Majlis Konvokesyen UTHM kali ke-7 akan diadakan pada tarikh 23, 24 dan 25 Ogos 2008. Pastinya kemeriahan ini akan disertai dengan Pesta Konvokesyen
Setiap kali konvokesyen maka berduyun-duyun ahli keluarga pelajar akan datang untuk meraikan hari bersejarah tersebut. Inilah saat bersejarah dimana dapat melihat anak kesayangan telah berjaya diatas usaha keringat mereka dan sesetengahnya terpaksa bergolok dan bergadai semata-mata untuk kejayaan anak-anak.
Para graduan pula inilah masanya yang ditunggu-tunggu untuk dianugerahkan segulung diploma, ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana dan ada juga yang mendapat PhD. Kegembiraan, peluk cium dan titisan air mata mengiringi mereka pada hari konvokesyen. Rasa kesyukuran terbit dari hati setiap graduan samada yang mendapat 1st class atau 2nd class. Masa ini juga diambil untuk memahatkan memori di UTHM dengan mengambil gambar di sekitar universiti bersama kawan-kawan dan keluarga sebagai kenangan.
Bagi UTHM, inilah masa untuk mendapatkan data mengenai pelajar, samada pelajar keluaran universiti berdaya saing diluar sana, peratus yang mendapat kerja di buat soalselidik. Berapa ramai yang telah menjawat jawatan di sektor awam dan swasta dan bermacam lagi. Bagi Alumni, inilah masa untuk menambah ahli dan membuat link diserata pelusuh negara demi kebaikan dan kebajikan bekas-bekas pelajar UTHM.
Bagi staf yang terlibat dengan majlis konvokesyen inilah masa paling sibuk pada setiap tahun. Kerja banyak yang perlu dilakukan malah melebihi kerja pada bulan-bulan sebelumnya. Malah ada yang menyatakan bahawa untuk membuat majlis ini, perancangan telah dilakukan seawal tahun dahulu.
Bagi staf pengurusan dan akademik diperingkat atasan, inilah masa akan duduk dipentas atau dibahagian hadapan sepanjang majlis berjalan. Staf akademik lain pula, inilah masa ditugaskan untuk menjadi pegawai yang akan masuk ke dewan mengiringi pelajar. Berbangga juga bila nampak pelajar yang dididik telah pun berjaya dan teringat masa dulu-dulu kita yang naik dipentas.
Bagi pelajar junior inilah masa untuk merasai suasana konvokesyen, menjalankan perniagaan, mengendalikan pesta sebagai urusetia untuk pelbagai acara. Tempias juga dapat dirasai oleh penduduk sekitar Parit Raja. Meraka mendapat peluang berniaga dan datang melawat di tapak pesta dengan bermacam-macam jualan.
Tapi jika dilihat semula, terutama dari segi ekonomi. Apakah acara konvokesyen yang hanya seminggu ini berbaloi dari segi perbelanjaan, masa dan tenaga yang dikeluarkan. Berapa agaknya perbelanjaan yang dihabiskan, menghias dan membaikpulih dewan. Bunga hiasan, lanskap, cat bangunan sekitar, cat jalan dan sebagainya. Setiap kali acara juga banyak dihabiskan untuk majlis bagi jamuan VIP dan VVIP, cetakan buku konvokesyen dan sebagainya. Pastinya beribu-ribu jugak yang habis.
Tetapi apa yang dilihat sepanjang majlis benda yang sama dilakukan pada setiap sesi. Jadi apakah ini boleh dikatakan sesuatu pembaziran masa dan tenaga.
Tetapi jika dilihat pada tahun tahun yang lepas, banyak masalah timbul semasa perjalanan majlis konvokesyen. Jadi apakah kita boleh memandang majlis konvokesyen di universiti luar negara terutama di UK atau di Australia atau Jepun. Majlis konvokesyen hanya mengambil masa satu hari dimana president atau chancellor universiti akan membuat pengumuman dihadapan semua graduan dan tidak terlihat upacara penyampian scroll bagi setiap graduan. Apakah ini menjimatkan masa dan tenaga. Apakah dengan membuat acara gilang gemilang maka akan gah la sesebuah universiti itu. Tidak bolehkah kita ubah cara yang telah dibuat sejak dahulu lagi bagi menjimatkan masa dan tenaga malah wang juga.
