SEREMBAN: Seorang pensyarah universiti yang disaman ibu bapanya kerana tidak memberi nafkah kepada mereka memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah, di sini semalam gajinya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarganya. Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.
Dia turut memberitahu mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank, termasuk pinjaman peribadi yang diambilnya, selain gaji diterimanya dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak.
Raja Suzana berkata demikian dalam perbicaraan untuk membuat taksiran mengenai kemampuannya membayar nafkah sepanjang hayat kepada ibu dan bapanya. Tahun lalu, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya, terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan ibu bapanya mendiami rumah di Kampung Jiboi Baru yang sudah dijual kepada orang lain, tetapi disewakan semula dengan sewa dibayar Raja Suzana.
Pada April 2007, Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isterinya, Fatimah Salleh, 64, kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim menyatakan beliau dianugerahkan sebidang tanah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, pada Ogos 1971 serta mendirikan sebuah rumah dan membesarkan lapan anak, termasuk defendan pertama. Pada 1993 Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.
Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.
Pernyataan tuntutan turut menyatakan defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Raja Suzana juga didakwa gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal melaksanakan tanggungjawab menafkahi plaintif iaitu nafkah furu’.
Hakim kemudian menetapkan 24 Februari depan untuk membuat taksiran yang sama terhadap suaminya.
Bharian.com


27 comments
Comments feed for this article
Januari 22, 2009 pada 9:58 am
uthmdehati
Masa kecil emak boleh tanggung anak …. tapi bila anak dah besar… Anak tak boleh nak jaga ibu… Mintak dijauhkan sifat begini….Sebesar manapun gaji jikalau tidak disertai dengan pemberian kepada ibu dan ayah, memang tidak akan cukup… percaya laaa…
Januari 22, 2009 pada 6:20 pm
dreamer
Hiduplah sederhana. Rumah tak perlu yg besar2, kereta tak perlu yg mahal2, baju tak perlu yg branded, masak jgn terlalu banyak, Gaji RM4400 takkan tak mampu utk menambung kehidupan ibubapa.
Januari 23, 2009 pada 2:39 am
MakLampir
Suami isteri yang bercerai sanggup turun naik makamah kerana berebut untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Tapi adakah anda semua mendengar anak-anak turun naik makamah kerana berebut untuk mendapatkan hak penjagaan ibubapa mereka.
Januari 23, 2009 pada 11:06 am
rulza
memberi nafkah kepada mak dan ayah adalah perlu bila ada kemampuan..tupun setelah tertunai hak anak-anak dan isteri..mak ayah pun ke faham hal ni. tapi bukan bermakna anak-anak leh lepas tangan..kalau tak mampu dengan duit..perhatian dan doa wajib dihulurkan..dan perlu dijelaskan pada mak ayah dengan baik..
Lainlah mak ayah uzur dan tak mampu menyara diri…ni memang sebagai anak kena ambil tahu dan jaga kebajikannya…
8 orang anak x 50 seorang = 400
kan dah banyak…
memanglah sebagai mak ayah pun tak boleh menyusahkan anak-anak sebab zaman anak-anak berbeza dan keperluan makin berbeza dan menekan…tapi mustahillah dengan gaji 4000 ++ tu tak mampu nak bagi mak ayah barang 100 ringgit……
ni mesti sebab prioriti terhadap ibu bapa tu diletak yang paling akhir sebab tu tak dapat nak bagi..
bab duit ni susah nak cakap..tapi yang pergi halau mak ayah dia setelah dah dapat tanah itu memang kurang ajar la…!!!!! pela salah walaupun dah tukar hak bgla mak ayah duduk sebab asalnya tupun tanah milik ayah dan mak…
anak-anak adalah cerminan ibu bapa..tapi kadang2 bukan salah mak ayah mengajar tapi memang ada dasar yang tak guna dan tak sedar diri !!!
Januari 23, 2009 pada 3:19 pm
john bugis
selagi kita masih hidup, berbaktilah kita kepada kedua ibu bapa kita, bahagiakanlah mereka. sedarlah kita semua masa untuk bersama dgn ibu bapa kita semakin pendek… fikirkan dan sedarlah….
