HASRAT kerajaan memanggil balik tenaga pakar dari luar negara untuk diberikan insentif kepulangan bagi membolehkan mereka berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti diumumkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mungkin ada rasionalnya tersendiri.
Namun, biarlah selepas kebajikan kakitangan dan isu dalaman IPTA membabitkan kakitangan termasuk gaji diberikan perhatian.
Sebagai contoh, isu peluang kenaikan pangkat pensyarah universiti yang berkhidmat lebih 20 tahun pada gred DS45, tetapi tidak dilantik ke gred jawatan lebih tinggi masih berterusan, sedangkan jawatan Pendaftar di IPTA mempunyai peluang kenaikan pangkat ke gred N44, N48, N52 dan N54.
Bahkan, rakan pensyarah di institut pendidikan guru (IPG) pun mempunyai peluang kenaikan gaji lebih baik iaitu ke gred 44 sekiranya memiliki ijazah sarjana dan seterusnya ke gred 48, 52, dan 54 secara kenaikan automatik seperti diumumkan kementerian.
Begitu juga guru di sekolah, ramai yang berpeluang menikmati kenaikan pangkat ke DG44, DG48, DG52, DG54 bahkan ke taraf Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) mengikut kekananan dan pencapaian mereka.
Anehnya, mengikut pekeliling UKM (S)3.6/145/2/4 Jld 5 bertarikh 26 Februari 2007, sebenarnya hanya mensyaratkan (a) sah dalam jawatan dan berkhidmat selama tiga tahun; (b) lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 3 dan atau PTK4; (c) seorang tenaga pengajar yang baik, berpotensi atau mencapai tahap kecemerlangan akademik munasabah yang ditetapkan dan (d) mendapat sokongan Dekan/Ketua Jabatan, sedangkan ada universiti mensyaratkan memiliki ijazah kedoktoran untuk kenaikan pangkat Pensyarah Kanan gred DS52.
Isu di atas tidak terhenti begitu saja. Gaji yang diterima Pensyarah Kanan (DS52) IPTA yang dilantik adalah jauh lebih rendah daripada gaji guru di sekolah.
Mengikut ‘Indeks Skim Perkhidmatan Sistem Saraan Baru (SSB) Kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pensyarah universiti dan guru sekolah sebenarnya berada dalam klasifikasi perkhidmatan sama iaitu Skim Perkhidmatan Pendidikan dengan awalan gred berbeza bagi membezakan perkhidmatan seperti DS, DU, DM, DG dan DGA.
Cuma pensyarah berada dalam bidang yang disebut Bidang Pendidikan Tinggi, manakala guru berada dalam Bidang Pendidikan Sekolah.
Ironinya, mengikut Pekeliling JPA yang berkuat kuasa 1 Julai 2007 dengan jelas mencatatkan Gred DG52 pengetua di sekolah bermula dengan tangga gaji P1T1 RM4,900.47 sedangkan pensyarah kanan universiti gred sama (DS52) diberikan gaji jauh lebih rendah iaitu P1T1 RM4,573.14.
Sebagai contoh, Universiti Putra Malaysia menawarkan gaji Pensyarah Kanan gred DS52 dengan tangga gaji permulaan P1T1 RM4,573.14. Ia agak menghairankan kerana pensyarah dan guru berada dalam skim perkhidmatan sama, dengan gred sama (52) dan tangga gaji P1T1 tidak sama.
Gaji permulaan ini akhirnya menjadi tidak seragam antara IPTA. Sebagai contoh, Universiti Sains Malaysia menawarkan tangga gaji permulaan P1T1 RM4,894.91 kepada staf gred 52 seperti Pegawai Ehwal Islam S52, Pustakawan S52, Pegawai Sains C52, dan lain-lain. Ini bermakna tiada kelebihan diberikan kepada staf akademik lama. Perkara yang dinyatakan di atas sedikit sebanyak mengikis kesetiaan dan semangat bekerja rakan pensyarah yang sedang berkhidmat di IPTA.
WAKIL PENSYARAH LAMA,
Kuala Lumpur.


63 comments
Comments feed for this article
Januari 14, 2009 pada 1:12 pm
Jawe
Udah-udah la tu…bawak byk bersabar!
Duit punye pasal, mmg tak pernah cukup…
Aku ni kuli batak jer kat sini…pangkat pon rendah jer, gaji lagi ler nak banding dgn ko org pensyarah2. Aku tak nak ler sebut pasal ko org punye gaji.
Aku heran org2 yg pangkat besor2 ni, makin byk gaji makin tak cukup…ko org ingat2 skit le kat org2 mcm aku ni…
Januari 14, 2009 pada 3:09 pm
john winchester
Yelah tu Jawe, besar periuk besarlah keraknya kan……………..
Tapi kan ke imbuhan tu bertepatan dengan diorang punya kepakaran…………???
Tak semua pensyarah kat UTHM ni besar keraknya, ada yang hidup sederhana je, kalau yang jawatan bawah tu, kereta mengalahkan orang yang kerja pensyarah………………
Ada jugak pensyarah yang naik motor pergi kerja……………….
Januari 14, 2009 pada 4:03 pm
yoyo
Aku nak naik basikal lah kalau macam tu…mesti havoc !
Januari 14, 2009 pada 7:55 pm
Ayop
lor..baru ku tahu..thanx uthmdehati atas pendedahan nie.kenapa kerajaan mesia tak selaraskan gaji pendidik-pendidik di mesia ni? maksud saya permulaan tangga gaji tue kan..walaupun skim lain2..supaya nanti tak timbul isu.
Januari 15, 2009 pada 3:32 am
Wildan
Salam sejahtera….
Isu disini bukan pasal duit tetapi penyelarasan.. secara kebetulan isu pensyarah IPTA lagi. Wildan Setuju jugak dengan john…. aku cuma pakai iswara jer….idup biar sederhana….
“Teringat nama teman disebut NC dalam amanat tahun baru, terima kasih la.”
Januari 15, 2009 pada 10:56 am
ryu watanabe
Tahniah la Wildan…NC menyebut nyebut nama ko dalam ucapan beliau…harap ko tak tersedak…
bagus la kalau ada pensyarah pegi keje naik motor, sekurang-kurangnya tak malu dengan taraf tu…lagi pun parking mana cukup…nak layan dengan parking kereta student lagi…aku pun nk jadi bisnes man parking kereta la jugak…pegi keje naik motor, parking lot aku jual kat student…
Januari 15, 2009 pada 2:20 pm
john bugis
manusia x pernah puas dgn apa yg ada…….
