Baru-baru ini, moderator difahamkan bahawa terdapat sebuah fakulti yang sarat dengan kontroversi di UTHM, suatu keputusan oleh pengurusan fakulti telah mencetuskan ketidakpuasan hati kepada staf fakulti terbabit. Ramai staf di fakulti tersebut mempertikaikan bagaimana pihak pengurusan boleh MELULUSKAN CUTI BELAJAR SEORANG STAF YANG LAIN (staf A) tanpa melalui prosedur yang sepatutnya.
Apa yang penulis faham, seorang staf perlu melalui beberapa peringkat sebelum beliau diluluskan untuk melanjutkan pengajian sama ada dalam atau luar negara. Sememang syarat-syarat dan prosedur yang dikenakan amat memeritkan. Contohnya: Exam IELTS, kena tunggu Q untuk kursus BTN, kursus metodologi, penyediaan proposal yang mana kadang kala di reject oleh mentor masing-masing, proposal presentation yang mana kadang kala mengalahkan presentation untuk VIVA dsb..Lihatlah bagaimana susahnya untuk melanjutkan pengajian. Ada juga staf yang terpaksa membuat perkara yang sama sebanyak dua kali kerana melanjutkan pengajian ke peringkat master dan PhD. Walau bagaimanapun, prosedur-prosedur tersebut berjaya dijalani oleh staf tanpa sebarang rungutan. Bagi penulis, sesiapa yang melalui proses ini sahaja yang tahu betapa peritnya dengan di tambah beban kerja yang sedang di tanggung.
Berbalik kepada perkara pokok, berkaitan sebuah fakulti di UTHM. Seorang staf A di fakulti tersebut telah diluluskan cuti belajarnya tanpa melalui (skip) beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Untuk makluman, staf A tersebut baru sahaja menamat pengajian diperingkat master di universiti luar negara, dan memandangkan pasangannya sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD (tempat yang sama), maka beliau terus memohon untuk melanjutkan ke peringkat PhD juga. Moderator difahamkan kuota ke luar negara fakulti tersebut telah habis dan staf lain yang sedang menunggu terpaksa akur dengan keputusan untuk memenuhi kuota tahun hadapan (2009), itu pun kalau ada. Terdapat seorang lagi staf (staf B) yang belajar di luar negara juga memohon untuk menyambung ke peringkat PhD tanpa perlu balik, namun permohonan beliau juga tidak semudah yang disangka. Beliau telah menghantar permohonan sejak akhir tahun lepas dan 2-3 kali dibawa masuk ke mesyuarat. Akhirnya oleh kerana terdapat seorang staf (staf C) yang mengundurkan diri daripada kuota tersebut, maka rezekinya kepada staf B tersebut. Setelah kira – kira 8 bulan, barulah membuahkan hasil.
Berbeza dengan kes staf A, beliau menghantar permohonan apabila menyedari visanya telah hampir tamat dan meminta fakulti memproses permohonannya dengan secepat mungkin. Tak silapnya dalam tempoh sebulan lebih sahaja. Khabarnya, setelah bermesyuarat, pihak pengurusan fakulti telah meluluskan permohonan tersebut.
Persoalannya disini:
Apakah pekeliling yang digunapakai oleh pihak fakulti tersebut untuk meluluskan staf berkenaan sedangkan fakulti sedia maklum bahawa staf tersebut tiidak melalui prosedur yang betul.
Kebiasaannya staf akan menunggu giliran mereka untuk melanjutkan pengajian dan priority akan diberikan kepada yang telah bersedia. Mengapakah kuota biasiswa tersebut diberikan kepada beliau sedangkan ramai lagi staf yang sedang menunggu dan bersedia untuk pergi?
Mengapa perlu wujud double standard dalam pemilihan dan kelulusan cuti belajar ini? Mengapa polisi yang diguna pakai tidak konsisten dalam pelaksanaannya?
Hebat sangatkah staf A ini? Cemerlangkah kerjanya? Atau anak siapa – siapa?
Moderator juga ada mendengar yang seorang staf (staf D) di fakulti yang sama tidak dibenarkan untuk menyambung lagi 1 tahun bagi beliau menyiapkan PhD. Staf D ini sedang melanjutkan pengajian di peringkat master, dan beliau telah ditawarkan oleh penyelianya tambahan 1 tahun lagi, terus boleh dapat PhD. Ini ala – ala Mphil dan PhD di UK. Namun malangnya beliau diminta balik atas alasan beliau adalah pengajar, biar convert pensyarah dulu. Alahai sedihnya.. berapa banyak duit rakyat yang terpaksa dihabiskan lagi dek kerana beliau terpaksa menyambung PhD pada masa lain yang memakan masa sekurang – kurangnya 3 tahun. Masa beliau juga terbuang, fakulti juga akan rugi seorang lagi PhD holder.
Moderator berharap sahabat – sahabat sekalian yang mempunyai masalah terutamanya berkaitan polisi yang tidak konsisten dapatlah sama – sama berkongsi di sini agar pisang tidak berbuah dua kali. Ini belum lagi berkaitan kelewatan dan kerenah biokrasi oleh Unit Cuti Belajar.
Wasalam


61 comments
Comments feed for this article
Oktober 18, 2008 pada 12:08 am
suami kpd lecturer
Ni semua sebab pensyarah yang dah naik pangkat PM/prof dan jadi Dekan/Ketua Jabatan yang menekan pensyarah junior/yg belum naik pangkat(senior). Cuba Tengok sistem PTD kan kemas , tak timbul masalah sebegini. Jadi perpatah melayu kata ‘ kayu juga yang memotong kayu”- hulu gergaji yang digunakan ( ini cerita gergaji dulu2 yang kena sorong tarik dua orang) dibuat dari kayu juga yang memotong kayu. Bak kata Nabil lu fikir lah sendiri
Oktober 18, 2008 pada 1:33 am
methodology
Geng ! Lagi satu yang paling tak best adalah mereka-mereka yang diinterbiu di luar negara ! Terus-terus je dapat buat PhD dengan biasiswa UTHM…walhal baru habis Master (FAMA diorang yang kaya sponsor/atau dengan MARA etc)…takde pulak kena balik berkhidmat selepas habis Master diorang tu…patutnya kan ikut turn…kawan-kawan Methodology yang kat UTHM, berhempas pulas nak gi oversea tak dapat-dapat…..MALAS nak cakap….mereka-mereka ni punya alasan saya dah diinterview oleh ….Prof X, Y, Z dari UTHM…Yang paling best bila dia kata kat Methodology “So nanti kita satu jabatan lah ek ?”
Gulp ! Methodology terkezuttttttttttttttt !!
Oktober 18, 2008 pada 12:31 pm
MoMo Tarou
Aku hairan bila penilis bercerita tentang peraturan untuk samung belajar? Kenapa nak diungkitkan. Adakah penulis ni masih baru di dalam UTHM sehinga tidak tahu selok-belok cara nak sambung belajar? Penulis harus sedar bahawa peraturan itu diwujudkan secara “ilusi” untuk menyekat sesetengah individu yang tidak berapa diperlukan dari sambung belajar dan seterusya menjadi masalah dalam fakuliti.
Peraturan dan pekeliling memang tidak wujud sebenarnya. Yang penting adalah cara menampilkan diri kepada individu yang terbabit dengan hal meluluskan cuti belajar. Sama ada dengan muka kasihan atau dengan cara “cable”.
Kalau tak mana ada tutor yang terus sambung phd tanpa mendaftar berkhidmat dahulu? Kalau tak mana ada staff yang asyik kena reject nak sambung belajar sampai dua tiga kali? Sebut pasal tutor ni, ada satu lagi masalah. Kenapa ada tutor yang gagal dapat markah baik dalam IELTS atau TOEFL? Bukankah mereka adalah golongan scorer semasa student? Aku yang SPM Cuma dapat C6 pun boleh lepas. Yang ni aku tak paham.
Berkenaan dengan sebab suami atau isteri tengah sambung belajar, pasangan pun dapat sambung belajar tu memang patutlah. KESIAN….Biarlah mereka pergi sama-sama. Nanti bila balik dah dapat anak dua tiga lagi. Masa tu pun gaji dah naik. Berambah rakyat Malaysia. Kan bagus tu. Kalau penulis tak puas hati , carilah pasangan yang kerja dengan UTHM. Kalau tutor lagi baik. Bolah pergi sambung belajar sama-sama. Kalau muka hensem kawin dua. Sebelum wife pertama habis study, cari lagi wife kedua yang nak sambung study. Boleh duduk kat oversea lebih dari 7 tahun. Hidup kena cerdik.