Januari 23, 2009 pada 5:18 pm
nuriman
berbaktilah selagi mrk masih ada…kalau mrk dah tak de jgn nak menyesal pula..dah tak berguna dah……
org yg selalu berbakti kpd ibu bapa murah rezekinya percayalah.biarlah tak kaya raya tp hati senang dan bahagia……..itulah keberkatan hidup namanya…….
wang banyak manapun tp tidak berbuat baik dgn ibu bapa pasti hidup tak senang…
Januari 23, 2009 pada 5:40 pm
sebaliktabir
“Jangalah kamu berkata “uh/ah” sekalipun kepada kedua ibu bapa kamu. Berbuat baiklah kepada mereka dengan kata-kata yang mulia”
Januari 24, 2009 pada 1:17 pm
john winchester
Itulah, bila budaya materialistik ni meracun jiwa, keberkatan tidak dipandang utama………………
Benda ni bukan sahaja pensayarah, ustaz2 pun terkena………….
Qanaah beb…tak rugi kita qanaah………..untung.
Januari 25, 2009 pada 2:06 pm
test!!!
“Raja Suzana Kassim, 39, berkata gaji kasar RM4,400 sebulan tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan dan terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.”
ni siapa tanggong siape ni… ??? Alhamdulillah, anak2 ibu & bapa ku semuanye berbakti pada mereka…
Januari 25, 2009 pada 3:23 pm
Anak Soleh
Harap jer belaja n berjawatan tinggi. Tapi..hampeh. Memang laa bila org pompuan dh kawin, semuanya “jatuh” pada suami tetapi x bermakna ayah n ibu diabaikn. Ini laa anak² zaman sekarang. Harap² kita di UTHM x laa mcm tu kan..
Januari 26, 2009 pada 3:18 pm
dehearty
saya sebagai anak yang telah diabaikan oleh bapa sejak kecil kini menuntut hak2 saya sebagai anak,sebenarnya saya x berniat nak berbuat demikian tetapi setelah saya dapati bahawa peneroka felda telah dibagi kesenangan mengapa tidak saya menuntut hak saya yg terabai selama 25 tahun…x salah ibubapa yang nak sman ank dia sebab abaikan ibubapanya…kes sy akan disebut semula 2hb feb nanti…pihak bapa sy nak mlantik peguam untuk bantah tuntutan sy,sedangkan dr segi hukum dn undang2 dia akan kalah…
Januari 28, 2009 pada 10:31 am
Anak Soleh
ni just pendapat 1/4 sen dr saya. walau buruk or jahat mcm mane pon. mereka tetap ayah n ibu kita. org yg melahirkn n membesarkn kita. mybe mereka ade masalah² yg kita tatau/. insyallah Allah akan membalas segala pengorbanan kita pada kedua org tua kita. syurga itu di telapak kaki ibu.
Januari 29, 2009 pada 9:27 am
isa
adik beradik dia yg lain just tengok aje ke? kalau kakak atau adik perempuan engkauorg buat macam ni…. rasa-rasanya kauorang diam aje ke?
Januari 29, 2009 pada 9:30 am
rulza
anak wajib taat kepada ayah dan ibunya walau macam mana..tapi untuk memaksa cinta dan sayang bukan kerja kita sebab sayang dan cinta itu hadiah dr allah…
ibu mithali…kau disayangi kerana kau menyayangi….
nak anak sayang dan taat ibu bapa jangan terlebih dulu derhaka pada anaknya…
fitrah manusia melahirkan tapi menjadikan anak itu bagaimana ada ibu bapa yang mencorakkan …
anak yang soleh, baik dari didikan ibu bapanya pasti kenang kesusahan mereka melahirkan dan membesarkan…hidup ni bagai roda…apa yang kita buat akan dibalas setimpalnya…..
Februari 2, 2009 pada 10:24 am
hm..
sedihnya cite ni..isk3…bagi la mak ayah tu sumbangan skit..pecaya atau tak..kadang2 kita tgh sengkek pun kalau lapangkan jgk duit tu utk mak ayah..nnt ada la rezeki lain datang tak lama lepas tu..hm..sedihnya cite ni..aduii la..taknak dapat anak mcmni..
Februari 27, 2009 pada 10:36 am
weiiiii
seorang emak leh jaga anak sampai 8 org tapi anak yg 8 org ni belum tentu leh jaga emak sorg…
Februari 27, 2009 pada 1:04 pm
Upin adik Ipin
Percaya la pada keberkatan rezeki..
Kadangkala kita merasa hairan, kenapa RM4000 pun tidak mencukupi? Disinilah kita perlu faham konteks keberkatan rezeki. Rezeki yang tidak ada barakah tidak akan membahagiakan hidup seseorang.
Rujuk Tan Sri Mokhtar Al Bukhary. Dari keuntungan yang dia dapat, separuh beri kepada ibu, dan selebihnya diberi kepada mereka yang memerlukan. Dalam hal ini barulah bertepatan dengan konsep rezeki adalah kurniaan Allah SWT.
