Semua staf akademik telah dijemput untuk mencalonkan staf akademik yang layak bagi menjawat jawatan pentadbiran. Mekanisma ini dilaksanakan bagi membantu Naib Canselor membuat pilihan untuk melantik staf akademik yang sesuai untuk menjawat jawatan pentadbiran di Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Penialaian ini dilaksanakan untuk meningkatkan penyertaan staf dalam membuat pemilihan pemimpin di peringkat PTj.
Calon yang berminat menjawat jawatan yang diiklankan hendaklah terdiri daripada staf akademik staf akademik yang sekurang-kurangnya menjawat jawatan Pensyarah Kanan kecuali bagi jawatan Dekan dan Timbalan Dekan di Pusat Pengajian Siswazah; serta Pengarah dan Timbalan Pengarah di Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi mestilah berjawatan Profesor atau Profesor Madya dan mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian. calon-calon hendaklah telah disahkan dalam jawatan masing-masing dan hanya staf akademik dalam kategori skim DG, DS dan J sahaja yang layak membuat pencalonan mana-mana staf akademik untuk menjawat jawatan pentadbiran. Staf dalam kategori DA tidak layak membuat pencalonan.
Pengundian akan diadakan pada hari Isnin, 28 Julai 2008 mulai jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang. Pengundian boleh dibuat menggunakan komputer masing-masing dengan melayari http://tcis.uthm.edu.my. ID pengguna dan kata laluan adalah seperti emel universiti. Pemilih yang menghadapi masalah mengundi boleh menggunakan kemudahan Makmal PTM 1 pada hari pengundian mulai jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang.
Tempoh perlantikan pertama ialah dua ( 2 ) tahun dan boleh dilanjutkan tertakluk kepada Naib Canselor.
Adalah diingatkan bahawa perlantikan tersebut tertakluk kepada kuasa Naib Canselor seperti yang diterangkan dalam Perkara 12, Perlembagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2007.
Petikan diambil dari emial UTHM


25 comments
Comments feed for this article
Julai 27, 2008 pada 9:53 pm
samurai tokyo
jangan lupa esok (isnin) keluar mengundi…kita undi melalui TCIS…
Julai 28, 2008 pada 1:23 am
Mus
Ya! tunaikan tanggungjawab anda… Jom ngundi
Julai 28, 2008 pada 11:19 am
Nazali Noor
Saya dah tunaikan kewajipan..hehehehe
Julai 29, 2008 pada 1:02 am
ariefous
x leh ngundi sbb baru tutor aje :)
Julai 29, 2008 pada 4:13 pm
Lah
Tapi agak terkilan jugak staf sokongan tak diberi peluang mengundi.. macam ler staf sokongan ni tak perlu/pernah berurusan dengan pihak tertinggi pentadbiran..yerlah..staf sokongan ni buknnya diperlukan oleh orang atasan,idea tak boleh pakai… yerlah, mungkin staf sokongan kelulusan setakat SPM jer..mana layak buat tu semua… sedih beb..:((
Julai 29, 2008 pada 5:43 pm
Melayunet
Harap dapat dipilih Staf yang BERAGAMA, BERilmu, BERETIKA dan Jujur. Kalau boleh syarat2 nak jadi DEKAN dan T.Dekan mestilah mampu sampaikan Khutbah JUMAAT dan Boleh mengajar MENGAJI al-quran.
Julai 30, 2008 pada 8:30 am
supercare
best juga cara pemilihan tahun ni. harap2 mereka bukan hanya menang kerana populariti, tapi kerana kemampuan kerjanya. bagusnya cara ni, para pemimpin yang terpilih atau yang sebelumnya terpilih boleh tahu juga apa pendapat para staf di bawahnya.
Ogos 5, 2008 pada 8:36 pm
cina
moderator..masukkan lar results..baru best blog nie..kiki
Ogos 6, 2008 pada 9:20 am
kalimuthu
Assalamualaikum
Staf non-akademik hanya disediakan as servant for academician (kalo salah eja harap diperbetulkan)…
Takkan tak tau ….. Itu memang pandangan majoriti para ahli akademik di sini bahkan diseantero IPTA … Betul kan?
Mungkin pasal itu staf non-akademik tidak dibenarkan mengundi…..
Staf non-akademik ni kalo tak dek sapa nak bayo claim bentang kertas kerja? Sapa nak tempahkan tiket kapal terbang? Sapa nak buatkan claim kat fakulti?
Mantan NC sendiri semasa pembentangan tahun 2008 hanya bercerita mengenai staf akademik….
then….
* pengendali laman membuat sedikit editing terhadap komen ini
Ogos 6, 2008 pada 4:54 pm
uthmdehati
Result belum tahu bocor lagi la… Cuma yang tahu Prof. Imran jadi TDA FKMP dan diganti dengan Prof. Ahmad Shakri dari FKAAS.
