Minggu lepas saya mendapat satu cadangan dari pengunjung dehati untuk mengutarakan isu kenaikan pangkat. Jadi saya akan cerita sedikit berkenaan isu ini. Secara kebetulan, terdapat kawan-kawan sedang sibuk mengisi borang dan CV untuk lantikan kepensyarah kanan. oleh itu, saya doakan agar mereka sukses dan mudahan mereka mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat.
Isu naik pangkat ni bermula sejak SSM diperkenalkan. Sekarang ini bila timbul cerita staf yang mempunyai PhD boleh terus ke DS52 dan ada juga yang tidak puashati. Tapi walaubaimanapun bagi saya ianya adalah setimpal dengan apa yang telah mereka korbankan sepanjang pengajian peringkat PhD. Itu dah rezeki mereka, jadi tak payah nak disekat-sekat. Jangan ada yang tak puas hati, setiap orang ada peluang untuk kenaikan pangkat. Isu aku senior dan kau junior tidak timbul. Kes ini bukan saya berlaku pada staf akademik tapi juga pada staf sokongan. Pernah terdengar kata-kata “Kerja tak seberapa tapi boleh naik pangkat dan naik gaji” Kalau bab gaji… puhhhh … cukup sensitif.
Tapi ada kes yang lagi sensitif iaitu PTK. Selagi tak lulus PTK yang tak ader kena mengena dengan bidang kita selagitu la tak boleh naik pangkat. Nak lulus pulak bukan senang, ada yang banyak kali ambik tak jugak lulus. Kalau lulus pun cukup cukup sahaja. Bila dah lulus pulak, ada KJ yang kasi markah kurang dari 80 (kira markah untuk orang yang tak buat apa-apa). Ini kerana samada korang memang pemalas ataupun korang suka lawan bos (macam aku jugak dulu). So, sesiapa sahaja boleh naik pangkat bila dah cukup Haul. Janji PTK dapat Aras 3, selamat dah….
Yang menjadi isu adalah bila ada kawan2 yang memang dikenalpasti sebagai orang yang tak berapa nak rajin tetapi bila cukup haul dan lulus PTK dapat pulak naik pangkat. Perkara seperti ini yang sering menjadi bualan.
“Hai.. takkan si W yang tak berapa rajin tu dapat ****”
Di sini, saya berpendapat kenaikan pangkat ni tak boleh lagi disebut Kenaikan Pangkat. Lebih elok kalau disebut Petukaran Gred. Sebabnya, naik pangkat ni sepatutnya tak semudah itu. Hanya orang yang benar2 layak sahaja yang patut diberi kenaikan pangkat.


86 comments
Comments feed for this article
September 15, 2008 pada 8:06 am
jiwang031
KINI TELAH DIBUKA..
PUSAT DOWNLOAD MELAYU
MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
►Audio Muzik
►Ceramah & Motivasi
►Ebook
►Filem
►Rancangan Televisyen
►Video Muzik
Masuk sini= http://jiwangg.notlong.com
September 15, 2008 pada 9:31 pm
ryu watanabe
bagi golongan pensyarah muda, saya berpendapat seolah olah kriteria kenaikan pangkat ke jawatan kanan mahupun profesor madya adalah amat ketat. Segala macam kerja kena buar, research lagi, publications…..hhmmm…..7 hari seminggu kerja pun susah nak achieve kriteria tu…pastu nak kena menjawab soalan PTK pulak…yang mana soalannya pun bukan menjerumus kepada kerja-kerja hakiki selaku pensyarah.
Sebelum ni dengar juga ura-ura si PERKASA ingin membela nasib pensyarah-pensyarah especially dalam kriteria kenaikan pangkat ni. Tapi apa ceritanya sekarang tak tau la…
Bagi pihak pendaftar pula, sudahkah meminda corak pengujian seperti yang telah diusulkan oleh CUEPEC?
September 15, 2008 pada 10:12 pm
wak jawa
Laman web PERKASA kat mana yer…
September 16, 2008 pada 5:14 am
methodology
Sangat menyedihkan…saya difahamkan nisbah bilangan pensyarah adalah sangat banyak. Tetapi pensyarah kanan sangat sedikit. Tetapi…Prof Madya banyak…dan Prof semakin meningkat tetapi kualiti mereka sering dipersoalkan. Ini kerana utk menjadi Profesor di UTHM tak payah sampaikan ‘Syarahan Perdana’ pun boleh jadi Profesor. Pulak tu bilangan student PhD pun mereka tidak lahirkan….syarat utk mereka diatas-diatas ini sangat mudah kerana mereka mendapat nama berdasarkan kerahan pensyarah muda macam kita…..kita juga yang kena kerah teruk-teruk….
Tolonglah mudahkan kenaikan pangkat kita-kita nih…kenapa golongan pentadbir senang-senang jer dapat KANAN tapi tidak kita ???? Pleaseeeeeeee camana nak buek ek ? Den tongah pikir comano den nak cabut je dari UTHM….huh….frustrated !
September 16, 2008 pada 6:00 am
Prof. Z
Kepada pensyarah2 muda, di sini saya ingin memberi sedikit nasihat. Anda semua harus ingat bhw bukan senang utk dapatkan pangkat PM atau Prof. Anda kena kerja kuat utk jawatan tersebut. Anda ingat kami yg dah ada title PM atau Prof. senang2 nak dapat title ini. Kami pun dulu macam anda juga bermula dari bawah, tapi atas usaha kami yg tidak mengenal erti penat dan lelah telah membolehkan kami mendapat jawatan PM/Prof. Kepada pensyarah2 muda, utk mudah naik pangkat, langkah pertama ialah dapatkan PhD dulu. Kemudian lakukanlah 7P yg telah diamanahkan kepada anda. Jgn lupa juga banyakkan doa dan tawakkal kepada Allah supaya segala usaha kita berjaya dan diberkati. Jgnlah terlalai berada di dalam comfort zone. Orang yg berada dalam comfort zone tidak akan berusaha utk memajukan diri dan terus selesa berada di dalamnya. Keluarlah dari zone tersebut dan cabarlah diri anda dengan ujian2 dunia sebenar. Sekian.
Dengan hikmah kita meneroka,
Prof. Z
September 16, 2008 pada 11:40 am
Pemerhati
Sesuka hati jer cakap pentadbir senang dapat jawatan kanan. Cuba korang dapatkan maklumat jawatan kanan dalam bidang pentadbiran dengan jumlah staf yang ada. Komen orang lain nombor satu,hampeh sungguh
September 16, 2008 pada 4:19 pm
Wak Jawa
Kepada pemerhati, sila dapatkan maklumat jawatan kanan dalam bidang pentadbiran, terutama bagi penolong pendaftar. Supaya kita dapat lihat statistiknya.
September 16, 2008 pada 4:41 pm
DS45 6 tahun
Pendapat Methodology dan Prof Z seperti amat bertentangan. Tetapi bagi saya peluang patut diberi kepada semua orang. Jangan disekat dan membuat segala macam mata demerit yang sukar untuk dipenuhi.
Betol kata metodology, ada kita lihat PM atau Prof. kita mempunyai penulisan journal antarabangsa dgn faktor impak dan yang berwasit atau cited. Ada PM atau Prof. yang dijemput membuat ucaptama. Mungkin ada tetapi berapa ramaikah?. Maafkan saya jika saya tidak mendapat maklumat yang betul. Nak dapat maklumat macam mana, jika PM atau Prof. tak ada personal laman web pun. Web fakulti pulak jarang diupdate..
Jika membuat penulisan Journal atau kertas kerja, nama siapakah yang biasanya dihadapan. Ada nama yang menumpang, ada nama yang betul-betul tahu pasal jounal tersebut. Ada nama yang langsung tak tahu pasal journal tersebut. Apakah mata demerit bagi nama-nama tersebut adalah sama banyak… walaupun menumpang..
Adakah dengan nama Prof A, Prof B, maka jounal tersebut akan dipandang tinggi.
emm kita renung kan sendiri… berundur duluu..
P/s : Bukan semua PM dan Prof. macam gitu… hanya segelintir..
September 16, 2008 pada 6:31 pm
Prof. Z
1. Saya rasa terpanggil dgn luahan hati anda semua. Kita ada banyak saluran di UTHM untuk anda meluahkan ketidakpuasan hati. Lakukannya dengan segera. Pastikan dlm luahan tersebut haruslah disertakan dgn fakta, bukti dan statistik supaya tindakan susulan boleh diambil oleh pihak pengurusan universiti. Meluahkan perasaan di sini tak akan membawa hal ini ke mana2 kerana tuduhan yg dilakukan tidak credible krn ia kelihatan bersifat andaian. Sebagai contoh ‘DS 45 6 tahun’ seolah2 menggambarkan bahawa peluang tidak diberikan sama rata pada semua orang. Sila beri bukti dsb dan bawa ke atas dan pihak pengurusan akan bertindak accordingly.
2. Saya bukan untuk mempertahan golongan PM/Prof. di sini, tapi oleh kerana bilangan mereka sedikit, mereka telah disibukkan dgn tugas2 pentadbiran dan punyai masa yg terhad utk lakukan research. Jika satu hari nanti kita telah mempunyai ramai PM/Prof. di sini, saya yakin PM dan Prof. akan ada lebih banyak masa utk buat research. Cuba lihat di universiti overseas…mereka ada ramai Prof dan tugas2 pentadbiran tdk banyak disandang oleh mereka…kesannya Prof. di sana terlibat aktif dlm aktiviti pengajaran dan research. Saya pernah belajar di sebuah uni di UK yg sgt kurang Prof. dlm department…kesannya sama seperti di Malaysia i.e. tiada/kurang research yg dilakukan mereka. So, saya nasihatkan anda semua kerja kuat dan dapatkan title PM atau Prof. Bila dah ramai yang dah ada title tersebut, maka beban pentadbiran dapat diberikan sama rata dan masa mereka yg terluang boleh digunakan utk memerah otak melakukan research. Pada masa itu, banyaklah refereed papers, journal etc. etc. Wassalam.
