Majunya suatu koperasi pada dasarnya adalah menjadi harapan kita bersama. Perjalanan koperasi adalah sebagai satu cara memperbaiki dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi masyarakat. Pengendali koperasi seharusnya selalu berusaha semaksima mungkin untuk memajukan koperasi. Terutama koperasi yang menjadi tempatnya bekerja, baik sebagai pengurus atau ahli. Ini termasuk dengan mengelola koperasi secara profesional dan memegang teguh idealisme koperasi dengan asas untuk kemanfaatan bersama.
Koperasi adalah sebagai suatu badan usaha yang berdasarkan atas asas kekeluargaan, haruslah dapat dibentuk dengan tujuan dan dikelola secara baik serta profesional. Pelbagai tindakan perlu dilakukan dalam membentuknya.
Setiap koperasi harus mampu menunjukkan jati dirinya sebagai badan usaha yang dibentuk untuk tujuan mulia dan demi kepentingan bersama berdasarkan ajaran Allah SWT. Citra sekaligus idealisme yang berlandaskan moral dan ajaran agama harus selalu diutamakan agar tidak terjebak dalam urusan yang akan merosakkan koperasi.
Semua itu menjadi penting kerana selama ini ada kecenderungan koperasi dibentuk dengan tujuan yang terkadang menyimpang dari asas-asas perkoperasian itu sendiri. Bahkan terdapat juga koperasi yang ditubuhkan sekadar alat untuk mencari keuntungan peribadi atau dikelola dengan cara yang tidak profesional.
Untuk mewujudkan koperasi yang dapat berkembang secara positif tidaklah semudah yang dijangkakan. Perlu ada kerjasama antara pengurus dan ahli serta majunya sesuatu koperasi pada dasarnya ditentukan oleh :
- Tujuan pembentukkan koperasi itu sendiri. Ia haruslah ideal, sesuai dengan keadaan dan yang paling penting dipersetujui oleh semua ahli.
- Komitmennya pengurus dan ahli terhadap koperasi, tujuan positif, peraturan dan pengembangannya. Dalam hal ini setiap pengurus harus memiliki idealisme dengan dasar moral yang baik. Dengan idealisme itulah mereka akan memiliki komitmen yang baik terhadap perkoperasian.
- Profesionalismenya pengurus dalam pengurusan koperasi dan mengetahui tuntutan semasa.
Usaha suatu koperasi yang sudah berjalan dan maju, adakalanya berhenti atau bahkan terkubur jikalau satu atau ketiga hal tersebut diketepikan. Atas dasar itulah, untuk dapat diwujudkannya suatu koperasi yang ideal dan pengurusan koperasi yang profesional tentu dimemerlukan adanya:
1. Pemahaman sekaligus komitmen setiap ahli dan pengurus terhadap hakikat dan realiti serta tujuan dari suatu koperasi yang ideal. Koperasi yang ideal itu yang bagaimana?
Koperasi yang ideal adalah suatu koperasi yang dibentuk dengan semangat kesamaan dan dijadikan bahan yang potensi untuk:
- Melakukan kegiatan ekonomi (usaha) bersama bagi kepentingan (untuk memenuhi keperluan) bersama dengan semangat kekeluargaan, gotong royong dan musyawarah.
- Meningkatkan persatuan dan kesatuan di kalangan ahli serta berbagai pihak yang ada.
- Belajar melakukan kegiatan ekonomi (usaha) -bagi yang belum pernah melakukan kegiatan usaha.
- Membantu khususnya ahli dalam memenuhi kehendak ekonominya. Termasuk masalah kewangan.
- Memantapkan orentasi yang positif pada diri ahli agar koperasi dapat dijadikan sebagai suatu unit kegiatan bersama.
2. Komitmen setiap pengurus dan ahli terhadap hakikat koperasi, tujuan positif, peraturan yang ada dan pengembangan koperasinya.
Setiap pengurus harus memiliki idealisme dengan dasar moral yang baik. Dengan idealisme itulah mereka akan memiliki komitmen yang baik terhadap perkoperasian.
Dalam hal ini, anggota dan pengurus, pengawas mahupun pembina koperasi harus memiliki komitmen yang baik terhadap hakikat koperasi, tujuan positif, peraturan dan pengembangannya. Komitmen ini adalah modal dasar untuk dikelola dan dikembangkan secara baik dan benar, serta memberi manfaat bersama, sehingga diharapkan anggota, pengelola, pengawas dan pembina koperasi dapat selalu:
- Memiliki semangat untuk selalu memajukan koperasi dan bertanggungjawab secara penuh demi kemajuan koperasi.
