Dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima surat dari Jabatan Penuntut Malaysia London mengenai bekas pelajar Malaysia yang menggunakan gelaran Doktor Falsafah PALSU (PhD) sekembalinya ke tanah air selepas GAGAL dalam pengajiannya di University. Berita ini mengingatkan saya kepada kisah PhD yang dibeli oleh sesetengah pihak atau kisah PhD yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Walaupun tidak diiktiraf kerajaan tetapi ilmu yang disampaikan tetap betul.
Apa respon isteri apabila tahu suami berkahwin lebih satu. Suami merahsiakan perkahwinan keduanya. Sudah tentu si isteri marah, kerana kepercayaan dia dikhianati. Dia tidak diberitahu hal sebenar dan rasa tertipu. Meskipun si suami berkahwin secara sah? kerana kepercayaan itu adalah perkara penting suami-isteri. Samalah ceritanya dengan klien-klien. Mereka memilih perunding berdasarkan kepercayaan. Mereka percaya latar belakang pendidikan itu dapat membantu organisasi mereka. Jika ia disembunyikan status sebenar, maka adakah masih layak klien menaruh kepercayaan?
Salah satu persepsi yang dipegang oleh kita ialah latar akademik yang dimiliki seseorang adalah diiktiraf oleh kerajaan. Jika ia terkeluar daripada sistem, menjadi tanggungjawab seseorang untuk memaklumkan status tersebut bagi memperbetulkan persepsi itu. Peranan pengiktirafan kerajaan terhadap sijil akademik bukan sekadar bertujuan bagi sebarang proses pengambilan kerja. Akreditasi dan pengikitirafan tersebut menjadi tanda aras bagi mana-mana organisasi bagi meyakini tahap akademik.
Terdapat beberapa anugerah yang berbeza untuk mendapat gelaran doctorate. Contohnya mendapat honorary doctorate. CDBA = Certificate Doctorate in Business Administration dan bukan PhD. Ia adalah “honorary doctorate” atau “doktor kehormat”. Jadi, kita tidak boleh mendakwa semua doctorate adalah hanya lulusan PhD. DBA dan PhD adalah berbeza. DBA adalah profesional lebih relevan untuk perniagaan dan berdasarkan skill praktikal. Thesis bertulis masih perlu dilakukan. Manakala PHD adalah akademik dan banyak kepada penyelidikan. Untuk menjadi ahli perniagaaan, DBA menjadi pilihan mereka dan bukannya PhD. PhD kebiasannya untuk menjadi penyelidik, pesyarah university, dsb.
Ketahui bahawa Doctorate, bukan untuk PHD sahaja (masyarakat kita sering didedahkan kepada PHD). Ada banyak lagi termasuk: PhD, EdD, DEng, EngD, DBA, DD, JCD, SSD, JUD, DSc, DLitt, DA, DMH, MD (Doctor yang di hospital ), DMA, DMus, DCL, ThD, DrPH, DPT, DPhil, PsyD, DSW, LLD, LHD, JSD, SJD, Ju STD, DMin kesemuanya adalah kelayakan doctorate.
Selalunya masyarakat tidak mahu berguru dengan mereka yang tidak jujur lalu mencari kebenaran. Mereka yang ada Ph.D yang betul dan bertungkus lumus mendapatkannya hingga mengambil masa bertahun-tahun tidak akan puas hati apabila ada segelintir yang dengan begitu mudah membeli gelaran. Saya bersetuju dengan mereka ini sebab Ph.D dan DBA mesti berkredibiliti.
Sekian.


13 comments
Comments feed for this article
September 5, 2008 pada 12:01 am
jepun_omputeh
Ada kes beli PhD berlaku di kalangan staf UTHM ker? Cerita sikit kalau ada siapa2 yg tahu.
September 6, 2008 pada 10:22 am
kelabuasap
Alah…aku tau ada berlaku…. ;)…poor UTHM
September 6, 2008 pada 11:50 am
ryu watanabe
betul ke ada kalangan staf uthm yg beli PhD…kalau macam tu aku pun nak…ada buat auction kat ebay tak??
