PUTRAJAYA 25 Julai – Kerajaan bersetuju supaya semua pensyarah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kelayakan ijazah doktor falsafah (Ph.D) dinaikkan ke gred 51.Mengikut Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti, mereka sepatutnya hanya dilantik ke gred 45.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, calon-calon yang mempunyai Ph.D dianggap mempunyai kecemerlangan yang tinggi dalam memperkasakan kualiti pengajaran dan pembelajaran di IPTA.
Pada masa sama, kata beliau, bagi calon-calon dari industri yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang tertentu juga boleh dilantik terus ke gred 51 untuk berkhidmat sebagai pensyarah.”Ini supaya mereka dapat bersama-sama membantu meningkatkan kecemerlangan di IPTA.
“Kesemua keputusan ini terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang akan dikemukakan kepada Kabinet minggu depan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2007 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.Mohamed Khaled berkata, semua IPTA wajar memastikan kenaikan gred untuk pensyarah berkelulusan Ph.D itu dilaksanakan dengan segera.”Ini supaya matlamat Pelan Strategi Pendidikan Tinggi Negara dalam memperkasakan IPTA dapat direalisasikan melalui pengambilan tenaga akademik yang berkualiti, berpengetahuan dan berpengalaman luas,” katanya.
Sumber Utusan Malaysia


87 comments
Comments feed for this article
Julai 27, 2008 pada 8:41 pm
aku
Setuju sgt la…. tapi macam mana dengan yang dah kerja lama. nak dapat pensyarah kanan bukan senang. Tetiba orang yang baru masuk ngajar ada Phd terus DS51… lu pikir sendiri kata Nabil….
Julai 27, 2008 pada 9:05 pm
orang gomen uthm
haah la betul tu…..
Julai 27, 2008 pada 9:34 pm
ariefous
Tp ape masalahnye if ade org baru baru masuk ngajar yg already ade PhD and terus dpt DS51…?
Julai 27, 2008 pada 10:14 pm
UTHM de Hati
Selalunya orang baru perlu dapatkan pengesahan jawatan dulu, kena kursus dulu dan mcm-mcm lagi yang pihak UTHM telah tetapkan. Jadi jika kerajaan buat dasar mcm gini, kita tak pasti apakah pihak UTHM akan membuat sebarang perubahan terhadap kenaikan pangkat dan kemasukan terus pensyarah PhD ke DS51. Kita tengok sahaja nanti…
Julai 27, 2008 pada 11:32 pm
ariefous
Owhh…Pada sy org2 baru patut berkursus atau mengikuti program tertentu dahulu dan perlu ade persediaan utk mengajar sama ada persediaan sendiri ataupun input dr program2 khas utk tenaga pengajar baru. Org kate, baru masuk terus nak lawan taukeh pun x sedap jugak lah bunyinye kan …heheh….
Julai 28, 2008 pada 1:21 am
Mus
Lulus PTK baru boleh apply untuk kenaikan pangkat. Apakah status PTK sekarang ni selepas dikatakan akan dibuat semakan.
Julai 28, 2008 pada 11:18 am
Nazali Noor
Harap dapat pertimbangan yang wajar dari pihak yang berkaitan. Sila rujuk url di bawah untuk komen saya berkaitan hal ini.
http://nazalinoor.blogspot.com/2008/07/finallya-more-sensible-news.html
Julai 28, 2008 pada 12:47 pm
tgh sambung phd
setuju sangat kalau uthm semak balik kenaikan ke gred 51 ni. sebab ada yang dah dapat ptk cemerlang masih di takuk lama.. yang tiap tahun dapat cemerlang pnp pun masih di takuk lama…yang keje lama, yang kita tau berwibawa pun masih di takuk lama.. jangan laa baru je balik 3 tahun dari phd terus dapat 51… kecik ati orang lain… tak semestinya dah ada phd dia boleh dapat cemerlang dalam pnp…. mungkin research oklaa.. itupun kalau ada geran,,,
Julai 29, 2008 pada 12:55 am
ariefous
bile bace komen2 senior dlm topik ni…terasa khuatir plak nak balik utk kerja bile dpt phd nanti (insyallah kalau dpt lah kan)…nak buat camne kalau dah ade phd…takkan balik nak sorok kelayakkan demi menjaga hati org lain?
Julai 29, 2008 pada 1:22 am
ariefous
Sy juga bersetuju dgn komen yg menyatakan mane2 staff yg mempunyai kelayakkan phd tidak semestinye cemerlang dlm PNP mungkin kerana kurang berpengalaman. Tetapi ape yg penting pihak atasan di UTHM perlu membuat keputusan bijak supaya semua staff berpuas hati (100% puas hati tu x mungking lah…manusia biase) dgn setiap kenaikkan pangkat. Tak mahu tgk lah lepas ni ade perang DS51 plak…
Julai 29, 2008 pada 12:33 pm
Nak pi PhD lah ni
Soalan saya,
1. kenapa orang ada master boleh ds45, sedangkan yang ada degree hanya dg41? jawapan nya sebab dia ada master.
2. Adakah orang yang baru masuk ds45 lebih baik dari guru dg41 yang dah berkhidmat contohnya 5 tahun. Kalau tak kenapa gaji lagi tinggi? Jawapnye sebab dia ada master.
Oleh yang demikian wahai sahabat, gred 51 tu satu pengiktirafan kepada staf akademik yang bertungkus lumus buat phD.
Janganlah kita ditimpa phd (penyakit hasad dengki).
Julai 29, 2008 pada 1:17 pm
nak pi phd gak
betul..jgn ade penyakit PHD..kalu nk pi phd bagus..bukan senang nk dpt phd..itu kena fikir..bila dah berjaya dapat phd bukan main susah nk iktiraf dgn kenaikan gaji yg tak seberapa..tp bila tak lulus phd..bukan main lagilaa..tunjuk saman sane sini..tunjuk kontrak sana sini,..potong gaji itu ini…LU pikirlah sendiri..
Julai 29, 2008 pada 4:48 pm
aku insan kerdil...disisiMu.
saya bersetuju dgn kawan2..atas alasan dibawah;
1- UTHM mesti berfikir global klu nak jadi world std universiti..no more fikiran mcm politeknik lagi..sapa nak maju sila la sambung phd..semua mesti ada knowledge, expose and expertise masing2 baru maju. nie semua pada tahap project research lebih kurang jer..so gaji pun lebih kurang lar..kena ler pikir kan..
2-saya tak nampak why uthm had a problem in this case as ukm n utm , usm dah lama implement benda nie..kita patut tiru diorg lar..kalu nak maju..just to courage their staff n reward their staff wisely..baru ler suma dr. kat ito nie tak lari..kalu macam nie sorang2 dr. dari ito akan pindah ke uni yang lebih pandai amik hati staff..tinggal lar ito tue kat parit raja without any expertise (in long term case)..
3-bukan senang nak dapat phd..esp.kalu dah ada family..besar pengorbanan sebenanrnya.. bukan isu naik gaji semata2. kita nie niat nak didik anak bangsa..so biar lar berilmu tahap tok syeikh..pasal gaji tue dunia belaka..buat senior2 tue sambung lar belajar..lagipun dah senang skang nie boleh buat kat mesia..
p/s: buat senior..tak perlu rasa rendah diri, cuba lar usaha utk majukan diri..
Julai 29, 2008 pada 5:18 pm
abu
Biasanya yg bising dan ada penyakit hasad dengki ni yg jenis nak tunggu je dapat DS51 tu dengan kerja-kerja hebat di UTHM. Pnp excellent, ptk excellent dll. Tapi mereka ni tak berani nak menyahut cabaran untuk buat Phd. Lepas tu mula la dengki kalau ada pensyarah2 muda yg baru dapat Phd terus dapat DS51. Kalau dah hebat sangat buat Phd, pastu dapat DS51+dengan kehabatan pnp n ptk tu, apply PM.
Sepatutnya mereka memberi dorongan kepada yg muda2 untuk terus ke depan, ini makin org nak ke depan makin dihalang. Sama2 la kita majukan UTHM. Bukannya saling menjatuhkan sesama kita.
Julai 29, 2008 pada 8:15 pm
uthmdehati
Terima kasih diatas respon anda semua… kita lihat semua pandangan dari sudut yang positif. Yang lama bukan dengki yang baru terus dapat DS51.. biarkan la itu dah rezeki dia. Tapi yang tak berkesempatan untuk buat PHD banyak sangat halangan untuk kenaikan pangkat. Jadi pihak pengurusan UTHM diharapkan dapat melihat perkara ini.
Julai 29, 2008 pada 11:46 pm
hacoom40x
Bagusla kalau yg dah ada kelulusan phd dinaikkan terus ke gred 51…nak dpt phd pun bukannya senang…banyak pengorbanan yg terpaksa dilakukan…especially kalau buat kat overseas…kena tinggalkan mak ayah, kengkawan & sanak-saudara dan mcm2 dugaan lagik…Anyway, kpd lecturers muda yg baru dpt phd tu, jgnlah berlagak sgt…ikutla resmi padi…baru org lain especially yg senior tak terasa sgt…buatlah baik dgn sumer org barula wujud suasana harmoni.