Dengan hikmah kita meneroka,
Prof. Z
September 17, 2008 pada 12:32 am
methodology
Assalamualaikum wbth,
Saya terpanggil utk menyuarakan pandangan peribadi saya. Saya tidak menelah pandangan Prof Z. Tetapi saya telah berkhidmat selama 7 tahun lebih di UTHM dan saya tidak melihat rakan-rakan yang sebaya umurnya dengan saya diUTHM begitu mudah diberikan ‘kekanannya’. Ini sangat saya kesali….sesiapa ada data tentangnya sila kemukakan agar hilang rasa kesal saya ini….plz
Secara peribadi, saya menolak sama sekali Prof2 di UK dikatakan tidak terlibat dengan penulisan Journal mahupun menjadi Penceramah, ataupun di ucaptama mana-mana conferences, apatah lagi jika dikatakan tidak menjalankan penyelidikan. Maafkan saya…
Sefaham saya walaupun mereka tidak bergelar Dr atau Prof di UK ini tetapi mereka adalah peneroka awal sesuatu bidang ilmu menurut kepakaran masing-masing. Kejituan dan keikhlasan mereka sangat-sangat tinggi mutunya. Sebab itulah pencapaian mereka lebih ‘tersohor’ berbanding gelaran Prof atau Dr yang mereka ada…dan yang penting mereka ‘dirujuk’ dalam journal-journal sediaada pada masa sekarang, dan ilmu itu berterusan ditulis oleh jaringan seminal authors yang ada……malahan mereka turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dan layak bergelar ’scientist’ yang terkemuka…kita jadi segan nak persoalkan mereka…tapi ini tidak ada di UTHM….sebab itu timbul banyak persoalan dan fitnah (yang kita bicarakan ini fitnahlah ni)……Di UK, mereka sememangnya banyak menulis..ini tidak dinafikan, jika tidak mana datangnya RAE yang dibuat setiap 2 tahun itu bagi mengukur prestasi mereka. Mereka juga letakkan * STAR pada bidang-bidang tertentu bagi persaingan yang sihat.
Tentang Research, research menjadi KEUTAMAAN berbanding pengajaran….tetapi ini ada nisbahnya mengikut keizinan universiti disini. Dan pihak universiti boleh ‘membayar/membeli’ masa pensyarah yang terlibat dengan research melalui geran-geran yang disalurkan kepada universiti oleh Funding2 yang diterima samada dari EU ataupun EPSRC dsbg.
Siapa yang banyak research, boleh memohon utk kurangkan beban mengajar….tetapi ‘masa individu’ telah ditetapkan maksimumnya oleh universiti. Terpulanglah pada universiti samada nak advance dalam research atau teaching…atau consultancy…So, kalau terlebih beban individu kerana terlibat research, maka universiti tak berhak utk bagi lebih tugas pada individu tersebut. Salah di sisi undang-undang pekerja. So, apa-apapun masa individu adalah suatu yang HAK. Saya harap sangat UTHM bangunkan ‘masa individu ini’…mengikut gaji yang kita terima, kalau Profesor kenalah kerja lebih….bukan berkuasa lebih….dan tak kiralah sesapapun juaaa….
Di UTHM, pensyarah muda spt saya juga terlibat dengan kerja-kerja pentadbiran. Malah kita semua lebih dekat dengan pelajar….Malahan pentadbir juga mengarah-ngarahkan kita yang muda ni…maklumlah kita muda….suruh bantu photostat pun kita kena buat sendiri…lagi kalau kena jaga lab, technician lebih relek dari lecturer…aduiiiii penat….
Kita ada banyak Prof dan PM. Bagi saya itu cuma gelaran semata-mata…dan apa yang saya faham memiliki PhD itu adalah suatu BONUS, tetapi bukan syarat WAJIB utk kenaikan pangkat..sila rujuk dokumen kenaikan pangkat UTHM, sungguh berjela-jela..sedih betul…di UTHM sendiri ada juga Prof yang tidak ada PhD…second supervisor saya juga tak ada PhD, tapi dia tersohor…tetapi malangnya, mereka yang tak ada PhD di UTHM tidak maju di dalam bidang masing-masing sebagaimana di UK yang saya jelaskan tadi…tapi dapat Profesor/PM juga…sungguh konfius
Kepada Prof Z, sbg pandangan peribadi, bagi saya UTHM seharusya bersyukur dan menghargai staf-staf muda, yang saya rasa lebih hebat cabarannya berbanding ‘anda’ ketika muda dahulu….malahan mereka bertungkus lumus mengabdikan diri kepada UTHM yang masih baru…sedarilah bhw mereka banyak membantu membangunkan universiti yang setahun jagung ini. Sbg contoh, mereka terlibat macamana nak dpatkan pengiktirafan program, pembangunan silibus, sistem itu dan ini, pembangunan pelajar, penulisan, research dan semua kerja-kerja rencah dan recam yang ada difakulti pada hari ini…hakikatnya inilah resepi utama kejayaan UTHM pada hari ini…yang sedihnya kadang-kadang ianya dipandang remeh oleh golongan PM dan Prof ini dan memerlukan mereka perlu kerja lebih kuat lagi….kesian tul……bagi saya tangan-tangan pensyarah muda ini sangat berbudi…apatah lagi jika asyik kena ganti kelas para PM dan Prof ini…..
Justeru, bagi saya adalah TIDAK PATUT syarat kenaikan pangkat yang diberi ini sangat ketat…malahan tidak dimaklumkan kepada kami tentang mengapa syarat begitu dibangunkan….undang-undang pun kalau nak bangunkan kena bawak perbahasan dulu…baru adil….biar semua pihak dengar….abih tu macamana dengan syarat bagi Prof dan PM pulak ? siapa yang ukur ? sebab kekadang tu ada yang selang beberapa tahun je terus dapat Prof..walhal jadi PM kejap jer….tak payah ukur di luar negara, dengan USM pun saya rasa ada kecurigaannya….
PM danProf mahu kita menulis sekurang-kurang 5 journal antarabangsa, tapi bagaimana dengan ANDA ?
Saya percaya, jika diukur dari segi penulisan, ada pensyarah muda yang banyak menulis juga…ada juga yang buat research itu dan ini…memang pangkat bukan keutamaan…tapi itulah satu-satunya kaedah ‘menghargai kakitangan’…kalau kita tak hargai staf sendiri siapa lagi ?
Satu analogy yang mudah bagi saya, jika siapa yang berusaha, pasti ada ganjarannya…begitu juga dengan ganjaran syurga atau neraka, siapa yang banyak amalan baiknya, maka pasti akan diberikan ganjaran yang sewajarnya…tidak kira umur atau pangkat….so, nilailah diri anda, dan staf-staf anda….saya percaya anda sendiri tahu sumbangan staf-staf bawahan anda.mereka lebih banyak buat kerja rencam-rencam ini..
Saya percaya isu ini tidak akan timbul jika ianya dihitung dengan adil dan saksama..saya rasa perlu ada perbincangan antara pihak Prof, PM, Pensyarah Kanan dan para pensyarah muda-muda nih…dan sebagaimana kita mahu orang menghargai kita, begitu jugalah orang mahu kita menghargai mereka…Insyallah, di harapkan mudah-mudahan Prof Z dapat membantu kita…
“Kepimpinan Melalui Tauladan…”
September 17, 2008 pada 1:23 am
methodology
Satu lagi saya memohon agar pihak PPI bangunkan Code of Practice bagi para penyelidik di UTHM, saya perhatikan dah banyak masalah yang timbul, terutamanya dari segi penggunaan dana/geran. Code of Practice ini sangat baik. Di US ianya telah dibangunkan sejak awal tahun 30an lagi. Tujuannya adalah menjaga dua perkara. (1) Etika para penyelidik (2) Tanggungjawab sosial dan accountability kepada pemberi dana jika research tak siap, duplication, penipuan dalam tuntutan dsbgnya…tolonglah bangunkan ye Prof Z….mintak Prof Z tolong bagitau Prof A, B, C, D dll….saya rasa rasuah boleh jadi makin berleluasa jika tak ada pemantauan sebegini…
September 17, 2008 pada 1:24 am
methodology
Saya betul-betul suka ada Prof Z…..tima kasih eh Prof Z….datanglah jenguk kitaorang ni selalu2…..u concern is very much appreciated.
September 17, 2008 pada 8:19 am
Pemerhati
Wak jawa…….sapa yg kata konon2nya orang pentadbiran senang dapat jawatan kanan yg sepatutnya melampirkan maklumat yg berkenaan agar sesama kita x menunding antara satu sama lain, menimbulkan fitnah dan perasaan x puas hati sesama kita. Setakat cakap kosong,takde gunanya
September 17, 2008 pada 1:07 pm
Belacan bakar
Naiklah pangkat..
Naiklah gaji..
Naiklah segalanya..
Yang jelas, ada rakan kita yang tersekat segalanya hanya kerana bidang kerjanya dan umurnya. Apa syarat pengajar untuk sambung belajar. Apa peruntukan Juruteknik untuk pembangunan diri. Apa syarat guru bahasa untuk sambung belajar? Adakah mereka mendapat hak yang sama, atau sekurang-kurang jalan dan matlamat yang sama jelas untuk masa hadapan?
Ada yang dapat sambung belajar dengan mudah hanya kerana suami atau isteri sambung belajar. Ada yang tersekat kerana tak berapa ngam dengan boss. Macam mana nak banyakkan phD Holder? Macam mana nak naikkan mutu kecekapan juruteknik?
Macam mana nak naikkan kualiti pengurusan?
Apa pun ini adalah situasi 3 tahun lalu. Tak tau lah sekarang ni.
September 17, 2008 pada 2:56 pm
Saya sayang UTHM
Saya rasa tiada yang betul atau salah dalam hal ini. Tapi tepuk dada, tanyalah keikhlasan diri sendiri… Setiap sesuatu yang dikerjakan harus disertakan niat yang ikhlas.