Kekadang kasihan melihatkan ibubapa yang sudah lanjut uzia, uzur tapi terpaksa atau memaksa diri untuk hadir kerana anak atau cucu… amat sedih sekali. Sudahlah terpaksa menunggu berjam-jam, jika tidak dapat masuk dalam dewan maka terpaksalah duduk diluar dewan. Sebagai seorang anak, pastinya kita hendakkan layan yang terbaik utk kedua ibubapa kita. Masalah yang timbul ini selalu dilepas pandang oleh pihak yang berkenaan.
Jadi setiap perkara ada yang baik, ada yang buruk… ini hanyalah pandangan saya sahaja dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. Jika ada yang sependapat boleh kita kongsi bersama dan jika ada yang membantah, itu hak anda tepuk dada tanya selera.


10 comments
Comments feed for this article
Ogos 13, 2008 pada 7:41 pm
olympic beijing
Dalam AUKU, BAHAGIAN VI, PERUNTUKAN AM
Konvokesyen
44. (1) Konvokesyen untuk menyampaikan ijazah hendaklah diadakan setiap tahun, atau seberapa kerap mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor.
Dalam klausa ini, tidak pula ia menyatakan setiap pelajar secara bergilir gilir kena naik pentas menerima scroll masing masing….adalah lebih baik setiap program, hanya wakil sahaja yang akan naik pentas…ini akan lebih menjimat kan masa dan tenaga…dari segi penjimatan kewangan kena kaji lagi…
Ogos 13, 2008 pada 11:08 pm
uthmdehati
salam sejahtera…
Diharapkan duit untuk penganjuran konvokesyen pada setiap tahun dapat digunapakai bagi tujuan pembangunan universiti itu sendiri. Itu adalah lebih baik.
Ogos 13, 2008 pada 11:09 pm
jepun_omputeh
Saya rasa ibu bapa/nenek/penjaga rasa berbaloi kalau dpt tengok anak/cucu/jagaan mrk naik pentas terima scroll dari TMJ atau NC atau LP, walaupun terpaksa korbankan masa, tenaga dan wang…lagipun bukannya selalu…mungkin itulah pengalaman sekali seumur hidup mrk. Sbb tu ramai yg dah tua dan uzur pun sanggup dtg utk menyaksikan anak/cucu mereka naik pentas…perasaan yg dialami semasa menyaksikan ceremony itu in such atmosphere melebihi segala-galanya.
Dari sudut pembaziran, mmg xdapat dinafikan…mencetak buku konvo yg high quality (kertas kilat dan tebal), cat bangunan, dan segala mak bapak persiapan semuanya kelihatan membazir…mungkin kosnya dlm lingkungan ratusan ribu kalau xpun cecah jutaan…mungkin.
Kita pun faham bhw persiapan yg dibuat mungkin utk menonjolkan imej kita pada org2 VVIP yg akan hadir ke konvo. Kalau tak cat bangunan sekarang, nanti pasti kena cat jugak, kalau tak tampal jln sekarang, nnt kena tampal jugak, kalau xpotong rumput skrg, nnt kena potong jugak. Takkanlah jln yg baik lg nak ditampal, xkanlah bangunan yg masih cantik catnya nak dicat semula, xkanlah rumput yg masih pendek nak dipotong…sebenarnya persiapan utk konvo adalah rahmat kepada staf dan pelajar UTHM sbb segala kemudahan diselenggara pada ketika itu…lebih kurang rezki bila ada pilihanraya jugak. Fikirlah dari aspek positif.
Ogos 21, 2008 pada 7:05 pm
Mohd nor Ihkasan
Salam untuk sahabat di perantauan. Majlis Konvokesyen ke 7 akan dibuat live melalui laman web UCITV di http://ucitv2.uthm.edu.my/
Salam dari UTHM
Ogos 21, 2008 pada 11:42 pm
uthmdehati
Terima kasih Ucitv, jadi semua staf di luar negara sila layari web untuk melihat siaran langsung.
untuk en mohd nor ikhsan, ada pertanyaan dari luar negara yang bertanya adakah mereka boleh tengok TV malaysia melalui Ucitv. Adakah berkemungkinan ia boleh diperluaskan hanya untuk staf sahaja. Setahu saya.. kita hanya boleh tegok live TV malaysia melalui intranet sahaja. Apa yang saya lihat UM ada meyediakan perkhidmatan ini malah boleh diaccess oleh semua pelayar internet.