Januari 19, 2009 pada 12:38 pm
jeyhan
samala… aku pun nak bisnes kerepek kat uthm ni…
dapat gak duit sampingan…
Januari 19, 2009 pada 2:16 pm
ryu watanabe
hahaha….sume dah nak start biz…boleh tu..tapi jgn buat waktu keje…
Januari 20, 2009 pada 4:37 pm
Penghulu II
Apa sangatlah nak dimalukan pegi keje naik moto dengan status sebagai pensyarah tu……bangga sangat ke dah ada title pensyarah tu padahal yang penting sekali patut difikirkan ialah mendidik anak bangsalah yang patut diutamakan……
*hebat2 sangat pun nanti bila mati pakai kain kapan putih jgk….takde nyer bawak title & pangkat tu masuk kubur
Januari 20, 2009 pada 5:13 pm
ryu watanabe
pada pendapat aku, dia org bukan malu nak naik motor…sama ada dia org takde motor atau tak de lesen motor…itu je…bukan nak bawak masuk title tu ke kubur pun…bunyi macam nada emosi je Penghulu II…..
Januari 20, 2009 pada 9:42 pm
The Game
Soal gaji ni adalah soal hak.. jgn le pertikai dan masukkan bab ke kubur… Islam ajar kita supaya adil dan tidak zalim..
Soal pegi kerja naik apa.. ala tu pun takkan nak kecoh.. janji pegi keje on time.. tu yg wajib.
Januari 21, 2009 pada 8:28 am
Penghulu II
Bukan emosi cuma nak mengingatkan sahaja kawan2 pensyarah yg mungkin sesetengah dah terlalu mendongak sampai ‘terlupa’ nak melihat ke bawah. So moral of the story….yg xde lesen motor tu pegilah ambik lesen utk x mati sia2 tgh jalan dan yg xde motor tu belilah satu x kisahlah baru atau 2nd….hai…xkan gaji beriban kereta mahal2 puluh2 ribu blh beli tapi motor kapcai xleh beli kot, bukannya suruh beli superbike punnn.
Januari 24, 2009 pada 1:12 pm
john winchester
good idea Penghulu, isu parking ni akan selesai dengan baik jika staf2 banyak bawak motor, tapi macamana student????
Sepatutnya UTHM kena buat satu kuota kenderaan yang boleh masuk kampus dalam setahun bagi student juga…sebab bas danh ada, van dah ada, kalau pakai motor masih okey lagi….
Ni dengan pensyarah pun, kereta student lagi gempaq kekadang……..
Januari 29, 2009 pada 12:52 pm
sengal
huhu…marah tol penghulu ni…awak pegi kerje naik superbike ke? huhu
kalau dah ada kereta nak kena beli motor sebab nak bg laluan org lain bawak kereta tu..tak ke namanya membazir..yg dah ada tu bleh la pakai…yg takde tu teruskan la..
lagipun isu ni psl gaji…kalau gaji awak kena potong…takpun tak sama dgn org sebelah awak yg sama pangkat dgn awak tu….awak lg emo la kan penghulu kan…rilek la..
tapi gaji patut selaras la..kita buat benda yg sama kan..cuma nama uni aje beza2..beban kerja sama gak…mcm tak fair pulak gaji bg beza2 gitu…mcm elaun apa plak…lain kawasan,,lain amaun…huhu
Januari 29, 2009 pada 2:54 pm
Penghulu II
hahaha….cik sengal emosi pulak skrg ni??? Bukannya namanya membazir klu bgi laluan org lain bwk kereta tapi itu namanya BERSIKAP PEMURAH & BERBUAT BAIK SESAMA INSAN sbb benda2 mcm ni dah lama x dipraktikkan kononnya org skrg berpendapat ini harta aku so aku blh buat apa saja yg aku suka…tapi sifat kebaikan dah lgsung mcm xde kat org2 akhir zaman ni…hai..belajar tinggi2 itupun xleh nak bezakan ker? Rilek lerrr
* aku pegi keje naik moto kapchai jer walaupun aku sendiri ada kereta sbb pegi keje sorang2 x praktikal bwk kereta lainlah klu yg berkeluarga kerja dlm univ ni so logiklah klu nak bwk kereta tu….lu pikirlah sendiri aaa
Januari 29, 2009 pada 4:51 pm
ryu watanabe
jgn ber emosi mcm tu…apa kata naik basikal…jimat minyak, jimat space parking, selamatkan environment…
P/S: nak suruh tuan moderator bukak citer pasal asap kilan evergreen plak lah…
Januari 31, 2009 pada 9:20 pm
john winchester
Tok penghulu, inilah masyarakat kita, sudah diserapi budaya nafsi2….
Takyah nak jerit2 pasal isu Palestin, rakan sepejabat susah masih buat BODDOHHH lagi….
“Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan…”
Februari 2, 2009 pada 12:59 pm
Dizetto
Di Jepun ni biasa je org pakai kot naik basikal, naik bas. Lecturer saya pun naik motor buruk paking sekali tempat student. Pensyarah yang datang naik basikal pun ade.
student pula student master je dibenar bwk kereta tu pun kene daftar nama siap2 xleh suka2 ati. student lain ramai yg naik moto atau basikal je. dah la universiti saya ni atas bukit, sanggup dorg kayuh basikal 10-15minit daki bukit (tu tak campur 10-15minit kayuh naik turun bukit dari rumah). Kalu kat malaysia kolej kediaman jalan kaki 5minit je tp siap naik kereta lagi.
Februari 2, 2009 pada 9:24 pm
Letto
salam sejahtera…
Emm tahu laaaa Dizetto dok nippon.. negara sejuk.. peluh susah nak kuar… kalu di Mesia panas terik.. jalan 50 meter dan berpeluh, masuk kelas wah bau peluh jer pulak nanti…
tapi aper pun, rasanya kuatkuasakan naik beskal kat kaw kampus adalah solution untuk kurangkan kenderaan di UTHM. tapi kena berperingkat-peringkat la.