September 13, 2008 pada 11:08 pm
pemerhati
Mcm mana ler nak berkat ilmu bila sijil pun guna yang beli punya. Hampeh sungguh
September 17, 2008 pada 12:13 pm
massbakulli
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
KINI TELAH DIBUKA..
PUSAT DOWNLOAD MELAYU
MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
►Audio Muzik
►Ceramah & Motivasi
——Audio
——Video
►Ebook
——Majalah
————————Majalah PC ada,
————————Majalah PC Xtra ada,
————————Mangga ada,
————————Ujang ada,
————————Mastika ada,
————————Gila-Gila ada,
————————Majalah Apo? ada,
————————Majalah Gempak ada,
————————Majalah Utopia ada,
————————Majalah Mingguan Wanita ada,
————————Majalah Mastika ada,
————————Majalah Wisel ada,
————————Majalah Arena Bolasepak ada,
————————Majalah Hai ada,
————————Majalah Maskulin ada,
————————Majalah G3 ada,
————————Majalah Max It ada,
————————Majalah Star Soccer ada,
————————Majalah Klik ada,
————————Majalah Remaja ada,
————————Majalah CHIP ada,
————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
————————Majalah Rasa ada,
►Filem
——Versi DVD
————Cerita Indonesia
————Cerita Melayu
————Cerita Orang Putih
——Versi VCD
————Cerita Indonesia
————Cerita Melayu
————Cerita Orang Putih
►Rancangan Televisyen
——8TV
——Astro Ceria
——Astro Prima
——Astro RIA
——AXN
——NTV7
——RTM
——TV3
——TV9
►Video Muzik
——Muzik Indonesia
dan banyak lagi..!!!
Masuk sini= http://media-melayu.notlong.com/
TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
███████████████████████████████████████
September 26, 2008 pada 8:20 am
kuda tempang
FYI, kelayakan MD (Doctor yang di hospital ) BUKAN merupakan pengajian peringkat doktorat. Doktor perubatan mendapat dua ijazah di peringkat sarjana muda dalam jurusan sains, sebab itu mereka mengambil masa 5 tahun (3 + 2). Gelaran ijazah mereka adalah MBBS atau MD. Mereka adalah General Practitioner atau GP, seperti Dr. Zul dan Dr. Saidatun di PKU.
Di UK, mereka adalah dipanggil PHYSICIAN. Yang specialist (Fellow RS) dipanggil Mr (Mister) dan mereka marah kalau kita panggil meka Dr.! Cuba korang pegi ke HUKM dan lihat nama-nama pada pintu specialist – Mr. So and So.
Sebab itu juga, doktor perubatan yang ingin mengajar di universiti mesti ada kelayakan Ph.D. juga kerana MD atau MBBS tidak memadai.
Aku nak pegi jumpa doktor haiwan nak cek kaki aku yang tempang ni. bye.
September 26, 2008 pada 10:06 pm
kuda tempang
Di mana-mana saja wujud manusia, nasib baik aku kuda, yang berlakon. Ada mamat ni bukak klinik tapi dia bukan doktor perubatan. Dia adalah seorang doktor perbuat-buatan.”Quack” doktor ni bersepah.
Dengar cite, ada staf sini yang tipu ijazah phdnya. dia pegi buat phd kat uni di sini dan gagal. lepas tu, ijazah di scan dan lapor diri kat pendaftar. bile semak buku konvo, name dia tarak. apa pendaftar buat? naikkan pangkat. ini lah uthm, universiti terunggul di dunia. korang tak caya, pi lah tanya pendaftar.
Kuda rasa, blog ni bukan tempat mengumpat. lebih baik cite kat sini, biar orang tau, daripada cite kat belakang dalam tandas atau warong kopi. Itu mengumpat.
September 27, 2008 pada 7:19 am
Wak Tempe
Bila kita cerita keburukan orang di tatapan umum bukan kepada yang hak mendengarnya . Nescaya kita akan di malukan juga di khalayak ramai atas perbuatan salah yang mungkin akan kita lakukan.
Permasalahan dalaman bincang secara tertutup , buat forum di UTHM tentang hala tuju UTHM .