Julai 30, 2008 pada 1:11 am
chikinkatsudon
Setuju.
Julai 30, 2008 pada 2:15 am
SerigalaBuas
Ala rezeki memasing… kekadang DS51 nyer gaji pun tetiba boleh terkurang pada Pensyarah Kanan yang dah lama berkhidmat. Yelah DS51, P1T1 lwn DS48 P2T10 (contoh la)
Soal pengalaman atau tak.. takde pengalaman cari la pengalaman.. yang ada pengalaman kongsi le sikit2 tapi kalau ada yang eksen, rasanya dia sendiri akan susah.. sebab kerja kat UTHM ni takde kawan boleh jadi bodoh dan diperbangangkan rasanya.. Teringat ada sorg Dr baru kena buli..kesian..
Apapun ni sumer ganjaran dunia.. hehe
Yang insaf setelah banyak dugaan masa summer..
Julai 30, 2008 pada 9:08 am
nurimerah
tahniah la kepada yg terlibat. Rezeki memasing.. g belajar pun bukan senang.. perlu pengorbanan. layanzzz
Julai 31, 2008 pada 4:31 am
chikinkatsudon
Utk meningkatkan rezeki sendiri x perlu lah menekan rezeki org lain.
Utk maju ke depan tidak perlulah menyekat kemaraan org lain.
Yang lama atau Yang baru jadilah doktor berfalsafah bukan doktor bermasalah.
“Men are respectable when they respect others…”
Ogos 1, 2008 pada 1:28 pm
melayunet
ye….betullllllllll
Ogos 1, 2008 pada 1:31 pm
melayunet
Siapa takde PhD, pegi la ambil PhD. Siapa yang tak mau ambil, boleh beli PhD dari Hospital PUSWARI. PhD untuk SAKIT PERUT.
Ogos 22, 2008 pada 11:02 am
ninut
Memanglah sepatutnya sesiapa yang ada phD patut dapat lantikan terus ds51. Pensyarah lama yang belum ada phD tetapi hanya bertugas lama yang memohon pensyarah kanan yang tak dapat juga….sahutlah cabaran buat phD.
Apa yang saya tahu, kalau ada Master sahaja boleh naik sehingga DS52 kalau 7 tahun bekerja dengan tanpa ada phD jika menepati syarat. So ini yang buat mereka yang lama ni berfikir tak yah le buat phD…sama je tangga gaji dan hanya dengan kerja lama boleh jg dapat pensyarah kanan. Apa salahnya kenaikan taraf gred tersebut kepada pensyarah yang ada phD mendapat DS51. Logiklah dengan mutu phD mendapat DS51 secara lantikan. Seolah-olah tak de maknanya buat phD yang tangga gaji hanya 300++ beza dengan Master dan ini melemahkan semangat semua pensyarah2 yang ada phD….. Buat phD kena berkorban banyak masa, wang dan waktu berbanding Master. Camne kita nak tarik orang-orang kite yang ada kat luar negara dengan gaji seciput tu??? Semuanya mahal sekarang ni….dan adakah adil buat saya yang ada MSc dan PhD tanpa guna duit kerajaan?
September 25, 2008 pada 6:07 am
Mat Spanar
korang ni dah lupa tujuan mengajar. kalau nak kejar gaji (atau selalu dikatakan rezeki) pi lah keja sendiri atau cari keja di swasta. baru korang tau korang tak layak dapat gaji tinggi. keja sikit, gaji nak banyak, tak kiralah ada ke tak ade phd tu.
yang penting ialah niat yang ikhlas demi Allah. saye tak nak kata demi bangsa sebab Allah tak tengok bangsa. Allah tak lihat korang ade phd ke, tak de phd ke, gaji tinggi, gaji rendah ke. saye bukan nak berkhutbah, tapi yang saya lihat, staf uthm ni, tak kira akademik ke sokongan ke, soma nak kejar pangkat. keja tak nak buat.
tak habis2 cite pasal gaji dan pangkat. tu budak-budak, tu sape nak didik meka kalau tak korang soma.
September 25, 2008 pada 7:57 am
methodology
Eiiii….cakap bebaik sikit sikit eh….Rasulullah saw kata…”Setiap kerja mesti ada upahnya….” Kalau macam tu semua mende bagi free je ker…camano den nak bayau PTPTN ?
Bukan kah dengan pangkat itu, adanya Ketua ? Allah swt juga pernah berfirman “Dia menciptakan kita ni semua berbagai pangkat, tetapi bukan untuk bermegah-megah, tetapi untuk bertolong-tolongan….” selebihnya saya dah lupa tapi memang ada di dalam Al-Quran menyebut perkara ini…
So, nak ada Ketua yang baik, perlulah ada suatu sistem perlantikan yang ADIL & SAKSAMA…saya tak mintak lebey pun…cukuplah setimpal dengan usaha saya….come on Bro, mature lah sket, be professional k…
Bro,
Ikhlas atau tidak kita semua ni, Allah swt yang jaga….Allah swt pernah berfirman…”Ikhlas itu umpama seekor semut yang hitam, di atas batu yang hitam, dikala malam yang gelap gelita…” saya betul-betul dah lupa Surah apa……so it is not wise to argue about our ‘ikhlas’ k…..tak baik tau……
Adios
Oktober 4, 2008 pada 12:29 am
Othman Inayatullah
Adakah adil bagi mereka yang pernah berkhidmat dengan kerajaan atau syarikat lebih dari 10 tahun. Kemudian meyerah diri untuk sambung belajar peringkat PhD dalam membantu negara mencapai 60% pensyarah PhD dengan bayaran felo RM1750.00 sebulan tetapi bila balik dapat DS 45 P1T4. Sedang gaji terakhir sebelum sambung belajar lebih dari DS 45 P1T4. Rasanya pemberian DS 51 tidak menjadi masalah bagi mereka yang ada PhD kerana nak dapat PhD bukan lah senang. Bagi pensyarah yang dah ada PhD tapi masih lagi di DS 45 rasanya ianya boleh dibuat pelarasan ke DS 51 dengan sekali kenaikan gaji seperti yang diamalkan pada kementerian kesihatan. Rasanya itu lebih adil bukan. Tentang PTK, gred ganjil adalah gred lantikan, ianya tidak perlu PTK. Rasanya yang ramai tidak puas hati adalah pensyarah yang ada master. So pergilah buat PhD kerana universiti negara maju kalau setakat master tidak boleh dipanggil pensyarah pun masih lagi status tutor. Jangan marah ya
Oktober 6, 2008 pada 5:11 pm
ninut
Mat spanar..ingin saya komen pandangan anda tentang para pensyarah yang hanya mengejar wang. Sebenarnya bukanlah bermaksud kami yang dah ada phD mengejar wang semata-mata tetapi adalah keadilan dari segi kepayahan membuat phD. Dan saudara-saudara yang tak de phD…buatlah phD. Ramai pensyarah sebelum membuat phD tidak mendapat biasiswa dari kerajaan (seperti saya) kerana saya tidak berpeluang untuk mendapat kerja di swasta atau awam sehinggalah habis phD. Oleh itu bebanan hutang pengajian yang terpaksa saya tanggung adalah tinggi. Masa saya biasiswa untuk phD ke luar negara dari pihak kerajaan adalah terhad dan saya terpaksa memohon biasiswa luar contohnya wwf dsb. dan juga pinjaman Yayasan untuk menyara hidup dan pengajian. Selepas keluar dan dapat kerja kat IPTA, kira-kira gaji untuk bayar semua pinjaman pengajian MSc dan PhD…tak cukup untuk menampung kehidupan seharian yang terlalu membebankan! Jadi saudara fikir-fikirlah sendiri!