- Mendahului moral dan mental yang baik dalam kehidupan seharian.
- Menghindarkan diri dari perbuatan tercela atau hal-hal yang dapat merosakkan jati diri koperasi.


16 comments
Comments feed for this article
Disember 25, 2008 pada 5:47 pm
ryu watanabe
kepadea bloggers dan juga jurukomen…
marilah kita ama sama membincangkan isu koperasi UTHM…
Disember 26, 2008 pada 10:44 am
CMCB
Koperasi UTHM.
Maaf saya ingin bertanya ?.
Dari ditubuhkan hingga sekarang , berapa ramai ahli koperasi ?
Adakah nisbah ahli koperasi selaras dgn bilangan staff atau pelajar ? .
Cuba fikir-fikir kan.
Disember 26, 2008 pada 2:21 pm
wildan
Apakah ada usaha atau promosi untuk menambah keahlian dikalangan staf atau pelajar. Atau wajibkan semua staf mendaftar sebagai ahli. Macam KSUTHM…
Disember 26, 2008 pada 2:40 pm
ryu watanabe
baru saya perasan…kenapa tak diwajibkan keahlian untuk ahli koperasi kepadda staf…sama wajibnya menjadi ahli KSUTHM…KSUTHM tak membawa keuntungan..baik jadi ahli koperasi…
Disember 26, 2008 pada 11:53 pm
ayam tua
Kalau semua staf @ pelajar jadi ahli Koperasi, masalah timbul bila nak cukupkan kuota bila buat AGM. Dan sekarang ni koperasi asyik rugi jer. Cash register xder, laporan unit audit dalaman koperasi tak di endahkan, sales top-up handphone masuk poket sendiri (suatu masa dahulu) (sekarang x pasti), penolong pengurus xder kuasa dalam membuat pembelian bila ada tangan ghaib (CMCC) yg mengganggu tugas dia (dulu lah sehingga dia terpaksa berhenti secara sukarela), waktu operasi pun x tentu, rasa nak buka dia buka ler, biskut yg dah nak tamat tempoh. ntah lah. susah nak cakap. jangan bann saya sudah lah.
Disember 27, 2008 pada 11:44 am
CMCB
Kelemahan koperasi dan ketidakupayaan untuk berkembang di sebabkan adanya ” jaguh ” yg dianggap bijak. tetapi sekarang mungkin ” jaguh” ini sudah tiada . Jadi diharapkan pengurusan baru koperasi dapat berubah.
Perlukan anjakan pemikiran yang lebih jauh dan perlu mengunakaan apa jua kekuatan untuk berjaya .
Secara personal nya saya mencadangkan koperasi membina ” Petrol PAm ” di depan kawasan Palapes.
Jika tidak mampu sila GV dengan company luar untuk mengurusnya.
Saya pernah mencadangkan nya dan bermacam alasan dalam ertikata lain ” tidak boleh” . Kenapa ada koperasi di Uni lain boleh.
” Fikirkan Boleh ” . Ini perniagaan bukan sekadar pusat kebajikan.
Disember 27, 2008 pada 12:15 pm
ryu watanabe
pada pendapat aku , telebih dahulu kopeasi peru memantapkan struktur organisasi nya dulu….jangan ianya ditadbirkan olrh kakitangan akedemik…bila melibatkan perniagaan, ianya mestilah diuruskan oleh individu yang berkelayakan dalam perniagaan…mestilah ada pengurus, pegawai pemasaran, dan sebagainya….staf di pejabat bendahari pun kalau boeh jangan masuk campur…cukuplah sekadar mengaudit kewangan perniagaan koperasi…
bila struktir dah mantap baru boleh cerita pasal bagaimana nak mempelbagaikan jenis perniagaan yang boeh membawa keuntungan…jangan la setakat menjual baju dan plak gambar….