Dulu aku pernah dengar, kalau dapat cari tempat study dan boleh sambung terus dari Master ke phD, pihak fakuliti akan sokong. Sebab kita ada target sebelum 2010 80% dari staf kita ada phD. Kagi kalau dapat pendekkan tempoh pengajian lagi bagus. Maklumlah kalau phD dari 3 tahun setengah boleh jadi 2 tahun setengah. Kan 1/3 dari kos dah boleh dijimatkan. Bayangkan kalau satu bulan biasiswa jumlah 4 ribu . Kalau 12 bulan kan dah 48 ribu? Tapi malangnya aku gagal mendapat kelulusan sambung walau dah dapat tempat. Salah aku juga. Aku tak ada “cabel”. Lagi pulak aku taklah sebulu dengan mana-mana orang besar di Fakuliti.
Aku terima hakikat ini dengan rela. Aku yang bersalah. Jadi lepas ni aku akan cuba untuk menjadi sebulu dengan orang yang agak-agak ada potensi untuk menolong kerjaya aku. Suka tak suka kita kena juga menyalak walau kita hanya seekor kucing. Kita kena juga belajar mematuk walau kita hanya seekor itik nila.
Jadi tak payahlah penulis nak sibuk-sibuk. Tepuk dada tanya selera, kita nak maju ke tidak dalam kerjaya kita. Kalau nak kita kena ikut rentak tari meraka. Kalau kita gagal , maka terbukti kita tidak layak untuk sambung belajar. Soal amanah dan tanggung jawab, kita serah pada orang yang memutuskan. Kita cuma nak majukan diri kita demi anak bini kita.
Oktober 18, 2008 pada 12:55 pm
methodology
Masalahnya di sini adalah KEADILAN dan KESAKSAMAAN….KESIAN ? Matlamat tidaklah boleh menghalalkan cara kita….Peraturan kenalah ikut juga, bukan kesian….Kalau suami dah lepas tempoh maksimum PhD..katalah 4 tahun sengah…baliklah dulu….berkhidmat dulu…bini dia kan ada turn dia sendiri dalam jabatan dia…ikutlah turn bini dia pulak….kalau bini dia kena gi sambung lagi 5 tahun, lagi 5 tahun datanglah sambung belajar…bawaklah laki dia tu…..Masalahnya, UTHM yang gagal mengikut peraturan ‘UNTUK SETIAP ORANG’…..mana aci macam tu…kalau gitu, kalau dia kawin banyak-banyak dengan student PhD lain kat oversea katakan lagi 3 orang…3×4 tahun…wah…kalau bini dia mati plak, dia kawin lagi…lagi…dan lagi……bolehlah dia duduk oversea berpuluh tahun…?
Oktober 18, 2008 pada 1:01 pm
methodology
Dari segi orang yang habis cepat pulak, aku rasa berbaloilah tu…sapa habih cepat kontrak dia dapat kurang…lagi satu nak naik pangkat nanti pun akan diambil kira….memadailah tu kepada sesiapa yang abih cepat dan berjaya menjimatkan wang UTHM….
Sebenarnya isu-isu ini susah kita nak cakap….sebab kalau nak ikutkan semua keputusan telah di’meeting’kan oleh Jawatankuasa UCB…so…..adakah Jawatankuasa yang harus dipertanggungjawabkan ? Ntahlah…..
Oktober 18, 2008 pada 1:11 pm
MoMo Tarou
BETUL. Kalau tak apa gunanya lelaki boleh kawin empat? TAHNIAH diucapkan kepada staf yang menjadi punca isu ini kerana dapat sambung belajar. Ternyata staf ini mempuyai ciri-ciri yang lengkap sebagai pemimpin. “Beliau” berjaya dan pandai mengambil kesempatan untuk kebaikkan bini dan diri sendiri. Seterunya dapat mengumpul kemewahan dalam hidup. Orang yang maca ini adalah orang yang mampu mengambil kesempatan sebaiknya. Jadi terbuktilah dia juga layak menjadi pemimpin di masa yang akan datang di UTHM. Pandai ambil kesempatan, pandailah dia menguruskan fakuliti atau jabatan. Syabas juga kepada mereka yang meluluskan cutu belajar beliau kerana kelau orang ini akan menjadi “penyokong kuat” kepada segala keputusan yang dibuat. Seterunnya mamudahkan urusan Fakuliti atau jabatan.
Oktober 18, 2008 pada 9:23 pm
ryu watanabe
tengok gaya macam momo tarou pernah dikecewakan je….penah kena reject ke permohonan anda?? cuba story sikit….
Oktober 19, 2008 pada 12:51 am
Belacan Bakar
Di sini hendak aku kongsi pengalaman. Dan dengan pengalaman ini mungkin ada yang dapat teka siapa aku. Pada tahun sebelum2003 aku dengar semua staf tak kira tutor atau pengajar senang sambung belajar dan tidak ada peraturan ketat untuk sambung belajar. Tak ada kursus methodology, IELTS pun ok dengan 5.5 sahaja. Maklumlah Kuittho pada masa itu sedang kehausan pensyarah. Dalam masa yang sama ada ada lah pulak ketua jabatan yang sibuk tetapkan peraturan masing masing. Mesti buat master “by research”, mesti cari U luar negara dan macam-macam.
2. Tak lama lepas tu (lepas 2003), ada pulak yang kenakan peraturan kena buat master by course sebab masa belajar pendek. Ada pulak yang mestikan buat master mesti di U lain dari U semasa Bachelor Degree. Atas alasan apa aku pun tak tahu.
3. Pada masa yang sama, tak ada cerita tentang kursus Methodology untuk yang nak sambung Master Degree. Yang ada hanya pada yang nak sambung phD.
4. Dalam 2004 baru lah aku dengar pasal kursus methodology walau Cuma nak sambung master (atau mungkin aku sahaja yang tak tahu).Aku tak tahu apa relevantnya kursus ini untuk yang Master Degree. Setakat Master Degree, supervisor sepatutnya boleh guide sepanjang masa pengajian.
5. Pada tahun yang sama, ramai tutor yang diambil dari lulusan Kuittho. Dengar kata mereka adalah best student. Tetapi kenapa ada yang gagal lulus IELTS atau TOEFL dengan sekali try sahaja? Tak heranlah, mereka yang grade UK punya U pun terkial-kial dengan IELTS.
6. Aku diberitahu bahawa keutamaan sambung belajar diberikan kepada keperluan Fakuliti. Masing-masing sibuk mencari bidang yang boleh digunakkan sebagai sebab untuk sambung study. Sampai ada yang mula nak buat bidang yang tak kena-mengena langsung dengan bidang kepakaran sendiri. OK lah tu cuba benda baru. Tiba-tiba sahaja ada yang dah diluluskan sambung belajar. Yang sedihnya, kawan sendiri pun tak bagi tahu yang dia dah dapat green light sambung study. Maklumlah masing masing adalah rivals. Peraturan fakuliti memaksa staf untuk memilih kroni mana nak masuk.
7. Masuk tahun 2005, ramai tak sambung study sebab mereka yang diharap sambung study gagal dapat tempat. Kuota banyak lagi tapi terbiar begitu sahaja. Sebab masalah IELTS lah, kursus methodology lah, macam-macam lagi. Bila mesyuarat fakuliti, asyik cerita kuota sambung study tak dipenuhi. Bukan tak nak sambung, orang tak bagi. Nak buat macam mana?
8. Fakuliti lain boleh je sambung study walau staff berjawatan jurutera yang tak sah jawatan lagi. Boleh sambung…, tapi selalu ditakut-takutkan. “Belum sah jawatan, kalau berlaku apa-apa Kuittho tak tanggung.”
9. 2005 semua fakuliti sibuk hatar staf buat kursus methodology. Yang peliknya ada Fakuliti yang stafnya memenuhi separuh dari jumlah peserta. Bukan fakuliti lain tak hantar nama. Yang peliknya, fakuliti lain punya staf tak terpilih.
10. Kursus methodology pulak ada bisulnya sendiri. Cuma staf yang di beri sokongan oleh ketua jabatan sahaja yang boleh ikuti kursus ini. Tapi U lain tak ada pulak peraturan yang macam ini.