Oktober 7, 2008 pada 2:03 pm
Anina
Kengkawan sume, saya ingin kongsikan pengalaman saya. Masa buat MSc..saya fikir ilmu yang didapati cukup. Tetapi lepas buat phD baru saya sedar sebenarnya cabaran buat phD ni terlalu berat dan saya hampir putus asa. Kalau di UK, student buat Master tu dianggap masih berhingus lagi….dan bukanlah saya riak atau memandang lemah orang yang ada Master je. Masa buat phD, semua students di UK dibiarkan untuk memilih method dan sebagainya dengan hanya sedikit supervision termasuklah saya. Saya hari-hari di lab sampai pukul 10 malam kerana nak siapkan research dan writing untuk publication. Pengalaman yang dilalui sangatlah mencabar dan sedikit lagi saya hampir putus asa. Jika dibandingkan Master…..penglaman membuat penyelidikan semasa buat phD tu jauh-jauh dan tersangatlah jauh berbeza bagai ‘bumi dan langit’! So apa salahnya phD dapat DS51. Jangan mare…
Oktober 7, 2008 pada 3:27 pm
kereta kebal
Aku pun takut nak buat phd…sbb kalau lulus macam2 keje depa ni bagi…yang terror bab bidang phd depa tu….tapi keje yang di bagi tah papa tah… tak ade kene mengena langsung ngan kelayakan phd tu… setakat nak urus jabatan ke fakulti ke… orang yang ada master pun cukup.. Hang bayang kalau tak lulus….dah le dapat saman universiti. nak naik pangkat kompom payah… malu usah le cakap… kena pandang serong jer dengan staf kita ni… malah martabat jatuh lebih teruk daripada sebelum pegi dulu… lu orang tengoklah sendri
Oktober 8, 2008 pada 9:12 am
Mata Pena
Gaji dan pangkat sudah pasti menjadi kebanggaan mahupun keegoan orang tertentu. Pasal tu bila disebut KANAN lain rasanya. Pada pendapat saya, orang lama yang belum mendapat DS52 bukan berunsurkan gaji semata-mata tetapi lebih berunsurkan PANGKAT. Cuma anda bayangkan anda telah mensyarah sebagai ENCIK X selama 10 tahun dan pelajar yang pernah anda kuliahkan kini bergelar pensyarah KANAN sedangkan anda masih PENSYARAH?
Adakah salah bekas pelajar anda kerana ia memperoleh PhD? Salahkah jika ia memilih profesion akademik?
Salahkah ia ditawarkan DS51?
Adakah salah ia kerana ENCIK X tidak juga mahu mengaji PhD?
Sebenarnya, kalau dah 10 tahun menjadi pensyarah, maka gaji pun dah P1T10 sekurang-kurangnya. Oleh itu, gaji DS52 tidaklah jauh sangat dengan gaji ENCIK X terkini.
Oleh sebah ENCIK X telah sedia maklum yang PhD adalah tiket “MUDAH” (Ph.D. mudah ke?) untuk mendapatkan DS52. Apa kata kita sama-sama menggalakkan ENCIK X untuk buat PhD? Nathijahnya pasti bagus kerana kerajaan Malaysia akan untung dari segi lebih ramai pemegang PhD dan ENCIK X pun dapat DS52?
Jangan kita lupa, ada antara kita yang bukan sahaja berPh.D. Kita boleh imbas kembali rekod sejarah akademik rakan-rakan kita. Ada yang Kelas Satu ijazah asasnya. Ada yang sentiasa mendapat anugerah Dekan setiap semester pengajian, Hadiah Buku Universiti dan PINGAT EMAS Di-Raja, Canselor, Naib Canselor dan sebagainya. Ada juga antara kita yang mendapat biasiswa elit National Science Fellowship (NSF). Bagi kawan-kawan kita yang EXTRA ORDINARY ini, jika KITA boleh mendapat DS51 secara terus; tidakkah mereka layak mendapat DS53 secara terus?
Lantaran itu, bagi yang tak suka kita mendapat DS51 secara terus, fikirkanlah jauh-jauh. Jangan dijolok hati orang kerana setiap manusia ada tahap toleransinya. Baru DS51 janganlah nak susahkan kita yang baru kembali selepas berperang Ph.D, inipun belum lagi ada kebangkitan meminta DS53 secara terus yang lebih “power”. Bagi ENCIK X, 10 tahun yang lalu gaji pensyarah boleh dikira besar kerana barangan dan rumah dulu pun lebih murah. Cuba bandingkan harga rumah kini dan 10 tahun dulu!
Kalau benar nak majukan industri akademik di Malaysia, sudah pasti kita memerlukan insan yang kuat asas akademiknya dan secara tak langsung orang yang mendapat KELAS SATU ini sepatutnya lebih kuatlah asasnya (atau sekurang-kurangnya pada masa dapat KELAS SATU itu). Jika satu Malaysia hanya menerima manusia berKELAS SATU sahaja jadi ahli akademik, berapa ramai antara kita yang akan hilang kerja ini?
Yang mendapat KELAS SATU, bukan pula bodoh orangnya. Negara luar sentiasa terbuka menerima mereka. Gaji sudah pasti lumayan kerana matawang dan kualiti kehidupan yang lebih baik. Justeru itu, langkah kerajaan MALAYSIA berkenaan perlantikan terus ke DS51 ini saya sokong dan semoga akan menggurangkan isu BRAIN DRAIN. Semoga di waktu terdekat akan datang, kerajaan MALAYSIA akan melaksanakan perlantikan terus ke DS53 bagi kawan-kawan kita yang EXTRA ORDINARY ini.
Ini adalah untuk kebaikan anak cucu kita juga. Bukankah bagus jika anak cucu kita nanti dididik oleh orang yang KELAS SATU otaknya?
Beginilah, apa kata kita semua bersatu padu agar sistem pendidikan kita lebih utuh dan global sifatnya. Saya doakan agar ENCIK X akan mendapat DS52 ataupun DS54 secepat mungkin agar ia akan lebih bersemangat bekerja. Kita tidak boleh menganggap orang yang dulunya 2.50 akan kekal 2.50 otaknya. Ada yang sudah sedar dan sudahpun banyak berubah keupayaan intelektualnya.
Oleh sebab perkataan KANAN atau SENIOR itu menjolok mata ENCIK X dan kita tidak boleh pula butakan atau tutup matanya, maka mungkin istilah Pensyarah DS51 boleh digunakan menggantikan istilah Pensyarah KANAN.
Secara peribadi, saya tak kisah panggilan jawatannya. Yang penting, isteri, anak dan kedua-dua ibubapa saya dapat makan and moga-mogaan dapat beli rumah (bukan yang mewah).
Saya doakan kejayaan dan kesejahteraan kita bersama.
Mata Pena
Universiti Malaysia Sabah
Oktober 9, 2008 pada 9:54 pm
Ayop
betula la..bukan senang buat phd nie. masa master dulu buat by research gak..tapi bila buat phd suma kena decide sendiri..pening la.bukan otak jer kena pickup cepat, communication pun kena bagus, penampilan pun kena bagus, kerja kena efisien..its about life+ skill training+ time disiplin..bla..bla..suma kena bagussss arrr..
kenaikan pangkat tue sbb nk kasik kat org2 bagus nie utk perfom, memartabatkan anak2 cucu2 spy jadi KELAS SATU..tp klu suruh buat kerja management buhsan lar jugak..
buat research bagus2..publication kaw-kaw..klu org nk kasik 54 kasik..klu tak kasik jugak walaupun layak cabut jer lar..banyak lagi uni yg tahu menilai kan..? apa susah?
Oktober 10, 2008 pada 1:38 pm
Widuri
Yalah…apa salahnya phd holder yang baru dapat DS51. Nape pula ramai pihak2 yang membangkang? Disebabkan terlalu berlambak pensyarah-pensyarah Master maka tahap pendidikan kita di Malaysia belum mencapai tahap cemerlang. Dengar-dengar hanya lebih kurang 20,000 orang pensyarah yang dah ada phD di seluruh Malaysia. Betul ke? So berapa orang students IPTA yang kita ada sekarang? Puluhan ribu? Jadi nisbah pelajar yang ada ijazah makin ramai berbanding pensyarah yang ada phD. So, wajar sungguhlah kerajaan ada target untuk mendapatkan graduan phD 60,000 orang pada 2010. So kalau kerajaan nak tambat hati semua pensyarah Master buat phD dengan bagi DS51 apa salahnye. Napa ada yang bising-bising dan balik-balik cakap kerajaan tak adil? Sebenarnya menurut pengalaman saya sendiri, membuat phD menjadikan seseorang tu lebih tabah, independent dan cerdik dalam melakukan penyelidikan! Minda juga akan terbuka luas dengan cabaran penyelidikan sema phD dilakukan berbanding buat Master. Kalau Master, kita masih lagi 80% dibimbing oleh supervisor manakala phD 80% independent buat penyelidikan sendiri. So sape-sape yang tahu cakap je psl DS51 untuk phD baru tu……BERANI ANDA SAHUT CABARAN BUAT PHD? Terus-terang di U saya sendiri, ramainya pensyarah Master yang buat phD di UK telah kecundang dan tidak mampu meneruskan pengajian……Cuma bagi saya DS51 tu bukanlah gaji semata-mata. Pendidikan adalah bidang yang mulia! Namun tahap-tahap gred haruslah dibezakan dengan Master. Kalau setakat 300 je beza….ramailah kengkawan saya yang dah ada phD di Singapore, US dan UK tak nak balik Malaysia. So kita lihat negara-negara lain yang cemerlang dalam pendidikan seperti di Singapore, UK, US dan Jepun…gaji mereka sangat-sangatlah tinggi. Jika kita terus berada di takuk lama DS45 maka hanya pensyarah2 dari India, Afrika dan Vietnam yang akan suka berkerja di IPTA sebab gaji rate malaysia yang tinggi? Sedangkan orang-orang kita sendiri di mana? Mereka lebih rela bekerja di luar negara! Saya setuju dengan MAT PENA yang mengatakan kos hidup 10 tahun lalu sangat berbeza dari kos hidup sekarang. Bayangkanlah di bazar ramadhan pada 10 tahun lalu, RM1 boleh dapat 5 kuih dan sekarang? RM1 hanya boleh dapat 2 atau 3 kuih je? So gitulah cit cat saya berkenaan ngan DS51 dan DS45……..Anyway kerajaan sudah setuju untuk menaikkan phD holders ke DS51 lantikan terus dan dengar2 sekarang di U saya..pihak pendaftar sedang tunggu minit je dari Kementerian dan soon automatically akan dilaksanakan….hehehehe……
Oktober 10, 2008 pada 2:49 pm
methodology
Cuba citer sikit ngan aku..susah ke PhD ni ? Kekadang aku tengok ada orang abih 2 tahun sengah jer….ada plak tu sampai 4 tahun sengah…ada plak tu tak abih, balik msia pastu abih….aku dengar ada sampai 8 tahun pun ada…….susah lah gak nye kot………..:(
Oktober 11, 2008 pada 10:34 pm
ciput
Pendapat saya buat phD ni memang susah dan mencabar. Orang yang habih 2 tahun lebih je tu adalah kategori orang2 yang ada target dan fokus buat dan siapkan phD. Dia mungkin belum ada komitment lain yang membebankan seperti tanggungan anak-anak dan lain-lain. Manakala orang2 yang sampai 4 tahun setengah tu…sudah ada bebanan keluarga….dan dia siapkan juga phD dia sebab terpaksa balik M’sia dan terikat kepada undang-undang yang dikenakan. Emm orang yang sampai 8 tahun…memang saya kenal juga dengan kengkawan buat phD di UK sampai 8 tahun. Dia mungkin bermasalah dengan ujian2 tapisan di UK yang diperlukan masa buat phD dan asyik tangguh pengajian atau dia tu tak komited dengan phD dia…..asal lulus je.
