaji rm 7000 sebulan… xsemestinya result korang power dapat kerja yg b baik n xsemestinya result baik korang dapat jadi manusia yg baik. manusia yang baik dan berjaya dalam hidup xkan jadikan perkara lain sebagai alasan diatas kegagalanya, kegagalan adalah ujian dari Allah dan kita perlu belajar dari kegagalan, tanpa kegagalan manusia tidak akan berjaya dengan cemerlang dalam hudup….
Datang xdiundang
Ragu-ragu sila pulang
Mei 11, 2009 pada 12:46 am
soljah
pasal baju pon kecoh…john2…ko da xdapat loreng tu..jeles buat ape..suka hati diorang la nak pakai baju tu..da free…x gitu…pasal bab solat tu, ko cakap macam ko baik sgt..kalau baik sgt xla heboh kat sini..nak kutuk atau nak merendahkan boleh tp pk dulu ko tu bagus sgt ke…ape sumbangan ko kat u..kat negare..kat masyarakat…stakat cakap baik xyah…=)
Mei 11, 2009 pada 1:32 am
abdul hakim
salam…
nampak best isu palapes nie…
upin adik ipin, john, pa3..
tonjolkn diri la klu berani…
stkt berselindung di balik bayng2 sendiri x yah sembang kemas..
klu x thu ape itu palpes x yah berlagak nk sembang..
klu nk thu lg…setiap negara didunia ada student army dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi…
ape sumbangan korang utk negara sendiri…
kejayaan dalam hidup bkn diukur dengan pelajaran semata2…
gagal dalam pelajaran x semestinya gagal dalam hidup…
setiap manusia diberi pintu rezeki masing2 dari tuhan (allah swt)
tuhan (allah swt) x kan menduga umatnya diluar kemampuan umatnya,
yakinlah pada tuhan kerana tuhan akan membantu.
setiap perkara yg kita buat, x semua orang akan puas ati…
palapes mengajar cara untuk hidup..
msk palapes pun nk cari pengalaman n mencari erti sebenar ketenteraan
stkt sembang apa itu palapes, askar, army, semua orng boleh cakap
tp nk mendalami, x semua orng sanggup..
palapes mengajar cara kita utk tidak bergantung kepada orng lain semata2 untuk berjaya..
disamping mencari wang saku utk tidak bergantung semata2 kepada wang pemberian keluarga sahaja, palapes adalah salah 1 cara terbaik.
klu gagal dalm exam, bkn palpes sahaja la gagal..orng lain x msk palapes pun boleh gagal dalam exam…
pokok pangkal bergantung kepada diri sendiri n hati…
bercakap pada soal pakaian…
pakain adalah imej seseorang dari segi fizikal
keterampilan dan personaliti yg baik dan kemas membentuk atitude dalaman yang kukuh dah baik secara tidak langsung..
pakain fully army yg kemas diamalkan di semua cawangan ketenteraan adalah utk membentuk disiplin diri.
bercakap pasal solat subuh
berjemaah adalah lebih baik dari individu…
tp solat adalah kewajipan dan palapes bkn menhalang utk bersolat pun…
klu yg masuk palapes saja yg x g solat subuh, makne nyer surau dah penuh dengan orng yg x masuk palapes, tp suram jer aku tgk…
jadi pelajar utk belajar
tp pelajar mcm kami adalah lebih advance
palapes berkhimat utk universiti..
mpp berkhimat utk pelajar…
aktif kokokurikulum utk menaikan nama universiti..
so dimana posisi anda john, upin adik ipin, pa3..??????
Mei 11, 2009 pada 2:03 am
batu tukul
salam,
kpd org yg x suke or anti palapes tu…
cube brtau ape sbb korg x suke n anti palapes ni?
cikit..
kite kongsi sm2…
………………………
kalo ada yng berani ckp yg bukan2 tu…
harap dapat bersua muka…
ini untuk memastikan semua pihak berpuas hati…
2 pn… kalo … berani..
tq.. salam…
sekian terima kasih…
batu tukul
Mei 11, 2009 pada 2:33 am
Condor Hero
aku xtahu sangat palapes ni.. tapi selama aku kat UTHM , aku suka berkawan ngan budak2 palapes.. walaupun aku xmasuk palapes. tapi bila lepak dengan diorang rasa mcm dah kenal lama, lagupun aku tengok diantara budak2 palapes ni diorang nampak mcm adik beradik je… susah sama susah, senang sama senang… mula2 aku nak masuk palapes tapi xbrani hehehehe… aku memang respect ngan budak2 palapes ni, mintak tolong pun senang…. xtahu la sebab ape yg korang xsuke ngan budak2 palapes…betul jugak cakap si abdul akim tu kita perlu belajar untuk hidup. ubukan hidup untuk pelajar, kalau seteal mana pun ijazah korang, dapat dekan setiap sem pun, tapi xtahu erti hidup, belum tentu korang berjaya dalam hidup…… walaupun gagal dalam akademik tapi cemerlang dalam erti kehidupan ni InsyaAllah korang akan hidup dengan bahagia….
Mei 12, 2009 pada 2:03 am
mind
Semakin hangat lak isu nie..:)
tapi jangan lah sampai lupe diri k..