Omar bin Al-Khattab r.a ketika diatas mimbar, telah berkata, Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda…, “Sesungguhnya segala amalan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatnya. Maka barangsiapa berhijrah kerana dunia mendapat habuannya atau kerana perempuan yang akan dikahwininya maka hijrahnya kepada sesuatu yang ia berhijrah kepadanya…” (Al-Bukhori: Sohih)
Saya bukan menyatakan bahawa kenaikan pangkat itu tidak penting. Siapa tidak mempunyai keinginan untuk naik pangkat? Kenaikan pangkat ialah satu simbol peningkatan diri dalam kerjaya. Ia disertakan dengan bonus-bonus seperti kenaikan gaji, kelebihan dalam perkhidmatan serta…, bertambahnya beban tugas (bonus juga lah tu kiranya..hehe!). Tapi, adakah kita memcapai kepuasan dalam pekerjaan hanya dengan kenaikan pangkat semata-mata? Jika kita benar-benar ikhlas dan gembira dengan apa yang kita lakukan…rasanya, pangkat sudah menjadi soal kedua. Ia sebenarnya adalah bonus atas usaha kita selama ini. Jika ia adalah hak yang ditakdirkan untuk kita, cepat atau lambat tetap milik kita. Insyaallah…
Saya amat setuju bahawa mekanisme untuk kenaikan pangkat harus diperhalusi agar lebih berkesan serta jelas. Bukankah semua pihak mempunyai peluang untuk kenaikan pangkat? Jadi, elok sekiranya setiap pendapat dan keperluan diambil kira. Akan tetapi…, siapa yang kerja lebih atau kurang, itu terpulang kepada persepsi individu. Saya percaya, kita sendiri tahu di mana kita… tidak perlu menuding jari ke arah sesiapa. Jika keberkatan yang di cari, kita tahu apa yang harus dilakukan… kan?
Pada pendapat saya, rasanya tidak adil jika kita ingin menyatakan bahawa para pensyarah dahulu tidak menghadapi cabaran yang sama getir dengan pensyarah sekarang. Waktu dan peredaran zaman, membawa bersamanya ujian yang berbeza… begitu juga dengan kemampuan yang ada. Sebagai contoh, orang Mesir purba dapat membina Piramid yang masih tidak dapat diungkai rahsia pembinaannya sehingga kini. Tetapi, adakah mereka boleh membina bangunan setinggi Taipei 101 atau secantik KLCC pada waktu tersebut? Pada pendapat saya, agak mustahil kecuali mereka mempunyai teknologi dan kepakaran yang bersesuaian. Jadi, jelas…waktu membawa cabaran dan kemampuan yang berbeza. Saya kira, begitu juga dengan pembangunan sesebuah universiti… Maaf, saya sejujurnya tidak dapat memikirkan contoh yang lebih baik. Ilmu saya juga amat memalukan berbanding anda semua… Astaghfirullah!
Jadi, adakah adil jika kita membuat andaian yang sebegitu rupa? Jika pensyarah-pensyarah muda merasa begitu bertanggungjawab untuk membangunkan sesebuah universiti… adakah para pensyarah yang telah lama berkhidmat tidak pernah melalui pengalaman yang serupa? Atau, adakah mereka sudah tidak lagi menjunjung tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh? Atau, ada yang sudah hilang semangatnya sama sekali dek kerana pangkat dan ‘privilege’ yang mereka ada? Lupa akan tanggungjawab sebenar kerana sudah mendapat apa yang dihajatkan selama ini… pangkat! Mungkin juga… Saya kira, ada yang tetap jujur dan ikhlas dalam memberikan khidmat mereka… lama atau baru.
Saya sebenarnya merasa amat sedih membaca kenyataan yang sebegitu rupa… saya bukannya seorang pensyarah yang mempunyai title Prof/PM/Dr sekalipun. Saya tiada PhD… yet. Oh maaf, saya bukan juga seorang pensyarah… saya masih lagi seorang tutor DA41. Pengalaman saya di UTHM juga sedikit… bahkan, ilmu amat memalukan. Mungkin, ada yang berpendapat saya tidak layak untuk bercakap mengenai isu ini… maafkan saya…
September 17, 2008 pada 4:35 pm
Pemerhati
Setuju dgn pendapat saya sayang uthm. Saya tengok banyak pensyarah muda yg ‘demand’ mcm-mcm konon2nya mereka berhak mendapat segalanya sedangkan mereka x tengok kepada kesukaran yg dihadapi oleh pihak lain yang juga sama-sama menyumbang kepada pembangunan UTHM
September 17, 2008 pada 6:45 pm
wak jawa
kita bukan nak menunding jari.. kepada mana-mana pihak. Juga bukan nak demand macam-macam, cukup sekadar dapat apa yang patut kita dapat.
rasanya kalu kita minta apa yang sepatutnya kita dapat bukan namanya demand. kalau setakat `kononnya`…saya pun tak nak mintak…
September 17, 2008 pada 6:58 pm
methodology
Saya setuju wak jawa….takpe biarlah pemerhati dan semua-semua tu berpuas hati….yang penting kita tau siapa mereka-mereka ni…sama ada golongan atasan atau para pentadbir…cakap banyak nanti orang marah…kerja memanglah kena ikhlas, tapi masalahnya orang yang buat peraturan/syarat kenaikan pangkat sendiri pun tak cukup syarat….
Kalau yepun golongan Prof/PM ni sibuk bebeno, takanlah satu journal paper pun takde ? Conference paper pun tak dapat kuarkan ? Kalau gitu sampai anda pencenlah kitaorang akan kempunan nak tengok ‘keprofesoran’ anda.
Saya faham maksud amanah dalam bekerja…tapi Rasulullah saw pun pernah bersabda yang mana “Sebaiknya bayar upah pekerja sebelum kering peluh didahi mereka..” Ini dah sampai bertahun2…sebab tu isu ini timbul…
Dan satu lagi berlaku ‘adil’ itu WAJIB. Jika tidak pastinya ada pihak yang DIZALIMI haknya..fikir-fikirlah…dan satu lagi pemimpin yang tidak adil akan merosakkan negara…Sabda ini sangat penting…jika UTHM tidak mengambil pengajaran, sy takut UTHM akan hilang kredibilitnya dan staff ramai yang akan hilang motivasi….oklah banyak kerja lain nak buat….babai semua
September 17, 2008 pada 9:27 pm
The Big-Brother
alkhisah, masa saya telah jadik staff kat uthm saya agak rapat dgn ramai student, sbb selalu deal dgn diorg nie..so a lot of student selalu cakap: UTHM susah nak maju..sbb nak naik pangkat pun pilih bulu..tak kira management or academician.
yg paling sedih bebudak2 nie cakap mentaliti politeknik sampai sekarang tak berubah!!
tue student yang cakap..sedih saya dengar..agaknya diorg nie pun dah lama tahu masalah dalaman UTHM nie..
sekadar memberitahu..
September 17, 2008 pada 9:39 pm
Prof. Z
Dear all,
1. Saya sangat tertarik dengan komen anda semua. Banyak juga yg berisi dan boleh dibawa berhujah. Cuma saya harapkan, agar perbincangan ini tidak terhenti di sini. Seperti yg saya nyatakan dalam posting saya yg terdahulu, perbincangan ini haruslah dibawa ke atas supaya masalah anda semua dapat diselesaikan secara baik dan professional oleh pihak pentadbiran UTHM tanpa ada pihak yg terasa hati.
2. Dalam hal kenaikan pangkat, kita memang telah pun ada peraturan dan syarat2nya, namun ia perlu dimurnikan seiring dgn perkembangan semasa. Anda semua diharapkan secara kolektif dapat memainkan peranan supaya syarat2 dan peraturan2 yg dikenakan utk kenaikan pangkat dapat diperhalusi lagi. Bagi pensyarah dgn kelulusan master, biasanya 7 tahun adalah tempoh minimum utk melayakkan anda dapat ‘senior’ di samping syarat2 dan kelayakan lain. Utk yg dah ada PhD, biasanya 4 tahun sudah cukup utk dpt kanan di samping syarat2 dan kelayakan lain.
3. Saya akui bahawa PM atau Prof. di Malaysia amnya dan UTHM khususnya tidak layak dibandingkan dgn Prof di UK atau US (so far). Mereka di UK mendapat title Prof kebanyakannya atas kecemerlangan mereka dalam aspek research (published paper, books, consultation etc) di samping aspek2 lain. Di Malaysia, kayu ukurnya agak sedikit berbeza, di mana melalui pemerhatian saya, kebanyakan Prof di sini di lantik berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang pentadbiran uni. Sbg contoh, kalau seseorang telah menjawat jawatan KJ (dgn PhD), maka kemungkinan utk mendapat PM adalah tinggi dalam tempoh beberapa tahun. Begitu juga utk jawatan2 yg lain, lagi tinggi jawatan tsb, lagi cepat seseorang akan dinaikkan pangkat. Secara peribadi saya rasa criteria ini kurang sesuai sbb kita ada banyak ‘P’ lagi yg harus diambilkira. Sbb itu saya sarankan anda secara kolektif bawa hal ke ini ke atas utk menunjukkan ‘something wrong somewhere’ pada peraturan sedia ada.
4. Saya sgt bersetuju dgn pandangan methodology bahwa, jika seseorang staf telah dibebankan dgn kerja2 research, dia harus dikurangkan beban dalam tugas2 lain eg. mengajar dan pengurusan. Tapi ini hanya boleh dilakukan jika kita mempunyai bilangan pensyarah yg ramai. Saya rasa perkara ini belum sesuai utk dilaksanakan sekarang disebabkan kekangan tsb. Mungkin satu hari nnt, jika kita benar2 telah mempunyai ramai pensyarah, maka perkara ini akan dilakukan, Insya Allah.