Apa pun ni sume pendapat saya sorang je…..mungkin orang lain ada pendapat sendiri…
Oktober 12, 2008 pada 4:01 am
methodology
Apa yang aku faham, PhD ni is based on personal case, nature of the research, type of supervisor dll gak…aku rasa it is not fair if we just conclude that people who took more than three years as not ‘focus’ and didn’t have a target…tul tak…kekadang tu akak aku kata rajin macam nak gile pun ada jer barriers yang contribute to the extension…takutttt aku dengar…aku ni baru bertatih…takut beb !
Oktober 12, 2008 pada 6:49 am
methodology
Kat UTHM ni bape orng dah ada PhD eh ? Ramai tak ?
Oktober 12, 2008 pada 1:44 pm
Othman Inayatullah
Salam dan Slmt Aidil Fitri. Buat PhD tidak susah atau payah tetapi perlaksanaannya yang buat kita rasa putus asa, sedih dan takut. Syarat untuk dapat PhD adalah sumbangan ilmu samada dalam bentuk teori baru, method baru atau review teori/method yang sedia ada. Saya sedang dok buat PhD, setiap hari otak ini berpusing untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Cabaran dalam PhD ini yang utama apabila hasil kajian kita tidak seperti yang kita harapkan. Bila ini berlaku kita terpaksa guna plan B atau C. Apa itu Plan B dan C, itu bergantung kepada seseorang itu terjemahkannya. Yang ke dua untuk dapat PhD sebenarnya 100% dari kurniaan Allah swt dan daya usaha, inovasi yang kita ada. Banyaknya cabaran untuk mendapat PhD dan laluannya berliku. Apakah mereka yang berjaya pulang dengan PhD tidak perlu dihargai sedangkan mereka ini telah menyumbang sesuatu pada dunia akademik. Tapi kat Malaysia ini ada orang dapat PhD segera lepas tu boleh jaja status Dr di merata pelusuk negara. Kalau jadi sedemikian rasanya usaha kita 3 tahun dengan tahun tambahan tidak berbaloi kerana PhD segera lagi terkenal. Maaf ya
Oktober 12, 2008 pada 2:40 pm
cicakman
Emm pengalaman saya buat phd adalah sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan masa dan pemerahan otak secara infiniti. Personal opinion, kalau ada yang siap dalam 2 tahun tu…memang dia sangat2 fokus dengan phD dia dan untunglah dia sebab mungkin research dia tidak bermasalah. Kalau saya dulu..saya pun siapkan dalam 2 tahun setengah…terus terang..saya very fokus dengan kerja saya dan saya usahakan agar methodology berjaya dan research mencapai tahap yang memuaskan. Supervisor cuma bagi sedikit guideline dan kita yang berhempas pulas menyiapkan apa yang dia nak laksanakan. Saya dulu buat phD DNA dan tau2lah memang result susah nak dapat cuma saya dengan initiatif sendiri p tanya sape2 yang expert, sentiasa rujuk ngan supervisor, ada target untuk siapkan sebab rindu nak balik M’sia dan tak nak extend lagi di UK (boring), dan rajin2lah email pakar2 di seluruh dunia (penulis journal) tentang masalah yang dihadapi…Saya terus-terang ramai pakar2 tersebut tidak kedekut ngan ilmu mereka dan saya sentiasa mendapat balasan email….bukannya saya sombong atau bangga diri..key just nak kongsi pengalaman je….cow
Oktober 12, 2008 pada 11:38 pm
Kak Yam
Salam semua…Kak Yam siap PhD Kak Yam 4 tahun stgh….macam nak mati Kak Yam…pulak tu masa tahun 3 awal Kak Yam sakit dan terpaksa dibedah…so, pada Kak Yam, PhD ni tak seharusnya faktor MASA sahaja diambil kira…ada banyak cabarannya…faktor sakit, supervisor yang membantu, karenah keluarga dan anak-anak, faktor research itu sendiri….kepada yang ABIH PADA MASANYA tu…alhamdulillah tapi janganlah memandang rendah pada orang lambat dan bermasalah….hari ini urusan anda dipermudahkan, mana tau esok lusa Allah uji anda plak…muhasabah sesama kita dan kadang-kala kena pandang ke bawah sekali-sekala.
I could probably say that the ‘Length of Study’ can be considered as one of the KPI’s but there are a lot more barriers that we have to take into cosideration. Oklah yer..To God I pray for your success and all d best to all !
Kak Yam & Co
Oktober 13, 2008 pada 10:14 pm
datuk K (kalimuthu padiyamma)
betul..betul tue kak yam..cepat atau lambat kerja tuhan..org yg buat phd nie bukan org yg lemah..sumanya ada highly self-encouragement..
tp sometime research/kerja/belajar kena ikut priority..such as anak, suami, isteri..belum lagi masuk kes2 funding, technician lembab, s.visor, sakit/sihat, etc..bab kata mudah semua usaha utk lulus kadang2 berbalik pada tuhan punya ketetapan lar jugak kan..lambat ker cepat dah tertulis di suratan ilahi..
ala..methodology..macam buat anak ler jugakk..ada yg lahir selamat atau sebaliknya..ada yg cepat dapat anak ada yg lambat..mcm tue ler jugak phd nie..rezeki tuhan yg tentukan..yg pasti KITA USAHA SEMAMPU YG MUNGKIN..jgn takut..mari..mari..join da club.
Oktober 13, 2008 pada 10:40 pm
Siti
Cepat atau lambat bergantung kepada diri seseorang tu. Kalau takde masalah cepatlah dia…kalau ada masalah2 cam keluarga atau apa2lah…lambatlah dia. Cepat atau lambat tak penting…lebih baik ada phD daripada takdak! Memang dalam kes2 buat phD semua bergantung pada technical dan macam2 lagi….tapi kalau ada yang sampai 8 tahun….sampai universiti sikit lagi nak pecat…tak syoklah sebab rugi bayar dia dan merugikan masa ja. Ramai lagi calon2 yang nak buat phD tapi rugilah kerajaan yang menanggung dan tunggu orang2 yang sampai 8 tahun baru siap…..duit rakyat jg yang habis!
Oktober 14, 2008 pada 12:23 am
Tanpa nama
Klau kejar Pangkat kalu tak dapat kita kecewa…..Cadangan Penysraha yg ada phd setelah berkhidmat beberapa tahun di U sangat baik……saya pun tengah buat PHD…secera tak langsung menggalakkan yng belum membuat PHD…amin..
keje biarlah ikhlas…..Pangkat tak kemana……kalu dibagi kita ambil..kalua elum lagi jangan kecewa..
