WALAUPUN menjimatkan penggunaan minyak, kereta hibrid belum meluas di pasaran akibat pelbagai halangan.
Antara faktor halangan utama adalah harga yang lebih mahal kerana kereta hibrid mempunyai banyak komponen, berbanding sistem konvensional. Kebanyakan komponen adalah elektronik yang kompleks, terutama sistem kawalan.
Sebuah kereta hibrid Honda dengan enjin kapasiti 1.3 liter berharga antara RM160,000 hingga RM170,000. Kos kereta yang sama tetapi menggunakan enjin pembakaran dalam pula berharga antara RM110,000 hingga RM120,000.
Perbezaan harga yang besar ini kerana reka bentuk kereta hibrid yang kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal untuk meringankan keseluruhan kenderaan.
Bolehkah kos kereta hibrid dikurangkan? Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azhar Abdul Aziz, percaya ini boleh dilakukan dengan penggunaan komponen elektronik secara meluas, kos pemasangan yang rendah dengan peningkatan permintaan, reka bentuk mudah dan ringkas serta subsidi kerajaan.
Katanya, ini memerlukan penyelidikan rapi oleh pengeluar kenderaan dalam usaha menembusi pasaran di dunia.
Penggunaan kereta hibrid tidak terlepas daripada kontroversi kerana isu alam sekitar akibat penggunaan bateri sistem hibrid.
Ketika ini, kereta hibrid menggunakan dua jenis bateri, iaitu nikel logam hidrid (nickel metal hydride) dan lithium ion. Walaupun kurang toksik berbanding yang berasaskan plumbum, bateri hibrid tetap dianggap berbahaya.
Selain itu, teknologi hibrid masih baru dan memerlukan pengujian rapi serta masih kurang pusat servis yang menyediakan perkhidmatan lepas jualan.
Ketika pengeluar kereta gergasi dunia berlumba-lumba memajukan kereta hibrid, pengeluar kereta kecil, termasuk Proton, menghadapi cabaran sama ada turut mengeluarkan kereta ini atau terus ketinggalan.
Dr Azhar berkata, cabaran pengeluar kereta kecil untuk menghasilkan teknologi hibrid adalah kos pelaburan yang tinggi, keperluan tenaga pakar penyelidikan dan suatu jangka masa untuk melihat hasil penyelidikan tercapai.
Walaupun prototaip kereta hibrid berjaya dihasilkan, katanya pembinaan kilang mengeluarkan kereta hibrid memerlukan pelaburan besar dan rangkaian vendor yang banyak.
“Kita perlu ingat bahawa terdapat banyak pihak yang melaburkan wang berbilion ringgit untuk menghasilkan sistem hibrid yang boleh diguna secara komersil seperti General Motor, Chryesler, Toyota, Honda, Ford dan Citreon.
Usaha Proton untuk bersaing dalam teknologi dan pengeluaran kereta hibrid ibarat perlumbaan Formula One. Pelumba yang handal tidak mencukupi, tetapi memerlukan sokongan kewangan dan kerja berpasukan yang kukuh serta dedikasi.
Persoalan pokok kepada pengeluar tempatan adalah bersediakah mereka menceburi arena ini atau sekadar cukup dengan permintaan tempatan sedia ada?
KERETA ELEKTRIK
Kereta yang menggunakan motor elektrik untuk menghasilkan pergerakan. Sumber tenaga elektrik diperoleh dari bateri dalam kereta itu. Sumber lain yang berpotensi ialah dari fuel cell dan tenaga suria. Motor elektrik yang sering digunakan sekarang adalah dari jenis motor arus ulang-alik (AU). Kebelakangan ini, motor yang menggunakan magnet kekal juga popular kerana kos magnet kekal yang semakin menurun dan kualiti semakin meningkat.
Prof Madya Dr Nik Rumzi Nik Idris dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata secara ringkas, kereta elektrik bergerak apabila motor elektrik menghasilkan daya kilas dan ya memutarkan tayar.
Katanya, kelajuan dan kuasa pemacuan kereta elektrik adalah berdasarkan kelajuan atau daya kilas motor elektrik. Pengawalan daya kilas atau kelajuan motor boleh dilakukan secara cekap dan pantas menggunakan penukar elektronik kuasa.
“Apabila pemandu menekan pedal pemecut, pengawal akan memberikan isyarat kepada penukar elektronik kuasa untuk membekalkan arus atau voltan kepada motor yang berkadaran dengan tekanan kaki yang dikenakan pada pedal.
“Kuasa yang digunakan untuk membrek boleh dikembalikan untuk mengecas bateri. Ini bermakna tenaga untuk membrek tidak akan hilang sebagai haba seperti kereta biasa,” katanya.
Beliau berkata, penggunaan tenaga kereta elektrik lebih cekap kerana motor elektrik serta penukar elektronik kuasa boleh mencapai kecekapan hingga 90 peratus, berbanding enjin kereta pembakaran bahan api yang biasanya mempunyai kecekapan 20 peratus.
Selain itu, katanya kos penyelenggaraan lebih rendah kerana tidak membabitkan penukaran minyak enjin, brek dan ekzos. Namun kos bateri adalah agak tinggi dan jangka hayat bateri haruslah panjang untuk memastikan bateri tidak perlu selalu ditukar.
HYDROFUEL
Hydrofuel yang dihasilkan sebuah syarikat tempatan, Hydrogen Fuel Industries (M) Sdn Bhd (HFI), adalah formula penjimatan bahan api hingga 29 peratus dengan menggunakan air sebagai bahan bakar bersama petrol.