Februari 2, 2009 pada 9:57 pm
ryu watanabe
mmg baggus kalau kuat kuasakan berbasikal dalam kampus…atau kurangka kenderaan masuk dalam kampus…tapi jgn la pilih bulu pulak…tak kira la dari PAR sampai la ke pegawai kanan universiti…kurang sikit asap …EVERGREEN apa cerita??
Februari 5, 2009 pada 12:34 am
parking abess
aku parking kete kat mah pastu naik motor p kejer..ok jerk kan..save minyak..kete tak rosak sebab dek jalan yang tak ok2 lagi..bersih tak payah nak basuh banyak kali akibat abuk debu dari pembinaan jalan yang tidak siap2..nak kluar masuk pun gad tak banyak hal
Februari 5, 2009 pada 9:34 am
Jawe
MM..bagus idea tu..
Jangan tak gerak langsung kereta tu..nanti rosak sbb tak jalan..hehe
Februari 5, 2009 pada 9:36 am
ZAINUDIN
Asm..
Saya setuju dengan sebahagian yang mengatakan “kalau nak buat polisi biar adil dan tepat”. Ini menggambarkan integriti yang selalu dikatakan oleh kerajaan. Maklumlah kadang-kadang kita lupa dengan apa yang kita katakan, integriti tetapi lupa ada yang tidak kena dengan pembayaran gaji dan lain-lain lagi.
Tidak timbul pakai kereta atau motor atau basikal atau jalan kaki, ini berkaitan dengan hak seseorang. Kalau telah ditetapkan sama biarlah sama, dalam apa juga keadaan, tak perlu dipengaruhi oleh unsur-unsur “subjektiviti” yang lain. Saya ingin mencadangkan supaya keluhan ini diperhatikan dan dinilai supaya segala kesilapan dapat dibetulkan. Antara nilai pribadi yang paling mulia ialah mengakui kesilapan dan memperbaiki kesilapan. Wallahualam.
Wassalam
Februari 5, 2009 pada 9:40 am
Muuzie
Kejuruteraan (J) J48 4428.75
Pendidikan (D) DS52 4573.47
Pendidikan (D) DM52 4573.47
Pendidikan (D) DU52 4577.64
Pendidikan (D) DUG52 4575.56
Pentadbiran dan Sokongan (N) N52 4894.91
Sosial (S) S52 4894.91
Ekonomi (E) E52 4897.69
Pertanian (G) G52 4900.47
Pendidikan (D) DG52 4900.47
Kewangan (W) W52 4935.26
Bakat dan Seni (B) B52 4936.65
Perundangan dan Kehakiman (L) L52 4939.43
Sistem Maklumat (F) F52 4978.40
Penyelidikan dan Pembangunan (Q) Q52 4978.40
Tadbir dan Diplomatik (M) M52 4981.18
Sains (C) C52 4981.18
Kejuruteraan (J) J52 4989.53
Pengangkutan (A) A52 4990.92
Perubatan dan Kesihatan (U) U52 4992.31
Februari 5, 2009 pada 4:18 pm
Jawe
Ha…kalu mcm ni bersemangat skit..
Kata pak Zainudin “kalau nak buat polisi biar adil dan tepat”..”kena amalkan intergriti dalam semua benda”…
Kesian kat pensyarah DS52 baru RM457** kalu bandingkan dengan J48 contohnye ler…baru gred 48 dah RM44** dekat tu dgn tangga gaji DS52, Dari sudut lain pulak..kesian jugak mereka yg dari kategori J…nak naik jadi J48 agaknye berapa lama kena tunggu, selagi J48 sedia ada sekarang masih lagi ada, atau dgn kata lain belum meniggal ke, berenti atau apa2 la..Jgn harap org lain boleh rasa. Bila J48 dah kosong, baru leh minta jawatan J48 tu..tu pun hanye layak mintak sebab ada kosong…belum tentu dapat, sbb *** (sediri paham ler)…Dari sudut DS..utk ke gred 52/51….skg jelas sekali dgn phdnye.
Difahamkan juga..dalam arena akademik sendiri ada jawatan second class, mcm guru bahasa/pengajar/tutor..saya tak tau sgt pasal jawatan ni, tapi keluhan dia org cukup utk tafsirkan nasib dia org tu mcm tak terbela…
Saya nampak bukan saja soal gaji jer yg tak sekata atau setimpal tapi soal lain spt naik pangkat gred juga perlu diberi perhatian. Methodologi sesuatu skim utk naik gred/pangkat atau peluang2 lain yg melayakkan seseorg naik gred PERLU diberi secara adil…Kalu nak dibandingkan dgn skim lain dlm JPA, bandingkan la dari semua arah supaya semua rakan2/sahabat2 diUTHM ni terbela hak2 masing2. Jangan hanye berjuang nak setarakan gaji & gred sendiri semata2, tapi sama2 lah berjuang utk mereka yg kurang bernasib baik dari anda..
Kalu boleh yang bersemangat berjuang tu..jangan jadi macam tin…Tin kosong apabila diketuk sangat nyaring bunyinye, tapi bila dah penuh…perlahan jadinye. Ramai atara kita bersikap macam si tin tu, sewatu di bawah/tak dpt apa yg dikehendaki..bukan main bising..bila dah diatas..diberi segala kesenangan…lupala dia pada rakan2 yg belum terbela…
Februari 14, 2009 pada 11:40 pm
devon-uk
Setiap gred tu ada kelebihannya…………..
Kalau pensyarah walaupun terima kurang sikit ( 2 tangga gaji) tetapi :
1. Gred ini boleh dicapai pada usia yg muda misalnya dapat PhD dalam usia 29 tahun, kalau semua ok dapatlah DS/DU 52 pada usia awal 30an. Kalau group DG, J, W, S biasanya dah berumur la baru tercium gred ni.
2. Kelebihan SLAB ke luar negara dengan bilangan yang ramai dibanding skim perkhidmatan lain.
Pasal IPG/Maktab pun ada syarat untuk kenaikan gred….misalnya memerlukan kakitangan tersebut memiliki ijazah lanjutan sebagai syarat kenaikan gred.
ok kan dgn jawaban diatas.
di bawah ni pula saya nak berlawak sikit pasal perkhidmatan yg gred bermula dgn D ni.