Mei 2, 2009 pada 3:21 am
nama aku bukan RAJA
ape punye anak la macam nie…gaji 4k pon xbley nak tanggung mak bapak sendri…aku yang bergaji RM800 sebulan pon mampu tanggung mak bapak aku tau…moga2 suatu hari nanti kalau aku kahwin,harap2 x dapat anak macam nie…mase kecik mak bapak tanggung luar dalam atas bawah..bler anak yang mak bapak tu tanggung dah besar wat2 lupe plak jasa dorg 2..ingat senang ke mak ko tu nak keluar kan ko dari perut die???bersyukur la skit oiiiiiiiiii…..
Mei 4, 2009 pada 11:18 am
John winchester
Kalau ada kat UTHM ni, wa sanggup pergi bocorkan tayar keta dia…..
Jun 3, 2009 pada 2:04 pm
jerangkong rochester
Aku kenal si Raja ni. Bawak mercedes lagi. Ada title Dr lagi. Jawatan deputy dean je. Memang rajin buat research & dapat geran government.
Anak ada 6 orang. Sebab kenapa dia gaji RM4K je sebab pemohonan dia untuk naik gred Profesor Madya masih belum diperkenankan (lompat dua tangga). Dia kata dia duduk kat Seremban, kerja di Shah Alam. Tapi rupa-rupanye duduk kat seksyen 7 shah alam.
Kepada John winchester, aku suka idea ko.
Julai 10, 2009 pada 3:41 pm
DR. mimpi
apa update citer ni??? bukan dah sebutan kedua??? aku harap sgt ada follow-up dr metro
Julai 22, 2009 pada 1:03 am
anja
ye lar…. sy pun mcm kenal je ngan Raja Suzana ni… Tp kenapa dia leh jd mcm ni???? Mmg tak sangka bila dengar citer nih…
Kalau x mampu nak tunaikan nape janji ngan org tua tu… Atau janji sbb ada udang sebalik batu jer…. yg si suami pun, takkan ler x tolong langsung nasihat isteri tu jgn derhaka pada mak ayah?? ke mmg tak kisah hal ni jadi sbb yg kena tu mertua jer bukan mak ayah si suami … ye x?? hmm… sempat ke x nak bertaubat ……?
Julai 22, 2009 pada 8:34 am
Inas
Udah2lah tu perli/komen si raja suzana ni. X payah nak cakap sempat ke nak bertaubat ke apa ke….itu urusan dia dengan tuhan. Diri sendiri pun belum tahu amal ibadat dah hebat sangat sampai nak persoalkan attitude org lain. Patutnya kita sesama manusia atau rakan taulan mendoakan dia supaya terbuka hatinya untuk kembali ke jalan benar bukannya bercerita tentang keburukan orang lain. Aku x kenal pun orang nama raja suzana dan x pun nak bela dia tapi aku dah muak dengar orang2 akhir zaman ni suka sangat bercerita yg nanti akan bawa fitnah bila cerita2 tu sebenarnya x betul.
Julai 25, 2009 pada 8:08 pm
Horatio Caine
KALau kita cerita untuk ambik iktibar mengumpat ke namanya tu????
Kalau tak leh cerita, kita just doa jelah….lu, lu punya pasal, kubur lelain…..
November 5, 2009 pada 11:50 am
along
anak kurang ajar!!! hang nak masuk neraka ka buat cm 2! bodoh betui. bangang. mak ayah bela bagi ngaji pandai2 mcm ni hang balas. waktu kecik2 dulu sapa yang bela hang wei!
November 6, 2009 pada 2:51 pm
ellin
Tunggu jer lah balasa cash dari Tuhan.
November 6, 2009 pada 11:21 pm
Terpelajar
Si Raja ni kerja dekat UiTM, Puncak Alam sebagai Timbalan Dekan. Baru dinaikkan pangkat Prof. Madya. Setahu aku Prof. Madya gaji lebih RM5000, itu tak termasuk elaun keraian yang lebih dari RM1000 dan elaun sebagai Timblan Dekan lebih dari RM1000. Jadi gaji dalam linkungan RM7000-RM8000. Kereta bukan setakat Mercedes tetapi bermacam-macam kereta besar yang selalu bertukar-tukar. Lagak tak terkata (yalah, keturunan raja-raja mana boleh campur dengan orang biasa). Datang ke pejabat macam tak ada apa-apa sahaja.
Jadi taklah terkejut kalau dengar berita macam ini tapi yang hairannya sebagai pensyarah dan timbalan dekan patut menjadi teladan yang bagus kepada penuntut-penuntut di UiTM bukan sebaliknya.