5. Saya juga setuju dgn saranan methodology supaya kita patut bersyukur krn punyai ramai pensyarah2 muda yg dinamik dan energetic dan mereka sangat banyak berbudi kepada UTHM dalam banyak aspek dari membangunkan program hingga melaksanakannya dalam bilik kuliah. Tapi jgn menafikan cabaran yg old-timer hadapi dulu tdk sehebat sekarang. Saya boleh katakan bahawa cabaran dulu lagi hebat dari sekarang. Dalam konteks (cabaran) ini saya sgt bersetuju dgn kata2 ‘Saya sayang UTHM’ bahawa cabaran dulu tdk sama spt sekarang dalam banyak hal dan tdk boleh dibanding-bandingkan. Hal ini tak perlu saya ulas panjang disebabkan kesuntukan masa.
6. Ya, sesiapa yg berusaha (yg baik2 shj) pasti akan dapat ganjaran. Jika kita berbuat kebaikan, pasti Allah akan balas dgn pahala seterusnya syurga. Tapi Allah ada malaikat Raqib utk mencatitkan kebaikan kita. Tapi jika kita buat sesuatu jasa pada UTHM siapa yg akan mencatatkannya? Orang lain tidak akan tahu anda berbuat sesuatu sehinggalah anda menunjukkannya. Ya, dalam hal ini saya sarankan bahwa setiap kali anda buat sesuatu demi kebaikan UTHM, tonjolkanlah ia. Ini bukan utk menunjuk2, tapi sebagai satu cara utk bos kita atau org lain menghargai jasa kita seterusnya bertindak accordingly (naikkan pangkat, anugerah khidmat cemerlang dsb). Dalam SKT, tuliskan segala apa yg telah anda lakukan demi UTHM kerana UTHM tidak punyai ‘malaikat’nya utk menulis untuk anda.
7. Akhir kalam, bekerjalah bersungguh2 demi UTHM yg tercinta. Kepada yg sedang buat master atau PhD, jgnlah buang masa dgn perkara2 yg tidak berfaedah. Tumpukan sepenuh perhatian pada pengajian supaya anda dapat menamatkannya dgn jaya dan pada waktu yg ditetapkan seterusnya dapat menyambung menabur jasa pada UTHM. Jika anda tidak mendapat ganjaran/balasan yg setimpal di UTHM, angggaplah jasa anda adalah sedekah jariah kerana pahala sedekah jariah adalah berkekalan sehingga kiamat.
Dengan hikmah kita meneroka,
Prof. Z
September 18, 2008 pada 1:53 am
methodology
Prof Z,
Mmmmm dalam ramai-ramai Prof yang ada, boleh tak Prof Z namakan seorang Prof yang paling berkaliber sekali yang kita ada….saya nak buat dan jadi yang terbaik macam dia….saya nak tengok apa yang dia buat utk saya jadikan contoh…dalam semua ‘P’ tu saya nak ikut…..nak cuba…tolonglah bagi saya satu nama…..untuk saya jadikan idola…bagi je contoh….bukan diorang tau pun….pleaseeeee….saya tetap berpegang kepada ‘Kepimpinan Melalui Tauladan’
Sekian, wassalam.
September 18, 2008 pada 4:32 pm
workstation
setuju dengan ‘methodology’, cuba Prof Z beri satu nama P yang betul-betul bagus punya. Boleh saya try cari jurnal dia dalam internet..
September 18, 2008 pada 6:38 pm
Prof. Z
Saya tak sempat nak tulis panjang hari ini sbb sibuk dgn tugasan harian. Ini pun curi2 masa masuk ke laman web UTHMdehati. Ada yg bertanya saya, siapakah Prof di UTHM yg patut dijadikan contoh dan teladan. Saya cadangkan anda contohi Prof Mustafa Mat Deris. Ini bukan bermaksud saya mahu memuji beliau dan secara tak langsung menafikan sumbangan Prof yg lain di UTHM, tapi beliau merupakan orang yang banyak tulis papers dan journal dan terlibat secara aktif dalam pentadbiran. Selamat menunaikan ibadah puasa. Wassalam.
Dengan hikmah kita meneroka,
Prof. Z
September 18, 2008 pada 8:24 pm
methodology
Terima kasih Prof Z…InsyaAllah kita semua akan ‘meneladani’ beliau dari segi penulisan journal ini. Semoga lebih banyak Prof yang seumpama beliau wujud di UTHM….Harapan saya sama-samalah kita semua keluar dari ‘comfort zone’ kita ni…samaada pensyarah, pensyarah kanan, PM dan Prof…sesapa yang berada di dalam ‘zone’ tersebut, cepat-cepatlah keluar ok….
Tentang kenaikan pangkat tu…nilailah seadil-adilnya…sebab yang pasti Allah swt melihat segala keputusan anda…kepada golongan pengurusan peringkat tertinggi…andalah yang mencorakkan masa depan UTHM. Kalau pilih kekawan sendiri jadi Prof/PM/dll atas dasar pilih bulu, anda jawablah sendiri dihadapan Allah swt. Jika ianya adil, Alhamdulillah..tapi jika tidak…bila anda dah pencen nanti, segala keputusan anda bakal dinikmati oleh cucu cicit anda juga…kalau tidak adil, musnahlah negara sbgmana yang disabdakan Baginda SAW…Hidup Prof Z !
Sekian, wasalam.
September 18, 2008 pada 9:50 pm
uthmdehati
Salam sejahtera….
Terima kasih kerana anda semua dapat memberikan komen-komen yang membina. walaupun tidak secara formal tetapi sedikit sebanyak dapat memberikan kita idea bagaimana sesuatu perkara itu dapat diselesaikan melalui sesi perbincangan yang baik.
Terima kasih kepada methodology dan Prof Z. serta yang lain. Mudah mudahan blog ini dapat dilihat oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan. Yang baik itu kita jadikan tauladan dan yang kurang baik itu kita jadikan sempadan.
Sekali lagi.. Terima kasih…
September 18, 2008 pada 10:17 pm
ryu watanabe
Terima kasih diucapkankepada Tuan Moderator kerana telah memulakan dan menyiarkan isu berkaitan kenaikan pangkat ini, yang mana ianya telah menjurus kepada staf akademik. Nampaknya staf akademik sahajakah yang mempunyai masalah berkaitan kenaikan pangkat? Bagaimana pula dengan staf-staf yang lain seperti staf pentadbiran, pemandu, PAR dan sebagainya.
Saya juga amat berterima kasih kepada Prof. Z kerana sudi meluangkan masa memberi hujah, komen dan pendapat yang bagus lagi bernas untuk dinilai oleh staf akademik golongan muda. Maklumlah golongan muda ni darah masih panas. Segala komen dan cadangan perlulah diambil perhatian serius. Tetapi siapakah yang perlu dipertanggung jawabkan bagi mengutarakan isu-isu yang dibangkitkan ini especially berkaitan “kriteria kenaikan pangkat staf akademik terlalu ketat” ke pihak atasan. Adakah metodology, adakah Prof Z atau tuan punya blog UTHMdeHati ini??
Apakah pula peranan PERKASA? Apakah tindakan susulan PERKASA selepas mengadakan perjumpaan dan mesyuarat tempoh hari? Apakah tidakan itu? Tak semua staf yang tahu kerana tak ramai yang hadir ke perjumpaan tersebut. Apakah respon pihak atasan berkaitan usul yang dicadangkan? Apa ye usul tu, saya pun tak tahu sebab tak hadir perjumpaan….
Saya menyarankan kepada moderator uthmdehati supaya dapat memaklumkan kepada ahli-ahli jawatankuasa PERKASA berkaitan forum di dalam blog ini untuk diambil beberapa point/fakta penting bagi mebuat tindakan supaya pihak atasan memperbetulkan atau memperhalusisemula kriteria kenaikan pangkat especially dari DS45 (golongan muda) ke DS52…
selamat berpuasa….
September 18, 2008 pada 10:28 pm
jepun_omputeh
hmmm…satu perbincangan yg menarik…agak2nya bila aku nak naik pangkat yer
September 22, 2008 pada 12:18 pm
Komputer2
Isu kenaikan pangkat sudah….
Isu kualiti pentadbiran yang semakin ‘menyedihkan’ bila pula nak dikupas?????
September 22, 2008 pada 8:55 pm
methodology
Geng…ajaklah semua orang masuk blog ni…biar kita ada open discussion macam ni..best !
September 22, 2008 pada 9:08 pm
uthmdehati
Kami telah utara permasalahan pentadbiran pada posting “Budi bahasa tonjol kewibawaan staf UTHM” pada Julai 30, 2008. Sila beri komen disitu.
Kami juga telah beberapa kali menghantar email kepada staf fakulti dan pentadbiran berkenaan blog ini. jadi terpulang kepada mereka untuk turutsama memberikan komen.
Walaubagaimanapun pihak kami akan membuat posting baru sekurang-kurangnya seminggu sekali. kami juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin menulis isu sila hantar kepada uthmdehati@yahoo.com dan kami akan utarakan mengikut kesesuaian.
Segala maklumat mengenai anda tidak akan dikeluarkan…
September 24, 2008 pada 12:26 am
s/u perkasa
Assamaualaikum dan salam sejahtera
Seperti yg dijanjikan berikut adalah keputusan hasil mesy hari ni (23/9/08) bersama j/k guru yg dipengerusikan oleh Pemangku NC;
1. Tutor yg memiliki Ph.D akan dilantik terus ke DS51
2. Pensyarah DS45 yg ada PhD dan lulus PTK akan layak ke DS52 tanpa menggunakan merit point. Tarikh kuatkuasa ialah tarikh lulus PhD atau lulus PTK yg mana terkemudian tertaluk mula kuatkuasa Feb 2008.
3. Pensyarah DS45 yg ada PhD tapi belum lulus PTK layak dipertimbangkan untuk memangku DS52 berkuatkuasa Jun 2008.
4. Pensyarah kanan DS52 yg ada PhD, merit point yg telah digunakan sebelum ini boleh dipertimbangkan semula untuk apply DS54.