Ogos 6, 2008 pada 4:59 pm
uthmdehati
Pengundian untuk staf non-akademik saya kira patut juga dibenarkan. Ini kerana pengundian dari kalangan staf akademik yang dijalankan tidak digunakan sepenuhnya didalam pelantikan ini.
Kuasa mutlak adalah ditangan NC, jadi apa salahnya mereka juga boleh mengundi dan kita lihat siapakah yang paling popular. lagipun pihak PTM boleh abstract result tu mengikut undian dari semua staf, undian dari staf akademik dan terakhir undian dari staf non akademik.
Apa pun lepas nie.. kita adakan undian bagi Penolong Pendaftar paling popular..
Ogos 7, 2008 pada 12:42 am
datuk K (kalimuthu padiyamma)
moderator/kawan2..kalu adakan undian Penolong Pendaftar paling popular agak2 sapa boleh menang? hihihi…
Ogos 11, 2008 pada 9:15 am
kalimuthu
12 datuk K (kalimuthu padiyamma)
moderator/kawan2..kalu adakan undian Penolong Pendaftar paling popular agak2 sapa boleh menang? hihihi…
Sapa ekkk??
PP kat UCiTV kot?
Ogos 11, 2008 pada 9:38 am
kalimuthu
Assalamualaikum
Jangan la buat kategori tu jek. Buat la kategori
i. PP paling popular
ii. PP paling hebat
iii. PP paling terserlah
iv. PP paling terlampau…..
v. PP paling-paling muke…..
Ogos 13, 2008 pada 7:35 pm
olympic beijing
Menurut fasal 18, seksyen ;
(3) Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan bagi tiap-tiap satu
Fakulti dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Dekan. Dekan itu
hendaklah menjadi pengerusi Fakulti itu dan hendaklah menjalankan apa-apa
fungsi lain sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Statut, Kaedah-
Kaedah atau Peraturan; dan jika Dekan tidak berupaya menjalankan kewajipan
jawatannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, adalah sah bagi
Timbalan Dekan atau mana-mana pegawai kanan lain yang dilantik oleh Naib
Canselor untuk menjalankan kewajipan Dekan itu selama tempoh Dekan itu
tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya.
(4) Naib Canselor mempunyai kuasa melantik seseorang sebagai ketua
sesuatu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut dan ketua itu hendaklah diberi
gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut, Kaedah-Kaedah atau
Peraturan; dan jika ketua sesuatu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut tidak
berupaya menjalankan kewajipannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab
lain, Naib Canselor boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya
oleh Statut, melantik mana-mana orang untuk menjalankan kewajipan itu
selama tempoh ketua itu tidak berupaya menjalankan kewajipannya.
Kesimpulan nya, tak perlu lah kita memenatkan diri membuat undian tempoh hari kerana sape yang NC nak lantik semua dah ada dalam perancangan dia….lihat sahaja di FKMP sbg contoh yang paling ketara….
Ogos 24, 2008 pada 11:30 am
supercare
saya setuju sangat dengan olympic beijing. susah2 saya vote, ternyata vote semua orang tak dikira langsung. orang yang paling tak disuka di fakulti tetap dipilih juga. yang paling kelakarnya, ada yang tak ada masuk jadi kandidat pun boleh jadi pemenang. so, tak payah la nak buang2 masa lagi lain kali.
setuju juga kalau buat vote untuk para penolong pendaftar. saya akan pastikan vote dengan betul2 :p
Ogos 24, 2008 pada 3:57 pm
kelabuasap
Apalah….saya tak percaya sangat sistem undi2 ni..sebab biasalah yang berkuasa di atas sebenarnya boleh jer nak ubah2 calon…..ada gek ler tersebar citer dekan lama cadang dekan baru, walapun takde pencalonan….hahahahahhahha ini semua tipu daya orang-orang besar kat UTHM…pada saya etika kerja pegawai2 tinggi di UTHM sangat mengecewakan (tidak semua)…begitu juga dengan perlantikan para Profesor….ada yang Profesor dan telah berusia tetapi banyak etika, perkara dan perbuatannya tidak boleh dijadikan teladan…diharap pegawai-pegawai tinggi UTHM di masa-masa akan datang dapat merubah arus ini kearah yang lebih baik..Aminnnn.
Ogos 24, 2008 pada 5:02 pm
wak tempe
nak cadang pada webmaster buat undian untuk PP .. kita vote sapa yang paling kita tak suka.. Pasal kalau yang paling kita suka… susah sgat nak cari .. betul tak..