# dalam perkhidmatan D sahaja seperti guru DG atau pensyarah DS sahaja sering berlaku keganjilan yang gaji kecik bagi order kepada yang …gaji besaq.
cth:1> Apabila Dekan DS52 beri arahan kepada seorang pensyarah yang dah bertaraf Professor JUSA atau ASS Prof DS54
cth:2> PPD gred DG48 memberi arahan kepada Pengetua Gred 52
cth3> Penolong Kanan Ko-Kurikulum Gred 41 beri arahan kepada guru biasa gred 44 atau 48.
kesimpulan: itulah kekuatan kuasa jawatan bukan kekuatan Gred
SEKADAR PANDANGAN PERIBADI
kamal@boi
bkt beruntung
April 21, 2009 pada 12:35 pm
momok
Aku harap korang semua tak memberi pandangan seperti berikut:
Email 1:
Assalamualaikum.
Minta maaf..saya harap kenyataan2 atau artikel yang berbau politik seperti dibawah ini tidak dihantar ke mel group ini..apa yg nak dibuktikan??..kalaupun ia dibuktikan..apa kebaikan yg dapat dibawa?..tidak lebih dari kebencian terhadap manusia lain..kebencian tidak akan membawa apa2 kebaikan sekalipun ianya ditonjolkan atas nama agama sekalipun..sekiranya tuan moderator tidak setuju..hrp keluarkan nama saya dari list ini..sekian hrp maaf.
p/s: semoga kita terhindar dr sifat benci membenci..kita semua dlm keadaan sukar..kasih mengasihi lah sesama kita.
Mei 19, 2009 pada 10:06 pm
yarn
syukurlah..cuba tgk gaji kitorang yang kecik ni di politeknik dan kolej komuniti….hehee..IPTA jugak
Jun 2, 2009 pada 11:45 am
Mat Parit
Saya setuju dgn pandangan Devon-UK. Kita lihat bahawa setiap orang mempunyai laluan berbeza dalam karier masing2. Ttg samada gred tinggi atau rendah boleh kerja, saya rasa yg penting ialah samada kita boleh dan beranai contribute kpd organisasi atau tidak. Kalau cerita pasal gaji, baru nak contribute, saya rasa tak berapa tepat dan sesuai utk setiap profesion…
Jun 2, 2009 pada 11:46 am
Mat Parit
Saya setuju dgn pandangan Devon-UK. Kita lihat bahawa setiap orang mempunyai laluan berbeza dalam karier masing2. Ttg samada gred tinggi atau rendah boleh kerja, saya rasa yg penting ialah samada kita boleh dan berani contribute kpd organisasi atau tidak. Kalau cerita pasal gaji, baru nak contribute, saya rasa tak berapa tepat dan sesuai utk setiap profesion…
Jun 29, 2009 pada 9:40 pm
Rosli
Salam. Saya setuju dengan pendapat rakan-rakan yang mahu gred jawatan antara IPTA dan sekolah/kementerian diselaraskan. Cuba lihat bagaimana kedudukan gred berbanding jawatan yang terdapat dalam Angkatan Tentera Malaysia dan juga PDRM. Kedudukannya telah disusun rapi di mana sesiapa sahaja yang memegang jawatan lebih tinggi akan diiingi dengan gred pangkat yang lebih tinggi juga.
Rasanya cukup elok kalau formula ini juga digunakan oleh mana-mana jabatan/kementerian. Tidak timbullah rungutan gaji, pangkat dan gred tidak selaras
Julai 1, 2009 pada 8:13 pm
sha
Setiap skim ada kelemahan dan kelebihan. Memandangkan dah ada yang tulis kelebihan2 skim gaji pensyarah berbanding skim perkhidmatan lain, walaupun gaji pensyarah di anggap tak seimbang dengan kepakaran, jadi saya point kan kelemahan nya aje lah….bukan sekadar komplen tapi buat renungan. Renungan bukan hanya tertumpu pada gaji tapi kesan2nya.
Oleh kerana gaji pensyarah IPTA kurang kompetitif, bagi sesetengah bidang kita kekurangan pensyarah lebih2 lagi pensyarah berkelulusan phd dibidang yang kritikal, kita terpaksa ambik pensyarah luar. Jadinya kebanyakan pensyarah luar yang sudi datang kebanyakan pensyarah bangladesh, india dan pakistan atau dari negara arab. Kita ada banyak masalah dengan mereka dari segi sikap, budaya dan bahasa. Dari segi workload pentabiran, workload mereka adalah kurang kerana segala urusan pentadbiran, menyiapkan report, laporan atau apa mesyurat dengan pihak (contoh badan kerajaan) yang memerlukan bahasa malaysia sebagai bahasa perantara, kerja2 ini ditanggung oleh pensyarah tempatan dengan gaji yang sama.
Kita juga gagal menarik orang industri contoh jurutera2 dari industri untuk masuk mengajar. Kerana kita demand mereka supaya ada kelulusan phd baru dapat lantik jadi pensyarah tetap dengan gaji yang rendah. Kebanyakan pensyarah yang ada di IPTA fresh masuk bidang akademik tanpa pengalaman industri. Ini suatu kerugian yang amat besar untuk bidang seperti kejuruteraan. Tanpa pensyarah berpengalaman industri kita akan kerugian dan hanya mampu mengajar students berdasarkan buku2, teori dan yang paling canggih pun berdasarkan research kita (yang contact hours dengan industri pun kekadang amat minimal).*
Walaupun dalam bidang akademik pensyarah boleh naik pangkat atas usaha meritnya sendiri tanpa menuggu kuota. Tetapi oleh kerana peraturan sekarang memerlukan seseorang itu memiliki phd sebelum layak dilantik sebagai pensyarah tetap dan disahkan ke dalam jawatan. Maka segala tempoh khidmat selama memegang jawatan tutor tidak dikira dalam perkhidmatan. Maka ramailah (tak semua) pensyarah ini jika bersara maksimum umur 58 tahun tetap akan gagal mencukupkan khidmat (servis) 30 tahun untuk menikmati apa2 benefit yang kerajaan akan berikan selepas pencen.
* mmg ada option kita boleh attach dengan industri tapi option itu tak mudah diambil-bukan senang nak masuk industri sekarang, dan menyelaraskan jadual kita, jadual pengajaran dengan project derang.