Oktober 14, 2008 pada 3:31 am
Kak Yam
Kak Yam skrg nih dah lepas PhD dah..tapi akibat dari dorongan PANGKAT ni…ada banyak yang Kak Yam rasa macam nak tegur…untuk diri Kak Yam jugak…antaranya:
1) Penulisan kertas kerja banyak yang melakukan kerja tempel-menempel, termasuklah di kalangan orang yang dah ‘BERPANGKAT’,
2) Etika bidang yang serupa tidak dipenuhi jika paper ditulis bersama, misalnya isteri pun ada masuk nama suami, suami plak ada masuk nama isteri. Malahan, adik kakak, adik abang dari universiti luar pun dimasukkan sekali…ini termasuklah jika memohon geran penyelidikan,
3) Untuk geran fundamental (zaman Kak Yam dulu), tidak ada pihak yang memeriksa hasil findings, grammar, kualiti research dsbgnya…pihak Pusat penyelidikan hanya terima sahaja tanpa pemeriksaan,
4) Geran penyelidikan ada yang duplicate antara pelbagai jenis geran lain yang dipohon, malahan ini juga terjadi bagi kertas-kertas kerja yang dibentangkan, kadang-kala letak nama lain, tapi paper pulak masih sama,
5) Penyalahgunaan geran, perkara-perkara peribadi misalnya ke KL atau ke JB, tapi dikatakan mengumpul data…maka claim dibuat…pihak PPI tak tau pon…..kelim…kelim janji kaya !
6) Pembelian perolehan bawah RM10,000….pakat-pakat dengan suplier utk mudahkan penyelewengan wang research….
Ntahlah….Kak Yam sebenarnya PENING dikelilingi oleh kawan-kawan yang begini di dalam UTHM…..patutkah Kak Yam menjadi seperti mereka atau Kak Yam terus diketepikan sebab tak ada paper yang menimbun, research yang menipu dsbgnya ?
Tolong Kak Yam, Kak Yam kekadang rasa dunia akademik ini sangat merbahaya…………..
Oktober 14, 2008 pada 7:01 pm
Siti
Betul tu Kak Yam, mana2 U pun kes cam tu biasa berlaku….dan saya setuju ni sangat menakutkan! Saya pun baru je habis phD dan pernah terjadi..idea kita orang ambik terutama yang ada PANGKAT.
Cuma susah jg nak bukak mulut sebab benda2 ni memang sudah lumrah dan turun temurun. kalau kita lawan…kita baru setahun jagung dan dorang tu ada pangkat dan kita hanyalah bawahan yang menurut arahan dan selalu pula tu dibuli…..Janganlah kak Yam rasa sedih dan takut dengan semua tu…sebab saya pun mengalaminya jg. Tumpang menumpang dalam senarai penerbitan selalu terjadi. Saya lihat ada juga pensyarah yang tak dapat confirm dan telah diconfirmkan melalui penerbitan tumpangan. Cuma kita ada prinsip sendiri…biarlah kita teguh berpegang pada kejujuran dan keikhlasan diri untuk menjadi ahli akademik yang baik. Pernah terjadi di salah satu jabatan (rahsia), ada kawan saya ni dia tulis proposal ke Sc Fund dan telah dapat geran beratus ribu. Yang sedihnya, si ketua jabatan ni terus ambik duit tersebut dan keluarkan nama kawan saya dari research tersebut atas alasan kawan saya ni selalu tidak mendengar arahan tugas yang diberikan. Akhirnya research tersebut terbengkalai gitu ja sebab siketua ni bukannya tau apa2 dan lebih memburukkan nama kawan baik saya jg terjejas kerana dialah ketua projek. Dorang2 yang gila pangkat ni sebenarnya suka menumpang untuk tujuan peribadi spy dapat naik gaji……
Oktober 14, 2008 pada 8:17 pm
MATA PENA
PhD sebenarnya menarik. Susah atau tidak? Yang pasti tidak senang. Kalau senang, semua orang dah berPhD kan? Semoga tidak lama lagi semua pensyarah berPhD akan diDS51kan. Insya Allah.
Oktober 15, 2008 pada 3:10 am
Kak Yam
Waaah sampai begitu sekali eh Siti….yang penting Kak Yam tau apa yang Kak Yam buat….Allah swt tau niat kita….kekadang kita ingat dengan jalan macam ni kita akan cepat naik…memanglah naik akhirnya..tapi Alllah swt tak akan cukupkan kita jugak sebab kita naik sebab jalan yang menipu dan menyeleweng…ramai Prof2 yang ada tapi sentiasa mengeluh tak cukup duit…rasalah kalian di dunia dan apatah lagi diakhirat kelak….nauzubillah…
Oktober 15, 2008 pada 7:49 am
Kereta Kebal
Sebab tu adik-adik semua….kalau depan boss jangan nak tunjuk pandai sangat…bagi idea itu bagi idea ni….kenapa kita tak buat macam tu kenapa kita tak buat macam ni…keep the good things for you…boss2 semua ni…diaorang nak you all sume bagi idea macam2… pastu nanti masa mesyuarat executive dia punya cakap lagi lunak sebab idea tu cuma cetusan sahaja….tapi goreng dia orang lagi kow…kow. Apa apa pun kau orang simpan jer lah sampai masa kau orang sendiri jadi boss….kita orang sume ni nak pencen berapa tahun jer lagi…biarlah kami pencen dengan aman…buat masa ni kerjalah dengan ikhlas….kalau suka kat kami nanti recycle lah kami balik bila kami pencen…kalau tak kami dok kedai kopi jer lah..
Oktober 15, 2008 pada 8:19 am
Kak Yam
Ermmm..kalau gitu biarjelah ketua yang tak beretika hidup dengan menzalimi orang bawahan…mana adil tu Kereta Kebal….sebab tulah UTHM ni jadi macam ni..sebab Ketua dan Pemimpin nyer kurang beretika….patutnya kena reform our management…try to develop new initiative for the betterment of our service delivery…..dan tulah sebabnya Kak Yam kadang-kadang macam dah hilang rasa hormat kat orang-orang berpangkat dan tua ni….dah tua tapi buat perkara yang dahsyat-dahsyat….ingat hidup ni lama agaknya ye…..
Oktober 15, 2008 pada 9:16 am
Siti
En Kereta Kebal…bukanlah kami nak menghina semua orang-orang berpangkat sebab bukan semua ketua2 berpangkat di IPTA ni gila kuasa. Cuma orang2 cam ni hanya sebilangan kecil saja dan dari apa yang saya perhatikan…si ketua yang baik ni….belum dapat Datuk dan dia hanya low profile dan beretika tetapi sudah banyak sumbangan melebihi si prof2 yang dapat Datuk. Si ketua yang baik ni juga selalu rendah diri….dan ada gak yang baru 2/3 tahun ngajar sudah dapat Datuk…Ishhh…dashyat sugguh! Sebab yang dapat Datuk cepat ni…kerja dia tukang kipas ja. Pastu suka tumpang kajian orang….pastu suka menindas anak buah lagi. So..apa sebenarnya dunia kita nak jadi ni? Allah bagi ilmu adalah supaya kita bijak menilai baik dan buruk. Bukannya gunakan ilmu untuk menyeleweng…….
Oktober 15, 2008 pada 9:21 am
bharun
ngeri juga cerita belakang tabir demo-demo nih.
Oktober 15, 2008 pada 9:37 am
Kak Yam
Memang ngeri…outrageous…tapi utk staf yang baru-baru dan muda-muda mungkin tak berapa nampak…tapi Kak Yam pernah kerja di IPTA lain sebelum UTHM…malah ada Prof yang teruk sekali sehingga nak guna Power Point pun tak reti… tapi tetap seorang Prof…kan magic kan ? This is the reality that we have to admit…believe it or not..it is all down to you my dear friends !
Oktober 16, 2008 pada 6:10 pm
dreamer
Haha, kak yam , you just reminded me a prof who taught me AUTOCAD. He couldnt differentiate the simple 1st angle projection and 3rd angle projection, and he didnt know the function of ‘viewres’. Ok fine, i can accept the fact that he, even a prof, might not be knowing everything in his field, but it just pissed me off when he explained the wrong thing in the class. Why not he just said, ‘well, i couldnt answer this question now, but i will look for the answer and discuss it in the next session’.
Frankly speaking, i really disagree with the professorship system in which you have to fulfill the 5 P. ‘Professor’ is for those who are really expert in his field, that means he must be doing tones of research and publishing lots of journals/conference papers in his field. But, on the contrary the 5P system emphasizes too much on unrelated things like ‘khidmat masyarakat’ and ‘pengurusan’. That explains why a professor is not expert in his field.
Oktober 20, 2008 pada 9:09 am
Siti
Kalau dah ada phD pun tak semestinya orang tu dianggap hebat dengan knowledge….prof pun ada banyak kelemahannya inikan pula phD yang baru nak merangkak buat research. Bagi saya, masih ramai lagi prof iaitu orang lama ‘buta it’ dan dorang ni takut guna kmputer.