Bukan untuk buruk-burukan tapi .. supaya ada kesedaran dalam menjalankan tugas…
November 7, 2009 pada 9:55 am
bukan hamba bos
ada ketua-ketua ptj yang salah guna kedudukan mereka. maksud saya, mereka gunakan ptj seolah-oleh ptj itu hak dia. sebagai contoh, ada ketua ptj yang nak buat kenduri kawin anak dia. maka, staf-staf di ptj dikerah untuk membuat persediaan seperti membuat kad jemputan, menghantar kad jemputan, membeli barang-barang keperluan perkahwinan, menjadi penyambut tetamu, dan lain-lain.
adakah patut staf ptj membuat kerja-kerja peribadi ketua? ketua-ketua pula tidak segan silu MEMERINTAH staf. perkara ini patut dihentikan supaya staf boleh menumpu perhatian kepada kerja rasmi dan kerja harian.
jika staf ingin membuat kerja itu secara suka rela, bolehlah, tapi di luar waktu pejabat, bukan dalam waktu pejabat. tapi, staf ptj tidak berani membantah takut-takut kena mark. harap-harap GAKUM atau PENTAS kaji perkara ini supaya ketua-ketua tidak menyalah guna UTHM untuk kepentingan peribadi.
November 10, 2009 pada 10:29 pm
1Malaysia
Salam 1 Malaysia….Kalau nak cerita pasal PP ni mmg tak sudah…tak kurang jugak dengan PPK…macam-macam yg tak sedap di dengar….rasanya pihak pengurusan universiti perlu cari jalan macam mana nak lahirkan PP dan PPK yang berkualiti…bukan PP dan PPK yg pandai cakap je tp keje tak jalan…asik harapkan staf sokongan…harap2 pihak universiti membuat penilaian yg tepat sebelum memberi sebarang kenaikan kpd mana2 staf pentadbiran…kalau di kalangan staf pentadbiran, apa yg diperhatikan kenaikan pangkat diberi kepada staf yg mmg pandai bercakap…jarang2 sekali diberi kepada staf yg betul2 ada komitmen pada kerja….universiti kena ubah persepsi ni…selalunya staf yg pandai bercakap ni mmg tak pandai buat kerja….bukankah ada pendapat yg mengatakan diam itu bijak…diam itu berfikir…saya simpulkan, staf yg banyak cakap ni selalu tak pandai buat kerja sbb tak pandai nak pikir…asik nak cakap aje….bila dah nak asik bercakap je, itu yg ada PP dan PPK yg pandai bagi arahan je tapi tak nak ada tanggungjawab dlm sesuatu kerja…akhirnya staf sokongan yg jadi mangsa….gaji tak seberapa tapi beban kerja macam profesor……
November 11, 2009 pada 7:14 am
Mafia Don
Itulah, adakah adil diberikan jawatan kepada yang tidak berhak????
Kalau tahu cakap tapi tak tahu buat kerja, malulah sikit terima jawatan tu…kalau dah terima, ada masa nak berubah………semoga perubahan itu melahirkan seorang yang lebih baik, dinamik dan berwibawa, bukan sebaliknya……
TAk semua PP dan PPK macam tu, ada yang baik dan bertimbang rasa….semoga Allah berikan mereka yang baik itu rahmat, berkat dan keampunan kerana menyukakan hati kaum Muslimin/Muslimat…..kepada yang sebalikya, bersedialah muhasabah dan berubah, semoga dengan perubahan itu melahirkan individu berkualiti nilai dunia dan akhirat dan universiti yang terbilang dan gemilang…..
Kepada yang terbeban tapi gaji kecik, sabarlah….Mungkin Allah nak bagi keberkatan kepada rezeki yang kita akan dapat….cara Allah nak bagi keberkatan ni pun banyak caranya…bersangka baiklah dengan Allah……
Kat luar sana pun, ramai yang terbeban seperti itu terutamanya di kilang……lagi di ‘balaci hancik’kan oleh Bangla dan nepal yang dah menjawat supervisor yang amaaat disayangi oleh boss………..
Kepada ‘bukan hamba boss’…kalau ada keberanian, kalau tinggi rasa tawakkal, reportlah kepada pihak2 yang berwajib, kerana seperti yang kita sedia maklum dalam G.O hal seperti ini merupakan satu salah guna kuasa…………….
November 12, 2009 pada 12:58 am
bukan hamba bos
terima kasih Mafia Don memberi saya kata-kata semangat. saya hanya seorang kerdil di ptj. yang buat hal ni bukan staf sokongan, tetapi staf akademik yang memegang jawatan ketua ptj. mana dia pihak2 yang bertanggungjawab yang nak saya reportkan. ketua2 ptj ni semua ahli pengurusan universiti. atas depa, VC lah. mana saya berani nak report ke VC.
senang cakap, nanti tengoklah siapa buat kenduri kawin atau rumah terbuka kat sini. siapa jadi kuli kat sana?
boleh ke saya report ke jpa?