11. Jawatankuasa meeting sambung belajar pun tak seimbang. Banyak tertumpu pasa satu fakuliti sahaja.
12. Masuk tahun 2006, ramai yang sibuk suruh staf yang sambung belajar untuk master degree cari tempat yang boleh sambung phD terus. Alasan boleh jimat kos dan masa. Tapi tak ada yang berani buat sebab susah. Tapi tak galakkan ambik Mphil.
13. Dalam hujung tahun 2006 kalau tak silap, ada pekeliling yang kata juruter pengajar cuma boleh sambung belajar sampai Master degree sahaja. Boleh sambung sampai master pun atas sebab pembangunan diri. Kalau tutor boleh sambung terus. Tahun 2007 ada individu berjawatan jurutera dah dapat tempat sambung phD dengan masa pengajian dipendekkan setahun dari 3 tahun setengah jadi 2 tahun setengah. Permohonan tidak disokong atas alasan pekeliling dari JPA. Pejabat pendaftar kata keputusan tertakluk pada Dekan fakuliti. Fakuliti pulak kata bergantung pada pendaftar. Bila tanya banyak sikit, mula timbul “pekeliling” sebagai halangan.
14. Bila kita buat rayuan, mereka akan kata ini peraturan dari JPA dan sebagainya. Kenapa perlu ada peraturan sedemkain? Apa beza Jurutera dan tutor? Kenapa bayak sangat sekatan untuk jurutera? Adakah kerana kelusan akedemik jurutera rendah berbanding tutor? Kalau ya , kenapa ada tutor yang gagal IETS? Kenapa ada tutor yang takut nak sambung belajar kat over sea? Kenapa ada tutor yang cakap gagap depan student?
15. Peraturan unuk sambung belajar sejak dari zaman Kuittho sehingga ke sekarang berubah ubah setap bulan kalau nak diikutkan. Staf yang mendatar berkerja lewat sebulan sahaj akan ketinggalan jauh dan ada yang terus terkadas.
16. Bila kita hendak membuat rayuan, “pekeliling”dan “meeting “ digunakan sebagai alat untuk mematahkan semangat. Tidak pernah aku dengar ada yang bergaduh dalam meeting untuk menyokong rayuan staf yang nak sambung belajar. Atau mungkin aku sahaja yang tak dengar.
17. Dalam kekalutan urusan cuti sambung belajar, terfikirlah aku macam-macam perkara. Antaranya, kenapa pendaftar tak nampak ada kecenderungan untuk membela staf supaya syarat sambung belajar untuk jurutera dilonggarkan. Syarat sambung belajar untuk tutor dipantau dengan teliti sedikit. Dan syarat pengambilan tutor diperhalusi. Kenapa perlu ada perbezaan amat jauh antara jurutera dan tutor sedangkan isikandung tugas yang dilaksanakan sama sahaja? Ada juga member jurutera yang kena ajar subjek teori. Ada pula tutor yang jijik nak pegang mesin. Tak boleh nak kata tutor tu lebih baik dari jurutera.
18. Aku sangat berharap dapatlah perkara seperti pasangan sedang sambung belajar, nama jawatan sebagai tutor, atau sebagainya mengeruhkan peraturan yang sedia ada. Dan berharap sangatlah ada yang dapat membantu golongan jurutera. Walau pada dasarnya jurutera adalah staf akedemik, pada hakikatnya kami rasa tersisih dalam banyak hal.
19. BERSIKAP TEGAS PADA SEMUA KITA MUNGKIN AKAN DIBENCI. BERSIKAP TEGAS KEPADA SEGELINTIR KITA AKAN DISENANGI,TETAPI KITA SEBENARNYALAH HANYALAH SEORANG YANG ZALIM.
20. Walau apa pun aku hanyalah staf bawahan yang tidak memegang peranan besar. Mungkin keputusan dibuat adalah keputusan terbaik untuk Fakuliti dan U. Begitulah harapnya.
Oktober 19, 2008 pada 5:06 am
methodology
Lihatlah namaku ‘Methodology’ disebut-sebut oleh Belacan Bakar….hehehehehehhe…..
Oktober 19, 2008 pada 5:41 am
xpenting
Tak sangka pulak banyak isu yg timbul berkaitan dgn cuti belajar ni. Selama ni tak perasan isu ini banyak mengguris hari banyak pihak. Bagi saya, ada dua perkara utama yg menjadi puncanya:
1. Peraturan dan prasyarat cuti yg terlalu berlebihan
2. Sikap orang atas yg tidak konsisten/adil dalam membuat keputusan
1. Bagi perkara pertama, tidak dpt dinafikan bhw kita banyak mengambil model UTM (dan beberapa uni tempatan lain) spt kena amik IELTS, kena hadiri kursus research metodologi, kena confirm jawatan dsb sblm melanjutkan pelajaran. KPT pula mewajibkan utk menghadiri kursus BTN bagi setiap staf yg akan further study ke luar negara . Sudahlah disibukkan dgn tugasan harian, semua prasyarat di atas dianggap sangat membebankan. Lebih membebankan jika staf ini terlibat dengan pengurusan di fakulti/UTHM spt menjadi ketua makmal, KJ atau ketua pusat dsb dan juga yg telah berkeluarga. Dari aspek positif, semua prasyarat ini adalah satu latihan yg baik sebelum melalui pahit getir membuat PhD. Staf seharusnya boleh membahagi masa utk menguruskan segala yg berkaitan utk sambung belajar. Dari aspek negatif, ia banyak melunturkan semangat staf (yg berbakat dan berkebolehan) utk sambung belajar. Sbb itu ramai yg masih belum sambung belajar sehingga sekarang disebabkan oleh prasyarat ini. Secara personal, saya suka mencadangkan supaya prasyarat2 ini dikaji semula. Mungkin IELTS tidak boleh dikecualikan secara total sbb ia juga menjadi prasyarat universiti luar negara (yg cakap bahasa ingeeris) sblm menawarkan tempat kepada staf terbabit. Tapi bagi universiti di negara yg tidak menggunakan bahasa Inggeris, prasyarat IELTS mungkin boleh dipertimbangkan. Prasyarat BTN juga boleh dipertimbangkan oleh pihak KPT memandangkan kesannya tidak cukup kuat utk mengubah minda bakal calon PhD /Master yg telah dibentuk berpuluh tahun lamanya. Boleh buat kajian utk mengukur keberkesannya. Utk prasyarat research metodologi, perlaksanaannya harus ditambahbaik sbb ia tidak memenuhi objektif yg digariskan. Kalau tak, baik dimansuhkan saja sbb saya tak nampak kesannya setakat ini. Satu lagi prasyarat yg membebankan ialah kena sah jawatan. Sebenarnya syarat ini harus dimansuhkan awal2 dulu sbb ia antara punca utama ramai staf yg tidak sambung belajar pada tahun 2005/ 2006 sbb masih tak sah jawatan lagi. Akibatnya banyak tempat pada tahun tersebut tidak dipenuhi. Kesimpulannya, (a) IELTS harus dimansuhkan bagi staf yg ingin sambung belajar ke negara yg tak cakap inggeris, (b) BTN harus dipertimbangkan sbb ia tidak/kurang memberi kesan terhadap minda/attitud staf dalam masa 5 hari. (c) Research metodologi harus ditambahbaik perlaksanaannya (d) Prasyarat sah jawatan harus digugurkan supaya staf tidak tertangguh nak sambung belajar.
2. Bagi perkara kedua, pihak bertangungjawab atau JK cuti belajar haruslah faham segala peraturan dan pekeliling yg telah dikeluarkan dan laksanakanlah dgn penuh amanah dan tanggungjawab . Layanlah semua staf dengan sama rata tak kira anak siapa atau kroni siapa. Anda adalah ibarat hakim. Hayatilah hadith Nabi s.a.w di bawah berkenaan hakim (walaupun anda bukan hakim secara profesyen):
“Hakim itu ada tiga, dua orang di neraka dan seorang lagi di syurga. Seorang yang tahu kebenaran dan ia memutuskan dengannya, maka ia di syurga; seorang yang tahu kebenaran, namun ia tidak memutuskan dengannya, maka ia di neraka; dan seorang yang tidak tahu kebenaran dan ia memutuskan untuk masyarakat dengan ketidaktahuan, maka ia di neraka.”