Ogos 23, 2009 pada 5:33 pm
Tanpa nama
Pada pandangan saya, pekerjaan sebagai academicians (berbanding dengan professional di swasat) ada pro dan connya;
Pro;
1. Gaji terjamin selagi boleh bekerja (berbanding bekerja swasta)
2. Risiko hilang pekerjaan agak rendah
3. Penilaian prestasi lebih bergantung kepada usaha sendiri, kurang unsur politik
4. Kurang perlu ada high leadership dan political skills kerana tidak membimbing ramai staff.
5. Mungkin minat mendalam individu kepada sesuatu bidang dan minat membuat kajian
6. Mempunyai gelaran yang respected Ass Prof atau Prof
7. Boleh mengajar setelah pencen
8. Mudah contact dengan top personnel dari pihak kerajaan
Con;
1. Kalau berkelulusan PhD bekerja di swasta silap2 boleh dapat triple dari gaji sekarang(tapi risiko tinggi)
2. Kurang exposure to real hiruk-pikuk asam-garam industry world.
September 20, 2009 pada 7:26 pm
zamarul
Salam,
Hanya ingin berkongsi pengalaman yang sya lalui. Memulakan career di dunia korporat ketika berusia 21 tahun hingga 26. Ketika itu gaji sudah mencecah 5 angka apabila dicampur elaun. Kemudian keadaan ekonomi yang tak menentu pada tahun 1997-1998 menyebabkan gaji pekerja di potong.
2000 mendapat peluang menjadi pendidik. Oleh kerana tidak ada Ijazah Sarjana, Jawatan Tutor yang layak di pangku. Waktu itu masih lagi di SSB. Tak silap gaji Tutor termasuk elaun cuma RM1400.
Melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan dilantik menjadi lecturer dengan gaji awalan hanya RM1900 termasuk elaun di sistem SSB.
Setelah melalui beberapa perubahan sistem dan kenaikan gaji dan berpindah ke universiti lain di gred DS45 P1T13, hanya pada tahun 2008 saya memperolehi kenaikan pangkat ke DS52. Itupun setelah memohon selama 2 tahun. Pada awal permohonan kenaikan pangkat, di tolak kerana syarat kenaikan pangkat ialah cukup 3 tahun berkhidmat tetapi di tempat yang baru. Walhal sudah mempunyai lebih 5 tahun berkhidmat di dalam pendidikan. Hanya setelah syarat di longgarkan dan sokongan dekan saya mendapat kenaikan pangkat tersebut dan hanya setelah saya berumur hampir 40 tahun.
Jadi moralnya, tidak mudah juga bagi seorang pensyarah untuk kenaikan pangkat. Birokrasi dalaman juga menjadi punca kenapa ada di kalangan rakan seperjuangan terutamanya dari inustri yang sehingga kini masih di gred DS45 ketika meniti usia 45tahun.
Bukan tidak bersyukur dengan apa yang ada, tetapi harus kita fikirkan, kalau seorang pekerja yang hanya mempunyai Ijazah Sarjana Muda boleh di lantik ke gred 48 (dimana tidak ada gred itu di jawatan akademik) malah mereka juga menikmati perks yang lebih baik, sudah pasti ada kegusaran dan ketidakpuashatian di kalangan rakan-rakan yang mempunyai Ijazah Sarjana tetapi tidak dilantik ke gred lebih tinggi dari 45.
Perlu diingat setiap universiti juga mempunyai method tersendiri tentang kenaikan dari DS45 ke DS52. UM dan UNIMAP contohnya kalau tak silap kenaikan pangkat tersebut hanya memerlukan pemohon mengisi borang dan sokongan dekan, selepas itu ianya akan di bawa ke mesyuarat senat untuk diluluskan.
Tetapi ada sesetengah universiti prosesnya tidak semudah itu untuk kenaikan pangkat. Perlu melalui proses interview seperti saya yang memang tidak mudah. Malah tidak semua rakan sejawatan yang diluluskan kenaikan pangkatnya ketika itu.
Dari pengalaman saya, dengan kecelaruan dan tidak keselarasan sistem kenaikan pangkat akademik ini, sya lihat berlaku kes-kes mendatang di mana, pensyarah muda yang tidak berbengalaman sudah menduduki DS52 berbanding pensyarah yang berpengalaman. Orang kata junior dulu naik pangkat dari senior orang kata.
Seperti kes terpencil ini contohnya: Seorang pensyarah datangnya dari insustri berumur 40 tahun di lantik ke gred DS45. Dan ketika itu peluang untuk ke SLAB belum ada kerana selalunya bukan automatik pun untuk memohon SLAB. Kadang 3 tahun baru di luluskan. Jadi bila dah berumur 43 tahun lebih sudah tak layak kiranya untuk memohon SLAB. Jadi terpaksalah dia batalkan niat untuk menyambung pelajaran kerana tidak kecukupan modal sendiri. Then ada pensyarah muda ini bermula kerjaya nya sebagai akademik pada usia mentah 27 tshun. By 30 dah boleh memohon SLAB. By the time dia balik dengan PhD, ada sesetengah universiti memberikan lantikan automatik ke DS52. Jadi kita bayangkan lah bagaimana sistem itu sendiri tidak begitu berkesan.
Maka pensyarah yang berpuluh tahun berpengalaman dari industri ini yang menyumbang kepakaran dan pengalaman masih tertinggal jauh.
Jadi renung-renungkan lah. Ini bukan soal ko gaji besar masih nak menyalak ker apa. Tetapi berpatutan dengan usaha mereka sehingga mendapat Ijazah sarjana.
Saya pernah di tanya oleh juru2 teknik dan kerani di tempat saya kenapa kami masih tidak bersyukur dengan gaji yang ada. Jawapan saya mudah, saya bekerja sebagai pendidik sebenarnya bekerja untuk dunia dan akhirat. Jawatan pendidik ini sebenarnya jawatan yang paling tinggi di antara jawatan2 di sektor awam. Kalau pendidik ini sendiri tidak berkewibawaan dan tiada akauntability, maka sudah pasti anak2 saudara sema tidak lah akan sampai ke tahap sekarang menjadi seorang jurutera, menjadi menteri, dan sebagainya. Jadi apakah sumbangan kita sebagai masyarakat yang rata-ratanya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak2 mereka kepada pendidik? Berpatutan la gaji kerani lulusan SPM pun sudah mencecah ribuan sekarang. Itu SPM, kira saja perbedaan kelayakan dengan gaji. Pasti kita lihat… kalau SPM pun sudah bergaji 1300 sebulan, diploma pula bagaimana, Ijazah Sarjana Muda pula bagaimana, dan ijazah sarjana pula bagaimana.