Semua keputusan mesy ini tertakluk kepada mesy LPU yg akan dibuat pada 25hb Sept nanti. Mesy kali ini khas membincangkan perlaksanaa kenaikan bagi yg ada PhD sahaja, perkara lain tidak termasuk dalam agenda kali ini. Semua perlu memohon dan pej pendaftar perlukan sedikit masa bagi membuat pindaan keatas borang yg sediaada. Harap bersabar
Pesanan dari Pengarah PPI, minta semua yg ada PhD untuk mempertingkatkan lagi research masing2
Terakhir bagi pihak perkasa dipohon semua bagi membantu perkasa dan sahabat2 yg lain dengan mengisi borang keahlian perkasa. Kita perlukan suara secara kolektif untuk kebajikan staf akademik di UTHM.
Bagi lagi isu yg boleh kita bangkitkan tetapi yang penting kita perlu bersatu dan perjuangan perlukan pendekatan secara berhikmah. Terima kasih diatas semua cadangan dan pandangan yg telah dilontarkan.
Harap maklum
s/u perkasa
September 24, 2008 pada 10:16 am
Pengajar Apa Cerita
Cerita pasal pensyarah jer, pengajar apa cerita. Jawatan ni dah nak dihapuskan ke? Sejak masuk sbg pengajar sampai sekarang, aku rasa jawatan ni memang khas utk kuli batak jer. Kerja kadang2 sama mcm pensyarah, kdg2 lebih lagi..kena jadi tu jadi ni..
Status aku sekarang pun tak jelas, staf akademik ke, staf sokongan? Aku pon tak jelas cara naik pangkat cam ner? Dengar2 kenaikan pangkat bukan ikut mcm admin staf, mcm pensyarah jugak. Kalu peringkat awal ni byk jawatn kosong leh le cepat isi yg kosong tu…Tapi tak der sorg pun yg aku dengar jd pemangku. ..tapi dengar cerita kekosongan gred 44, 48, ke apa2 ke ada. Pernah sorg yg dah ada Master pon diletak sbg 41 lagi, alasan dah bagi peluang dpt master tu, dah kira ok…Cuba tuan-puan bayangkan, kalu perkara tu berlaku kat tuan-puan.
Staf JPA sendiri pun berebut smbung belajar sbb mmg ade peluang yg bakal diperolehi selapas tamat belajar. Walaupun dia org balik nanti tak der nak ngajar ke..atau guna balik ilmu yg dia belajar tu. Tak der pun had kan jawatan dia hanya boleh smbung kat takuk master jer..malah boleh sambuang ke peringkat phd.
Aku pelik org pangkat besar yg wat polisi ni kepala dia macam mana? Dah tentu mamat pengajar tu kerja mengajar, dah tentu kena sambung belajar sejauh yg dia perlu utk jadi seorg pengajar yg cekap. Dah tentu si pengajar tu nak kena terlibat dgn research & penulisan..mcm mana nak sampai takuk betul2 boleh wat semua tu kalu dok tahan nak smbung belajar?…Pikir2 kan la…
Sedih juga bila yg bila pengajar yg dah selamat jadi pensyarah tu yg buat2 tak ingat nasib org lain yg masih sbg pengajar. Janganlah bila kita dah kat atas, dah dok tempat selesa, langsung tak ambik tau pasal org2 yg dlm kategori terpinggir ni. Paling kurang, ingatla asal usul kita sebelum berada di kedudukan skg, walaupun dah tak nak ingat kita pernah jadi senasib dgn yg terpinggir tu..
Harap s/u perkasa bolehlah kiranya bagi sedikit ulasan pasal benda ni.
September 24, 2008 pada 4:50 pm
jbon
Buat Renungan Rakan-Rakan
Kita jangan hanya melihat apa yang universiti bagi kepada kita, tapi tanya la apakah yang telah kita sumbangkan kepada universiti. Ingatlah kita bahawa bukan semua usaha kita boleh dibayar dengan wang, ingat lah bahagian kita diakhirat.
September 24, 2008 pada 11:29 pm
wak jawa
Jbon.. ayat tu `Klise` sangat la…..
September 25, 2008 pada 7:56 am
kuda tempang
aku tertarik dgn kata2 Prof. Z tu. tapikan asyik2 dia kata “korang bawak lah kes2 ni ke atas”. Apakah gunanya si Prof. Z ni, sibuk sangat buat research ke, sampai suruh “korang bawah isu2 ke atas.”
Prof. Z ni seorang profesor dan dalam sesebuah uni, profesorlah yang patut bawak kes dan isu akademik ke atas. kenape? sebab kemungkinan besar dia ahli senat. dalam senat sepatutnya ade 2 orang profesor wakil fakulti, tidak termasuk dekan. jadi ape dia buat dalam senat? ampu NC saje ke?
aku pernah masuk senat wakilkan ketua aku yang malas ke sana hari tu, dan aku lihat, ahli2 senat semuanya pak turut, macam lembu ditarik hidung. ape NC atau TNC (tok sah cakaplah, meka soma nak kipas NC) cakap soma sahut OK BOS. adalah beberapa orang yang tak macam tu, tapi boleh di kira dengan kaki tempang aku ni.
sepatutnya mesyuarat Senat tu disiarkan LIVE macam PARLIMEN. baru korang tengok dengan mata dan dengar dengan telinga korang sendiri apa meka bincang. Baru korang tau dekan atau wakil korang buat kerja atau tak buat.
aku tengok pada hari tu, ada dekan tak buat keja, tepis menepis macam silat gayong, soalan2 ahli senat lain. korang kalau tak percaya cakap aku ni, korang mintak lah wakilkan ketua2 korang. sekali pon cukuplah. dapat pengalaman.
cukup buat kali ni. aku nak cari kandang kuda ku sebab ngantuk lepas qiamulail
September 25, 2008 pada 8:22 am
kuda tempang
Prof. Z ada menjawab soalan “Ada yg bertanya saya, siapakah Prof di UTHM yg patut dijadikan contoh dan teladan. Saya cadangkan anda contohi Prof Mustafa Mat Deris.”
Aku bukan nak kutuk mana-mana profesor, tapi, satu syarat selepas naik pangkat ke profesor ialah “SESEORANG PROFESOR ITU MESTI MEMBERI SYARAHAN PERDANA.”
ramai akan tertanya2 apa dia SYARAHAN PERDANA (SP) tu? entah, aku pon tak tahu. beberapa bulan yang lepas, adalah sorang yang naik pangkat ke profesor tak lama dulu beri SP. apa yang aku lihat, majlis upacara tu macam meriah, biasalah di uthm ni. habiskan duit pada majlis2.
tapi apa yang aku tengok, bukan SP tapi penyampaian biase je. student PSM pon boleh bagi presentation cam tu. dalam SP, kalau aku fahamlah, sebab aku dah tengok SP di uni2 lain, si profesor tu menyampaikan apa penyelidikan yang dia dah buat untuk dia LAYAK jadi profesor. satu bukti yang research tu dia dah buat ialah senarai PENERBITAN dia dalam RUJUKAN penerbitan SP tu. cuba korang cari penerbitan SP2 yang lalu di perpusatakaan (FYI baru 3 orang je yang dah sampaikan SP di uni ini).
dalam penerbitan si mamat ni, TIADA satu pon rujukan merujuk kepada “research” dia. Jadi, soalannya, research atau keja siapa yang dia sampaikan. tu aku kata, budak PSM pon better than this (dengan izin).
Balik kepada “siapakah Prof di UTHM yg patut dijadikan contoh dan teladan. Saya cadangkan anda contohi Prof Mustafa Mat Deris.” profesor ni pon belom bagi SP dia. bukan aku nak kutuk dia. mungkin sebab tunggu giliran ke, aku tak taulah. bekas NC, TRHEP, TNCAA, dekan2 berpangkat profesor, profesor2 tak berjawatan, cam ne? tak rasa bersalah ke tak bagi SP? tunjuklah contoh kepada orang2 yang belom dapat naik pangkat ni.
satu perkara lagi pasal SP ni. Di uni lain, tok sah cakaplah di luar negeri, di malaysia pon cukup, kalau seseorang profesor tu nak diberi kontrak selepas pencen, dia MESTI dah beri SYARAHAN PERDANA.
korang yang bukan profesor, maknanya korang PROFESSOR MADYA ke bawah, tak payahlah berangan2 nak sambong kontrak lepas pencen nanti. Ni baru dikatakan universiti berwibawa. di uthm ni, profesor ke, profesor madya ke, ramai dapat kontrak lepas pencen. research tarak, batang hidung pon tak nampak di uni ini. makan gaji buta je.
aku nak buat research macam mane nak menang lumba dengan kaki tempang aku. jadi profesor ke tak, aku tak kisah, sebab aku dah menang lawan diri aku sendiri.
September 26, 2008 pada 12:26 am
alipkopter
Apa yg si kuda tempang cakap mmg ada kebenarannya dan aku sgt setuju, for instance, siarkan mesy senat secara live. Kita kan dah ada UCiTV, so manfaatkannya sebaik mungkin utk kebaikan kita bersama. Lagipun, aku sure semua ahli senat mesti berlumba2 buat kerja dan laporkan pada NC utk buktikan mereka deserve jadi ahli senat dan disaksikan oleh seluruh staf uthm.
Aku rasa kenapa prof z suruh bawak perkara yg kita tak puas hati ke atas mungkin sbb mereka perlukan bukti dan justifikasi. Takkan dia (wakil kita di senat) tetiba pandai2 jer nak bangkitkan isu yg kita bincangkan kat sini, tapi bila member senat lain tanya apa asasnya, terkencet dia nak jawab sbb takde memorandum/laporan rasmi dari kita. Sama jugak macam sesuatu kes jenayah…kes tu mesti dilapor pada polis, baru polis ada asas utk bertindak. Aku rasa penubuhan PERKASA satu idea yg baik utk suarakan permintaan kita.