Jika ada staf yg merasa tidak mendapat keadilan, maka tanggunglah akibatnya nanti. Jagalah amanah yg diberi dgn baik.
“Dengan Hikmah Kita Meneroka”
Yg benar,
xpenting
Oktober 19, 2008 pada 5:48 am
kekabish_sedap
methodologi, kau kat Sheffield ker skrg ni? Rasa mcm familiar jer gaya bahasa kau. Kim salam member2 kat sana. Ingatlah kami kat m’sia ni.
Oktober 19, 2008 pada 6:45 am
dreamer
Saya berpendapat bhw prasyarat sambung pelajar tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu isu. Ape yang diminta oleh pejabat pendaftar kita bagi saje. Nak IELTS, kita bagi IELTS, nak medical checkup, kite buat medical checkup, nak Sijil, kursus metodologi, kita attend saje lah kursus tu. Kursus tu bukan saje kat UTHM ade, kat uni lain pun ade jugak, INTAN pun ade, kite boleh minta attend kursus metodology kat tempat lain kalau tak dpt attend yg UTHM punye. One more thing, kalo kite dah plan nak sambung belajar, takkan sampai last minit baru nak buat IELTS; baru nak minta attend kursus metodologi gut. Buat lah awal2. Memanglah betul sesetengah benda tu tidak memberi positif efek (cthnya BTN), so what, attend saje lah. Makan free, transport boleh claim.
One more thing, aku sangat agree dengan xpenting, kursus metodologi amat memerlukan improvement. Matlamat kursus metodologi memanglah baik, tapi yang sedihnya, matlamat tak tercapai. Content yang disampaikan oleh penceramah2 sangat general.
Oktober 19, 2008 pada 7:00 am
dreamer
Berkaitan dengan isu pengajar(jurutera) dan tutor, kedua-duanya tak banyak beza dari segi qualification, cuma pengajar adelah jawatan tetap dan tutor tak tetap, kalo tutor tak sambung belajar dlm masa setahun, kena buang kerja. Tutor diambil kerana nak jadikan dia sebagai pensyarah. Pengajar diambil kerana ade kekosangan jawatan, bukannya nak latih pengajar sebagai pensyarah.
Disebabkan kekurangan pensyarah, pengajar yang berpengalaman pulak kena memikul tanggungjawab pensyarah. Tapi, nak buat camne, pensyarah tak cukup.
Oktober 19, 2008 pada 7:44 am
methodology
Taklah….aku adalah kat sini…setiap malam mencari dan cuba merenung bulan yang tak muncul2 di sini…..aku setuju…kursus methodology tu kena improve sangat-sangat…….maaf kalau cakap, mereka yang beri kita kursus dulu tu kurang memberi kesan…methodology ni sangatlah penting..supervisor aku buat donno je…buat sendiri kata dia….aku apa lagi terus tukar nama aku jadi ‘methodology’….heheheheh….ni belum masuk anak-anak sedara aku si ‘method-method’……susah wo nak fahamkan ni semua…..semuanya berhubung rapat….aku kalau dah pandai nanti memang aku tolong sesapa yang nak gi kursus methodology nanti…sian diorang…korang doakan aku eh…InsyaAllah…
Oktober 19, 2008 pada 7:47 am
methodology
Kekabishsedap….aku memang ingat orang Malaysia….tawun depan aku balik punya…aku nak raya kat Msia…aku rindu arr ngan UTHM….sob sob sob….
Oktober 19, 2008 pada 7:53 am
methodology
Dekan fakulti memainkan peranan penting didalam menentukan giliran2 nih…so, apa-apa pun Dekan orang yang pertama harus menjawab persoalan ADIL ini……tul tak ?
Dekan aku pun sama, ada je orang tak puas hati…tapi aku percaya…kalau keputusan itu dibuat dengan suatu pertimbangan yang natural dan adil…InsyaAllah, Allah swt akan pelihara dari timbulnya pertelingkahan2 dibelakang hari…so, kepada Dekan2…lihatlah kes setiap orang dengan adil…anda semua akan ditanya atas apa yang anda putuskan……Jika anda adil pastinya Allah swt memberikan rasa respect dari kakitangan yang tidak ternilai harganya walau ditukar ganti dengan 10 juta pound sekalipun…respect orang tidak boleh dibeli….sekali orang tak respek kita…mmm ntahlah…..tapi betul aku setuju, susah nak puaskan hati semua orang kan kan kan !
Oktober 19, 2008 pada 5:03 pm
tutor..sungguh kerdil disisiMU..
salam..
nie on behalf all of tutor nk jawap..
naper ler juruterian nie bengang sgt dgn tutor..diorg patut ingat kitaorg ni pun suffer tetapi tetap maintain (sbb baru masuk kerja, so ikut jer perintah..ikut jer la pekelilnig tue cepat2)..heheh..
1- kitaorg maybe takder experience kerja tapi kena siap2kan suma urusan cuti belajar dlm tempoh setahun!!!?kalu tak jawatan ditarik..tp ramai yg berjaya keluar negara dm 6-7months of preparation!
2- yg 2-3x amik IELTS tue adalah mereka2 yg sibuk mengajar kelas2 sama mcm lecterur tetap!! tak der yg komen pun, sbb study malam utk kasik lulus IELTS? tension gak kan..? tapi relex lar..itu suma cabaran..yg dilantik jadik tutor nie kalu nak tahu sumanya adalah 1st class n 2nd class upper..so klu ada problem tue maybe sorang dua kot, belum ada rezeki or masuk ito guna kroni besar! ekeeke..bkn salah tutor klu camtue..tak boleh lar nak pukul rata ckp tutor nie bodoh!
3- kena kasik lulus phd dlm 3 tahun jugak! sbb skim jawatan sementara. klu tak lulus phd kena tarik jawatan!!!walaupun dah berumur!? tue yg paling ngeri dan mencemaskan..
so ada ler pro n kontra nyer kan jadik tutor or jurutera niekan..sbg org senior diorg kena admit bbrp perkara. walaupun aku setahun jagung tapi aku rasa hubungan dgn org atasan adalah penting..mcm mana nk handle komitment dan hubungan with family, bos, rakan2 seperjuangan dan sepersaingan..kena ler pandai..tak payah ler buat perincian setiap tahun hal pekeliling itu ini..sampai pencen tak abis kan..siap sedia ilmu peluru, pedang dan… apalagi sambung la belajar..klu ito tak kasik elaun, amik lar skim biasiswa utk bukan akademician..pas tue apply ler jawatan pensyarah..(klu jurutera nk jadik pensyarah ler)..
..nak seribu daya..tak nak seribu dalih..
..in this changellenges worlds, only smart and strong will survive…
maafkan hamba klu terkasar bahasa, tersinggung perasaan..
from,
sungguh kerdil disisiMu..
Oktober 20, 2008 pada 4:14 pm
Belacan bakar
Perlu aku maklumkan di sini setelah membaca komen dari “tutor”. aku secara peribadi dan aku rasa semua juruterian juga berfikiran yang sama. Kami bukan tak puas hati dengan golongan tutor. Kami Cuma rasa terkilan kenapa kami amat di rendahkan dan diketepikan dari segi hak untuk mendapat peluang memajukan diri. Memang kami diambil untuk mengisi jawatan yang kosong. Mencukupkan jumlah kakitangan yang kurang. Tetapi jika kami sudah mendapat tempat, dan berkelayakkan untuk melanjutkan pelajaran, mengapa ada halangan yang banyak dari segi peraturan dan cara pemilihan.
Aku rasa dalam golongan tutor itu sendiri ada perbedaan layanan walau sama nama jawatan (cuma andaian). Mengapa peraturan yang ada itu tidak dipandang semula atau arahan atau pekeliling dari JPA dan sebagainya tidak dibincangkan secara terbuka. Ada sesetengah jabatan yang dengan proaktif menentukan giliran untuk sambung study. Malah peruntukan untuk jurutera dan tutor juga ditetapkan. Jadi semua orang boleh membuat persediaan awal. Adakah kaedah ini diamalkan di semua jabatan? Kalau adapun, adakah ia dipantau dan dilaksanakan secara telus?
Halangan yang banyak dan jalan yang suram sudah tentu menghakis motivasi staf dan sekaligus membesarkan jurang antara tutor dan jurutera. Yang paling tak sedap adalah, ada yang sudah mula hilang rasa sayang pada jabatan/fakuliti sendiri.