Tapi ada jg prof yang memang hebat….IT hebat dan pengajaran yang mantap. Hakikatnya orang baru tetap orang baru dan orang emas tetap mantap dengan ilmu. Tak delah orang lama kalau tak de orang baru…..
Cuma orang lama dan orang baru tak kira dia prof atau pensyarah baru harus ikut resmi padi ‘Semakin berisi semakin humble’ …cuma saya perati..ramai yang semakin berisi semakin bongkak! Siap memalukan lagi pensyarah2 baru.
Nak jadikan cerita…ada sorang pensyarah kontrak ni..dia sebenarnya sudah bekerja berpuluh tahun di Jabatan Kerajaan sebelum kerja di IPTA. Pastu dia sangat bangga dengan pengalaman dia dan pada setiap kali meeting dia ni tak sudah2 menghina pensyarah2 baru yang kononnya ada phD tapi tak setanding dengan dia yang sudah MANTAP ngan pengalaman. Pastu ada sorang pensyarah phD yang baru join IPTA dan dia ditugaskan untuk correct student dia punya tesis…dan dia mendapati penggunaan statistik dan analisis pelajar seliaan si pakcik sombong tu sangat teruk…sampai tak tau nak bezakan non-para dan para. Masa viva bila pensyarah baru phD ni tegur statistik student tu…punyalah si pakcik yang sombong ni melenting tak terima kenyataan. Niat si pensyarah phD ni hanya nak membantu student tu dari segi statistik yang terang-terang SALAH analisis, tanpa memberi komen terhadap bidang kepakaran pakcik tu…tu pun si pakcik ni EGO dan BONGKAK marah2 hingga dibawa ke meeting dan sungguh tak professional….Hakikatnya orang lama dan orang baru….kenalah saling tolong menolong……kan bagus kalau kita saling membantu. Orang lama harus sekali sekala terima pendapat orang lain jg…
November 25, 2008 pada 9:08 am
Izat
DS51 hanya untuk pensyarah yang baru masuk selepas tarikh diumumkan. Bagi pensyarah yang sedia ada…..untuk phD ke Ds51 kena ikut kursus pulak dan sekurang2nya sudah 1 tahun berkhidmat…..korang-korang sume….DS51 tu automatik ke? Lecehlah……sedangkan u lain cam upm, usm dan ukm…sume automatik tapi tak surelah ngan u yang lain-lain. kat tempat saya, DS51 bukan automatik…….
April 21, 2009 pada 12:35 pm
momok
Aku harap korang semua tak memberi pandangan seperti berikut:
Email 1:
Assalamualaikum.
Minta maaf..saya harap kenyataan2 atau artikel yang berbau politik seperti dibawah ini tidak dihantar ke mel group ini..apa yg nak dibuktikan??..kalaupun ia dibuktikan..apa kebaikan yg dapat dibawa?..tidak lebih dari kebencian terhadap manusia lain..kebencian tidak akan membawa apa2 kebaikan sekalipun ianya ditonjolkan atas nama agama sekalipun..sekiranya tuan moderator tidak setuju..hrp keluarkan nama saya dari list ini..sekian hrp maaf.
p/s: semoga kita terhindar dr sifat benci membenci..kita semua dlm keadaan sukar..kasih mengasihi lah sesama kita.
Mei 30, 2009 pada 2:31 am
jebeng
xde follow up ke topic ni? kalau join UTHM skrg dgn Phd ble dapat DS51 x? dgr cite xble lg..
September 4, 2009 pada 9:30 am
Azha
MMg kata lah semua org dah dpt PhD..hehe semua dapat DS51…bagus jugak tu…org kenal bila dah jd pensyarah jer…gaji besor wei..
Harap2 gomen ado peruntukan utk gaji tu.
September 14, 2009 pada 5:31 pm
kira-kira
Salam,
kerajaan masih blum implement lagi ke gred gaji DS51 tu. berapa gaji pokok ds51 dan elaun?
Oktober 13, 2009 pada 5:35 pm
tin10
haha… sume pakat mangat kejar Ds51 jom… xyah pening2.. bek kte g study ngn sifu2 di u.k n jepun,,, ade brani ka?
Oktober 15, 2009 pada 5:27 pm
pensyarah_veteren
ooih.. jgn la b’hasad dengki, kne support org muda ni..
orait la tu, dpt m’ggalakkan org muda wat PHD lg..
gred i pun 51/52, 23 tahun keje pensyarah, ade PHD.. aku ngaku aku jenis malas wat research, tp ngajar i suka…
i conduct n supervise diorg student master ngn phd, diorg nyer tajuk n project…. mmg mantap. pun byk aku dpt ilmu drp student aku..
aku follow up ngn project diorg… keje siang mlm pg ptg cari byk, kuarkn duit cari mklumat n attend course ngn belanja sendiri… mklumat ngn cabaran arus teknologi skg, sumeny kne high tech…
aku wat phd dulu pun xseteruk diorg skg… mmg sgt mencabar….
bygkanla, diorg kne korbankan masa muda diorg sgt lama utk cmplete degree, then master then phd. Masa sgt berharga.. rmai dikalangan mrk yg nk wt master n cmpletekan phd pd zaman muda, kne korbankan byk ms n duit mereka yg dh sedia ciput cz fresh graduate master or degree, kawen pun kne tangguh, xtahan aku woo….. nak tggu dptkan biasiswa, bkn senang maa…
sptutny u oll yg dh lama kne support n bangga ngn anak muda cmni.
kite yg dh lama keje xde la sengkek ngn duit kan…
cume rs malu cz xnaik gred..
cume jeles nape yg muda dpt.. n nape kte dulu xdpt…
kalu pk x adil, byk benda x adil atas dunia ni.. cthny, org muda skg mkin byk cabaranny, nk naik pangkat? sistem kerja? sume ny dibentuk oleh org lama spt kite yg menyulitkan diorg yg muda.. kdg2 aku pk, kite sume org lama mcm hantu jugak la, nyusahkan org je.. bkn nk memperbaik keadaan tp mkin nyusahkan keadaan la.
tgk la negara maju, tgk la universiti spt MMU, Uniten dan UTP…
bgaimana diorg m’hargain org muda yg berjaya, yg ade phd..
bgaimana ngn kite??
mmg IPTA xkan ke mana2 kalu kite org lama terus bersikap cmni…
Oktober 23, 2009 pada 9:32 am
anak johor
stuju dengan pensyarah veteran..
Oktober 25, 2009 pada 8:55 am
Hamba Allah
Assalamualaikum w.b.t. Anda semua sememangnya mempunyai fikiran bernas dan baik. Memang semua idea saya setuju. Cumanya nak bagi buah fikiran sikit. Ada PhD ke tak ada PhD, yang penting apakah sumbang kita kepada negara utk memajukan bangsa satu Malaysia. Tak kira siapa mereka itu. Kita hidup ada pengukuran, skil, pertimbangan, dacing, dan lain2. Ada PhD pun, satu bukupun tak ada… orang tak ada PhD, banyak buku, penyelidikan, khidmat masyarakat. Takkan baru jadi Bilal nak terus jadi Imam. Baca ayat lazimpun tak hafal lagi? PhD hanya satu pengukuran akademik, tak susah buat PhD. Tulis tebal-tebal tesis, dapatlah PhD. Kadangkala bila Viva tak dapat nak jawap persoalan daripada Penal Viva. Semua ni saya dah tengok dengan mata kepalanya sendiri. Ada PhD, tapi
Oktober 26, 2009 pada 1:21 am
Adik Guard
Hamba Allah,
Nampak gaya ko bercakap, mesti ko belum ada PhD. Apa kata ko amek PhD, then baru cerita. Sebab bila tak kena batang hidung kita (sebab kita tak amek PhD), kita dok kata yang orang ada PhD ni demand itu lah, demand ini lah. Ada baiknya ko ambik dulu, kemudian baru cerita. Ko jugak kata nak dapat PhD ni tak susah, aku quote ayat ko:
“tak susah buat PhD. Tulis tebal-tebal tesis, dapatlah PhD.”
So apa kata ko pegi buat PhD yang ko kata senang tu? Ok tak macam tu? Atau engkau sebenarnya tak berani nak buat PhD lalu berlindung disebalik berbagai2 alasan.
Sebab apa orang graduate boleh masuk terus jadi pegawai? Sebab apa pula yang ada SPM tak boleh terus jadi pegawai? Jawapanya ialah kelulusan mereka berbeza.
Oktober 27, 2009 pada 8:44 pm
hamba Allah,
Kesian Adik Guard. Sebab apa kau jadi Guard itu soalnya!
Oktober 27, 2009 pada 8:46 pm
hamba Allah,
Ko tau PhD? Dari mana asalnya? Tolong jawap!