Ini bukan permasalahan negara macam debat perdana Anwar atau blog Chedet . Kalu yang nie patut satu malaya tahu.
kat luar ni macam 2 pihak baca , BPR ke , KPT ke kalu diaorang ambil kes sudikah kawan-kawan menjadi saksi .
Pakcik kat luar nie rasa sedih bila ada manusia yang merasakan dirinya sahaja betul dan tak habis-habis nak complain tempat cari makan . boleh selesai masalah ke.
Masa pakcik kerja kilang tempe kat kampung , pakcik tak puas hati dengan kilang pakcik , pakcik complain pada pihak atasan , bagi tempoh untuk berubah , pakcik tak cita ttg kilang tempe nie kat orang lain . Tapi tak ubah jugak . Pakcik berhenti dan bukak kilang tempe sendiri .
Nie pakcik nak hantar anak belajo kat UTHM pun fikir panjang . Kalu memang apa yang tuan cita ttg UTHM ni memang kenyataan.
Kalu senang sangat pakai ijazah scan pun boleh jadi staff UTHM . Nanti pakcik nak scan PHD tempe kawan pakcik dari UNi Bandung , pakcik boleh masuk UTHM jugak ke.
Tempe Baik untuk kesihatan , jangan buat muka tempe pandai cakap tak berani tanggung.
September 28, 2008 pada 6:45 pm
kuda tempang
Wak Tempe kata “Nie pakcik nak hantar anak belajo kat UTHM pun fikir panjang . Kalu memang apa yang tuan cita ttg UTHM ni memang kenyataan. ”
wak pikir lah sendiri. wak nak tau betol atau tak cite kat sini, wak pi la tanye NC, dekan, pendaftar. tengok ape depa jawab. itu wak punye hak.
lebih baik, wak pi tanye semua meka yang ada phd. dari mane depa dapat phd. jangan lupa mintak tunjuk sijilnye.
September 29, 2008 pada 11:55 am
kuda tempang
Terdapat anak-anak staf belajar di UTHM. Ini mungkin disebabkan 2 perkara: 1. Tak layak dan tak dapat masuk universiti besar seperti UM, USM, UKM, UPM, atau 2. nak berkepit dengan mak dan ayah.
Tak ade masaalah kalau nak berkepit dengan mak dan ayah, tapi, anak-anak ini jangan sangka atau harap layanan yang istimewa. Kuda ada dengar, satu seksyen subjek ko-ko dibuka hanya semata-mata supaya anak staf berpangkat tinggi ni dapat masuk. Adakah betol hal ni? Kalau BPR nak datang selidik benda ni, biar meka datang. Apa nak ditakutkan.
Anak wak tempe mesti tak dapat layanan istimewa ni. Sekian, kuda nak cari tempe untuk buke nanti.
September 29, 2008 pada 3:32 pm
methodology
Oi..itu baru anak-anak staf yang jadi student….comano dengan anak staf yang ‘jadi staf’….jangan main-main…UTHM ni bosa bona rasuah eh…
November 1, 2008 pada 2:42 am
TP
KEPADA KUDA TEMPANG…
AKU NAK WARNING KAU SIKIT….KAU TAK ADA NAMA SAMARAN LAIN KER NAK PAKAI.
NAMA YG KAU GUNAKAN TU MEMBURUKKAN NAMA ORANG2 YANG “OKU” KAT UTHM NIE…..
JGN SEBAB KAN KAU NAMA2 ORANG OKU TAK BERDOSA BURUK KAT UTHM…
AKU WARNING KAU SEKALI LAGI….BAIK KAU TUKAR NAMA KAU….JGN GUNAKAN KUDA TEMPANG LAGI !!!!!!!!!!
November 1, 2008 pada 1:13 pm
kuda tempang@lipas kudung
kuda tengok perpustakaan kampus bandar terbakar pagi tadi. bekepol kepol asap keluar. parit raja macam dalam filem hollywood dengan keta bomba pasang siren.
dua benda yang kuda nampak. satu, tesis-tesis yang diplagiat di fakulti kampus bandar dah hangus. tak ada lagi nak cite pasal tesis cetak rompak.
dua, pustakawan tak ade kat sini sebab sebok menebas bola kat melaka kot.