Di bawah adalah peraturan yang satu demi satu di laksanakan untuk menapis kemaraan jurutera:-
a) Tunggu giliran
b) Jumlah staf mesti cukup
c) Sah jawatan (ambil masa 3 tahun ke atas)
d) Kursus Methodology dan IELTS
e) U mesti lain dari U yang lama. UK tak boleh sebab dah banyak.
f) By Research diutamakan
Dah dapat master,
g) Tukar tittle ke DG baru boleh sambung phD
h) Balik berkhidmat dahulu dan memohon tukar ke DG kalau ada kekosongan (mungkin 1tahun paling cepat).
i) Dah dapat tukar kena ambil kursus Methodology dan exam IELTS, kemudian BTN untuk kali kedua.
Jumlah tahun semua kalau kira 3 tahun tungu confirm + master by research 3 tahun +1 tahun mohon tukar DG + 1tahun persedian + 3 tahun phD = 10 tahun.
Kalau masuk UTHM da umur 30, umur tak ke sampai 40? Kalau umur 30 anak dan 5 tahun, nak ambik phD kat mana ? Anak nak sekolah kat mana?
Oktober 21, 2008 pada 4:46 am
dreamer
Belacan Bakar, peraturan2 yg kau sebut tu bukan saje utk jurutera, semua staf melalui proses yg sama.
Yang ke2, of course lah, kalo jurutera dah dapat master, dan ingin sambung phd, dia kena tukar title dulu, sbb jawatan jurutera tak perlu phd (over qualification). Logik….
Pasal anak sekolah kat mane, tu personal problem. Pandai2 lah sendiri.
Yang pasal dapat PM semasa further study tu, betul ker? I pun nak jugak. I kat overseas skrg ni…
Oktober 21, 2008 pada 5:05 am
methodology
Tulah…aku pun dengar macam tu…dapat balik naik flight FREE untuk buat PTK…Wuallhualammmmmmm……….
Oktober 21, 2008 pada 8:49 am
belasah_jer
mmm… nampak macam dah agak melencong topik ini (mengikut kefahaman saya). Asalnya penulis ingin mengutarakan tentang pertikaian keputusan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan dan isu ini BUKAN berkaitan dengan TUTOR vs JURUTERA PENGAJAR. Dan bukan juga berkaitan peraturan cuti belajar sedia ada, namun kalau dipertimbangkan untuk dipermudahkan; bagus juga.
Penulis juga ada mintak rakan-rakan yang mempunyai masalah lain untuk mengutarakannya di sini. Jadi gunakanlah peluang yang sebaiknya.
Saya bersetuju dengan dreamer berkaitan persoalan peraturan oleh belacan bakar. Peraturan tersebut terpakai untuk semua staf akademik yang ingin sambung belajar, tidak kira pensyarah, tutor, pengajar atau guru bahasa. Di fakulti saya ramai je JP yang telah sambung belajar dan ramai juga yang dah balik berstatus PhD.
Oktober 21, 2008 pada 9:33 am
ninja tompok
kalau ada 10 staff yang sama berada di UTHM.. alamatnya penyarah yang telah berkhidmat memang tiada peluang untuk sambung phd ke luar negara. Tanpa menyedari keperitan staff senior.. yang telah bertungkus lumus menstabilkan fakulti yang masih muda .. kesian staf senior.. memang double standard.. harap perkara ini tidak akan berulang. diharap staff tersebut dapat balik dan berkhidmat tanpa bongkak dengan PHD beliau.
Oktober 21, 2008 pada 5:53 pm
dreamer
Ninja tompok, kesian staf senior, ye ker? Kat fakulti aku, senior2 lah yg tak nak sambung phd, kalo nak sambung pun sambung di Malaysia saje. banyak excuse, anak nak sekolah lah, installment rumah belum settle lah, kasi peluang kpd junior lah, macam2 excuse. Bukannya tak bagi peluang, mereka sendiri yg tak nak. Sangat berharap perkara ini tidak akan berulang.
Oktober 23, 2008 pada 9:28 pm
Belacan Bakar
Ye ke ni? Tutor kalau dah dapat sambung master, kena balik dulu mendafar berkerja baru dapat sambung phD ke?
Bukan apa, aku pun teringin nak jadi pensyarah. Ingatkan jalan aku je yang susah. Kalau semua sama, tak apalah. Cuma menyuarakan pendapat dan pengalaman. Moga-moga orang terkemudian dapat dipermudahkan jalannya. Apa tidaknya, income pensyarah berapa jauh dengan jurutera? Matlamat kerja lebih kurang sama, “produk” pun sama walau pun lebih banyak kepada hands-on. Apa salahnya jadi pensyarah kalau masih boleh handle hands-on punya subjek. Lagi satu rasanya tak salah kalau jurutera ada phD. Kan senang nanti bila hendak berususan dengan pensyarah yang hendak buat research. Tak lah ternganga sahaja bila pensyarah cerita pasal research.
Oktober 23, 2008 pada 10:31 pm
ipin
test
Oktober 25, 2008 pada 7:39 am
bujang lapok
apa kisah plagiat ni. gua tak faham lah.
Oktober 26, 2008 pada 8:25 pm
Pangkor600
Cuba bandingkan thesis UTM dan UTHM……UTHM meniru thesis UTM…inikan student master UTHM? Tajuk sama…pengenalan pun sama…layak ke diberi master?
Oktober 27, 2008 pada 12:54 am
dreamer
Kes plagiat ini perlu dilapor kepada Pusat Pengajian Siswazah dan FPTek.
Oktober 27, 2008 pada 1:04 am
Cabaran
Ha ah gi laporkanlah…bawak hardcopy mende tu sekali…..
Oktober 27, 2008 pada 9:22 am
uthmdehati
Salam sejahtera..
Kepada pangkor600 sila hubungi uthmdehati@yahoo.com untuk kita berbincang mengenai kisah palgiat ini. Saya rasa.. peyebaran thesis tersebut perlu dilakukan dengan cara yang betul…
Sekian
Oktober 27, 2008 pada 8:49 pm
chikinkatsudon
REPLY TO METHODOLOGY :
Ape salahnye bg org yg diinterview di luar negara sbb itu adalah satu recruitment process oleh pihak IPTA/JPA/KPT utk mencari calon2 yg berpotensi utk meneruskan pelajaran ke PhD. Kebykkan dr mereka yg diinterview adelah fresh graduate bg level Bachelor Degree dan Master Degree graduaed yg telah mempunyai tempat research sendiri sama ada dr Univ asal atau Univ lain ttp di dlm negara yg sama. Tambahan pula syarat BTN dah clear awal2(jika BTN dahulu diterima), IELTS boleh dibuat di British Consul di negara berkenaan, proposal plak mmg officially disokong oleh current Univ dan akhir sekali tempat kadang2 x perlu dipohon malah ditawarkan secara terus. Oleh itu, calon2 ini mmg layak utk diberi peluang utk terus sambung belajar dan x perlu ikut kursus Methodology, sah jawatan dsbnya.
Malah jika balik ke Malaysia dulu, besar kemungkinan research mereka akan diambil alih oleh student lain dan mcm2 perkara yg boleh mematahkan semngat mereka utk pergi keluar negara semula.X perlu lah dibebankan dengan peraturan yg sama seperti staff pada asalnye yg mmg dlm perkhidmatan yg ingin memohon cuti belajar ke luar negara buat kali pertama.
Kbykkan (kecuali bg staff yg already memegang sesuatu jawatan akdemik di satu2 Univ Awam) juga mereka2 ini adalah org muda dan tidak berpengalaman dalam pentadbiran & urusan2 Universiti Awam tahahair, yg mereka tahu hanyalah nak dptkan biasiswa utk teruskan kajian dan belajar. Kadang2, ade antara mereka walaupun yg sudah diinterview seawal tahun, walau dah dpt surat tawaran tp yuran berserta duit perbelanjaan semua masih belum diluluskan. Mereka2 ini tidak pulang ke tanah air dan sanggup terpaksa bekerja tambahan siang malam, ikat perut, pinjam duit keluarga, tangguh duit sewa rumah semata2 menunggu biasiswa dr kerajaan melaui IPTA supaya dpt byr yuran universiti seterusnya sambung belajar. Jauh sekali utk memohon elaun2 yg tersirat yg lain.