Satu lagi aku nampak merit utama kenaikan pangkat kat uthm ni sbb terlibat dlm pentadbiran (even kat utm pun sama). Cuba kira berapa ramai prof kat sini yg betul2 dapat prof sbb research…boleh dikira dgn kipas alipkopter aku ni agaknya. Aku agak NC lantik prof2 yg ada skrg ni sbb nak kasi up pada imej kita. Malulah kalau kat uthm takde prof langsung. At least buat permulaan (uthm kan masih muda lagi) kalau ada staf yg berpangkat prof (walaupun xbuat research sgt), taklah malu sgt pada uni2 lain…lagipun diorang pun bukannya tau kelayakan prof kita. Untunglah diorang ni dpt prof tapi tak banyak (atau tak de) buat research.
Kalau dah lama sikit nnt, dah ramai org buat research, masa tu bolehlah lantik prof yg memang betul2 buat research dan yg dah bagi SP. Prof yg ada skrg ni ,biarkanlah. Jgn diungkit2 lagi kelayakan mereka menjadi prof. Sekurang2nya diorang ada menyumbangkan jasa dari aspak pentadbiran utk bawa uthm hingga ke level skrg. Tak bangga ke dgn mereka?
Ko kuda tempang, jgn jadikan alasan ketempangan kaki kau tu utk tak buat research. Ko tau tak Prof Stephen Hawking lebih teruk keadaan dia, tapi dia banyak buat research especially mengenai kosmologi dan graviti kuantum. Beliau sepatutnya menjadi motivasi pada kita utk terlibat dgn research secara lebih aktif.
September 26, 2008 pada 1:23 am
methodology
Waaaaa…best nya ko ni kuda tempang….betul cakap ko….aku pun sebenarnya dah lama geram…satu lagi aku nak tanya korang semua…..kenapa sangat kurang pengiktirafan diberikan kepada kaum pompuan…aku bukan apa…..kakak aku kata UTHM ni takde Prof pompuan yang berkaliber ke ?
Korang/Prof Z boleh tak bagi tau sapa Prof pompuan dalam UTHM aku rasa ada sorang atau dua je kot….tapi dari segi research aku tak tau pulak sapa yang terer….
Satu lagi, ahli senat kita ni memang pun takde wat research sangat….
Mmmmm apa kata kita suruh NC/Pemangku NC kita mula SP dia dulu…aku memang nak tunggggguuuu sangat…..
September 26, 2008 pada 2:16 am
uthmdehati
Salam sejahtera..
Kami dapati sejak 2-3 hari ini, banyak komen yang telah diutarakan oleh pengunjung UTHMdehati. Berbagai jenis komen telah dapat kita baca. Olehitu kami berharap agar pengunjung dapat menilai sendiri komen yang telah diberikan.
Perlu kami ingatkan sekali lagi bahawa ini adalah weblog dan semua pengunjung bebas mengemukakan komen tampa sebarang halangan.
Sekian…. dan SELAMAT HARI RAYA
September 26, 2008 pada 5:21 am
methodology
Laaa ye kuda tempang…macam kuliah biasa jer….sian tul…..
Masalahnya diorang ni makan gaji besar….tak takut ke ek ?
If they set the benchmark like what they have done….so no wonderlah semua orang tak puas hati…sebab ada antara kita mampu buat lagi baik dari mereka…aku kenal gak orang yang ko cakap tu…aku pernah jumpa dia masa kat UK dulu…tak sangka pulak ko kata SP dia cam tu…ko bio betul…..tak patut..tak patut
Abih tu, pandai plak set kita nih nak naik pangkat ken main susah lagi….camano tu
September 26, 2008 pada 5:47 am
kuda tempang
terima kasih kerana mengingatkan aku “Ko kuda tempang, jgn jadikan alasan ketempangan kaki kau tu utk tak buat research.
” Bukan aku tak buat research, tapi mungkin hang terlepas pandang kerana aku kata “aku nak buat research macam mane nak menang lumba dengan kaki tempang aku.” Aku ingat aku nak buat kereta kuda guna enjin hidrogen yang dijana teros dari fuel-cell elektrolysis air.
Dengan research ini, aku tak payah beli minyak lagi. Tuang air dari parit-parit bertakung kekeliling kampus dah OK. Disebabkan aku tempang, maka aku boleh naik kereta kuda ni, bukan aku tarik kereta kuda.
Kalau uthm nak bagi aku profesor alhamdulillah. Tapi kalau tak nak bagi, “arif tak kisah”. ehh, aku kena kejut kuda betina aku nak sahur. salam pada semua.
September 26, 2008 pada 5:56 am
methodology
Hahahahahahah…aku dah tau ko sapa kuda tempang…releklah…aku rasa ni berlaku sebenarnya akibat dari pengurusan NC terdahulu…so inilah hasilnya….sebab aku rasa perlantikan Prof-prof ni atas ‘berkenan’ beliau juga sebenarnya….sorilah kalau aku salah beri pandangan eh…
September 26, 2008 pada 7:51 am
Siapa kita
Slmt Berpuasa Dan Slmt Hari Raya.
Saya memang minat ngan blog-blog yang membincangkan isu secra terbuka tetapi bila difikirkan , sebenarnya kita dipergunakan oleh idea blog supaya bersikap terbuka ( kononnya) tetapi bila kita balik ke landasan islam , kita dah jauh terpesong.
Inilah kerja yahudi menjadikan manusia berbalah , berpuak-puak , dan fitnah – memfitnah.
Perasankah kita semua ini , apa kita nak jawab dengan ALLAH tentang perbuatan kita ini.
Sedangkan dalam islam kita mengajuk orang yang memang GEMUK dan dibelakangnya kita mengatakan dia GEMUK pun sudah dikira mengumpat . Jadi yang kita tulis di blog ni dikira apa ?. Perjuangan ke , kebebasan ke , atau luahan “ikhlas” ?.
Di dalam kehidupan dunia tanpa sempadan (kononnya ) kita bebas bersuara . Tetapi sebenarnya macam mana canggih pun dunia ni dan berapa pandai pun kita semua , kita tetap ada sempadan iaitu AJARAN ISLAM .
Mudah-mudahan warga UTHMdehati dapat memikirkannya dan bercerita lah benda yang baik – baik dengan mengikut lunas ISLAM.
p/S : Gua pun tak baik mana , tapi guan takut dengan NERAKA ALLAH.
September 26, 2008 pada 7:56 am
Taubat aku
Iya tak ye kata ” siapa kita”.. takut gak lah .. tapi rasanya saham paling banyak orang yang mengendalikan ruang ni. sikit -sikit lama-lama jadi bukit.. takutnya.
aku rasa sempat lagi taubatnya sempena bulan puasa.
September 26, 2008 pada 9:02 am
methodology
UMPATAN YANG DIHARUSKAN
Pertama:
Untuk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yang dizalimi untuk memberitahu pihak yang boleh menolongnya daripada terus dizalimi penzalim.
Kedua:
Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran dengan mengadu kepada pihak yang berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yang dilakukan.
Ketiga:
Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yang ada kaitan dengan pihak yang diumpat dengan syarat umpatan itu perlu dilakukan untuk memahamkan orang yang diminta fatwa. Jika boleh difahami tanpa umpatan, maka umpatan tidak harus ketika itu.
Keempat:
Memberi ingatan dan nasihat kepada orang Islam lain tentang keburukan yang dilakukan oleh orang yang diumpat.
Kelima:
Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya.
Keenam:
Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.
Di dalam kitab Ihya Ulum al-Din, Imam al-Ghazali ada menyenaraikan beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu mengumpat atau mengata, keadaannya adalah seperti berikut:
Pertama: apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.
Kedua: meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan.
Ketiga: ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah menganiaya saya.”
Keempat: mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. Contohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.
Kelima: apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.
Keenam: apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.
Wuallaualam.
September 26, 2008 pada 9:21 am
kuda tempang
betul kata Siapa kita. Mengumpat haram. Tetapi bercakap yang benar di depan raja yang zalim merupakan jihad. Kalau raja zalim tu baca blog ni (yang bukan terhad kepada ahli atau segelintir saja), bukan mengumpat namanya. kalau dia tak baca, aku tak taulah hukumnya.
September 26, 2008 pada 9:45 am
kuda tempang
Profesor pompuan
===============
methodology kata “…..kenapa sangat kurang pengiktirafan diberikan kepada kaum pompuan…aku bukan apa…..kakak aku kata UTHM ni takde Prof pompuan yang berkaliber ke ? ….”
Yang aku tau ada 2 je profesor pompuan – dua-dua di FPT dan dua-dua bekas UTM. Sorang kontrak lepas pencen. Dua-dua skarang ni dekan. so, hebatlah tu. 100% profesor pompuan dekan! Apa lak kurang pengiktirafan?
Tapi kalau nak ikutkan, profesor madya pompuan, ada 6 tak silap aku. susah nak kira dengan 3 kaki aje. 3 sains sosial, 2 IT dan sorang jurutera.
Mungkin, pompuan yang muda2 tu kena buat PhD cepat2, buat research, then apply prof. madya.
aku pon suke tengok lebih ramai prof pompuan yang berkaliber di parit raja ni.
September 26, 2008 pada 10:20 am
methodology
Diorang tu best tak kuda ? Aku harap kat fakulti engineering nanti adalah sikit pompuan gak lah….akak aku tgh buat phd dengan MARA…dia kata potensi baik tak UTHM…aku tak berani jawab setelah melihat pengalaman aku di sini…sadissssssssss !
September 26, 2008 pada 3:41 pm
KeretaKebalUTHM
beri laluan kereta kebal nak lalu….
September 26, 2008 pada 4:37 pm
Nanoman
Pada kuda tempang, “arif tak kesah” tu…jangan kena kat Dr. Arif cukup le…
September 26, 2008 pada 10:38 pm
methodology
Eiii jap, aku dengar ada orang kat UTHM dapat PM masa dia belajar kat UK lagi…..boleh ke naik pangkat walaupun sedang di LUAR NEGARA ?
September 27, 2008 pada 6:56 am
kuda kepang
bukan je dapat PM sambil cuti belajar di luar negeri, tapi, diberi tiket kapalterbang balik untuk buat PTK dan interview!!!