Oktober 30, 2009 pada 2:00 am
tin10
salam… aku setuju dengan ‘adik guard’.. pelik jgk hamba Allah kata PHD tu x susah. die dh da PHD ker? ke dh buat 3 PHD ni… + PHD=perasaan hasad dengki (sori.. ekkekkeee..) apepon kte kn menghargai laa sesapa yg da PHD n keje demi UTHM…
November 9, 2009 pada 4:03 pm
poning
Aku setuju dgn yang org baru yang dah ada phD terus DS51 dengan P1T1, tapi perlu adil dgn pensyarah lama…kalau ikut aku, pensyarah lama yang dah ada Phd patut dapat DS52 dengan P1T?, yang ? tu bermaksud mengikut pengalaman.. mungkin math mudah seperti 2 tahun pengalaman dikonvert kepada 1 tangga gaji….contoh kalau 4 tahun pengalaman (tanpa mengira tahun cuti belajar), perlu tambah 2 tahun gaji…jadi P1T3 terus…saya rasa baru semua orang puas hati.
November 11, 2009 pada 2:58 pm
mat trox
Poning… aku rasa la… kat UPM… kalau pensyarah atau tutor yg dah lama kerja… then balik ngan PhD … dia naikkan ke 52… P1 T1 DS52….
aku dengar la. tapi tu pon dari dekan salah satu fakulti je….
harap2 betul la. pasal aku pon tengah nak ngabiskan phd ni.
bukan la nak kata kejar duit ke apa ke… tapi kalau naik sampai 52 tu best jugak :) Pasal aku dah tutor since 2001 (dapat master 2004)…. tapi still tutor sbb UPM ubah polisi (dan lepas tu uni2 lain ikut)….. PHd baru pensyarah
So skang ni aku DS41. Naik ke 51 atau 52 tu mmg alhamdulillaah :D
November 12, 2009 pada 7:07 am
Mafia Don
Kepada yang sedang mengambil PHD, kawan doakan agar anda semua berjaya dalam usaha anda dan dapat menabur bakti diUTHM dengan hasil kejayaan tersebut…..
Anak bangsa, UTHM dan Malaysia menanti anda semua…………
November 12, 2009 pada 2:17 pm
Adik Guard
Kepada siapa yang takde PhD tapi dok berhasat dengki dengan yang dah ada PhD, aku nasihatkan korang pegi la bawak2 muhasabah dan pegi buat PhD cepat2.
November 13, 2009 pada 9:13 am
poning
Bila aku browse ke atas balik perbincangan kita ni terbaca sembang-sembang PhD ni menarik jugak nak join…dah habih marking, sedap sikit nak join ye tak…
Aku pun dah dapat phD… memang menyiksakan rasanya proses mendapatkannya…tapi bila hasilnya dituai…rasa macam nak melompat… segala keperitan yang dilalui akhirnya membuahkan hasil..berbaloi pengorbanan yang dibuat oleh diri sendiri dan semua ahli keluarga…
Bagi semua yang telah dapat PhD, aku mengucapkan tahniah cuma diharap ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk…kerana ilmu ALLAH ini terlalu luas, kita hanya diberikan terlalu sedikit dari yang luas tu. Jasnganlah kita berasa bongkak sebab dah mencipta BENDA baru, kerana BENDA yang baru dicipta itu hanya baru bagi kita manusia TAPI tidak bagi yang berkuasa sebab DIA memang dah tahu BENDA tu. Kajian yang kita buat hanya untuk mengenali penciptaan NYA sahaja.
Bagi yang belum buat PhD, buatlah, kerana ia sebahagian dari tuntutan ilmu dan kewajipan seorang insan yang bergelar pendidik. Jangan hanya mendengki itu dan ini kpd org yang telah dapat PHD. Dan orang yang dah dapat PHD harus menghormati juga yang dah LAMA ni…kerana kita perlu bersama dalam membina agama, bangsa dan negara. Kita tak kan tahu bagai PHD rasanya PhD selagi belum mengalaminya…bukan hanya dengan menulis tebal-tebal sahaja…
Kalau ada yang “LAMA” dan “Berpangkat” yang buat hal…kalau ada kekuatan tegurlah. Ditempat saya bekerja juga ada yang macam tu, kerja dan proposal yang diberi di”HAMBUR” bagai “HAMPAS”, tetapi digunakan olehnya bila bermesyuarat dengan yang lebih tinggi hirarki darinya. JADI kalau terkena begitu, SABARLAH kerana kita mesti percaya kepada yang maha ESA…akan ada balasan atas kesabaran kita, dan akan ada balasan akan KHIANAT mereka. Saya pernah merasa semua perkara tu, dan kekdang lebih dari tu…mula-mula memang sakit hati, tetapi lama-lama kita akan redo. Bila kita dah redo, hati akan kembali tenang.
Tentang penerbitan, sudah menjadi tugas kita untuk menerbit…”Di bayar gaji”…jadi perlu cari masa menerbit, kalau ada yang ingin menumpang percuma…usah layan buat tak dengar atau lupa sahaja. Jangan dilayan kerana ia akan jadi penyakit yang paling sukar diubati, apabila orang yang terlibat “Dimanjakan”. kalau ada pelajar kita yang menulis artikel, hargai mereka dengan menulis mereka sebagai penulis utama kerana kita hanya menyelia, mereka yang mencipta…jangan paksa mereka menulis kita sebagai penulis utama, kerana ia adalah perbuatan yang melampau, seperti PENCURI yang diberi lesen mencuri.
November 13, 2009 pada 12:34 pm
Adik Guard
poning,
Setuju apa yang bro cakap tu. Tentang soal PENCURI BERLESEN, memang banyak jenis manusia yang tak tau malu macam ni. Kawan aku dulu pernah terkena kes macam ni dengan sorang pendidik (penyangak?) tua yang umur dah masuk 50 tapi PM pun dia masih tak dapat.
November 16, 2009 pada 10:30 am
poning
Mat Trox, ttg perlantikan/ kenaikan DS51/DS 52 ni mmg pening sikit…dalam satu fakulti pun kekadang kejap-kejap lain..tu yang ada belum ada PhD pun dah dapat DS52, kalau dah senior lebih 10 tahun berkhidmat (Tak mengira cuti belajar) tu tak pa jugak, tapi ada yang tak sampai 6 tahun dan belum buat PhD dan bukannya ada pengalaman industri ( masa kenaikan pangkat) dah dapat DS52…buat PhD, gaji dah besar, nanti bila balik PhD…lompat lagi tangga gaji…aku tengok publication dia biasa je…macam org lain yang tak dapat…alasan utk org lain kena tunggu PhD baru dapat…kan tak sama tu…jadi sabor je la…Allah maha adil
November 16, 2009 pada 2:51 pm
Adik Guard
Poning,
Takpe. Orang macam tu (yang menaikkan dan dinaikkan pangkat secara tidak adil) takkan selamat diwaktu pengadilan Allah nanti. Kat dunia ni masing-masing boleh goreng sana sini nak justify kan perbuatan mereka. Bila mati saje nanti masing-masing akan tahun siapa betul siapa salah.
November 16, 2009 pada 8:42 pm
bekas penoreh getah
Assalamualaikum wbt. Rakan2 akademik semua, semoga anda sihat waafiat. perbincangan mike semua teman respek habis, ialah orang akademiklah katakan, ya. Walau apapun, semua kita ni ada peranan, waimah korja yang paling rendah sekalipun. Yg penting kita redha dgn usaha kita selama ini. Dulu teman noreh getah, tapi dah rehat sikit, sebab anak2 dapat le membantu…Alhamdullilah, dapat le konsenterek (betui ke cakap orang putih nie?) pada Allah s.w.t. Solat dan kerja amal yg lain dapatlah lebih sikit. Anak2 teman korja Cikgu aje…. tapi lepas ngajor turun ke bendang, kekadang noreh sebelah petang…buat getah buku (getah segerap) aje..
Itu le sikit-sikit teman nak bersoreh. Sikit-sikit pandai le jugak bukak-bukak internet anak-anak cucu ni, dan terbaca kesah anak-anak ni. Tapi jangan le emosional iya….nak! he…he…he…
November 19, 2009 pada 10:28 am
tahi lembu
memang bagus dapat PhD naik ke DS 51/52.. aku sokong 120%… pasal usaha yang die berikan untuk dapat PhD tu… tapi masalah kat **** ni.. bila balik je terus bagi Jawatan… ketua tu la.. ketua ni la… cuba suruh die orang fokus terus ke bidang yang di belajar dgn cara wajib cari pelajar master by research paling kurang seorang…
jadi, ilmu yang die org ada tak kan hilang di mamah tugas2 pentadbiran… baru la tak jadi “Dr Kang Kong”….
November 19, 2009 pada 1:27 pm
Adik Guard
tahi lembu,
Tepat sekali! Ape jadahnye yang diorang pegi bagi orang PhD tugas/jawatan admin yang berbagai. Kita ni nak buat research dan mendidik! Ingat semua orang gilakan jawatan pentadbiran macam diorang ke? Tugas pendidik adalah lebih penting sebab kita dibayar untuk mendidik bangsa, bukan untuk menjadi pekerja admin dan kemudian menjilat lagi untuk extend atau naik ke level admin yang lebih atas.