So, tidak adil lah jika Methodology memberikan gambaran negatif yg mempunyai unsur iri hati terhadap ape yg Methodology panggil “mereka-mereka yang diintebiu di luar negara”. Kan senang jika mereka dpt habis terus tanpa balik dan pergi semula ke luar negara. Once and for all habiskan jika berpeluang. So lepas tu xde perkara berbangkit. Tidak kisah lah sama ade peringkat/ijazah sebelum itu ditaja oleh FAMA, JPA atau MARA krn itu perjanjian lain. Komen sy ni hanye specific mempertahankan golongan fresh graduate luar negara shj yg mahu memohon biasiswa utk peringkat selanjutnya dan bukan yg sudah berjawatan sperti Staf A.
***********************************************************************************************
ORIGINAL COMMENT :
Geng ! Lagi satu yang paling tak best adalah mereka-mereka yang diinterbiu di luar negara ! Terus-terus je dapat buat PhD dengan biasiswa UTHM…walhal baru habis Master (FAMA diorang yang kaya sponsor/atau dengan MARA etc)…takde pulak kena balik berkhidmat selepas habis Master diorang tu…patutnya kan ikut turn…kawan-kawan Methodology yang kat UTHM, berhempas pulas nak gi oversea tak dapat-dapat…..MALAS nak cakap….mereka-mereka ni punya alasan saya dah diinterview oleh ….Prof X, Y, Z dari UTHM…Yang paling best bila dia kata kat Methodology “So nanti kita satu jabatan lah ek ?”
Gulp ! Methodology terkezuttttttttttttttt !!
***********************************************************************************************
Oktober 31, 2008 pada 3:17 pm
esemstaff
KECOH LA LU ORANG NI!!!
Oktober 31, 2008 pada 3:51 pm
methodology
Assalamualaikum wbt,
Methodology tidak pernah berasa iri hati…cuma methodology melihat perkara ini dari sudut kakitangan dan kawan-kawan methodology yang dah memang menjadi pensyarah dan dah sah jawatan tetapi terpaksa menunggu bertahun-tahun utk dapat buat PhD…apatah lagi di UK….bukankah ini tidak adil utk mereka..sebab mereka kena beratur lama utk pergi belajar..tau-tau dah tak ada scholarship utk mereka…mereka dahlah berkhidmat lama di fakulti tetiba tak dapat gi UK sebab dah tak ada scholarship…cuba anda menjadi mereka ?
Tentang mereka yang berada di luar negara, anda telah tamat pengajian M.Sc…apa salahnya berkhidmat dahulu…universiti perlu lihat dulu capability anda sebagai ahli akademik…ambil pengalaman setahun dua….belajar mengajar dan supervise student undergraduate dahulu, sedikit demi sedikit anda akan faham yang PhD itu bukannya suatu yang mudah….
Jika anda mengatakan anda semua perlu ikat perut sdbgnya…tu sebab anda perlu balik dulu…saya tau di UK tidak sesusah mana untuk mendapatkan Offer Letter asalkan dapat memenuhi syarat-syarat menima….malah ada yang rakan sejabatan saya pernah menerima 3-4 offer letter dalam satu-satu masa….
Bagi saya penyelidikan itu berkembang dari semasa ke semasa….tidak ada curi mencuri idea….jika anda betul-betuk berkualiti cuba dapatkan ‘Studentship’ dari unversiti anda…mereka pasti tidak akan mahukan anda balik ke Malaysia dan perlukan anda untuk membuat penyelidikan mereka.
Jangan menilai seratus-peratus negatif hujah saya….fikirkan mereka-mereka di UTHM yang telah lama berkhidmat…satu lagi anda telah berpeluang belajar di luar negara yang menjadi idaman setiap orang…begitu juga mereka-mereka di UTHM…mereka ini merupakan kakitangan awal yang penat membangun kan fakulti ketika UTHM masih muda…tetiba anda yang diberikan anugerah SLAB dan Biasiswa utk ke UK…tidak kecewakah mereka !…
Anda masih muda..peluang anda masih ada di masa-masa akan datang…InsyaAllah…Tidak terfikirkah anda yang kewujudan anda seolah-olah mengambil hak mereka….rezeki mereka telah di ambil oleh anda dengan jalan yang begitu mudah…
Ini cuma pandangan saya….mungkin sahabat-sahabat lain boleh memberikan komen mereka…Thanks
Oktober 31, 2008 pada 8:48 pm
PembacaBudiman
Pangkor600, kenapa kau tak pergi lapor thesis tu? Kalau dia tuh, aku percayalah meniru sebab ramai staf dah komplain pasal dia bocorkan rahsia masa pergi kaunseling kat kekawan ‘meja kopi’ dia. Habis satu UTHM tau. Tak salah ke buat benda macam tu? Dia memalukan orang yang pergi jumpa dia…..ada ke mengata pasal orang lain padahal dia mesti simpan rahsia????? So, pangkor600…. dia grade ke Master tu? Kalau grade aku pun nak buat master ..tiru je dapat master…kan senang. Pejabat pendaftar tak ambil apa2 tindakan pun? Mungkin kroni dia ramai kat sana kot?…So pangkor600…baik kau buat sesuatu!!!!!!!
Oktober 31, 2008 pada 9:39 pm
bujang lapok
baru aku faham pasal tesis ni. ini jer ke kes macam ni kat uthm, atau ada kes lain? kalau nak salahkan penulis tesis saja pon tak kena, sebab, mane dia supervisor, pemeriksa-pemeriksa, dekan ? apa depa buat ya sampai peniruan gini boleh jadi?
nampaknya masaalah gini bukan pada pelajar saja, tapi pada keseluruhan mereka yang terlibat secara langsong atau tidak langsong.
walaubagaimana pon, perkara ni mesti dibenteras habis-habisan, kalau tak, rosaklah.
November 7, 2008 pada 7:28 am
hm..
blog ni rasanya ada yg elok..ada yg tidak..sapa2 yg buat isu tu cuba la selidik dlu..ni main hentam taram suka hati je..kadang2 ada bnd yg mmg rezeki orang tu..bukannya cerita tntg pilih bulu ke apa..jangan la cepat sangat melatah..cepat sangat tak puas hati ke apa..lagi la bila cerita tntg individu yg diperkatakan dalam ni sememangnya tidak benar..ha, tak ke kumpul dosa je sapa yg tulis dan sibuk nk mengapi2 kan cite tu??
fikir la elok2..yang mana blh bincang utk improve tu ok la..tp bab kutuk mengutuk tak kene tempat ni sendiri muhasabah laa…
sekian
November 7, 2008 pada 8:23 am
APRT - Apa Erti
Utk hm…
Rasanya ada asas la tu bila org bersuara. Ada la sebab tu….
‘Tanya sama pokok……apa sebab goyang……nanti jawab pokok……angin yg goncang ke tangan yg goncang ke terpulang lah ye……’ Pikir2 lah.
November 7, 2008 pada 9:48 am
hm..
utk aprt
betul..mmg la kita bersuara bila ada isu..ada asas..tp sejauh mana kebenaran asas org yg menyebarkan berita..
hu..penah tak tgk org buat games radio rosak..? mula2 berita yg disampaikan tu cukup lengkap..cukup cantik..bila pass kat 10 org, dah pelik2 dah jadi cerita tu..malah tak pelik bila tgk org terakhir ceritakan semula cerita yg sangat sonsang dari yg awal…
pikir2 lah..=)
November 7, 2008 pada 11:58 pm
aku insan lemah
“” Tidak terfikirkah anda yang kewujudan anda seolah-olah mengambil hak mereka….rezeki mereka telah di ambil oleh anda dengan jalan yang begitu mudah…”"
ini petikan drpd methodology.