November 12, 2009 pada 1:42 pm
Mafia Don
Nasihat kawan kepada ‘Bukan Hamba Boss’:-
JPA boleh SPRM boleh tapi seeloknya ikutlah step by step……
Satu lagi nasihat kawan kepada anda:-
Sekiranya anda punya kewangan lain yang kukuh, rasa tawakkal yang tinggi, silakanlah….kami staf2 lain bukan tak berani, tapi kami masih berfikir kami punya anak2 kecil yang perlu disusukan, anak2 yang perlukan belanja sekolah, isteri yang perlu diberi makan..sebab itulah kami senyapkan sahaja perkara ini, terus bekerja walaupun hati sakit…..
Bukan kami takutkan dia melebihi takut kepada Allah, tapi kami tak nak cari penyakit……zaman sekarang ni zaman kemelesetan, kerja bukannya mudah nak dicari…….
Pegawai kita umpama durian, tapi kita nih lempeng (sebab lebih teruk dari timun, kalau durian gelek timun 2-2 luka tapi durian gelek lempeng…durian tak ada apa, lempeng yang teruk)……sebab itulah lebih baik kita ikut apa sahaja arahannya secara bijaksana (bukan main ikut buta je)…..
Kita serahkan sahaja kepada Allah, Dia Yang Maha Tahu lagi Maha Bijaksana, apa yang kita kena mungkin ada hikmahnya, banyakkan berdoa…..sebab doa orang yang teraniaya tiada hijab antara dia dengan Tuhannya……
November 12, 2009 pada 10:40 pm
BOS
saya telah dilantik oleh pengurusan uthm. saya tak mintak jawatan ini. memang tabiat saya suka suruh orang buat kerja untuk saya. perangai saya dari kecik lagi. saya pun memang suka gelaran, duit banyak, dan kedudukan.
kenapa uthm tak tanya saya sebelum saya dilantik, “BOS, jangan kulikan pekerja2 bawahmu. kalau tidak kami akan tarik balik jawatan itu”. bukanlah salah saya mengkulikan staf bawahan. dah tabiat semula jadi. kalau saya seorang pencuri, dan uthm lantik saya, apa boleh saya buat. saya tetap akan mencuri. curi masa orang, curi harta uthm, curi khidmat orang, curi minyak kereta uthm. dah tabiat saya.
yang malang ialah staf bawahan. kalau saya tak dilantik, tak adalah saya nak kulikan mereka. kalau kelian tak setuju dengan cara saya, kelian beritahulah orang yang lantik saya supaya tarik balik jawatan ini. saya hanya menjalankan tanggungjawab.
saya tahu, saya suruh staf bawahan buat kerja peribadi saya. tapi mereka tak komplen pun. sorang, saya suruh bayarkan bil air dan letrik. sorang, poskan surat-surat jemputan. sorang, jadi MC. sorang, jaga tetamu. cuci seluar dalam saya saja saya tak suruh. mereka tak komplen. salah saya ke?
November 13, 2009 pada 3:32 pm
Mafia Don
Bos…
Bersifat ihsanlah kamu kepada orang bawahanmu…..sebab Nabi SAW walaupun dia seorang pemimpin tetapi dia tak pernah membebani para sahabatnya, meskipun dia seorang kanak2 seperti Anas ataupun hamba sahaya seperti Zaid b. Harisah……memang UTHM tak tarik jawatan itu, tapi yang bisa menarik jawatan itu hanyalah ALLAH! Dia Maha Memberi, Dia Maha Menarik….Macam2 cara dia akan tarik walaupun kita semakin gah semakin pongah……
Anak tak jadi orang, ditimpa pelbagai penyakit dsb…tapi kadangkala kita berbuat jahat, penaya orang, tapi Allah bagi pelbagai kesenangan, naik pangkat dsb. Ingatlah, takut2 Allah nak hinakan dan hukum kita melalui pemberian nikmatnya (Istidraj)………
Jadi ingatlah kepada Allah dan perbaiki hubungan sesama manusia, meskipun dia bertaraf balaci, kuli batak, mereka punya perasaan dan perasaan itu hendaklah dijagai. Apa salahnya jika kita sebagai pemimpin kita berlaku baik dengan orang bawahan?
Memang mereka tidak melawan kalau kita suruh mereka buat kerja peribadi kita, sebab mereka tahu kalau melawan…………………jawabannya ialah SURCAJ………..alasan ingkar arahan ketua……….
Ingatlah jawatan sebagai ketua, kanan dsb itu merupakan satu tanggung jawab, bukan satu wadah untuk kita menjijak jemala orang, memperhamba ikut suka……sekiranya disalah guna sekiranya dikhianati, sanggupkah kita nak jawab di alam sana?
Lupa nak tulis; takutilah doa orang teraniaya, kerana antara dia dengan Allah tiada hijab antara keduanya…………….