Jadi kita jangan lihat dari unsur gaji dah besar tapi masih menyalak. Lihatlah common sense nyer.
Sekian, hanya pendapat saja. Kalau tidak betul saya minta maaf
September 26, 2009 pada 12:12 pm
Sivaji The Boss
Setuju dengan Zamarul….orang muda lebih dulu naik pangkat dari orang senior tapi yang hapraknya, kalau tak boleh buat kerja dilambakkan kerja tu kat si senior…..dan si junior ni dapat nama……
Lagi satu, kalau tak dikaji memang akan timbul prasangka gaji besar tapi menyalak, cuba fikirkan dari segi tanggung jawab, dari segi bebanan tugas……………….
Semua kerja susah maa…jadi penganggur pun susah…….
September 26, 2009 pada 8:23 pm
Tanpa nama
Jangan la jadi bodoh. Orang yg bergaji kerja bukan dlm pendidikan jgn nak menyalak lebih2.Korang tak tau susahnya jadi pendidik.Nak prepare bahan mengajar, nak fikir apa nak cakap, nak marking paper yang beribu students tu, nak fikir pasal orang nak nilai/auidit kita, nak kena fikir kena maki mengajar x betul, nak fikir perangai ketua jabatan lagi, tugas sampingan lagi.Korang yang datang keja dok mengulor je dok pulun buat overtime tapi dok melangok je kat ofis nak menyalak lebih2.Korang tau tak mcmana susah orang nak belajar buat master, phd nak buat research, berkorban punya susah berendam air mata.bukan mcm korang lepas spm je masuk keja pastu masa goyang kaki.tak payah nak tipu la staf2 maintenance kat polimas hantar report baiki pintu dah 2 bulan tak buat apa2.aku yang dok tertinggal satu kelas sebab anak sakit pengarah dah bising.Fikir-fikirkanlah…..kalau aku berkorban, berusaha sampai dapat phd ke master ke layak ke aku dapat gaji yang lebih kurang je dengan korang yang spm je time orang dok sibuk belajar dia dok sibuk merempit ataupun mngorat pompuan pastu nak sibuk menyalak cakap org tak bersyukur..ada otak lu pikir la sendiri……….
September 28, 2009 pada 10:46 am
Abang Bouncer Pusat Islam
Tanpa nama,
Diharapkan jangan terlalu memandang rendah kepada orang yang berkelulusan SPM, biar ikut resmi padi, makin banyak ilmu makin tunduk berisi……..
Jangan ikut resmi ayam jantan, makin besar makin kuat berkukok, last2 punkoq berlumoq tahi…..
Tak payah cakap susahnya jadi pendidik, walaupun lulusan SPM. aku pernah kerja guru agama kontrak, tahu susahnya mengajar ni walaupun setahun, pastu tukar kerja bawak teksi lepas habis kontrak sebelum masuk ke UTHM ni……
Nak mengajar anak beruk, senang, tak banyak kerenah, tak banyak ragam, cuma ajar cara nak pulas buah kelapa, pilih kelapa muda atau tua/ komeng……….kalau ajar anak manusia ni banyak ragamnya, banyak kerenahnya, belum lagi kerenah mak bapak dia……dengan gaji kecik, dengan bebanan tugasannya lagi, perangai kawan2 sekerja, guru besar, nazir lagi……
Lulusan SPM je aku nih…macamana tu???
Nak soal kepada Tanpa Nama, sanggup ka hang kerja pada pagi Raya???? Yang SPM taraf penchahai juga yang sanggup kerja naa…….termasuk aku naa…………..
Pengajaran, jangan dipandang rendah pada yang berpendidikan rendah, kadangkala pengalaman hidupnya lebih baik dari orang yang berpendidikan tinggi…………………jangan jadikan ilmu yang kita ada ni menjadikan diri kita seangkuh Firaun, sesombong Namrud, jadikan ilmu yang ada pada diri kita ni menjadikan kita merendah diri seperti Imam2 Muktabar (bukan murtabak) seperti Iman Hanafi, Maliki Syafie dll………
Dan orang yang berpelajaran rendah, jangan perlekeh orang yang berpendidikan tinggi, apa yang dia dapat berpadananlah dengan bebanan dan tanggung jawab yang dia galas……memang patut dia minta apa yang dia boleh pinta sejajar dengan hasil usaha dan jerih payahnya dia belajar dahulu dan mengajar sekarang…………..
Semua saling lengkap melengkapi, kalau tiada keseimbangan dalam alam ini maka pincanglah alam ini………..
Oktober 1, 2009 pada 6:43 pm
makcik kepek
more money more trouble
bagi makcik, dapat gaji, buat kerja betul2 isi lnpt selaras dgn kerja yg dibuat
bersyukur sangat sebab dapat kerja tetap
taknak pandang dah orang lebih kat atas sebab nanti makcik laaagi jadi tak bersyukur….
Oktober 6, 2009 pada 10:26 am
abg guard
apa pendapat korang bagi pensyarah yang kongsi mengajar 1 subjek ramai-ramai.?just seorang kena ajar 2 chapter untuk satu semester
Oktober 10, 2009 pada 9:55 pm
Adik Guard
Tak pernah lagi berlaku kat tempat aku style ramai-ramai ngajar bagi-bagi ni.
Oktober 16, 2009 pada 8:53 am
pensyarah_veteren
kalu bab penyelarasan gaji aku setuju di antara skim itu n ini…
ini lah dikatakan keadilan.
The rule of thumb, sape usaha lebih dia patut dpt lebih..
umpana pensyarah muda yg nk cmpletekn phd dlm keadaan serba kurg dr segi duit n pengalaman, cabaran yg sgt besar bg mereka…
bygkan jika, ssebuah universiti itu adalah sebuah profit based company… n tanpa dipengaruhi politik… bisnes semata2…, sudah tentu la sseorg di bidang atau profesion atau division yg bleh memberikan khidmat rundingan n service yg baik diberi gaji tinggi… yg mempunyai daya usaha n fikiran yg jauh utk sesuatu kemajuan diberi gaji tinggi…
ape jadi pd mrk yg wt keje rutin, n kemajuan dr segi enforcement… dlm sistem keje je(scenario in malaysia) n undirect contribution… umpama pendaftar…. alamatny gaji mcm supervisor customer service la jawabny….
di mana keadilan…
Oktober 16, 2009 pada 8:55 am
pensyarah_veteren
oleh krn title u olls dikira admin, kononny status u mcm bos la…
so org akan appreciate u olls mcm seorg bos n msti bergaji besar..