Methodology, apa masalah ko sebenarnya??? Jgn pecah belahkan ummat.
rezki semua org dah ditentukan, takde sape yg boleh main potong line, belajar lah utk terima qada dan qadar, jgn sampai kata2 ko, ko menyimpang drpd landasan sebenarnya, silap2 ko boleh jatuh syirik, yg dapat sambung dr uk tu rezki depa, yg sambung dr malaysia pulak tu pun rezki jugak, mana ada org boleh makan sesuap nasi melainkan tertulis rezki tu bagi dia oleh Allah. Masing2 punya rezki masing2 akan dapat.
petikan kisah Nabi Musa as; tanya seorang yahudi yg memegang sebutir gandum pada nabi musa, biji gandum ni rezki siapa? lalu kata nabi Musa ini rezki seekor ayam jantan. Lalu yahudi tu mempermainkan kata2 nabi musa dgn menelan biji gandum tersebut lalu yahudi tu berkata, wahai nabi tengok aku dah telan biji gandum tu, kata2 mu tidak benar. Lalu, yahudi tu terus meniggalkan nabi musa dan berjalan ke suatu arah dan ketika berjalan yahudi tadi tersepak akar pokok dan lalu jatuh, Bila jatuh, yahudi tersebut termuntah semula biji gandum tersebut dan lalu seekor ayam jantan yg terus mematuk biji gandum tersebut dan memakan di depan mata yahudi tersebut.
Semoga kisah tersebut memberi saya faham lebih tentang rezki yg dijanjikan ALLAH. Selagi rezki tak habis selagi itu maut tidak akan menjemput kita. Wassalam.
November 8, 2008 pada 1:32 am
hm..
setuju dengan kata “aku insan lemah”
=)
November 8, 2008 pada 3:25 am
methodology
Assalamualaikum wbth,
Terima kasih atas ulasan anda…mmm cuma saya minta anda letakkan diri anda di kalangan kakitangan yang berada di UTHM yang berharap untuk sambung belajar ke luar negara tetapi tiba-tiba diberitahu bahawa kuota mereka telah tiada kerana pihak UTHM telah mengambil pelajar2 diluar negara untuk diberikan biasiswa tersebut…cuba anda menjadi mereka sesekali…itu sahaja…tiada niat untuk memecahbelahkan sesiapa melainkan cuba menjaga kepentingan kakitangan yang telah lama berkhidmat dan beratur menunggu giliran itu sahaja…semoga Allah swt menerima maksud hujah saya yang sebenarnya….Wuallualam…
Sekian….
November 8, 2008 pada 3:51 am
dreamer
sangat setuju dengan kata ‘methodology’
=)
November 8, 2008 pada 8:07 am
hm..
heh..baik lah..=)
November 9, 2008 pada 2:16 pm
hati kuman
kuman nak tanye sket la…ape yg kuman dapat tau dr sumber yg sah..tutor ni diberi tempoh stahun utk cari tempat belajar..tak kira la dalam atau luar…so tutor ni tak termasuk la dalam golongan yg potong line pensyarah utk smbg study kan..betul ke pandangan aku macam tu? ke aku yg kurang jelas sebenarnya
November 12, 2008 pada 12:11 pm
renungan mata
Salam semua, en. methodology,anda umpama menepuk tepung di dulang, terpecik ke muka sendiri…x salah utk memikirkan menjadi staff, jika jadi sy menjadi staff tetap anak2 yg menjadi pelajar2 kat luar ng. mesti ddahulukan utk mendapat biasiswa…usah dbandingkan staff dgn pelajar, pelajar tetap tepaksa didahulukan demi masa depan… kalau kita kurang org terpelajar, byk lah timbul masalah2 pengurusan… cuba fikirkan kalau jadi pelajar2 d luar dan pelajar yg exstaff, tanpa support dr UTHM dgn bedepan dgn krisis kewangan dunia dgn harga pasaran x menentu kini…bayangkanlah? cuba teroka langit yg luas,kita bkn bercerita mengenai masa depan sahaja tetapi sekarang, staff dah dpt kerja, pelajar belum bekerja, kalau staff jd pelajar nanti tepaksa pula x dpt biasiswa dsebabkan keputusan cetek “staff2 tepaksa didahulukan” dan pelajar exstaff pun kecewa…jadi kalau niat semata hendak melanjutkan pelajaran kerana pangkat dan gaji, “keikhlasan” itu terpancar tika berbahasa , kerana bahasalah mengambarkan budaya…wasalam
November 17, 2008 pada 5:34 am
chikinkatsudon
Ade betul kate methodology tu…mmg perit lah kalau kite berada di dlm situasi staff/pensyarah yg sedang dlm menunggu giliran utk ke luar negara TETAPI anda saudara methodology, masih tidak boleh menyalahkan student2 di luar negara yg ingin memohon biasiswa kerana Permohonan tersebut adalah permohonan terbuka yg mmg dikhaskan utk golongan pelajar tahun akhir di luar negara yg ingin menyambung pelajaran mereka. Ini berkenaan masalah polisi/dasar recruitment yg bersifat lain lain…
Mengenai kouta plak, itu perkara dalaman UTHM dengan staff2 tempatan die
org sbb x lojik lah kalau nak buat perbandingan dr segi kouta pensyarah/staff yg hendak sambung belajar dengan kouta utk tawaran student di luar negara kerana masing2 punye status permohonan lain-lain, borang pun lain-lain…fikirkan lah…kalau x caye pergi cr borang pdf dlm internet dan buat perbandingan antara borang permohonan SLAB khas utk golongan bukan staff/org luar/pelajar biasa dengan borang permohonan SLAB utk golongan staff/pensyarah UTHM sendiri…kan lain2 tu…so xde masalah kouta potong kouta…atau sape potong rezeki sape…
it`s like you`re trying to make a solid comparison between an apple and an orange…
Tambahan plak, kos utk menyara pelajar yg mmg dah berada di luar negara lebih rendah sedikit sbb kebykkan mereka ade masih bujang so x perlu ade tambahan elaun sara keluarga pastu kalau dpt cuti gaji pun..hanye dgn starting gaji tutor shj…amat rendah berbanding dengan cuti bergaji penuh yg dinikmati oleh staff /pensyarah tetap yg bercuti ke luar negara utk belajar…so maybe kat sini ade hidden reason kenapa kouta di Malaysia dihadkan…ini hanye teori saje tp pikirkan lah…
Sy setuju dengan [renungan mate] yg tulis bahawa staff tempatan dah ade kerja tetap bergaji berserta elaun2 tambahan…yelah skurang-nya dah mempunyai keperluan2 asas di Malaysia berbanding pelajar luar negara yg masih terkontang kanting nak mencari kerja atau melanjutkan pelajaran…so dlm kes ni…cuba pikir nasib sape yg lebih baik?….duk di luar negara bukan lah semanis yg dilihat atau sedap didgr….
November 23, 2008 pada 4:34 pm
academic staff
hi everyone, salam..
konflik smbung belajar ni reli sucks- i’ve been thru dat before, ms nk wat master n rs dh malas nk lalui lagi. Sebenarnye kite ni mcm ikan bilis la (kita = org biasa, ahli akademik yg takde kabel ye)- apa org atas kata kite kene wat. Polisi tiap2 tahun bertukar, kuota kejap byk UK, kejap US, kejap AUS.. last2 local balik. whatever. U can blame the uni + goverment if u want to . Psl they don’t even care. T
Kat my uni lagi stress sbb u asek kene halau suh gi study siap ugut2 nak tarik housing allowance pdhal i belum ready nk pegi lagi. I mean i nak polish my knowledge kat sini dulu n got some personal problems jugak. Masa nak pergi dulu2 tak mau bagi lak. Itu yg aku stress manjang.
But reading all the discussions, I can only conclude one thing; kite tok sah dengki la apa org lain dpt.. contoh isu gaji, elaun org ni bujang dpt byk ni, org ni dh kawen ptt dpt byk lagi.. luar negara ptt dpt byk dr local dll. WHAT FOR? How do u know about other people’s life? mcm mana u tau org tu tak perlukan duit.. tah2 tu rezeki Allah bg kt dia sbb family dia susah ke, dia bg kat mak ayah dia ke.. kite tak tau, Allah je yg tau bnd yg jelas & tersembunyi. MMg la kite manusia ni ada sikit rs hasad kt org, nak2 kalau kite rs kite deserve bnd tu jugak.
Tapi my friends- tua atau muda, bersihkan lah hati kite dan percayalah dgn rezeki Allah. Ada hikmahnye apa yg kite dpt dan apa yg kite x dpt. Paling penting cerminkan diri kite dan perbaiki diri kite dulu. Mcm i pun tak leh la marah lebih2 kan even ms i nk wat master 3 years ago, i dijanjikan bnd lain tp i xdpt. I fight a lil bit, but then still i lost- so i just accept it cuba cari kesilapan i which is mmg ada la kan. Selebihnye i rasa tak pe i redha je, n turns out dat it wasnt too bad. I’m okay walaupun ada orglain yg lg better, TAPI, ada org yg lagi malang.. so alhamdulillah.