Erm.. kite bercakap jangan ikot sedap mulut jer..
cakap org belagak fully army.. xturun solat jemaah.. terlalu aktif persatuan.. gagal.. bla3… aduiiyaii.. sedih aku tengok warga malaysia camni.. apetah lg kalo melayu.. sampai bile pon x maju abg oii..
cakap org belagak..ngko xpenah belagak ker?
cakap org xsolat jemaah..ngko xpenah tinggal solat jemaah ker?
cakap org gagal..thomas edison pon gagal..
mungkin korang ingat korang lebih baik.. lebih matang.. lebih disiplin.. kot lar.. itu anggapan korang.. yg sebenarnye camne lak?
kalau korang ni jenis yg peka ngan bende2 yg berlaku disekeliling, ok..bagus.. amek lar pengajaran.. bukannye utk dicerca dicaci.. jgn asyik mencemuh org lain, mendabik dada sendiri.. semut diseberang ko nampak, gajah kat depan mate ko tuh? ko dah bute ke aper??
aii..bukan mudah nak memuaskan hati semua org cik abg oii..
kalo nak cakap org pon agak2 ar..
just to be professional k..
umor dah tua dah.. xkan tu pon nak kene hajar..hahaha
Mei 13, 2009 pada 10:35 am
John Winchester
Nak ikut terbakar, wa memang terbakar, tapi terima ajerlah kalau ada yang salah…..
BAk kata Nabi SAW, ” Terimalah kebenaran walaupun pahit…”
Pahit memang pahit, perit memang perit……
Okeh, kalau nak bersua muka, wa bagi jalan, cari wa kat Masjid UTHM sana…..wa bukan jenis tak ada ‘batu’ tapi wa akan buktikan apa2 yang salah, kalau wa salah, silakan betulkan……kalau wa benar, wa akan cuba pertahankan……
Wa tak suka nak sorok2…cuma kalau lu orang berani, cari wa kat sana…wa sedia menunggu….
Tapi apa yang wa cakap ada kebenarannya…yang berminat kat masjid pun ada sorang atau dua budak2 PALAPES dari kalangan lelaki….yang lain tak de….kalau datang pun kalau diarahkan untuk datang…misalnya ada Majlis Berbuka anjuran PALAPES…….
Pernah ada satu kes, orang2 kat PALAPES masih lagi main Condition Zero time lepas solat…bukan dalam 10 minit…tapi lepas doa…itu pun dah mencatatkan beberapa ‘kill’s…….solat ke tak ni???? Ni pun disahkan oleh member2 wa yang terlibat sama main Condition Zero…….
Jangan korang ingat kununnya korang masuk TA ke, ROTU ke korang dah menyumbang bebenor pada negara, semua ada peranannyalah beb….. pemandu teksi ada peranannya pada negara….penyapu sampah pun ada peranannya pada negara…….tak tahulah korang…mungkin pandang remeh kat kerja2 macam tu, tak menyumbang apa pun pada negara…….
Janganlah JUMUD lagi BERLUMUT otak tu beb…open mindedlah sikit…..jangan nampak macam intelek tapi pemikiran macam orang kerja kat kilang sebelah….orang kerja kat sebelah pun ramai yang open minded….
YAng tak ada peranannya pada negara tuuu haaa, mat rempit, mat ragut dan bohsia tu diaaaa……………..perabis duit rakyat, duit mak bapak dll……..termasuk student2 yang plagiat, buat maksiat, menenggek sana sinun……
Kepada soljah…..wa bukan nak cakap besar…tapi mana peranan kita kalau masjid tu dah sunyi sampai bila pun solat sorang2 time Isyak watu cuti semester?????
Wa tengok pun banyak yang balas kat sini berkemungkinan student…….
Okehlah, mungkin wa tulis ni pun macam orang tak sekolah, wa ngaku je wa sekolah tak tinggi, just SPM je…..part time pun wa bawak teksi…….
Itulah, kerja yang tak menyumbang apa2 pada UTHM dan Negara…kerja lekeh…….hehehehheheeeeee…………….
Mei 13, 2009 pada 10:44 am
John Winchester
Dulu2 ada 2 orang budak PALAPES yang komited ngan masjid Saifuddin dan Khairuddin…memang wa respek…pastu pelapis2 dia makin lama makin tak de……
Macamana ni???
Okehlah, nak kata wa jeles, wa ngaku ajerlah….buat apa nak purak2 kan …hipokrit munafik…..
Lagi pun wa tak de kelayakan…..cuma biasa pegang shotgun buat tembak tupai, lotong kat kampung tu biasalah….
Pastu, part time wa pun bawak teksi……………
Mei 13, 2009 pada 10:48 am
John Winchester
LAgipun pada pandangan wa lah….budak2 sekarang sudah terlalu manja, semua kemudahan ada, bukan macam zaman dulu2……susahnya berbanding dengan orang sekarang…………………..
Sebab itulah banyak yang gagal…….bukan sahaja yang aktif berpersatuan, yang ulat buku pun sangkut juga…………
Mei 13, 2009 pada 11:53 am
John Winchester
Sorry, silap, yang main CZ tu lepas solat Jumaat, diulangi, SOLAT JUMAAT, bukan solat farhdu 5 waktu, kesilapan tak disengajakan, harap maaf………….