Oktober 16, 2009 pada 9:00 am
pensyarah_veteren
itu lah scenario di malaysia..
d kebanyakan negara maju, seorg pakar n berilmu sgt d hargai..
bkn org yg wat keputusan merepek… n menyusahkan ptut disanjung..
Oktober 17, 2009 pada 2:07 am
ada nama
aku seangkatan dgn Tanpa nama..
soon to be..
Oktober 19, 2009 pada 1:47 pm
rulza
Sokong Abang Bouncer Pusat Islam…Tanpa Nama words sound to keterlaluan…
Orang angkuh adalah orng yang selalu fikir dia sudah buat yang terbaik di sisi allah dan manusia…mmmm..bahaya..
setimpal la dengan gaji besar kerja pun besar…jangan gaji besar tapi dia lak mengulor lebih….ada je pensyarah yang masuk kelas 30 min untuk schedule 3 jam…patut ke? Ada je pensyarah yang wat sambilan2.
kadang2 yang ada phd hebat dengan ilmu dia saja…ntah2 pengalaman hidup kosng…..
betul abang bouncer cakap..jangan terlalu memandang rendah……ada PHD tak semesti bagus…..
Oktober 20, 2009 pada 8:43 am
Adik Guard
rulza,
Apa kena mengena pengalaman hidup dengan kelayakan mengajar? Kalau nak banyak pengalaman hidup, carilah Mat Rempit. Mereka tentu banyak pengalaman yang boleh dikongsi.
Oktober 21, 2009 pada 1:53 pm
Abang Bouncer Pusat Islam
Pengalaman hidup? Kemahiran mengajar?
Orang2 tua kita di zaman dahulu bukannya tinggi sangat belajar….paling tinggi pun darjah 6 sekolah atap, tapi banyak pengalaman hidup yang kita boleh ambil untuk dijadikan panduan dan pengajaran……….
Zaman Jepunlah orang kita reti buat tempe dari bijik getah, buat tayar tubeless (tayar disikan kain), makan ikan lundu mentah2 dsb…..siput bab# tu, bukan zaman BERSAMAMU je, zaman Jepun orang dah tibai dah…..
Pada pandangan sayalah, kemahiran mengajar ada kaitan jugalah dengan pengalaman, kalau tak ada pengalaman, macamana dia nak mengajar dengan baik, bermutu dan berkualiti?
Apakah kaitan dengan teori dan praktikal? Kadang2 orang terer teori, tapi praktikal hancus sebab tak ada PENGALAMAN praktikal dengan teori yang dia belajar…
Ohhh, lupa pulak, kalau dapat bergaul dengan semua orang (tak kiralah mat pet ke, mat rempit ke, bohsia ke, janji jangan hanyut dah le….) lagilah banyak pengalaman, janganlah kita asyik duduk dalam kepompong UTHM je…..
Sekurang2nya untuk diri kita…………
Oktober 21, 2009 pada 4:50 pm
Adik Guard
Abang Bouncer Pusat Islam,
Hang salah faham bro. Pengalaman memang penting untuk mengajar. Itu semua orang tahu dan aku takde masalah kat point tu. Tapi yang bro RULZA emphasis kan tu ialah pengalaman HIDUP (not just pengalaman kerja dalam bidang kita). Itu pasal aku tanya balik, apa kena mengena pengalaman HIDUP dengan kebolehan mengajar? Banyak jugak lecturer yang dah ada pengalaman industri, tapi pengalaman hidup takde la banyak mana, sebab mereka masih muda. Kalau nak yang banyak pengalaman HIDUP, pegi la cari atok dan nenek yang dah umur 70-80.
Bro RULZA kata: “kadang2 yang ada phd hebat dengan ilmu dia saja…ntah2 pengalaman HIDUP kosng”
Sebab tu aku tanya, ape kena mengena pengalaman HIDUP? Pengalaman dia dalam industri dan kemudian pengalaman yang dia dapat waktu buat PhD tu tak berguna ke? Sedangkan pengalaman Industri dan seterusnya pengalaman time buat PhD itu yang lebih relevant dengan apa yang dia nak ajar.
Oktober 22, 2009 pada 2:14 pm
Abang Bouncer Pusat Islam
Pengalaman dalam industri tu amat berguna, tapi taklah boleh nak ketepikan pengalaman dalam hidup….
Yang dimaksudkan pengalaman dalam hidup ni kawan nak tekankan bagaimana nak tackle orang, bagaimana nak berkomunikasi dsb, sebab apa, ada sesetengah pegawai kat UTHM misalnya, baru lepasan diploma fresh sangat, tapi komunikasi ngan orang bawah terutamanya dengan golongan berumur boleh dikatakan ‘kurang hasam- nak sampai ke tahap kurang hajar”……..itulah gunanya pengalaman hidup……
Apabila pengalaman hidup kita banyak, pada kawanlah dapat membantu diri untuk memberikan pengajaran dengan lebih baik, kena dengan sasarannya tidaklah SS je (syok Sendiri)……perasan kita dah sampaikan ilmu tapi pendengarnya tak faham tak cakna satu hapa pun…..umpamanya kita bersyarah agama tahap tinggi, penuh sakral, holistik dan yadayadayada kepada masyarakat Parit Bingan yang rata2 lulusan SPM….apa ada yang faham ke? Silap2 banyak yang ngorok je….
Apa yang Bro Rulza katakan, kawan cuba simpulkan disini; “Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi”…..
Sebenarnya, semakin berilmu kita (semakin berumur semakin banyak pengalaman) semakin menjadikan diri kita tawadhuk….jangan menjadikan diri kita angkuh…..
Perenggan klausa kedua tu, kawan pernah kena dah……….