Selamat menempuh alam PHD to all who’s gonna pursue it. Me.. NOT YET! hehehehe. Soon.
Disember 18, 2008 pada 11:18 pm
setuju
saya pun sama… skrg kat UK sbb…. tiba2 dpt call drpd pihak KPT/U dpt pegi UK… setelah berputus asa dan pasrah nak sambung master kat malaysia jer… benda ni berbalik pada rezeki masing2… Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita… rejeki… rejeki…
-yg sampai skrg mcm tak caye dah duduk kat UK (dah 3 bulan dah…)
Mac 15, 2009 pada 4:31 pm
HAIDAR
MEMANG KAT MSIA MCM TUH.K TABAHKAN HATI JALA
Mac 26, 2009 pada 4:47 pm
mz
sy plj uthm… first time dgr crita ni… dr pandangan pelajar, sy rasa kuota sambung PHD @ Master haruslah diberikan kpd mereka yg berkelayakan… terdpt juga PHD holder yg masih ‘tidak masak’ dlm p’ajaran mrk…
Mac 27, 2009 pada 10:28 am
Upin adik Ipin
Sangat setuju dengan pandangan academic staff. Kadang-kadang manusia ni mana pernah cukup dengan apa yang mereka ada? Bila ada masalah selalu tunding jari tapi tak pernah menilai silap atau kekurangan diri. Selalunya kita anggap banyak perkara menjadi hak kita, tetapi sebenarnya banyak perkara jugak yang kita miliki sebenarnya ada hak pada orang lain juga.
Contoh : Buat Phd di luar negara dengan belanja yang sangat besar. Tidakkah kita terasa sebenarnya orang lain juga berhak mendapat peluang yang sama? Dan juga kena ingat bila balik Phd, satu tanggungjawab besar untuk kita kongsi ilmu yang ada pada orang yang tak berpeluang seperti kita? Tapi yang wujud bila balik balik Phd, mengelak buat kerja, mengelak ngajar banyak kelas terutama kelas kemahiran, dan yang dikejar hanya kerja-kerja yang mendapat imbuhan tambahan.
Betullah apa yg academic staf cakap, rezeki itu hak Allah, yang penting kita kena berssyukur.
April 16, 2009 pada 10:59 am
Jawe
Maaf baru terbaca artikel ni & komen2nye..
Bagi saya artikel ini diolah sendiri oleh penulis, mmg nampak si A tu negatif melalui pandangan penulis dan rakan2 pensyarah lain yg seperjuangan dgn penulis. Berhubung kes staf A, saya ada beberapa kemusykilan:
1) Adakah staf A berkenaan ada pertalian saudara dgn org2 atasan?
2) Adakah dekan/pihak atasan fakulti/uthm adalah sebulu dgn staf A.
3) Adakah staf A mendapat elaun berasingan semasa pengajian bersama isteri, walaupun duduk satu U?
4) Adakah staf A TIDAK mendapat mana biasiswa dpd mana2 pihak utk pengajian phd kecuali dpd KPT/UTHM?
Kalau Ya semuanye, mmg layakla staf A tu dikutuk…
April 28, 2009 pada 1:57 pm
Dwen
Korang nih.. besyukurlah dengan apa pun yang disediakan oleh kerajaan.. Bersyukur-syukur sgt… Mcm aku yang mengajar di IPTS, daripada Master sampai la PhD, semua duit sendiri… Itu belum masuk lagi tak der cuti belajar bergaji, amik course part-time.. komitment kerje… perghh…
Cubalan rakan-rakan semua belajar bersyukur… ALHAMDULILLAH..
Mei 14, 2009 pada 9:38 pm
BDAK BRU BLAJA..
HUHU..BILE BCE KOMEN2 NI..BRU TAU KEADAAN SEBENAR..BILE DGR AYT, ABIH BLAJA, SMBG MASTER, PASTU JD TUTOR PASTU AMIK PHD PASTU JD LECTURER..DGR CAM SMOOTH JE PERJLANAN TU. NK SMPAI TITLE LECTURER..XTAU LA PLAK BYK CABARAN..HUHU..SEMAKIN LA SDAR..LPAS BLAJA NI..MKIN BYK DUGAAN..ANTRE KUAT ATAU X..BKN SNANG NK DPT APE YG KITE IMPIKAN..SAYE MMG BDAK BRU BLAJA..HUHU
Jun 9, 2009 pada 5:12 pm
tak_sangka
Sungguh aku tak sangka, Universiti tempat orang timba ilmu mcm ni gaya pengurusannya. Aku baru nak joint uthm ni, nampaknya aku kena buat phd baru boleh apply, setakat ada master bye bye ler. Kalau camni le gayanya …susah gak nak joint uthm ni yer…sabar je lah geng, dunia uthm mcm tu lah agaknya….
Jun 16, 2009 pada 6:51 pm
amir i
berliku sungguh nih perjalanan kita .. aku kena blajar lagi dan lagi nih ..
Ogos 31, 2009 pada 11:37 pm
student
si A tu bkn nya bgus sgt pon mngajar…… xd satu pon student respek dia….. nsb dia dh blah!!!! nk ajar org….. tp diri sndri xckup ajar…..
September 11, 2009 pada 11:49 am
along
tu la dia dunia…hurm..cam ni xleh..camtu xleh..haih..
Oktober 25, 2009 pada 1:11 am
baem
All,
Salam..saya ex-ittho..janganlah berbalah pasal sambung belajar ni..anda yg duduk dibidang akademik harus bersyukur kerana dapat mendidik anak bangsa..besar pahalanya…tak perlulah dikejarkan pangkat dan gaji yg tinggi..sampai masa anda juga akan dapat sambung belajar..saya ni jgn kata sambung belajar..apply jd lecturer/tutor kat UTHM ni pun x dapat2…tp tetap bersyukur walaupun tempat kerja saya jauh diseberang laut..saya harap warga pendidik sekelian/jurutera universiti bersyukur dengan nikmat yg Allah berikan..percayalah ada manusia diluar sana yg lebih tidak bernasib baik dari kalian..FOKUS memajukan anak bangsa..bukan hanya mengejar gaji yg tinggi..
Oktober 25, 2009 pada 1:24 am
baem
All,
kita harus belajar BERSYUKUR…percayalah anda tidak akan mendapat KEPUASAN selagi anda tidak BERSYUKUR.. berapa gaji anda??..DS42/44/52/58??..RM10K??..percayalah walaupun gaji anda rm100K pun..kalau x bersyukur..pasti anda rasa tak mencukupi..So, ikhlaslah mendidik anak bangsa..x usah pikirkan sambung belajar..pikirkan adakah anak bangsa yg anda ajar itu akan mendapat pekerjaan untuk masa depan mereka???..mak bapak mereka hantar depa belajar utk membantu ekonomi keluarga..tp habis belajar menganggur…anda x kesiankah???…Saya walaupun satu masa dulu mempunyai keputusan peperiksaan yg baik..berusaha mendapatkan tempat sebagai tutor di UTHM..tetapi rezeki saya tiada..saya tetap bersyukur..kerana tak dapat mengajar di UTHM la..saya kini boleh mendapat pendapatan 5 angka sebulan walaupun terpaksa bekerja di seberang laut..walaupun berbekalkan segulung ijazah sahaja (tanpa perlu master/pHd)-saya menolak offer menyambung pengajian diperingkat Sarjana walaupun mendapat tajaan syarikat kerana bukan pangkat yg saya cari tp keredhaan Allah.. Para staf, Akal kurniaan Allah ni haruslah digunakan sepenuhnya,,bukan terus mengharap peluang dr pemberian orang sahaja..percayalah rezeki ada di mana2..tugas anda mendidik bukan mengejar title(prof etc).. Allah akan memberi kita jalan kalau niat kita ikhlas kerananya… fikir2kan lah..
Oktober 27, 2009 pada 11:16 pm
bekas prof
assalamu’alaikum
apa lah nak bincang2 . itu lah budaya UTHM … Budaya BONAMA … siapa yang BONAMA maka dialah akan kehadapan dan akan menggarap semua peluang dan mendapat pula habuan mewah2 beb…. cubalah budaya BONAMA ni … BOdek NAk MAmpus (BONAMA)