September 27, 2008 pada 9:09 am
alipkopter
Kuda kepang, boleh bg hint sikit saper yg istimewa sangat tu sampai tiket flight pun ditanggung, pastu dapat PM lagik masa cuti belajar? Untung betul org tu. Kan bagus kalau semua org dapat peluang mcm tu.
Oktober 7, 2008 pada 12:48 am
ntahapeapentah
semua cerita pasal kenaikkan pangkat sendiri atau pangkat org lain..itu ini bla bla pangkat bla bla pangkat aku x naik bla bla bla mamat tu xde ape2 pun leh naik pangkat bla bla bla…mcm2 lah…tetapi taraf universiti masih di takat tu jugak…pangkat shj yg dibincangkannya…sudah tentu ramai yg disini adalah bakal2 pemegang phd atau pun yg mmg dah ade phd….kalau gini lah gaya pemikirannya…pangkat setinggi mane pun kualitinya xdee…
Oktober 9, 2008 pada 2:15 pm
MAGIK
menjawab —ntahapeapentah—-ko ni poyo je, ini bukan soal naik pangkat, ini soal recognition bagi yg berkelayakkan, do they people recognize you when you have a phd qualification
???? cuba pahami isi tersirat perbincangan, jgn main serbu….
Oktober 10, 2008 pada 3:08 pm
Tanpa nama
ini bukan soal pangkat semata2 lah….ntahapeapentah….ini soal memertabatkan universiti. abih kalau all those phd holder tu susah payah buat phd..naik kan nama universiti tempat dia bekerja of course ler sekali naikan nama dia….tapi tak di iktiraf kelayakan dia mana adil pada mereka. takkan ler depa tu nak samakan dengan pensyarah yang cuma ade master jer….wlau hebat macamana pun orang yang ade master tu tapi tetap tak sama dengan mereka yang ade phd. sbb tu orang gelar mereka…..dr walaupun baru semalam depa dapat phd…..orang yang cume ade master dengan pengalaman 10 tahun, 20 tahun pun depa tak ade gelaran pun still dengan sdr jugak….ko paham lah sikit…..
p/s: tolong bagi aku semangat untuk buat phd.
Oktober 10, 2008 pada 4:22 pm
Kesom
Apa yang penting setelah mendapat PhD ialah pengisian selepas itu. Apatah lagi setelah dapat pensyarah kanan ni….kenalah lebih aktif research dan publication. Benda2 ni dapat menaikkan nama universiti.
Oktober 11, 2008 pada 7:19 am
xpenting
Satu benda yg harus korang ingat, pangkat yg lebih tinggi mempunyai amanah yg lebih besar (dan gaji+elaun juga lebih banyak…huhu). Memohon kenaikan pangkat bermakna memohon utk menambahkan amanah sedia ada. Meaning that, kalau rasa mampu nak melaksanakan amanah yg lebih berat, barulah mohon utk dinaikkan pangkat, kalau tak, tak payah. In case dah berjaya naik pangkat tapi level kerja masih sama mcm dulu juga, muhasabahlah diri tu…kalau tak, dikhuatiri kita akan terus mcm tu sampai pencen.
Oktober 11, 2008 pada 1:36 pm
methodology
Memang betul…amanah besar, selagi masih ingat amanah maka selagi itulah hati akan ikhlas dan gembira buat kerja….tak kira lah gaji tinggi ke rendah…
Oktober 21, 2008 pada 6:55 am
ryu watanabe
macam mana dia boleh dapat PM percuma? pakai kabel n kipas ke?
Oktober 21, 2008 pada 7:20 pm
xpenting
Salam dan selamat sejahtera semua,
Saya rasa pasti ada sbb kenapa ada staf yg dinaikkan pangkat semasa di overseas. Jgnlah kita berburuk sangka. Dah rezeki dia nak naik pangkat, nak buat macam mana. Lagi pun saya rasa beliau memang layak dgn jawatan tersebut dan tak mustahil dalam masa terdekat akan ditabalkan dgn jawatan full prof kalau beliau terus berusaha dgn kuat dan berdedikasi. Beliau mmg deserve utk jawatan tersebut.
Yg kita2 ni yg masih di bawah, berusahalah bersungguh2 utk meningkatkan prestasi diri dan kerja. Jgnlah jeles dgn kejayaan org lain. Pangkat naik atau tak naik itu belakang cerita. Yg penting segala amanah yg dipertanggungjawabkan telah dipenuhi.
Semoga NC baru (dan semua dekan dan KJ) berlaku adil kepada semua staf bawahan tanpa memilih kroni dan bulu. Bagi staf yg layak, naikkanlah pangkat mereka, yg tak layak, galakkan merekq supaya terus berusaha memajukan diri dan kerjaya. Budaya kroni atau pilih bulu adalah budaya yg tdk sihat utk perkembangan universiti. Buanglah budaya tersebut jauh2 supaya kita mampu bersaing dgn uni2 lain sama ada di Malaysia atau oversesas. Oppsss satu lagi…minta NC baru (dan semua staf) juga jgn menunjukkan kecenderungan kpd mana2 parti politik supaya budaya ilmu di UTHM akan terus berkembang sbb politik menyebabkan kita tidak fokus pada amanah yg dipertanggungjawabkan. Kalau nak berpolitik juga, tunggulah lepas habis waktu kerja.
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Yg benar,
xpenting
Oktober 23, 2008 pada 8:37 am
Junaidah Paridan
Wah rajin sungguh lecture2 saye menulis kat sini. rasanya kalau masa menulis di sini digunakan untuk penulisan ker research ker mesti cepat nak PM atau prof…..
Jadi wahai pensyarah ku… pandai2lah bagikan masa dan tahu mana lebih penting.
Oktober 23, 2008 pada 9:05 am
Kak Yam
Alhamdulillah, tidaklah terlalu menganggu berkunjung kesini…pagi-pagi buka emel, baca newspaper sikit, pastu jenguk sini kejap…sejam masa diambil lebih kurang..jam 9 start kerja…sampai petang…..malahan sampai malam…letih…InsyaAllah, “Kak Yam OK..” (ala-ala iklan Petronas gitew ! )
Oktober 23, 2008 pada 9:35 am
uthmdehati
Salam Sejahtera…
Kembali kita bertemu, terima kasih kepada kak Yam, Metodology dan beberapa lagi yang sentiasa memberikan komen di UTHMdehati. Kami minta maaf kerana buat masa ini perkhidmatan internet di kawasan kami terganggu. Maklumkan kabel kena curi.
Sekian dulu…
Oktober 24, 2008 pada 2:37 pm
al bana
macam aku ni, dah naik pencen pon tak dapt ke tahap yang sepatutnya. Dapat ke PTK pon ditolak atas alasan yuran yang tinddi kena bayar oleh unuiversiti, namun begitu ia boleh pulak di hadiri oleh orang lain, yang ada kronis dengan orang atas. aku pon naik tak faham status pejabat pendaftar ni…….. orng itu boleh gi, orng i tak bleh gi…… ikut engkau orang lah……… habis-habis pon akhirnya tinggal di 6′ bawah. Mana ada orng dah mati naik pangkat lagi hingga ke 10′ atas? tak ada….semuanya akan ke 6′ bawah. so janganlha mengata aku bagus…orng tu tak bagus….. egkau orng tau lah nanti….. kalau dah berada di alam yang satu tu….. gelap gelita di buatnya. fikir-fikirkan lah. Lihat-lihatlah orang yang nak pencen ni…… kalau ada peluang naik pangkat…. naikkan cepat-cepat…..
Oktober 31, 2008 pada 4:30 pm
Padi matang
skarang ni..PHD terus naik kanan dah implement ke?
November 6, 2008 pada 10:07 am
z
kalau dah tuhan katakan dan takdirkan naik pangkat, tetap naik. kalau bukan takdir kita naik tetap tak naik, jangan melanggar ketentuan ilahi. kalau kita ni bekerja ikhlas kerana tuhan. kalau rezeki tu tak datang pada kita, akan diberi pada suami atau isteri kita naik pamgkat, anaupun anak-anak kita yang akan berjaya dalam pelajaran. tak perlu sedih2
November 6, 2008 pada 1:48 pm
tinju naga
Kepada padi matang.. pendaftar dah keluar pekeliling tu kira dah implement la… tak baca pekeliling la tu..
November 6, 2008 pada 3:16 pm
Padi matang
tinju naga terima kasih atas maklumat tersebut .
November 6, 2008 pada 3:38 pm
Padi matang
maaf tinju naga. saya dah masuk laman web Pej pend. tapi tak ada pun pekeliling berkenaan. dimana saya boleh dapatkan peliling tersebut?
November 6, 2008 pada 4:55 pm
tinju naga
rasanya pendaftar dia keluarkan surat pekeliling dan diemailkan kepada semua staf uthm melalui email uthm la. aku pun tak tahu kat mana dia sumbat lepas hantar email tu tapi bila aku baca surat pekeliling tu, siapa yang dah ada phd tapi belum sah akan dapat pangkat ds51 tapi kena lulus ptk. yang dah lulus ptk dan telah sah jawatan masa jadi pensyarah ds45 akan dilantik ke ds52 bila ada phd.
kepada padi matang cuba tanya geng di uthm yang dapat email tu yang belum delete lagi. dah lama. aku dah delete dah email tu.