Oktober 23, 2009 pada 8:43 pm
mdrushdan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih di atas info yang diberikan. Saya amat gembira apabila membaca artikel ini. Sukacita saya nak hebahkan blog saya iaitu http://mdrushdan.wordpress.com. Jadi diharapkan kamu dapat melayari blog saya.. Jika ada komen, silalah komen di ruangan yang disediakan. TQ
Oktober 25, 2009 pada 5:26 pm
Hamba Allah
Assalamualaikum. Allahamdullilah bersyukur kita ke hadrat Allah dapat ketika bertemu di Kuliah Subuh ini. Yang Berbahagia Pengerusi Surau, Yang Berusaha Ketua Biro Agama, Yang Berusaha AJK Surau dan seterusnya…. (lebih kurang 20 minit untuk habiskan memperkenalkan orang-orang penting surau)… lepas tu bersyarah tidak mengikut format…. lari pada tajuk dan terus masuk politik hentem kerajaan. Semua kerajaan buat salah, tak betul. Fikir dan fikir! Nampaknya keluar tajuk sikit, tapi itulah hakikat manusia yg tak pernah bersyukur. Segala isu gaji, pangkat, title, ada PhD, ada Master. Ingat! semua manusia berfungsi untuk sesuatu, waimah gaji kecil. Tapi anak tidak sakit, dia tidak ada kencing manis, dan sihat sesihatnya. Org ada PhD, Jutawan, hartawan…. ada sakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Kerana terlalu memikirkan nilai material saja. Zaman Rasullulah… hanya teguk air aje dengan buah kurma… menonggeng pulak naik unta yang tak ada aircon. Fikirlah wahai saudara Islam. Muhasabbah diri. Mari kita berganding bahu. Fikirkan apakah sumbang kita tanpa riak, tanpa diketahuai manusia lain, walaupun isteri dan anak-anak sendiri. Cuma Allah s.w.t maha mengetahuai. Wallahuallam.
Oktober 26, 2009 pada 1:10 am
Adik Guard
Abang Bouncer Pusat Islam,
Kalau dah ada pengalaman industri ditambah pula dengan pengalaman sewaktu belajar sehingga ke peringkat PhD, tidakkah secara logiknya mereka ni juga memiliki skill yang macam ko cakap, aku quote dari posting ko:
“Yang dimaksudkan pengalaman dalam hidup ni kawan nak tekankan bagaimana nak tackle orang, bagaimana nak berkomunikasi dsb,”
Walaupun mungkin skill mereka itu tak sebaik orang yang umur 70 kot? Sebab mereka baru umur tak sampai 40. Tapi secara amnya mereka telah pun memiliki skill berkenaan.
Oktober 28, 2009 pada 11:28 am
Abang Bouncer Pusat Islam
Yaa betul, Adik Guard…kawan sokong……
Setiap orang pun pengalaman hidupnya berbeza….nak2 kalau orang tu naik dari bawah…pernah kerja kilang macam Dr. Mus kita tu…..macam kawan pernah bawak teksi….dsb, jadi kita tahu nak tackel orang ikut mentaliti mereka….
Kalau intelek, kita kena tackle dengan cara intelek, dengan hujah yang bernas dan baik, kalau kerja evergreen, kalau nak pakai cara tu…masak laaa…….silap2 tak faham…..
November 5, 2009 pada 11:53 am
along
aku pensayarah UKM kelulusan PHD bidang sains politik.umur 26. starting dpt 5400. x lebih cukup dh rasa tk orang bujang..
November 5, 2009 pada 3:58 pm
Abang Bouncer Pusat Islam
Cukup sesangat…….dari aku nak tanggung 2 anak 1 isteri dengan gaji RM 1200 bersih pun masih still cukup……………..
November 7, 2009 pada 3:52 pm
Adik Guard
along,
Kok ye pun nak menyamar sebab nak justifykan fahaman engkau tu, jangan la buat sampai macam tu. Engkau ingat ramai ke orang yang ada PhD umur bawah 30? Tak ramai. Majoriti masih atas 30.
Soal gaji dia, kalo orang lain nak gaji dan faedah yang sama, kita tak kisah. Mari la amek PhD sama. Jangan nak gaji sama, tapi taknak amek sama.
Nak benefit yang sama, mesti la belajar pun sampai ke peringkat yang sama dan bekerja dengan dedikasi yang sama. Baru gaji tu halal sikit.
November 9, 2009 pada 2:57 pm
poning
A-L-O-N-G, agaknya U tempat you keje tu pak cik you punye? buleh dapat gaji macam tu, umur 26 tahun…jujurlah sikit bila beri komen atau pandangan…kesian kat orng lain yang berfikir dan memberi pandangan
November 9, 2009 pada 3:17 pm
poning
Saya tak mahu cakap banyak lah sebab marking paper pun belum habis lagi, tetapi seharusnya JPA perlu selaraskan gaji semua pendidik dengan bukan pendidik mengikut gred. Memang ada yang kata pensyarah boleh lebih cepat naik pangkat… TAPI..jangan tak tahu…PTD yang paling cepat naik pangkat. Pensyarah boleh cepat naik pangkat (tapi lambat dari PTD) bila mempunyai penerbitan dan penyelidikan yang mantap disamping pengajaran (tanpa mengambil kira PENGAMPU) sedangkan PTD tak perlu semua tu…bukan sahaja PTD tapi golongan lain juga tak perlu semua tu….Pensyarah juga perlu sambung belajar keperingkat PhD, yang lain master pun tak perlu. KPI tahunan pensyarah juga lebih tinggi dari yang lain…seharusnya bayaran/upah yang diberi biarlah setimpal dengan sumbangan kepada negara…JADI MEMANG PATUT GAJI PENSYARAH DIKAJI SEMULA
November 11, 2009 pada 12:22 am
Adik Guard
poning,
Betul apa yang bro poning cakap tu.
November 25, 2009 pada 10:43 am
TigerMalaysia
Yalah gaji…oooo gaji. Dengan dunia yang serba mencabar disertai keperluan fizikal yang meningkat….tak cukup. Namun harus bersyukur dengan apa yang ada. Ada orang lain yang lebih teruk dari kita. Walaubagaimanapun, tuntutlah hak yang ada…..
Disember 2, 2009 pada 2:38 pm
JOE JAMBUL
tak abis2 golongan pensyarah/cikgu bising2 pasal gaji.. penjawat awam lain pun (terutama dak JKR) ade master, phd… still J41 jugak sampai sekarang .. ok jerk..
Disember 3, 2009 pada 12:49 pm
Minah Jambul
Siapa orang JKR yang ada PhD still 41? Kawan aku ada Master dah lama 44. Ada lagi sorang kawan kat Kementerian pendidikan degree jer dah 52.