SERAMAI 1,566 mahasiswa baru yang mengikuti program sarjana muda dan diploma bagi sesi akademik semester 1 2008/2009, mendaftar di Universiti Tun Hussein Onn Ma laysia (UTHM), Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
Mereka bakal mengikuti 12 program ijazah sarjana muda dan tujuh program diploma di enam fakulti.
Dalam kenyataannya, UTHM berkata mahasiswa berkenaan mengikuti Minggu Haluan Siswa selama seminggu bagi memperkenalkan mereka dengan persekitaran dan kehi dupan kampus.
Pada masa sama, mereka mengikuti pelbagai aktiviti yang ditetapkan selain menjalin hubungan mesra bersama pelajar senior.
Pada sesi kemasukan itu juga, UTHM mengumumkan pengambilan 11 mahasiswa antarabangsa dari Somalia serta seorang masing-masing dari Kemboja dan Republic Czech.
Pihak UTHM membuka pendaftaran untuk mahasiswa luar negara dan tempatan hingga 17 Julai ini bagi sesi kedua semester 1 2008/2009.
Mahasiswa baru dari Kangar, Perlis, Ooi Kai Er, berkata dia teruja dipilih melanjutkan pengajian di UTHM dan berazam belajar bersungguh-sungguh.
“Saya berbangga kerana menjadi warga UTHM dan berazam menjadi pelajar terbaik serta mendalami ilmu pengetahuan untuk disumbangkan kepada masyarakat dan negara,” ka tanya yang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti secara penye lidikan di Fakulti Pengurusan Teknologi.
Sumber Harian Metro


5 comments
Comments feed for this article
Julai 29, 2008 pada 5:47 pm
Melayunet
Tahniah…..warga UTHM,
Kepada para pensyarah, laksanakanlah tanggungjawab anda engan sebaiknya. Jangan sesekali mengambil mudah(lepas BATUK ditangga).
Tak semua pelajar pandai dan BODOH, So jangan dengan mudah nak bagi semua A. Hanya yang layak sahaja…
Julai 29, 2008 pada 11:52 pm
mian_jp
Sokong Melayunet
Julai 30, 2008 pada 8:31 am
supercare
setuju…..A hanya untuk yang layak sahaja.
September 3, 2008 pada 4:33 pm
Drs.H.Abdulhalim Dinaa al-Bar, MA.
sangat baik sekali, di UTHM JOHOR terima pelajar antarabangsa. Saya bercita-cita akan mengirimkan para pelajar daripada Thailand untuk sesi selanjutnya. Bagaimana caranya dan berapa banyak fakultas disana.(mungkin seramai 5-10 orang)
Melalui surat ini, juga apa orang luar negeri dapat mengajar di sama. Saya ada dengar di UTHM JOHOR akan buka master-Ph.D bidang Islam. Saya berminat untuk berkhidmat. Sekarang saya sedang buat Ph.D di bidang Tamadun Islam dan Asia USM PENANG.
Kalau ada borang pendaftaran, mohon dapatkan Ya.
September 3, 2008 pada 10:20 pm
uthmdehati
Salam sejahtera dan selamat berpuasa…
Saya bagi pihak UTHM, Batu Pahat, Johor mengalu-alukan kedatangan pelajar dari luar Malaysia, khasnya disekitar rantau ini.
Tetapi untuk pengetahuan Drs.H.Abdulhalim, UTHM hanya menawarkan bidang kejuruteraan, pengurusan dan multimedia sahaja pada masa ini. walaubagaimanapun Dr. boleh merujuk kepada laman http://www.uthm.edu.my/v2/ dan jika berminatuntuk berkhidmat sila layari laman http://webapp.uthm.edu.my/pp/perjawatan/iklan/iklanluarnegara.html
sekian