Presiden HFI, Dr Halim Ali, berkata Hydrofuel menggunakan sistem teknologi air sebagai bahan bakar sesuai digunakan bagi kenderaan berkapasiti 2,000cc ke bawah.
Memperjelaskan teknologi itu, katanya: ”Air dipecahkan menggunakan frekuensi tinggi dan dikongsi kegunaannya bersama petrol ketika melalui injektor kereta.
“Melalui sistem ini, pemilik kenderaan boleh menjimatkan penggunaan petrol sebanyak 29 peratus dan pada masa sama, membantu memelihara alam sekitar,” katanya
Pengguna Hydrofuel hanya perlu memastikan sebuah air sebuah tong berkapasiti lima liter mencukupi. Setiap tong membolehkan penggunaannya bertahan hingga 2,000 kilometer.
Apabila air berkurangan, alat pengesan yang dipasang pada kenderaan akan memberi amaran supaya menambah air pada paras yang disyorkan.
Sumber Berita Harian



12 comments
Comments feed for this article
Julai 27, 2008 pada 8:39 pm
aku
Bila agaknya boleh dapat beli keter macam gini
Julai 28, 2008 pada 11:16 am
shamian
yup
Julai 28, 2008 pada 9:58 pm
samurai tokyo
ada member aku kata, setakat estima hybrid tu masih mampu dibeli tapi milage ada tinggi sikit…melebihi 100,000 km….harga memang mampu milik….sekitar 1 juta yen…so fikir fikir kan la…nak jimat duit beli kereta murah atau nak jimat minyak…LU PIKIR LA SENDIRI….
Julai 29, 2008 pada 5:40 pm
Melayunet
Mahal Sebab Cukai yang dikenekan oleh KERAJAAN BN terlalu tinggi. Rakyat jugak yang merana termasuk lah STAF di UTHM.
So, sedar-sedar lah wahai kawan….kawan semua
Julai 30, 2008 pada 8:44 am
Max
Quote ini tidak berasas sama sekali.
“Perbezaan harga yang besar ini kerana reka bentuk kereta hibrid yang kompleks. Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal untuk meringankan keseluruhan kenderaan”
Harga hybrid mahal sebab ada cukai+AP dan apa2 lagi yang kerajaan BN sekarang kawal. sila lihat sendiri berapa harga civic hybrid di website Honda Japan,UK,USA. Harga honda di indonesia dan thailang juga murah dari malaysia.
Julai 30, 2008 pada 8:45 am
Max
Satu lagi quote tidak berasas
“Badan kenderaan ini dikatakan diperbuat daripada aluminium yang mahal untuk meringankan keseluruhan kenderaan”
I dont think so. as far as i know aluminium body only has been done on sports car such as Mitsubishi Evo, Honda NSX etc but not like those in cheap hybrid cars.
Julai 30, 2008 pada 9:04 am
nongkon
Kata Berita Hairan
HYDROFUEL jimat 29% penggunaan minyak.
HYBRID pula jumat 50% penggunaan minyak.
So, kenapa nak bangunkan teknologi HYDROFUEL, kenapa tidak HYBRID? Lagi menghairankan nak mintak kerajaan bagi SUBSIDI untuk pembangunan kereta, kenapa tak bagi je subsidi pada minyak, dah boleh selesai banyak masalah berkaitan dengan harga BARANG.
Fikir-fikirkan……….
Julai 30, 2008 pada 9:23 am
melayunet
Kereta yang ada pun tak berkualiti, ada hati nak bangunkan kereta yang lain. Pirah…HABUK…
Julai 30, 2008 pada 5:18 pm
Max
Sometimes sad to be malaysian why?
Car price is sky rocket high
Fuel Price high
Almost anything (pc hardware, audio video equipment, playstation, iphone, car spare parts, video games, etc) are expensive.
example: I bought a GPS unit import direct from USA w/o tax with shipping for only RM 580. here u can find the same product as high as RM 1400.
Ogos 7, 2008 pada 2:09 pm
pemerhati
Kata Berita Hairan
HYDROFUEL jimat 29% penggunaan minyak.
HYBRID pula jumat 50% penggunaan minyak.
So, kenapa nak bangunkan teknologi HYDROFUEL, kenapa tidak HYBRID? Lagi menghairankan nak mintak kerajaan bagi SUBSIDI untuk pembangunan kereta, kenapa tak bagi je subsidi pada minyak, dah boleh selesai banyak masalah berkaitan dengan harga BARANG.
————————————————————————–
betulke fakta tu?lain macam je kata hydrofuel 29% penggunaan minyak.Setahu saya masa dilancarkan oleh PM ada dinyatakan ‘worst case scenario’ dalam pnggunaan hydrofuel adalah 50% minyak dan 50% air.Ikut jenis kenderaan dan ada kenderaan yang boleh jimat sehingga 75% minyak menggunakan hydrofuel.
September 3, 2009 pada 8:44 am
engkabang baza serawak
boleh dihasilkan dengan kereta yang kecil dahulu.
Mungkin kancil atau kelisa boleh diubah suai untuk tujuan di atas.
Rasanya ok, sebab kereta tersebut adalh ringan.
September 3, 2009 pada 10:36 am
Abang Butak
TAk payah hibrid dulu, ni haa…selesaikan isu stesen NGV yang masih terhad ni…banyakkan lagi kat Malaysia…NGV kan ke hibrid jugak (CNG+petrol atau CNG+disel)……