November 19, 2009 pada 10:10 pm
anonymous
setuju dgn adik guard, tahi lembu :)
November 20, 2009 pada 10:50 am
ta*i lem**
pada aku… U**M ni tak berani nak merubah budaya IPTA.. yang ada title mesti kene pegang jawatan… cuba lah pihak pengurusan berani sikit untuk mengubah budaya…
cadangan aku:
wujudkan 2 cabang tugas-tugas prof/Dr : 1. Ahli Pentadbiran dan 2. Ahli Akademik. dimana kenaikan mereka adalah serupa….
Pentadbiran: dianggotai oleh DS51/52 dan keatas
Akademik: dianggotai oleh DS51/52 dan keatas
macam mana nak bagikan… U**M perlu bagi kebebasan kepada mereka kemana mereka nak bangunkan kerier kerja mereka untuk menjadi seorang ahli akademik atau pentadbiran.
dari segi kenaikan pangkat: kenaikan pangkat adalah sama iaitu ke 2 2 cadang tugas boleh naik sehingga ke VK7,6 dan sebagainya.. mungkin untuk mengalakkan lagi penyertaan dalam akademik.. peratus kenaikan pangkat adalah 65% peluang untuk menjadi PROF adalah lebih besar berbanding pentadbiran.
tapi ini hanya cadangan yang boleh di perhalusi oleh pihak atasan U**M. boleh terima or tolak tak pe ini cuma cadangan… hehehe
November 20, 2009 pada 12:36 pm
Adik Guard
ta*i lem**,
Kalo tanya aku la, aku cadangkan sepatutnya 95% atau at least 90% penilaian untuk naik pangkat adalah mesti berdasarkan sumbangan langsung kepada kemajuan akademik (termasuk penyelidikan – orang jenis cuma tumpang nama tidak dikira). Cuma 5% atau paling tinggi pun 10% jer penilaian yang mengambil kira tugas admin. Lagipun, kita ni dibayar gaji untuk memajukan Agama, Bangsa dan Negara dalam bidang pendidikan. Bukannya dalam bidang pentadbiran (bukannya sambil berebut nak mengejar jawatan pentadbiran).
Kalo sekarang ni ada jer orang dapat jadi Prof lebih kerana dia banyak ’sumbang’ dari sudut pentadbiran. Sepatutnya orang yang betul2 nak terjun dalam bidang akademik tidak dibebankan dengan kerja2 pentadbiran. Jadi mereka boleh fokus 100% pada kerja2 akademik demi memajukan Agama, Bangsa dan Negara.
November 20, 2009 pada 12:40 pm
Adik Guard
ta*i lem**,
Aku rasa ia sebenarnya bukan ‘budaya IPTA’. Sebenarnya lebih pada perangai dan kerakusan sesetengah orang kita. Cuba kita tengok saintis2 besar dunia. Mereka aktif membuat penyelidikan sampai ke usia tua (even ramai je yang buat sampai ke akhir hayat). Takde pulak aku tengok diorang ni sejak dari muda berebut2 nak jadi ketua jabatan, dekan atau nak jadi NC. Hehehehe.
November 24, 2009 pada 2:10 pm
Cicakman
Dapatkah negara kita capai sasaran 60% phD menjelang 2020? Dengar kata ramai yang tak lulus phD……dan mereka ni buat ke UK. Emmm kenapalah mereka dah dibagi peluang untuk buat phD dengan scholarship, gaji penuh dan macam-macam kebaikan tetapi tidak gunakan peluang sebaiknya. Yang ada Master ja….buatlah phD. Bila buat phD barulah tau bezanya antara langit ngan bumi……pastu buatlah postdoc pula….barulah mantap institusi IPTS/IPTA dengan pengajaran/penyelidikan/penerbitan! Penerbitan pun targetlah yang jurnal-jurnal terimpak. Buat apa banyak-banyak penerbitan tetapi 1 pun tiada impak faktor. Kalau di negara-negara luar US dan UK…kalau kita sebagai student sana setakat quote jurnal dalam phD yang tiada IF ..tu lum mantap lagi tu…..so kuatkan semangatlah capai penulisan dan penerbitan yang mantap! Bukan setakat melalak nak DS51/DS52 dengan publication tiada IF yang banyak tetapi tiada kualiti! Kita ni Malaysia…1 Malaysia dan kalau kita tak korek kemampuan diri…kita pun tak sedar akan kemampuan kita.
November 24, 2009 pada 2:17 pm
TigerMalaysia
Adik Guard
Kat sini…sapa-sapa pun tak nak jadi TD atau Dekan. Masalahnya tak de orang layak dan toleh kiri toleh kanan pandang depan belakang….sapa-sapa yang ada phD telah diberi tugas berat tu. Tugas-tugas tu dengan meeting memanjang…..selalunya membantutkan kecermelangan penyelidikan/penerbitan/pengajaran yang selama ini gah! Tak de sapa yang nak pegang semua jawatan tu….calon tak dak…jadi apa nak buat, pikullah tanggung jawab tu! Sahutlah cabaran phD!!!! Lebih ramai ada phD lebih baik untuk kita…..
November 24, 2009 pada 2:43 pm
TigerMalaysia
Pensyarah veteren
Saya setuju betul pandangan anda yang menyokong orang lama. Saya pujilah orang cam awak ni yang mengikut resmi padi. Semakin berisi semakin menunduk. Bukannya semakin menegak tetapi nipis cam lalang. Siapapun kita kena sokonglah..orang muda ke orang tua ke…jangan dicampur hasad dengki yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Kita kena ingat anak kita juga akan berada di tempat seperti kita nanti…so kita kenalah ubah fikiran….positif!
Disember 3, 2009 pada 5:28 pm
poning
Tahi Lembu & lain2, bukan UTHM je yang macam tu , rasanya semua universiti di Malaysia memang suka membebankan kakitangan akademik dengan pentadbiran. Bukan saja yang pegang jawatan pentadbiran, tetapi juga yang tidak pegang, juga dibebeankan dengan pelbagai jawatankuasa, sehinggakan yang jelas tugas penolong pendaftar atau pendaftar juga perlu dibuat oleh kakitangan akademik…seperti dokumen MQA. Selalunya mengakibatkan kakitangan akademik tak boleh fokus pada pengajaran dan penyelidikan…hanya penuh dengan KHIDMAT MASYARAKAT sahaja. Bila tak dapat publish banyak paper, bising pulak.
Cicakman, aku setuju ngan cadangan ko, tapi janganlah semua paper kita ke IF jurnal, nanti mati le jurnal malaysia ni. Jurnal kite kena sokong juga, sbb kita kena naikkan taraf jurnal kiter supaya nanti ada IF.
Disember 13, 2009 pada 6:59 am
Datuk K (kalimuthu padiyamma)
aku nk korang fikir:
1- naper kat UK &US: pensyarah & prof tidak terlibat pun dlm admin work (kecuali dekan). kat mesia tak boleh?
kerja PENSYARAH: beban hour= mengajar + research+research supervisor.
kerja PROF: guide pensyarah (in Phd student supervision), jadi chairman/speaker +industri collabration sana sini,research,editor etc.
Ini kerana ada fleksibel konsep on beban hour.
Cth: Prof/pensyarah yg active buat research/ketua pusat penyelidikan boleh forwardkan beban hour mereka kpd kepada research!!!bukan kepada beban admin work!)
2-sungguh kurang sgt bilangan staff admin. tp sungguh efisyen. walhal pensyarah2 tak wat pun kerja admin!!!! pelik bukann?kenapa?
be wise, be flexsible, act right!
Disember 14, 2009 pada 10:18 pm
Bola
betol ape yang poning kata:
“sehinggakan yang jelas tugas penolong pendaftar atau pendaftar juga perlu dibuat oleh kakitangan akademik…seperti dokumen MQA”.
perkara ni berlaku sebab kakitangan akademik telah diperkudakan oleh pendaftar yang tak berwawasan. semua kerja pendaftar (kumpulan sokongan – KS) diserahkan kepada kumpulan akademik (KA) sebab KS ni tak tahu buat kerja. KA pulak, ikut saja.
KS patot MENYOKONG KA, bukan di sebaliknya. Apa yang berlaku, KS mengarah KA. KS seharusnya memudahkan kerja KA. sebagai contoh, universiti ni macam tim bolasepak lah. Pemain2 adalah KA – dari kapten sampai ke goli. KS ni adalah budak jaga air, paramedik, kumpulan sorak, dll mereka yang di luar padang bola. Dalam padang permainan semua KA. Kalau sorang KA terseliuh kaki, paramedik (KS) datang serta merta urut dan bawak keluar padang. Kalau KA haus, KS bagi minum. barulah tim ini boleh menang.
Ini tidak. Budak jaga air pon nak tendang bola masok gol!