Ogos 22, 2008 pada 12:32 am
Mohd nor Ihkasan
Ok buat setakat ini hanya TV 9 dilaman web berikut
http://ucitv2.uthm.edu.my/streaming.php?media=broadcast&id=166c3f84b08b43057f281a0eac35c603
. Insyaallah TV lain sedang diusahakan melalui encoder baru
Ogos 22, 2008 pada 12:22 pm
Mohd nor Ihkasan
Majlis konvokesyen adalah majlis kesyukuran setelah penat lelah mentelaah di universiti. Universiti sentiasa menghargaai graduannya setiap kali keputusan peperikasaan dikeluarkan. Kepada lulusan, daftarlah diri sebagai ALUMNI kerana banyak manfaat keutama dimasa depan nanti. UCiTV sedang merancang untuk mengujudkan Alumni Channel supaya kegiatan alumni dapat dikongsi bersama. Saya bagi pihak UCiTV mengalu-alukan apa-apa video klip kegiatan alumni untuk di upload di UCiTV. Tahniah kepada penerima ijazah pada Konvokesyen ke 7 dan kepada alumni diluar sana sudi-sudi melayari UCiTV. Untuk makluman, sejak Feb 2008 UCiTV (UCiTV2) telah di layari oleh 48,000 dari 39 negara. Kalu orang luar negara pun tengok UCiTV , alumni apatah lagi. Alumnus, let refresh your memory to activities in UTHM Campus through UCiTV .
Syabas UTHM de Hati
Ogos 22, 2008 pada 10:42 pm
Bercakap bin
Biarlah konvo itu berjalan seperti biasa. Jika kita rasakan kita perlu ringkaskan konvo, maka kita terlebih dahulu kena ubah isi kandingan sistem pendidikan kita. Kita tak boleh bandingkan dengan Jepun. Mereka memang tiada konvo seperti di Malaysia. Majis habis delam 3 jam sahaja. Tapi lihatlah apa yang mereka tekankan sepanjang pengajian. mereka lebih tertumpu kepada aktiviti kelab dan sukan. Ramai dari mereka tunda pengajian semata-mata untuk mengejar apa yang mereka katakan penting. Dalam sistem penjajian Jepun, tiada kes pelajar di singkirkan pada tahun satu , dua atau tiga. Semua boleh tamat pengajian. Bezanya cuma lama atau tidak. Mereka bebas memilih jalan atau bidang yang mereka minat semasa di university tanpa bimbang tentang mereka akan di buang dari pengajian akibat prestasi pengajian yang buruk. Mereka ada banyak perkara lain yang menjadi punca motivasi.
Sebaliknya, apa yang kita ada di dalam university? Sejauh manakah taraf kegiatan sukan, kebudayaan, musik, kehiatan sukarela dan sebagainya di uiversity. Sejauh manakah kita memberi dorongan kepada pelajar untuk aktif dalam kegiatan mereka? Apa lagilah punca motivasi yang kita boleh berikan kepada mereka? Konvo itu satu-satunya.
Lainlah kalau kita dapat hidupkan kegiatan kelab sukan atau sebagainya sehingga ke peringkat antarabangsa bersama-sama mereka.
Ogos 26, 2008 pada 9:43 am
Org Kampung
Takpe la berabis utk KONVO ni. Macam majlis kawin gak…. Belanja besar jugak.
Ogos 31, 2008 pada 2:37 am
chikinkatsudon
Pengalaman :
Sudah pun 2 kali grad di jepun utk bachelor & master…x pernah merase suasana konvokesyen di Malaysia yg penug gilang gemilang sampai berhari2 tu….dtg pagi kul 8 balik kul 11…telepon kampung bg tau mak abah dah grad. Pastu sambung tido sebab cuti am…
Pendapat:
Pembaziran mmg x dapat dielakkan jika buat majlis dalam scale besar mcm ni lebih2 lagi melibatkan pelbagai pihak. Lebih2 lagi di Malaysia yg tahap volunteerness masih belum tinggi di kalangan masyarakat. Sebaliknye, sbg contoh di Jepun, lecturer dan staf universiti sendiri yg berpakaian suit lengkap bertali leher sanggup jadi tukang guide parking, pungut sampah etc utk menjimatkan kos tenaga kerja…