nak tau la jugak apa minit mesyuarat pada pertengahan tahun itu hari….kalau AJK PERKASA berani memberi respon dalam bog ni…harap AJK koperasi pun mampu berbuat demikian supaya semua masyarakat UTHM tahu bagaimana prestasi koperasi UTHM…
Disember 28, 2008 pada 3:44 am
FastFood
Salam semua…. emm apa citer untuk bawak masuk McD, Starbuck atau KFC ke kampus UTHM. Tapak bangunan sebelah Fijitsu dan Kuaters sebelah stadium amat sesuai sekali, kan tapak-tapak tu semua akan diambilalih oleh UTHM…
Januari 5, 2009 pada 10:31 pm
Pencinta UTHM
Assalamualaikum….nak komen sket coretan FastFood…saya rasa Mcd, Starbuck, KFC dan beberapa restoran fast food kat malaysia nih kebanyakannya di miliki oleh manusia bukan melayu….tak per laa… biar la mereka tu berniaga di luar UTHM… err… kalau restoren FastFood ada kat dlm UTHM nih… braper harga agaknyer pihak koperasi sewakan lot kedai utk mereka….errr… yang lot kedai sekarang nih.. ada lagi kosong tak…wassalam….
Januari 6, 2009 pada 1:06 pm
ryu watanabe
kenapa la masih lagi nak menyokong ejen ejen yahudi lagi ni…
Januari 6, 2009 pada 10:53 pm
Tertindas Crew
Assalamualaikum…minggu lepas aku ada dengar berita dekat radio Sinar FM mengatakan seramai 109 orang staff kontrak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Terengganu ditamatkan Kontrak secara mengejut…dan didapati salah seorang staff di sana mati mengejut akibat serangan jantung SEBAB TERKEJUT KENE BERENTI…KESIAN beb..da lsa ada anak bini….ada komen X? Aku takut la kat UTHM ni pun akan jadi cam kat kuala trengganu…yela ajal maut ditangan ALLAh S.W.T…. Aku doakan kawan-kawan sambilan aku di PTJ lain dapat la keje tetap wpun aku da xkeje kat uthm…Amin….
Januari 8, 2009 pada 11:59 am
gusbud
salam dari tanah seberang Indonesia, sukses untuk kawan2 koperasi malaysia. saya punya blog yang khusus membahsa koperasi indonesia. silahkan berkunjung
Januari 8, 2009 pada 12:36 pm
wildan
Salam sejahtera….
Usaha pihak Koperasi UTHM menarik keahlian telah dilakukan.. Apa tunggu lagi silalah mendaftar dan menambah pelaburan….
Semoga berjaya KOOP UTHM…..
Januari 8, 2009 pada 3:24 pm
ryu watanabe
tahniah la kat blog ni…aku rasa kalau blog ni tak bukak isu koperasi, tak akan keluar punya email berkaitan makluman tersebut.
Persoalannya:
Adakah hanya cukup sekadar email? Kenapa tidak dibuka kaunter untuk mempromosikan keahlian. Koperasi perlu aktif dalam mempromosikan keahlian, kerana secara tak langsung akan menjana modal koperasi.
Bagaimana pula strategi perniagaan koperasi pada tahun 2009 dan seterusnya? Bakal-bakal ahli koperasi perlu tahu aliran tunai koperasi, untung rugi, rangka strategi perniagaan, barulah bakal-bakal ahli yakin yang koperasi UTHM mampu berdaya saing. Tidak sia-sia la pelaburan yang dikeluarkan.
Aku bukanlah ahli perniagaan. Tapi kalau disuruh wak-wak kat parit raja tu jadi ahli koperasi, rasanya persoalan yang sama juga akan ditanya….
Satu lagi…jangan ada lagi cadangan supaya Mc Donald, KFC, Starbuck masuk berniag akat kampus…boikot terus…apa kata ajak la berniani Md shah atau asam pedas kat batu pahat tu bukak cawangan kat dalam kampus…tak de la staf-staf pegi ke bandar waktu bekerja…
Januari 13, 2009 pada 2:45 pm
Bendahari Koperasi
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana isu koperasi dibincangkan dalam blog ini.
Saya selaku Bendahari Koperasi UTHM mengalu-alukan pendaftaran ahli baru, komen yang membangun/membina dan membawa faedah dalam blog ini akan saya ambil tindakan.
Saya harapkan, komen yang boleh menimbulkan fitnah ke atas koperasi/individu di koperasi jgnlah dibincangkan dalam blog ini. Sekiranya ada bukti, sila kemukakan kepada saya mahupun Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang seperti mana yang telah di emailkan pada semua staff.
Utk Makluman, ahli koperasi sehingga disember 2008 seramai 389, iaitu 253 staf dan 136 pelajar.
Wasalam.
Januari 13, 2009 pada 4:55 pm
john bugis
kpd bendahari koperasi… klo leh wat lah promo lebih skit tentang koperasi UTHM. insyaalah ramai akan join.