November 6, 2008 pada 5:13 pm
Dr Hashim Saim
Salam semua. Saya tengok dalam ruang komen terkini banyak isu tentang kenaikan pangkat. Sebagai Pengerusi JK pelantikan guru saya rasa terpanggil untuk membantu membuat penjelasan bagi pihak universiti. Apa kata saya cadangkan supaya PERKASA, PENTAS dan lainlain persatuan organise satu perjumpaan/ dialog supaya kita dapat jemput bersama pegawai lain yang berkaitan spt pendaftar dan lain-lain. Saya bersedian untuk hadir dan boleh jemput Dato’ NC bersama. Rasanya banyak perkara boleh terlerai dan kita boleh tumpu masa kita untuk majukan UTHM.tk
Kepada Prof. Dr. Hashim Saim
Terima Kasih diatas cadangan Prof.. jadi sekarang terpulang kepada semua staf untuk turut serta dalam dialog yang dicadangkan. Dialog ini perlu dihebahkan agar semua staf dapat mengambil bahagian. Kami di UTHMdehati akan memberikan sokongan terhadap dialog itu nanti. Kita tunggukan bersama. tk
November 6, 2008 pada 11:48 pm
nk tido
kalu dialog dgn pendaftar,timbalan pendaftar ,membincangkan mengenai DS52 nih.buang masa ajelah…baik kita bincangkan macam mane SENANG SGT orang2 kt pendaftar nih senang naik pangkat..apa kriteria dia..kejaap jek dpt kanan…pastu siap boleh target/usha lagi 2 3 tahun nk naik pangkat lg… lu pikirlah sendiri!!!
November 7, 2008 pada 8:19 am
dah bangun tido
teringat kata2 TNGA..jgn selalu sgt menafikan hak orang atau menzalimi orang..kat mahkamah Allah nnt orang tu akan tuntut balik..masa tu tade dah nk bayar dgn kenaikan pangkat lg..bayar CASH PAHALA…INGAT!…berilah pada mereka yang hak..jgn menzalimi sesama manusia..kumpullah pahala banyak2..nnt banyak CASH PAHALA nak pakai..takut pokai kt sana nnt..pesanan ikhlas kepada PNDAFTAR dan dan PEJABAT PENDAFTAR punya orang…dan diri sendiri
November 7, 2008 pada 8:20 am
APRT - Apa Erti
Tahniah la Prof. sbb bagi respon kat sini. At least ada gak org2 beso yg amik berat dan amik maklum tentang komen dan cadangan yg diberikan oleh pengunjung lain kat sini. But after all, I just wonder when will the all the bosses will take action regarding Pejabat Pendaftar. Rasanya dah banyak komen untuk Pejabat Pendaftar, but I don’t think the Pejabat Pendaftar itself and all the bosses take any action on it. Dah lama jugak komen2 diutarakan……
‘Takpe la’………..APRT tunggu dan lihat je la yek.
Bak kata To’Ki ; Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut diam…
November 9, 2008 pada 2:59 pm
Tanpa nama
tidak patut dinyatakan katidak hadiran di dalam web TSIS u, sebab kehadiran majlis yang diadakan pada hari jumaat seperti MaJLIS ILMU, asalkan majlis pada jumaat tak dapat hadir disebabkan adanya kelas jam 8.00 atau 9.00 pagi. minta di kaji semula akan hal ini.
Oktober 27, 2009 pada 9:32 am
Bekas Prof
Saya membaca dan terbaca ulasan2 saudara/ri dalam lama ini. Semuanya berlaku secara kebetulan sahaja, pada asalnya saya kurang berminat untuk mengulas tetapi ‘it may be good’ for the next generation. Saya tersenyum dan hampir rabak bibir saya kerana tersenyum terlalu lama dan telalu lebar. Saya perhatikan apa yang ramai saudara/ri bicarakan samada positif atau negatif (pada tanggapan anda sendiri) kadangkala bagi saya amat menjadi lawak jenaka terbaik di abad ini.
1. Saya pernah menilai kenaikan pangkat d UTHM, kenaikan pangkat Prof atau Prof Madya. Saya dapat kualitinya, masyaAllah, mengambil ayat orang-orang muda ‘HAMPEH”! kerana apa? Tiada penerbitan berwasit, tidak pernah menyelia pelajar PhD dan ada dikalangan pemohon pula tiada PhD? Pernah salah seorang darinya saya tidak dapat memberikan ulasan secara positif (from professional point of view) untuk dinaikkan pangkat Profesor kerana bagi saya jika saya menyokongnya maka ia adalah satu penghinaan kepada profesyen professor. Beliau tiada penerbitan yang outstanding untuk diangkat sbg professor, tidak pernah menyelia pelajar PhD, malah paling menyedihkan beliau sendiri GAGAL dalam pengajian PhD nya. Namun ‘orang besar2′ UTHM/KUiTTHO mahu juga beliau dinaikkan pangkat! Saya dipanggil pada malam hari selepas temudua berlangsung, supaya menukar penilaian saya. Tapi saya dengan tegas menyetakan demi prinsip ‘I will NOT and will NEVER”. Tetapi kerana ‘orang besar’ mahu juga dia dianaikkan pangkat walau tidak layak sekalipun maka NAIK TAHTA jugalah orang itu!
2. Dalam kes lain pula, seorang yang tiada penyelidikan, tidak pernah mendapat geran penyelidikan yang dikira outstanding, penerbitan pun dalam jornal yang sendiri terbitkan (UTHM/KUiTTHO Journal), jaouh sekali di undang sebagai keynote speaker dalam mana-mana konferensi dalam dan luar negara. Namun dilantik juga sbg prof madya dan kemudian sebagai professor. Dimanakah nilai kesarjanaannya!
3. Ada juga (dan MAJORITI) yang kerja seharian mengadu domba, mengata orang sana-sini, menjatuhkan orang itu, menaikkan orang ini. Kerjanya ibawat pencacai murahan, bukan sebagai sarjana unggul, tetapi menabuh duri dan fitnah kepada orang-orang yang ikhlas berkerja. Seharian naik tangga , turun tangga berjumpa NC, TNC bukan untuk kegemilangan UTHM/KUiTTHO tetapi untuk ‘menyahkan’ orang itu dan meminggirkan orang ini, Namun orang sebegini disanjung dinaikkan pangkat Profesor Madya mungkin dalam proses diangkat sbg Professor dan diberi juga jawatan PENTADBIRAN kerana kecemerlangan sifat Abu Jahal dan Abu Lahab nya.
Oktober 28, 2009 pada 11:22 am
Abang Bouncer Pusat Islam
TAk pelah tak naik pangkat, janji aku dan keluarga tak mati kebulur dah lah ye………..
Janji tak dilonggokkan benda yang bukan2, melebihi tugasan asal, dan tugasan itu layak dilakukan oleh orang yang lebih berpangkat tapi…………dihamburkan kat kita dah la……
Oktober 28, 2009 pada 1:08 pm
Adik Guard
Abang Bouncer Pusat Islam,
Betul tu bro. Pada aku, yang terbaik ialah kita jalankan tugas kita sebaik mungkin dan seikhlas mungkin. Kalau lepas buat yang terbaik (setelah bertahun-tahun) pun still diorang tak kasi naik pangkat, itu terpulang (esok dah mati diorang sendiri jawab) pada diorang. Yang penting kita dan keluarga kita semua tak mati kebulor sudah.
Oktober 28, 2009 pada 1:45 pm
Abang Bouncer Pusat Islam
Adik Guard yang ku sayangi…cewwwah….
Kita sematkan dalam hati kita, “Aku kerja kerana Allah untuk memberi anak dan bini kita makan dan membesarkan anak2 supaya jadi manusia berguna…”
Lagipun kalau ada rezeki naik pangkat, Alhamdulillah, kalau tak ada pun, tak adalah kurang gaji kita tu, Insya Allah, Allah akan gantikan jerih payah kita bekerja tu dengan benda2 lain; misalnya keberkatan rezeki, kepala tak pening, yadayada…..
Ada hikmah Allah tak beri rezeki naik pangkat tu kat kita, tinggal kita nak rajin muhasabah je……….
Oktober 28, 2009 pada 1:53 pm
Adik Guard
Abang Bouncer Pusat Islam,
Betul tu. Cuma yang peliknya, ada sesetengah orang, PhD dah la takde, tapi dok dengki kat orang yang ada PhD dapat naik gred 51/52. Ape la sesak sangat hati tu. Dah tu pulak, diorang ni asik dok kondem cakap buat PhD ni senang jer, tapi bila kita suruh dia buat, dia tak berani pulak.
Oktober 29, 2009 pada 1:38 pm
Abang Bouncer Pusat Islam
Itulah, kalau tak de PHD, ambillah PHD….buat apa yang sepatutnya…..kalau dah cuba yang terdaya, tapi tak dapat barulah boleh ‘mengebom’…..ni nak ‘mengebom’ tapi ‘bom’nya tak ada macamana???
Oktober 29, 2009 pada 3:30 pm
Bekas Prof
eh..eh.. perlu ke PhD kat UTHM. Tu Professor yang naik pangkat tanpa PhD mcmana yer… Dah lah tanpa PhD, cuba buat PhD pun entah tidak! Lepas tu ada juga yang dengar2 buat PhD, tak dapat!! beli pulak PhD online. Katanya dalam bidang management! PhD plastik tu (cuba semak siapa dia….) Dia ni suka turun naik canselori, adu domba orang, lepas tu bila TNC baru ganti yang lama baru2 ni , dia lah paling aktif ‘turun-naik’ canselori !!!! Cuba tuan/puan/rakan/sahabat cari .. SIADA DIA????.. Eeee nak muntah teman tengok dia ni
Oktober 29, 2009 pada 3:33 pm
Adik Guard
Abang Bouncer Pusat Islam,
Jenis macam ni memang jenis hati busuk. Bila kita suruh dia buat PhD dia tak mau. Tapi dia asik dok kata yang buat PhD ni senang jer dan asik dok peleceh orang yang dah ada PhD. Ape la punya hati busuk. Kalo ada berani, pegi la buat PhD.
November 4, 2009 pada 3:06 am
ketutoran
wauuu….mcm ni keadaan UTHM nih. Apa-apa hal bila staff dah ramai, U makin besar macam-macam sifat manusia akan ada. So UTHM tetap di hati
November 4, 2009 pada 4:42 pm
Abang Bouncer Pusat Islam
Itulah, kawan tak berani nak semak siapa dia Prof yang tak de PHD ni, tajassus (mangintip2 ksalahan orang)…..
Itulah, dia buat, dia akan dapat, menghalamg rezeki orang yang lebih berhak kan….